Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14526

Dah Tak Jadi Lelaki Lagi, ‘Human Ken Doll’ Berubah Transgender Pula

$
0
0

Melihat mukanya, pasti semua mengetahui kisah hidup lelaki bernama Rodrigo Alves, 36, ingin menjadi kacak dengan menjalani 76 pembedahan plastik sekaligus memecah rekod dunia.

Digelar ‘Human Ken Doll’ Roddy Alves kerana impiannya ingin menjadi Ken, karakter lelaki dalam koleksi anak patung Barbie, sehingga sanggup belanja sehingga RM1.9 juta untuk melakukan berpuluh-puluh siri pembedahan plastik termasuk sedut lemak, pembedahan di bahagian hidung, botox, punggung dan banyak lagi.

Foto – Unilad

Baca kisahnya – 46 Pembedahan Plastik Belum Cukup – Ken Barbie

Terkini, Roddy telah berubah menjadi transgender, dan melakukan transformasi ekstrem pada diri. Roddy mengatakan dia selalu merasa diri lebih kepada Barbie.

“Rasa cukup menakjubkan apabila akhirnya saya memberitahu dunia bahawa saya seorang wanita. Inilah diri saya yang sebenar – glamor, cantik dan feminin. Selama bertahun-tahun saya cuba menjalani hidup sebagai seorang lelaki, walhal dalaman saya lebih kepada seorang wanita dan sifat feminin.

“Selama ini saya berbohong pada diri sendiri. Saya tidak pernah gembira. Saya lelaki sedangkan saya mempunyai pemikiran wanita. Saya fikir seperti seorang wanita, saya bertindak seperti seorang wanita, ” jelasnya.

Kini, Roddy telah menjalani suntikan hormon yang telah menghentikan pertumbuhan bulu dan membesarkan pinggul dan payudara. Dia juga merancang untuk mempunyai implan payudara, pembedahan penggantian jantina penuh, adam apple dibuang, malah rahang muka akan ditoreh menjadi lebih kewanitaan.

Aduhai macam-macam hal. Harap tak hancur lebur fizikal Roddy.

RUJUKAN

The post Dah Tak Jadi Lelaki Lagi, ‘Human Ken Doll’ Berubah Transgender Pula appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14526