Bagi seorang pencinta makanan sejati, menu makanan yang viral pastinya menjadi pilihan yang wajib untuk dirasai. Tapi adakah kamu telah mencuba semua makanan yang viral pada tahun 2019 ini. Jika tak pasti, Wanista senaraikan 10 kompilasi makanan yang viral sekitar tahun 2019 untuk kamu.
Bagi yang belum pernah mencuba makanan viral ini, nah senarai ini dapat membantu kamu memenuhi hasrat foodie yang terpendam dalam diri kamu!
#1 Air Boba

Pada awal tahun 2019, air boba menjadi air minuman yang paling sensasi dengan kemunculan boba yang berbentuk seperti bola mutiara berwarna hitam. Menu air boba menjadi pilihan wajib untuk di cuba pada tahun 2019.
Antara jenama terkenal yang menaikkan menu air boba ini adalah, Daboba, Tealive, Xing Fu Tang, KOI, Family Mart, Tiger Sugar dan banyak lagi. Bagi yang belum berkesempatan untuk mencuba tu, boleh cuba rasa air boba ini nanti!
#2 Ais Kepal Milo

Selepas air boba, makanan ais kepal milo pula menjadi perhatian ramai. Kombinasi milo dan ais menjadi menu pilihan viral oleh orang ramai. Rasa malt coklat yang manis dan berkrim menjadikan ia makanan kegemaran ramai terutama penggemar desserts!
Tambahan lagi, menu viral ini juga sangat mudah untuk dibuat di rumah dan disajikan kepada ahli keluarga ataupun sahabat handai.
#3 Coconut Briyani

Ini bukan sembarangan nasi briyani tau. Menu viral yang cukup unik ini memiliki cara sajian nasi briyani yang pelik, di mana nasi briyani tersebut di letakkan dalam buah kelapa. Ya buah kelapa, bukannya atas daun pisang tau.
Pendek kata, cara hidangannya memang menarik perhatian ramai. Malah rata-rata yang telah mencuba makanan viral dan unik ini menyatakan rasa nasi briyaninya juga sangat enak dan lazat!
Alamat: Tengga Briyani 1, Jalan Cempaka SD 12/1, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
#4 Family Mart

Kemunculan Family Mart pada tahun 2016 menjadikan ia tersenarai sebagai makanan viral pada tahun 2019. Kedai runcit serbaneka dari Jepun ini menarik perhatian netizen dengan menu oden dan airkrim lembut yang sedap.
Setiap kali ingin membeli oden atau aiskrim dari Family Mart ini, kamu akan melihat barisan yang panjang hanya semata-mata untuk membeli oden atau aiskrim!
#5 Chicken Milani

Chicken Milani ini merupakan menu makanan pilihan yang wajib cuba apabila makan nasi briyani, roti naan atau di makan begitu sahaja. Buat pencinta nasi kandar, menu Chicken Milani ini tersenarai dalam senarai makanan viral tahun 2019 ini.
Alamat: Restoran Kapitan, 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
#6 La Fleur X Uniqorn

Kafe La Fleur X Uniqorn ini menawarkan pelbagai pilihan dessert yang viral dan sedap-sedap. Malah pilihan toppingnya yang unik seperti aiskrim bubblegum, Unicorn Sh*t atau Unicorn Niple menjadi pilihan kegemaran yang viral pada tahun 2019 ini.
Alamat: La Fleur E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Selangor
#7 Avocado Choc Klebang

Air Avocado Choc Klebang ini menjadi pilihan orang ramai tatkala berkunjung ke Klebang, Melaka. Minuman viral ini memang cukup popular di Klebang dan rata-rata ada yang datang dari jauh semata-mata untuk mencuba air avocado coklat ini. Bagi yang ingin mencuba keenakan air Avocado Choc Klebang yang viral ini, bolehlah berkunjung ke Jalan Limbongan, Kampung Limbongan. Kedai tersebut bersebelahan dengan kedai kuih keria Limbongan.
#8 Daging Harimau Menangis

Menu makanan popular dari Thailan ini menarik pencinta makanan sejati di Malaysia. Menu daging bakar yang lembut ini menjadi viral kerana namanya dan juga keenakan rasanya. Bagi yang ingin mencuba daging harimau menangis ini, kamu boleh berkunjung ke Signature Bangkak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Alamat: Signature Bangkok Kitchen, 83 Persiaran Mahsuri 1/3, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
#9 Rojak Tonggek

Rojak tonggek ini menjual aneka rojak seperti buah, bebola dan sayur-sayuran yang dicucuk pada batang lidi kemudian celupkan makanan yang dipilih dalam mangkuk yang berisi kuah rojak. Memang santai habislah gaya sajian rojak tonggek ini.
Alamat: Jalan Pantai, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
#10 Chun Malaysia

Chun ini merupakan roti sosej bersalut cheese yang datang dari Korea. Menu makanan viral ini mendapat perhatian ramai dengan rupa roti sosej yang ala seperti maggi dengan pilihan isi yang pelbagai seperti cheese cheddar, mozzarella atau sosej.
Chun Malaysia ini mempunyai banyak cawangan seperti di Paradigm Mall PJ, Pavilion KL, Times Square, Gardens Mid Valley, Petronas Bentong, Toppen Shopping Centre, IOI City Mall Putrajaya, KLIA 2, MyTown Shopping Centre dan juga DPulze Shopping Centre.
The post Kompilasi Makanan Yang Viral Sekitar Tahun 2019 appeared first on Wanista.com.