Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14515

12 Filem Gempak Bakal Gegarkan Pawagam Pada Tahun 2020

$
0
0

Pejam celik pejam celik, kita semua telah berada di penghujung bulan Disember dan lagi sehari saja lagi kita semua akan memasuki tahun baru. Masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedar, bagi menyambut kedatangan tahun baru Wanista tampilkan 10 senarai filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2020.

10 buah filem ini adalah antara filem yang paling ditunggu-tunggu dan pastinya filem ini berbaloi untuk kamu bawa ahli keluarga atau kawan-kawan menonton di pawagam nanti!

#12 Bad Boys for Life (17 Januari 2020)

Arahan: Adil El Arbi, Bilall Fallah

Produksi: Sony Pictures

Lakonan: Will Smith, Martin Lawrence

Foto – Rap Up

Filem yang aksi dari kesinambungan Bad Boys dan Bad Boys II ini menceritakan tentang bagaimana Marcus Burnett lakonan Martin Lawrence dinaikkan pangkat menjadi polis dan bertemu semula dengan rakan lamanya Mike Lowery lakonan Will Smith.

Filem ini menemukan kembali Will Smith dan Martin Lawrence setelah 16 tahun mereka berdua beraksi dalam filem aksi komedi thriller Bad Boys II.

#11 Dolittle (17 Januari 2020)

Arahan: Stephen Gaghan

Produksi: Universal Pictures

Lakonan: Robert Downey Jr, Michael Sheen, Antonio Banderas, Tom Holland, Selena Gomez, Marion Cotillard, John Cena

Foto – Dankanator

Rindukan lakonan Robert Downey Jr? Filem Dolittle bawakan penonton tentang Doktor Dolittle lakonan Robert Downey Jr yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan. Saksikan perjalanan Doktor Dolittle bersama haiwan-haiwannya yang barisan artis terkenal seperti Selena Gomez, Antonio Banderas dan ramai lagi sebagai aktor suara haiwan!

#10 Birds of Prey (7 Februari 2020)

Arahan: Cathy Yan

Produksi: Warner Bros Pictures

Lakonan: Margot Robbie, Jurnee Smollett-Ball, Mary Elizabeth Winstead

Foto – Cinema Blend

Filem Birds of Prey bakal menyambung kisah Harley Quinn lakonan Margot Robbie membentuk kumpulan baru bersama Black Canary, Huntress dan Renee Montoya. Saksikan perjalanan mereka sambil menentang Black Mask lakonan Ewan McGregor.

#9 Sonic the Hedgehog (14 Februari 2020)

Arahan: Jeff Fowler

Produksi: Paramount Pictures

Lakonan: James Marsden, Ben Schwartz, Jim Carrey, Tika Sumpter, Neal McDonough

Foto – Engadget

Filem yang diadaptasi daripada permainan video terkenal Sonic ini bawakan peminat Sonic dalam filem Sonic the Hedgehog dengan barisan pelakon hebat sebagai aktor suara bagi filem animasi permainan video popular ini. Tambahan lagi, kesan visual animasi yang cukup gempak akan membuatkan penonton terpukau!

#8 A Quiet Place Part II (20 Mac 2020)

Arahan: John Krasinski

Produksi: Paramount Pictures

Lakonan: Emily Blunt, Noah Jupe, Cilian Murphy

Foto – Rolling Stone

Filem sekuel yang paling dinantikan pada tahun 2020, filem A Quiet Place II yang bakal mengambil tempat di pawagam pada 20 Mac nanti, akan menyaksikan kisah Emily yang terpaksa bertarung melawan makhluk-makhluk yang cuba untuk membunuh mereka sekeluarga.

#7 Mulan (27 Mac 2020)

Arahan: Niki Caro

Produksi: Walt Disney Studios

Lakonan: Liu Yifei, Jet Li, Donnie Yen, Gong Li

Foto – Spetta Colonews

Sepanjang promosi filem ini, pelbagai kontroversi melanda di harap filem dari Walt Disney Studios dapat menutup semua kontroversi yang terpalit dengan kehebatan jalan cerita dan lakonan yang gempak.

