Sejujurnya pasti ramai pasangan yang gemar dan suka menghidu bau pasangan masing-masing dan ada juga yang meluahkan mahu gigit pasangan masing-masing dek kerana geram dengan bau tubuh yang dikeluarkan.
Tetapi apa sebenarnya bau yang dikeluarkan oleh tubuh pasangan, adakah ia satu daya tarikan dari dalam diri pasangan kita atau ada sebab lain yang kita semua tidak tahu.
Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan mengapa pasangan suka menghidu bau antara satu sama yang lain.
Feromon Kunci Rahsia Bahagia
Mencium dan menghidu ketiak, leher atau mana-mana bahagian anggota badan pasangan telah menjadi satu kemestian. Seolah-olah diri seperti telah di jampi dengan sihir cinta.
Sebenarnya menurut konsultan profesional Takeesha Roland-Jenkins, situasi ini berlaku kerana keluarnya feromon yang merupakan rembesan kimia semula jadi diri.
Feromon ini memainkan peranan penting dalam menarik dan merangsang emosi, menaikkan kemahuan seksual, meningkatkan jumlah produksi hormon seks dan juga kesuburan diri.
Lalu tidak hairanlah mengapa banyak pasangan sangat suka menghidu bau pasangan sendiri, kerana tertarik pada rembesan feromon yang dikeluarkan.
Sistem Imun Tolong Carikan Pasangan!
Selain tertarik pada bau pasangan kerana rembesan feromon yang dikeluarkan, sistem imun juga memainkan perasan besar sebagai daya penarik. Ini adalah kerana sistem imun akan bertindak mencari pasangan yang dirasakan sesuai untuk diri.
Genetik yang telah disetkan oleh sistem imun menghasilkan Major Histocompatibility Complex (MHC). Di mana genetik MHC ini yang membawa kepada penghasilan feromon, atau erti kata lain pengeluaran bau semula jadi diri yang dapat menarik pasangan.
Keinginan Seksualiti
Pernah tak kamu rasa macam nak makan je pasangan kamu, seolah-olah pasangan kamu merupakan sepotong kek yang lazat. Bau pasangan boleh membuatkan diri kamu terbayang-bayang atau menghidu betapa lazatnya pasangan kamu.
Hal ini berlaku apabila otak kita menghantar mesej, apabila membayangkan proses diri ingin cuba memakan atau menggigit pasangan adalah tindakan yang comel dan menarik perhatian.
Selain itu, apabila kita memakai baju pasangan aroma bau semula jadi yang terdapat pada pakaian tersebut menguatkan rasa seksualiti dalam diri dan memberikan satu perasaan romantik kepada dalam jiwa.
Bau Aroma Pasangan Kurangkan Stress

Bau aroma pasangan juga dapat menurunkan stress atau tekanan diri, ini adalah kerana bau yang dikeluarkan oleh pasangan dapat memberi rasa nyaman, selamat dan memberi ketenangan di dalam diri. Bau aroma pasangan dapat memberi sokongan yang bagus baik dari segi mental dan fizikal.
Tetapi lain pula jadinya, jika kamu memakai pakaian individu yang tidak dikenali dan menghidu bau aroma tersebut dan secara tidak langsung diri kamu mengalami tekanan kerana tubuh kamu tidak mengenali bau aroma tersebut.
Badan kita akan bertindak balas terhadap bau aroma orang yang kita sayangi dan jika diri kita menghidu bau dari orang yang tidak dikenali ia akan memberi kesan dari segi emosi di mana diri kamu akan mudah berasa tertekan.
Bau Menguatkan Hubungan – Pakar

Sekumpulan pengkaji dari University of British Columbia telah menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap 96 pasangan suami isteri bagi mengenal pasti bau aroma pasangan masing-masing.
Menerusi kajian ini, orang lelaki dikehendaki memakai baju-t putih kosong yang disediakan oleh pihak penyelidik selama 24 jam.
Dan kemudian baju-t tersebut akan di kumpulkan dan para isteri akan cuba mengenal pasti dan mencari bau aroma suami masing-masing.
Apa yang menariknya adalah, 63 peratus wanita berjaya mengenal pasti bau aroma milik suami masing-masing. Ini menunjukan bahawa wanita memiliki deria bau yang sensitif dan peka terhadap aroma suami mereka sendiri. Serta secara tidak langsung menguatkan hubungan intim yang dimiliki, ya lah bukan mudah untuk mencari bau aroma pasangan sendiri betul tak.
Jadi menghidu bau pasangan sebenarnya banyak memberi manfaat dan kebaik untuk kesihatan mental dan fizikal diri, serta ia juga secara tidak langsung dapat menguatkan hubungan yang terjalin antara pasangan.
The post Couple Suka Bau Satu Sama Yang Lain, Kerana Tarikan Seksual? appeared first on Wanista.com.