Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14512

5 Selebriti K-Pop Jalani Kehidupan Sukar Sebelum Berjaya

$
0
0

“Aku kagum betullah dengan kejayaan artis-artis K-Pop, kejayaan dia orang ini di ikhtiraf sampai ke luar negara!”

Kita sering berasa cemburu melihat kejayaan selebriti-selebriti K-Pop, hidup mewah, miliki ramai peminat di seluruh dunia dan sebagainya. Tapi pernah tak kita berfikir bagaimana susah dan payahnya, artis-artis K-Pop untuk  mengecapi apa yang mereka ada sekarang ini?

Nak hidup dalam industri hiburan bukan semuanya seindah pelangi semata-mata, banyak selebriti terpaksa melalui liku-liku hidup dan ada dikalangan selebriti pula lahir dari latar belakang keluarga susah.

Ini antara beberapa selebriti yang popular yang menjalani kehidupan yang sukar sebelum berjaya di pentas dunia.

BTS – Nam Joon @ Rap Monster

Foto – Arkib Wanista

Siapa yang tidak kenal dengan Rap Monster (RM) atau nama sebenarnya Kim Nam Joon, yang merupakan ketua kumpulan idol popular BTS. Perjalanan RM menjadi idol bermula dengan dengan menulis lirik lagu semenjak dari sekolah menengah lagi.

Pada awalnya ibu RM tidak menyokong keputusannya untuk terlibat dalam muzik, tetapi akhirnya memilih untuk menjadi idol dari meneruskan pelajarannya.

Foto – Arkib Wanista

Sepanjang menjalani pelatih di bawah syarikat BigHit Entertainment selama tiga tahun, akhirnya RM menjadi rapper utama dan ketua bagi kumpulan BTS dan kini menjadi antara individu yang paling berpengaruh dalam industri hiburan.

TWICE – Jihyo

Foto – Arkib Wanista

Senyumannya manis menawan dengan vibe santai yang dimiliki oleh ketua kumpulan idol TWICE, Jihyo ini sebenarnya telah melalui banyak cabaran sebelum dirinya dikenali seperti sekarang ini.

Jihyo mula berlatih untuk menjadi idol sejak berusia lapan tahun, Jihyo menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan bekerja keras untuk menjadi idol.

Bayangkan zaman kanak-kanak yang sepatutnya penuh dengan bermain bersama rakan sebaya, dihabiskan dengan berlatih untuk menjadi pelatih demi menjadi idol.

Foto – Arkib Wanista

Apabila meningkat usia remaja Jihyo dimasukkan dalam program survival iaitu SIXTEEN dan dimasukkan dalam kumpulan minor dalam program tersebut, meskipun mempunyai 10 tahun pengalaman bergelar pelatih.

Kemudian Jihyo di pilih menjadi ketua kumpulan idol TWICE, meski dirinya menjadi ketua kumpulan dirinya sering dipinggirkan pada awal penubuhan kumpulan idol ini.

Kini dengan bakat dan kebolehan yang telah diasah sejak berusia lapan tahun, Jihyo berdiri di pentas dunia dengan jayanya dan hasil penat lelah membuahkan hasil tatkala namanya dikenali di serata dunia.

IU

Foto – Arkib Wanista

Kisah IU sangat diketahui ramai, di mana dirinya memilih menjadi penyanyi untuk menyara adik lelakinya dan neneknya yang tua. Perjalanan IU dalam industri bukan mudah di mana pada awalnya IU pernah di tipu oleh syarikat hiburan palsu dan gagal uji bakat sebanyak 20 kali.

Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat IU, sebaliknya menjadi sumber untuk majukan diri dan mengejar kejayaan. IU kemudian menjadi artis dibawah syarikat LOEN Entertainment.

Foto – Arkib Wanista

IU debut dalam industri pada tahun 2008 perjalanan kerjaya IU pada awalnya tidak mudah, lagu yang dikeluarkan pada awalnya tidak begitu mendapat sambutan tetapi IU berusaha keras untuk membuat dirinya dikenali ramai.

Dan kini usahanya membuahkan hasil di mana IU antara selebriti Korea yang mempunyai fan base yang kuat dan menjadi penyanyi solo yang berjaya.

2NE1 – Sandara Park

Foto – Arkib Wanista

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi legenda ini Sandara Park, debut dalam kumpulan idol 2NE1 membuatkan namanya dikenali di seluruh dunia. Tapi berapa ramai yang mengenai perjalanan awal wanita hebat ini dalam industri?

Untuk pengetahuan semua nama Dara mula dikenali di Filipina, di mana Dara telah menyertai sebuah rancangan realiti mencari bakat yang dikenali ‘Star Circle Quest’.

Kemudian nama Dara mula harum dikenali ramai tetapi malangnya kejayaan tersebut tidak bertahan lama, bila mana bapa Dara lari tinggalkan keluarga bersama wanita lain dan mengambil ke semua duit keluarga.

Foto – Arkib Wanista

Sejak itu, Dara menjadi tulang belakang keluarga dan perlu menggalas tanggungjawab menyara ahli keluarga sejak bapanya meninggalkan keluarga.

Meski di awal hidupnya tidak seindah orang lain, Dara tidak pernah mengalah dan terus maju kehadapan dan berjaya dalam industri sehingga sekarang.

Super Junior – Leeteuk

Foto – Arkib Wanista

Di sebalik senyuman yang sering diukir di bibirnya tersembunyi kisah sedih, Leeteuk mempunyai keluarga yang susah dan zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan penderaan fizikal yang dilakukan oleh bapanya.

Untuk keluar dari kehidupan sukar dan dari penderaan bapanya, Leeteuk membuat keputusan untuk menjadi idol. Nasib Leeteuk cerah apabila berjaya debut sebagai salah seorang anggota kumpulan idol Super Junior.

Foto – Arkib Wanista

Meski sejak debut kehidupan Leeteuk beransur-ansur berubah menjadi baik tetapi dirinya masih diselubungi trauma masa silam, dan kemudian pada tahun 2014 bapa Leeteuk melakukan pembunuhan dan bunuh diri semasa menjaga datuk dan nenek Leeteuk.

Kejutan mengejutkan itu hampir memakan diri Leeteuk, tetapi berkat kekentalan jiwa dan sokongan dari peminat dan orang terdekat memberi semangat buat Leeteuk untuk mencari kebahagian diri dan kerjaya.

Foto – Arkib Wanista

Jadi jangan ingat selebriti-selebriti Korea semuanya datang dari latar belakang keluarga yang kaya raya, ramai dikalangan mereka datang dari keluarga susah dan memilih industri hiburan sebagai sumber pendapatan untuk menyara keluarga dan ianya juga adalah impian mereka juga.

Tersentuh hati bila dapat tahu kisah hidup idol-idol popular ini, apa-apa pun segala penat lelah mereka kini berbalas dengan kejayaan yang di miliki betul tak?

Siapa suka selebriti K-Pop kita geng♥

Rujukan: 1, 2,

The post 5 Selebriti K-Pop Jalani Kehidupan Sukar Sebelum Berjaya appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14512