Filem Mulan mengisahkan tentang perjalanan Mulan menjadi seorang askar biasa kepada general wanita berkaliber mempertahankan tanah air.

#6 No Time To Die (8 April 2020)

Arahan: Cary Joji Fukunaga

Produksi: United Artists Releasing

Lakonan: Daniel Craig, Ralph Fiennes, Rami Malek, Naomie Harris, Lea Seydoux, Ben Whishaw, Rory Kinnear, Jeffery Wright

Foto – Empire

007 kembali lagi dengan barisan aktor legenda seperti Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Rory Kinnear dan Ben Whishaw serta barisan pelakon yang lain. Difahamkan filem ini juga menampilkan Rami Malek yang memegang watak jahat! Saksikan filem perjalanan James Bond kembali semula demi menumpaskan musuh terbarunya Safin yang dilakonkan oleh Rami Malek.

#5 Black Widow (1 Mei 2020)

Arahan: Cate Shortland

Produksi: Marvel Studios

Lakonan: Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour, Racheal Weisz

Foto – Pinterest

Scarlett Johansson kembali semula sebagai Black Widow, filem ini memfokuskan tentang kisah perjalanan Natasha Romanoff (Black Widow) selepas filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War habis ditayangkan.

Nantikan perjalanan Black Widow yang penuh cabaran dan sekaligus mengungkap misteri yang bermain antara filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War.

#4 Fast & Furious 9 (22 Mei 2020)

Arahan: Justin Lin

Produksi: Universal Pictures

Lakonan: Vin Diesel, Lucas Black, Tyrese Gibson, Dwayne Johnson

Foto – Pinterest

Jom bawa keluarga dan rakan-rakan menyaksikan sekuel filem Fast & Furious 9 yang penuh dengan aksi dan jalan cerita yang menarik pada tahun 2020 nanti. Babak-babak lagak stunt dan perlumbaan kereta yang gempak pasti akan membuatkan penonton seperti digam di kerusi panggung.

#3 Wonder Woman 1984 (5 Jun 2020)

Arahan: Patty Jenkins

Produksi: Warner Bros Pictures

Lakonan: Gal Gadot,Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Connie Nielsen, Robin Wright

Foto – The Verge

Filem Wonder Women 1984 sangat di tunggu-tunggu oleh peminat, selepas melihat kejayaan filem Wonder Women pada tahun 2017 yang menyaksikan lakonan para artis serta jalanan cerita yang gempak membuatkan peminat tidak sabar untuk menonton Filem Wonder Women 1984 ini pula.

#2 Top Gun: Maverick (26 Jun 2020)

Arahan: Joseph Kosinski

Produksi: Paramount Pictures

Lakonan: Tom Cruise, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Val Kilmer, Jay Ellies, Miles Teller, Monica Barbaro

Foto – The Verge

Filem Top Gun: Maverick merupakan sekuel dari filem Top Gun selepas 31 tahun tayangannya. Dalam filem ini, Tom Cruise mempamerkan lagak aksi gila dengan memandu jet pejuang. Filem ini akan bawakan penonton menyaksikan sesuatu yang luar biasa, nantikanya pada 26 Jun 2020.

#1 Eternals (6 November 2020)

Arahan: Chloe Zhao

Produksi: Marvel Studios

Lakonan: Angelina Jolie, Salma Hayek, Kumail Nanjiani, Gemma Chan, Richard Madden, Kit Harington, Brian Tyree Henry

Foto – Polygon

Filem kedua Marvel untuk fasa ke-4 dengan tajuk Eternals yang mana filem Eternal ini menjelaskan tentang Eternal yang merupakan kehidupan abadi yang berkuasa dan membantu membentuk sejarah dan kemanusian pada bumi.

Filem Eternals dari Marvel ini akan bawakan fasa ke-4 dengan jalan cerita dan babak yang gempak. Serta barisan pelakon-pelakon legenda yang pastinya akan menghangatkan panggung wayang pada bulan November 2020 nanti.

Rujukan: 1, 2, 3,

The post 12 Filem Gempak Bakal Gegarkan Pawagam Pada Tahun 2020 appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14515