Bulan Januari tahun 2020 di sambung dengan acara anugerah yang pertama iaitu karpet merah Golden Globes, di mana ramai selebriti-selebriti terkenal dunia bergaya sakan dengan busana masing-masing. Dan nampak gayanya tema gaun “naked” tetap menjadi fokus utama awal tahun 2020.
Menyentuh mengenai gaun jarang di acara karpet merah yang berprestij ini, Gwyneth Paltrow yang merupakan aktress yang juga merangkap penyanyi serta usahawan wanita yang berasal dari Amerika Syarikat ini mengenakan busana gaun jarang yang cukup seksi pada acara karpet merah Golden Globes.

Gwyneth Paltrow bukan nama asing dalam acara karpet merah, dirinya cukup sinonim dengan pemakaian gaun-gaun yang bold dan daring. Tahun ini Gwyneth nampak gaya memang all-out habis-habisan dengan memilih gaun jarang daripada Fendi untuk acara karpet merah Golden Globes tahun 2020 ini.

Gwyneth mengenakan bra dan juga panties satu set warna yang sama dengan gaun jarang tersebut. Ia menghasilkan illustrasi yang seksi pada tubuh Gwyneth.
Dengan gaun jarang yang menampakan susuk tubuh badannya yang seksi ini, Gwyneth mengenakan aksesori rantai dan subang dari jenama BVLGARI. Sememang rekaan yang cukup sedondong dan blend habis dengan gaun yang dikenakan!

The post Tergoda Tengok Gwyneth Paltrow Pamer Tubuh Seksi Dalam Gaun Jarang appeared first on Wanista.com.