Anda berada dalam zon yang selesa. Anda lebih selesa menyembunyikan diri daripada berdepan. Itu antara tanda-tanda seseorang miliki mental yang lemah.
Mental lemah boleh terjadi disebabkan orang sekeliling, persekitaran atau situasi yang berlaku. Bagaimana kita menghadapi setiap situasi, pasti akan ada reaksi emosi yang berbeza. Bagaimana daya ketahanan mental seseorang.
Orang sebegini miliki hati yang sangat fragile dan mudah tumbang. Yang jelas, individu ini punya tahap harga diri dan keyakinan yang sangat rendah dalam apa jua keadaan.
Salahkan Orang Lain
Individu yang percaya apa sahaja berlaku dalam hidup mereka, bukan berpunca dari diri sendiri. Masa sukar mereka dipersalahkan pada orang lain, masyarakat dan keadaan sekeliling.
Tak Pernah Berdepan Dengan Masalah
Masalah yang datang, tapi anda masih lagi berada dalam zon selesa dan tidak pernah untuk mengatasi masalah. Adakah ini satu alasan untuk tidak menangani masalah peribadi?
- Foto – Dance Magazine
Tak Boleh Mengatasi Tekanan
Kita semua mempunyai tekanan dalam hidup dan kita mempunyai dua pilihan. Pertama, menangani masalah tersebut atau yang kedua dengan menjauhkan diri daripada masalah.
Ada orang memilih untuk bersembunyi di sebalik topeng dengan melakukan aktiviti seperti mengambil dadah, minum, seks bebas dan lain-lain daripada menghadapi kehidupan.
Zero Self-Esteem/ Self-Confidence
Tiada bermaksud zero, sifar, anda langsung tiada nilai peribadi. Anda tahu orang yang meletakkan diri mereka ke tahap yang rendah. Anda selalu bersembunyi di zon selesa anda. Anda tidak mencuba perkara baru kerana anda takut akan kegagalan, perkataan gagal secara automatik berlegar di minda.
- Foto – New York Post
Mudah Dimanipulasi
Sebilangan orang akan mempercayai apa sahaja yang mereka dengar dan menjadi mangsa pembohongan dengan mudah. Walaupun kebenarannya jelas, mereka memilih untuk kekal dalam hubungan manipulatif.
Cemburu
Orang-orang ini selalu cemburu dengan kemasyuhan, kekayaan, kebahagiaan, kehidupan orang lain. Mereka mungkin mengatakan bahawa orang ini menjadi kaya kerana mempunyai ibu bapa yang kaya atau mereka mendapat kemasyhuran kerana mereka mengenali seseorang dalam industri.
- Foto – Arkib Wanista
Begitu banyak masa yang disia-siakan untuk orang lain dan bukannya pada diri mereka sendiri.
Tidak Dapat Mengawal Emosi
Adakah anda pernah cuba untuk berbincang dengan tenang mengenai sesuatu perkara yang mengganggu anda? Adakah mereka menjerit, ketawa atau menengking pada waktu yang tidak sesuai? Mungkinkah mereka tidak dapat mengendalikan emosi sebaiknya?
Anda Biarkan Pengalaman Buruk Menentukan Hidup
Kita semua pernah berada dalam keadaan itu. Mungkin kecelakaan, penolakan, perceraian atau kematian. Ada orang terus menderita daripada meminta pertolongan atau memberi kebenaran kepada diri sendiri untuk terus maju.
Tanda kekuatan adalah bergerak maju setelah menghadapi kesakitan dan kehilangan saat-saat sukar dalam hidup.
- Foto – VSCO
Asyik Mengkritik
Kita kenal dengan orang yang sebegini. Mereka lebih banyak bercakap benda buruk tentang orang lain. Ada saja benda yang tidak kena, sentiasa nak point kesalahan dalam apa jua keadaan. Mereka selalu tertumpu pada orang lain dan perkara buruk yang telah dilakukan orang-orang ini pada mereka.
Setiap orang melalui saat sukar, tiada yang mudah. Tapi orang yang mempunyai mental lemah, lebih senang mencari jalan keluar yang paling mudah. Mereka dengan mudah melepaskan moral atau prinsip hidup.
Jika anda ada tanda-tanda di atas, cuba muhasabar diri dan reflect!
The post Tanda-Tanda Mental Anda Sangat Lemah appeared first on Wanista.com.