Persiapan untuk membangkitkan mood nakal sudah tersedia rapi. Wangian lilin lavender atau vanila, cadar katil dari fabrik kapas yang bermutu tinggi, rambut siap didandan sempurna, namun anda hanya mengenakan baju tidur lusuh.
Alahai punah impian si dia, mungkin mati selera terus. Ingat jangan sesekali ambil mudah dengan pakaian dalam kala mengadakan hubungan ranjang kerana ia dapat membantu menaikkan berahi.
Baca : 7 Cara Bagaimana “Phone Sex” Beri Kepuasan Pada Perhubungan Jarak Jauh
Bukan sahaja selesa tetapi rekaan dan kualiti serta fabrik juga perlu dititik berat agar anda terlihat seksi di depan suami tercinta.
Lihat stail pakaian dalam paling seksi mesti ada dalam koleksi, sekaligus bikin suami makin happy!
Sheer
Fabrik sheer miliki jenis yang nipis dan transparent. Sheer biasa digunakan untuk penampilan yang elegan dan anggun. Helaian jenis ini sangat halus dan indah, ia juga membuatkan si pemakai kelihatan playful dan cheeky bila di ranjang.

Bodysuits
Inilah pakaian dalam terbaik, kalau anda nak tutup bahagian lemak di bahagian perut. Sangat praktikal, anda juga tidak perlu memakai camisole jika sudah mengenakan bodysuits.

Baldu
Kain baldu adalah salah satu fabrik halus dan paling lembut antara fabrik-fabrik lain. Fabrik baldu memerlukan penyelenggaraan yang kurang, mudah dicuci dan dikeringkan. Baldu membuatkan si pemakai kelihatan classy dan juga on-trend sekarang.

Tapi kalau tak mahu mengenakan pakaian dalam, telanjang bulat terus depan suami lagi okay rasanya..heheh..
Selamat Beramal!
The post 3 Stail Pakaian Dalam Seksi Mesti Miliki, Confirm Suami Happy! appeared first on Wanista.com.