Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

Selain Bagus Untuk Merawat Wajah, Bunga Teratai Miliki Sifat Istimewa

$
0
0

Sejak menggunakan skincare Fresh Lotus Youth Preserve Face Cream, penulis tertarik untuk mengetahui kehebatan yang dibawakan oleh bunga teratai.

Menariknya, pelembap Lotus Youth Preserve Face Cream yang memberikan kelembapan 24 jam dan sinaran serta membaiki tekstur kulit dari dalam. Bukan nak bercakap pasal produk tersebut tapi kebaikan bunga teratai untuk kecantikan kulit wajah yang selama ini tidak diketahui.

Apabila kita memikirkan tentang bunga teratai, kita akan terbayang akan rupanya yang putih, merah jambu, kuning atau ungu, tapi apa yang kita mungkin tidak sedar adalah faedah kecantikan yang dimiliki teratai.

Faedah Kecantikan Teratai

Sifat teratai yang penuh dengan vitamin C, B kompleks, antioksidan dan mineral membawa kepada kulit yang lebih sihat dan cerah. Sifatnya menghidrat dan melembapkan kulit serta membantu meningkatkan keanjalan kulit, menghapus garis halus, bintik-bintik hitam dan kedutan.

Foto – Arkib Wanista

Akar teratai mengandungi vitamin A yang membantu mengurangkan keradangan dan mempromosikan penyembuhan (manfaat yang sangat diperlukan untuk mereka yang mempunyai jerawat).

Banyak produk kosmetik dan penjagaan kulit menggunakan teratai sebagai bahan utama mereka. Ia memberikan penghidratan segera kepada kulit. Oleh itu, jika anda rasa kulit kering dan kusam maka produk penghidratan dapat meningkatkan keanjalan dan glow.

Air Pengaruh Warna Teratai

Keunikan tanaman teratai adalah jika berada di dalam air yang berlumut dan kotor, maka warna bunganya akan ikut sama berubah.

Foto – AFP

Sebagai contoh, apabila bunga teratai tersebut berwarna merah, maka warnanya akan menjadi merah terang. Jika warna bunga teratai putih, akan terlihat lebih putih dan cantik.

Simbol Bunga Yang Suci

Dalam agama Buddha, teratai adalah simbol bunga suci. Ini dapat dilihat dari patung-patung atau hiasan dalam agama Buddha, di mana terdapat unsur-unsur ukiran teratai yang sangat jelas terlihat.

Foto – Freepik

Bunga teratai dengan pelbagai warna mempunyai konotasi yang berbeza menurut penganut Buddha. Contohnya, teratai merah menunjukkan cinta dan semangat. Teratai ungu melambangkan kekuatan mistik, teratai putih melambangkan kesucian hati, dan teratai biru melambangkan pengetahuan.

Daun Teratai Tak Basah

Bunga teratai mempunyai daun nipis dan lebar. Bentuk daun ini akan mengurangkan tekanan ke bawah, supaya daun teratai tidak tenggelam di dalam air.

Foto – Tech

Selain itu, permukaan atas daun teratai juga mempunyai lapisan lilin. Kehadiran lapisan lilin ini menjadikan air menitis ke permukaan daun dan tidak akan membasahi daun dan hanya membentuk titisan air.

Mekar Waktu Pagi, Kuncup Di Petang Hari

Keunikan tanaman teratai adalah kemampuan bunga untuk mekar pada waktu pagi dan kuncup di petang hari.

Bunga teratai pada waktu pagi akan muncul di permukaan air, kemudian mekar. Apabila lewat petang, bunga teratai akan menguncup kemudian tenggelam ke dalam air.

Foto – Pinterest

Menarikkan cerita si teratai, siapa sangka.

RUJUKAN : 12

The post Selain Bagus Untuk Merawat Wajah, Bunga Teratai Miliki Sifat Istimewa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523