Siapa orang Langkawi sini?
Buka pintu pada 15 Disember 2019 lalu, taman tema air ‘Splash Out’ yang terletak kira-kira 16.4km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menjadi menjadi produk pelancongan terbaharu di pulau Langkawi.

Berkonsepkan magis dan fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik, taman tema yang dimiliki syarikat tempatan, Halim Mazmin Group muncul sebagai taman tema pertama di pulau lagenda itu. Katanya pembukaan taman tema itu dilihat tepat pada masanya untuk merancakkan lagi ekonomi di pulau bebas cukai yang sudah lama tidak menghasilkan produk baharu itu.
Sebelum ke sana, ini beberapa perkara anda kena tahu…
12 Jenis Permainan Air
Taman tema dengan keluasan 12 hektar menyaksikan 12 permainan air menarik dan mencabar ditawarkan kepada pengunjung mengikut kesesuaian usia.

Perfect Storm, di mana perjalanan berbentuk corong parabola 40 darjah dengan kesan putaran kaleidoskop sebelum turun ke aras tanah. Ragin’ Racers memberi anda pengalaman meluncur ke bawah pada kelajuan 50 km / jam sejam. Splash-Tacular pula menyediakan pengalaman gelongsor menggunakan jet air berkuasa tinggi dengan kesan visual gempak. Tambah keseronokan anda dengan Shipwreck Falls, di mana anda akan mengalami momen jatuh yang curam sebelum diterbalikkan.

Selepas melalui pengalaman ekstrem, para pengunjung boleh berenang di kolam 6 kaki Wild Water. Atau River of Life untuk perjalanan yang lebih selamat seisi keluarga, kanak-kanak boleh menikmati kolam air interaktif Sprinkle Island dan banyak lagi permainan yang menjanjikan keseronokan.
Tempat Makan & Minum Sangat Mudah
Bila sakan bermain, pasti terasa lapar dan dahaga. Taman tema air mempunyai tiga tempat makan dan minum, seperti East India Coffee & Tea Company dan Bass Harbour Outpost & Supply Retail Shop. Gerai dan kiosk tambahan yang memaparkan makanan ringan, hidangan dan minuman dijual di seluruh taman air.

Mesra Keluarga
Splash Out Langkawi adalah sebuah taman air yang mesra keluarga dengan kemudahan dan perkhidmatan seperti stroller, loker, bilik pertolongan cemas, bilik ganti & menyusu dan bilik sembahyang.

Bayaran Masuk Berpatutan
Dibuka pada hari bekerja, Isnin hingga Khamis dari jam 10 pagi ke 6 petang, dan hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah dari 10 pagi hingga 7 malam. Tiket kemasukan dikenakan bagi dewasa RM75, kanak-kanak RM55 manakala warga emas RM40. Memang berbaloi!
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Splash Out Langkawi, Facebook Splash Out atau hubungi 04 9611 520.

Rasai pengalaman main air paling menyeronokkan di Splash Out Langkawi. Serius tak rugi!
The post Langkawi Dah Ada Taman Tema Air! Ini Yang Best Korang Kena Tahu appeared first on Wanista.com.