Pada 29 Julai 2020 lalu, Tokyo Street yang terletak di tingkat enam Pavilion Kuala Lumpur mengadakan majlis penutupan sambutan ulangtahun Tokyo Street yang Ke-9 pada tahun ini. Majlis penutup di Tokyo Street Pavilion Kuala Lumpur pada minggu lalu sangat menarik dan cukup gah!
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sejak awal bulan hingga akhir bulan Julai lalu, di Tokyo Street yang terletak di tingkat enam Pavilion Kuala Lumpur.
Bagi yang berkunjung ke Pavilion pada bulan Julai lalu pasti ada yang perasan di bahagian pintu masuk Pavilion (bahagian tangga menuju ke ruang legar Pavilion).

Terdapat patung mannequin yang dipakaikan baju kimono yang sangat cantik, berdiri bersebelahan deretan pokok-pokok bunga sakura yang mana terdapat kertas warna-warni digantung pada ranting-ranting pokok sakura.
Itu baru di ruang legar berdekatan pintu masuk Pavilion, belum lagi kamu lihat pelbagai aktiviti menarik di Tokyo Street yang berada di tingkat enam.
Nak tahu apa aktiviti menarik yang diadakan sempena penutupan sambutan ulangtahun ke-9 Tokyo Street di tingkat enam Pavilion Kuala Lumpur, jom tengok di bawah.
Deretan Hasil Seni Lukisan Yang Menarik Dari Pelukis Jepun
Banyak hasil seni lukisan yang menarik seperti lukisan pokok bunga matahari, lukisan ilustrasi kanak-kanak dan sebagainya menghiasi ruang di tingkat enam Tokyo Street.


Gantung Impian Menerusi Sambutan Tanabata
Sambut musim bunga dengan gantung hasrat dan impian menerusi upacara ‘Tanabata’ dengan memilih aneka kertas hasrat berwarna-warni atau juga dikenali sebagai ‘Tanzaku’, dan gantung kertas pada ranting atau dahan pokok.


Rasai Pengalaman Pakai Kimono Macam Orang Jepun
Bagi yang belum pernah merasa bagaimana memakai kimono, semasa sambutan Tokyo Street yang ke-9, diadakan pengunjung berpeluang mencuba memakai kimono di vendor ‘Yukata Experience’. Serius cantik!


Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak Dengan Bermain Permainan Arked
Orang Jepun sangat terkenal kegilaan mereka dengan bermain permainan di arked mainan, justeru itu sempena penutupan majlis, Tokyo Street bawakan beberapa jenis mainan untuk pengunjung cuba. Serius rasa macam kembali di zaman kanak-kanak.


Banyak Aktiviti Menarik Budaya Jepun Diadakan
Sempena penutupan majlis sambutan ulangtahun ke-9 Tokyo Street pada tahun ini, banyak aktiviti budaya Jepun di bawa ke Malaysia menerusi program Tokyo Street Pavilion Kuala Lumpur.
Antara aktiviti menarik adalah membuat burung origami, menghasilkan rantai leher dan banyak aktiviti kraf yang lain diadakan, sepanjang program Tokyo Street berlangsung pada bulan lalu.


Program sambutan Tokyo Street ke-9 ini dirasmikan oleh Duta Jepun iaitu Yang Terhormat Oka Hiroshi bersama isterinya Oka Rieko, ini merupakan lawatan rasmi pertama duta dari Jepun ke Pavilion Kuala Lumpur dan Tokyo Street.

Di harap program Tokyo Street akan diadakan juga pada tahun depan dengan lebih banyak program dan aktiviti menarik di tingkat enam Pavilion Kuala Lumpur.
Banyak perkara menarik dan budaya boleh dikongsikan bersama rakyat Malaysia khususnya, sambil berlibur di Pavilion.
Serius best siapa yang pergi program Tokyo Street bulan lepas bertuahlah, bagi yang melepas kena tunggu tahun depan ya.
The post Sumpah Best Aktiviti Budaya Jepun Di Tokyo Street Pavilion KL appeared first on Wanista.com.