Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Peti Pertolongan Cemas Kena Ada, Meski Jarang Guna

$
0
0

Wanista nak tanya dekat rumah masing-masing atau di tempat kerja kamu ada peti pertolongan cemas tak? Kalau tak ada silalah sediakan peti pertolongan cemas segera dan simpan di rumah, tempat kerja mahupun dalam kereta.

Walaupun kita jarang menggunakan peti pertolongan cemas ini, tetapi kita semua harus beringat bahawa, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Jangan ambil mudah tentang perkara ini, mari Wanista kongsikan beberapa sebab mengapa pentingnya peti pertolongan cemas dalam kehidupan.

Kemalangan Boleh Berlaku Bila-Bila Masa

Foto – E-Medicine Health

Tiada siapa mahu diri sendiri, ahli keluarga, atau orang di sekeliling kita menghadapi kemalangan bukan. Tetapi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti anggota badan luka, lebam, demam, pening, loya, atau sakit perut, ubat-ubatan dan peralatan dalam peti pertolongan cemas dapat membantu.

Nyawa Dapat Diselamatkan Lebih Awal

Foto – UCI Sustainability

Ianya mungkin kedengaran cliche, tetapi tatkala nyawa mungkin terancam bantuan dari peti pertolongan cemas boleh menyelamatkan nyawa kamu dan orang tersayang.

Dapat Jimatkan Masa

Foto – My Path Education

Tahukah kamu jika kamu atau orang terdekat dengan kamu mengalami kecederaan, maka masa adalah aspek paling penting dalam menyelamatkan nyawa.

Dengan melakukan pertolongan cemas menggunakan peralatan ada dalam peti kecemasan, boleh menjimatkan masa dan saat kritikal sementara menunggu van ambulans sampai.

Peralatan Mudah Dapat Dan Harga Berpatutan

Foto – Instructables

Tiada apa yang lebih pentng dari keselamatan dan nyawa sendiri bukan, jadi apalah sangat jika kamu keluarkan sedikit wang untuk menyediakan peti pertolongan cemas.

Tambahan lagi, segala barang dan peralatan asas untuk peti kecemasan sangat mudah di dapati di farmasi atau toko-toko ubat.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Peti Pertolongan Kecemasan?

Kalau nak senang kamu boleh beli set kit pertolongan cemas yang telah tersedia ada di farmasi, segala keperluan asas untuk kecemasan telah tersedia dalam set tersebut.

Tetapi bagi yang ingin menyediakan sendiri barang dan peralatan untuk peti pertolongan kecemasan, jangan risau kerana banyak barang-barang boleh didapatkan di farmasi terdekat dengan rumah kamu.

Ini antara barang atau peralatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas kamu.

Plaster Pelbagai Saiz

Foto – Amazon

Kain Pembalut Kain Kasa Steril Dalam Pelbagai Saiz

Foto – Arkib Wanista

Kain Pembalut Mata Steril

Foto – Arkib Wanista

Kain Pembalut Segi Tiga

Foto – Arkib Wanista

Kain Pembalut Gulung Crepe

Foto – Arkib Wanista

Pin Keselamatan

Foto – Arkib Wanista

Sarung Tangan Pakai Buang

Foto – Arkib Wanista

Tweezers @ Penyepit Kecil

Foto – Arkib Wanista

Gunting

Foto – Arkib Wanista

Antiseptik

Foto – Arkib Wanista

Tisu Pembersih Bebas Alkohol

Foto – Google

Pita Pelekat

Foto – Arkib Wanista

Termometer

Foto – Arkib Wanista

Ubat Batuk

Foto – Arkib Wanista

Krim Atau Spray Untuk Melegakan Kulit Dari Gigitan Serangga

Foto – Arkib Wanista

Ubat Tahan Sakit Seperti Paracetamol

Foto – Arkib Wanista

Jadi simpan peti pertolongan cemas di rumah, tempat kerja, atau dalam kenderaan untuk keselamatan diri dan orang tersayang.

Sematkan ideologi ‘sediakan payung sebelum hujan’ dalam diri, agar kamu boleh bersedia menghadapi apa jua situasi kecemasan dengan pantas dan bersedia.

Rujukan: 1, 2,

The post Peti Pertolongan Cemas Kena Ada, Meski Jarang Guna appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506