Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Ekstrem, Stalker Dari German Enggan Tinggalkan TWICE Nayeon

$
0
0

Isu mengenai stalker TWICE Nayeon menjadi berita hangat, apabila stalker terbabit sanggup terbang ke Korea Selatan semata-mata untuk berjumpa dengan Nayeon dari kumpulan idol TWICE.

Isu tersebut menjadi semakin parah apabila stalker berkenaan memuat naik video di YouTube bagi mencari dorm kumpulan idol terbabit untuk berjumpa dengan Nayeon.

Perbuatan stalker antarabangsa ini membuatkan peminat kumpulan TWICE bimbang akan keselamatan Nayeon.

Stalker Antarabangsa Yang Ekstrem

Stalker daripada German ini di kenali sebagai Josh, sejak bulan Oktober lagi stalker ini cuba menghubungi Nayeon menerusi pelbagai platform dan berharap dapat menjalinkan hubungan romantik dengan idol popular tersebut.

Perbuatan stalker dari antarabangsa ini membuatkan ramai peminat TWICE mengkritik tindakan tersebut. Tetapi malangnya kritikan tersebut tidak diendahkan, sebaliknya tindakan Josh semakin menjadi-jadi untuk bertemu dengan Nayeon sehingga sanggup mencari dorm tempat tinggal idol tersebut.

Tidak cukup mencari dorm, stalker dari German ini bertindak menghantar mesej kepada staf JYP Entertainment dengan harapan dapat bersua muka dengan Nayeon.

Malah stalker ini juga mengatakan bahawa sanggup menunggu di luar bangunan JYP Entertainment untuk bertemu dengan Nayeon dan selagi dirinya tidak bertemu dengan Nayeon, selagi itu dia tidak akan berhenti bertemu dengan Nayeon.

Kerana Perasaan, Sanggup Menetap Di Korea

Sebelum ini, stalker antarabangsa dari German ini ada menyatakan bahawa dia ingin mengetahui sama ada Nayeon menyukai dirinya dan mahu dirinya tinggal bersama idol tersebut di Korea.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki obses ini membuatkan ramai tertanya-tanya selama mana dia mahu berada di Korea, adakah sehingga sambutan Tahun Baru atau hari Valentine dan bila pula stalker ini akan pulang ke negaranya.

Soalan demi persoalan muncul, nampak gayanya stalker ini telah menjelaskan dia akan tinggal di Korea selagi tidak dapat bertemu dengan Nayeon dan bercakap dengan Nayeon secara empat mata.

Tambahan lagi, stalker ini juga sentiasa membawa hadiah yang ingin diberikan kepada Nayeon dan sekaligus menjadi motivasi untuk tidak berputus asa bertemu dengan Nayeon.

Anggap Nayeon Sebagai Teman Wanita

Foto – UHD Paper

Stalker antarabangsa anggap Nayeon sebagai teman wanitanya, hal ini diketahui dalam satu perkongsian aplikasi discord komuniti di mana mesej tersebut menyatakan bahawa stalker berkenaan menganggap Nayeon sebagai teman wanitanya sendiri.

Hal tersebut terbongkar apabila admin discord komuniti tersebut bertanyakan siapakah teman wanitanya. Malah stalker tersebut meluahkan dalam discord tersebut yang dirinya sanggup membuat pembedahan plastik demi Nayeon dan sanggup menyewa atau membeli rumah di Korea.

Suka Nayeon Kerana Dirinya

Josh yang merupakan stalker ektrem meluahkan perasaaannya untuk bertemu dengan Nayeon kerana menyukai diri Nayeon seadanya dan bukan sebagai peminat kumpulan idol tersebut.

Kerana terlalu cintakan Nayeon, Josh bertindak ulang-alik ke Korea Selatan untuk bertemu dengan Nayeon dan meluahkan perasaan kepada Nayeon dan ingin mengetahui jika Nayeon menyukai dirinya.

Akan Pulang Ke German, Jika Nayeon…

Keadaan semakin tegang, malah ramai yang risaukan tentang keselamatan Nayeon jika perkara ini berterusan dan stalker ini mengeluarkan kenyataan di akaun Twitternya bahawa dirinya akan pulang ke German jika Nayeon memberitahu tidak mahu menjalinkan hubungan dengannya dan akan menghormati keputusan Nayeon.

JYP Entertainment Ambil Tindakan Undang-Undang

Susulan dari isu ini, syarikat JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang dan meminta bantuan polis untuk melindungi artis naungan mereka. 

Dan ke semua anggota TWICE memakai jam tangan pintar dengan fungsi pengesan khas pihak polis. Tambahan lagi, pihak JYP Entertainment juga menyatakan jika terdapat sebarang isu sebegini digalakan untuk membuat laporan kepada pihak JYP Entertainment segera.

Harap-harap isu ini akan selesai dengan baik.

Rujukan: 1, 2, 3

The post Ekstrem, Stalker Dari German Enggan Tinggalkan TWICE Nayeon appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502