Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Bukan Biasa-Biasa Dekorasi Rumah Agam Cardi B, Sumpah Gempak!

$
0
0

Sambutan Krismas buat Cardi B sekeluarga menjadi lebih bermakna apabila rumah agam mewahnya telah siap dibina dan tinggal dalam fasa mendekorasi. Sebahagian ruang telah siap dideko oleh Cardi B dan Offset sendiri, serius menakjubkan dekorasi rumah agam mereka berdua ini.

Seperti yang Cardi B luahkan di akaun Instagramnya, setelah dua tahun barulah mereka memiliki rumah sendiri. Perjalanan yang panjang dilalui bagi mencari rumah idaman mereka sendiri.

Almaklum apabila masing-masing miliki pendapat yang berbeza pastinya misi mencari rumah menjadi semakin sukar, tetapi penantian tersebut kini berakhir apabila pasangan sejoli ini kini memiliki rumah agam mereka sendiri.

Foto – Arkib Wanista

Dan bukan biasa-biasa kos rumah agam yang di bina ini, dianggarkan rumah agam Atlanta ini bernilai 5.7 juta USD atau RM23.5 juta. Itu baru kos anggaran pembinaan rumah, macam, berapalah pula kos dekorasi yang dikeluarkan pasangan popular ini mesti kosnya juga luar biasa!

Ini dekorasi rumah agam Cardi B dan Offset yang sangat mengagumkan ini.

Rumah Agam Terbesar Dan Mewah

Lihat saja keluasan bahagian luar rumah saja sudah membuatkan mata terpana!

Foto – Daily Mail

Serius reka bentuk dan struktur tiang rumah agam ini membuatkan siapa saja yang memandang berasa tergamam dengan saiznya yang besar.

Foto – Daily Mail

Dekorasi Dalaman Yang Memukau

Transformasi Ruang Tamu

Ini adalah klip video yang cardi B kongsikan di akaun Instagramnya, di mana masih belum ada sebarang perabot lagi. Sumpah, besar betul rumah agam Cardi B ni.

Ini adalah transformasi dekorasi bahagian ruang tamu yang di deko oleh Cardi B. Serius cantik! Pemilihan warna perabot yang ringkas dan elegan menjadi perhatian. Tambahan lagi, pencahayaan matahari yang masuk ke dalam ruang tamu membuatkan ruang tamu tampak lebih luas.

Foto – Daily Mail

Nah, yang ini pula bahagian ruang tamu kedua. Juga deko dengan gaya Eropah yang sangat elegan dan cantik.

Foto – Daily Mail

Bilik Tidur Ala Hotel 5 Bintang

Ini pula bahagian atas rumah agam, di mana Cardi B menunjukan bilik yang terdapat di bahagian atas. Serius besar dan luas!

Nah, ini pula rupa selepas bilik tidur bahagian bilik master ini siap deko. Dah macam hotel lima bintang tau, siap ada fireplace lagi tu.

Foto – Daily Mail

Tempat Menyimpan Bersaiz Mega!

Seronok tengok Cardi B jelajah bahagian ruang bilik menyimpan kasut, beg tangan, pakaian dan barang mekap miliknya. Tinggi betul tempat menyimpan, sampai kena naik tangga!

Bila lihat ruang menyimpan yang telah siap deko ini, baru boleh nampak dengan jelas betapa banyaknya bahagian-bahagian untuk meletak kasut, beg tangan dan baju-baju milik Cardi B ni.

Foto – BuzzFeed

Dapur Seluas Bilik Tidur

Siapa yang tidak suka dapur yang besar bukan, nampaknya Cardi B juga begitu. Lihat saja saiz dapur sebesar bilik tidur rumah agam.

Foto – Daily Mail

Nah, yang ini pula bahagian pantry mereka. Cardi B nampak gayanya all-out bina rumah baru mereka ni.

Foto – BuzzFeed

Offset Mancave!

Jangan salah sangka, bukan Offset duduk dalam gua ya. Apa yang dimaksudkan dengan Offset mancave ini adalah merujuk kepada ruang khas milik Offset yang telah diidamkan selama ini. Antara ruang mancave ini adalah bilik wine yang super besar, bar dan juga fireplace.

Bilik Wine

Foto – Daily Mail

Bahagian Bar

Foto – BuzzFeed

Bilik Menembak!

Lain daripada yang lain, Cardi B juga memiliki bilik atau ruang menembak untuk berlatih dan ia adalah salah satu bahagian yang gila yang Cardi B tunjukkan. Stailo dan kool, unik betul cara Cardi B deko rumah.

Foto – Daily Mail

Ruang Garaj Untuk 30 Kereta

Ini bukan sembarang garaj, garaj milik Cardi B dan Offset ini mampu meletak 30 buah kereta milik pasangan tersebut tau. Antaranya kereta McLaren, Lamborghinis dan beberapa kereta jenama mahal yang lain.

View this post on Instagram

Garage

A post shared by Cardib (@iamcardib) on

Gempak melihat rumah agam milik Cardi B dan Offset ni. Bukan biasa-biasa rekaan dan dekorasi rumah milik pasangan ini.

Foto – Bright Humanity

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Bukan Biasa-Biasa Dekorasi Rumah Agam Cardi B, Sumpah Gempak! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502