Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14478 articles
Browse latest View live

[Video] Pecutan Si Burung Unta Di Lebuhraya Federal?

$
0
0
111

Anda memandu di Lebuhraya Persekutuan dan tiba-tiba muncul burung unta berlari. Memang ia jarang berlaku dan semestinya jadi perhatian serta topik bualan paling hangat petang semalam.

Haiwan itu berlari di lorong kanan arah ibu kota berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti, di sini, petang tadi.

Pemilik akaun Instagram menggunakan nama Jeff Sandhu pastinya jadi sebutan kerana dia memuat naik rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan haiwan itu berlari sehingga menjadi ‘viral’.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 3 petang dan haiwan berkenaan sudah ditangkap oleh pemiliknya kira-kira 4.30 petang.

Seorang saksi enggan dikenali berkata, dia melihat haiwan itu terlepas dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya.

Katanya, haiwan berkenaan dilihat melompat dari kenderaan terbabit

“Burung unta itu berlari dilorong paling kanan lebuhraya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan.

“Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Katanya, dia difahamkan haiwan berkenaan dibawa pulang ke ladang pemilik terbabit terletak di Semenyih, Kajang.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan Semenanjung, Hasnan Yusop ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dari orang awam mengenai burung unta yang terlepas berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

Bagaimanapun, katanya, haiwan berkenaan bukan terletak dibawah kawalan jabatan terbabit

SUMBER


Bukan Terkena Sihir, Neelofa Jumpa Harun Din Minta Pendinding

$
0
0
Foto -malaymailonline

Pelakon Noor Neelofa Mohd Noor menafikan terkena buatan orang selepas gambarnya berubat dengan Datuk Dr Haron Din dimuat naik di Instagram.

Pengacara MeleTop berkata pengamal perubatan Islam terkenal itu, yang juga mursyidul am PAS, biasa menyediakan air pendinding pada setiap kali mengadakan kunjungan ke rumahnya.

“Video itu tidak bermaksud apa-apa. Saya tidak terkena buatan orang (sihir) seperti mana yang difikirkan ramai,” kata Neelofa, 27, seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

“Hubungan keluarga saya dan ustaz (Haron Din) agak rapat. Malah, keluarga kami selalu berkunjung ke kediaman masing-masing.

“Jadi ia sudah menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga untuk meminta khidmat kepakaran ustaz apabila beliau berkunjung ke rumah kami”.

Pelakon filem Pilot Cafe memuat naik beberapa video pendek pertemuannya bersama Haron di Instagram miliknya pada Sabtu.  

Satu daripada video itu menunjukkan Haron menggosok dan menepuk belakang badan Neelofa sambil membacakan sesuatu dengan sebelah tangan lagi memegang botol air.

Video ini mendapat kritikan pengguna Internet kerana ulama terkenal ini menyentuh pelakon tersebut, amalan yang mereka percaya tidak wajar di sisi agama.

Namun, jurucakap pusat perubatan Darussyifa yang didirikan oleh tokoh itu berkata Haron membacakan doa dan ayat ruqyah ketika merawat usahawan tudung Naelofar Hijab.  

“Memang terdapat kaedah meletakkan tangan di tempat sakit. Jika wanita hanya diletakkan di bahagian belakang sahaja namun tidak semua rawatan perlu menyentuh pesakit.

“Ayat ruqyah adalah ayat daripada sumber al-Quran yang digunakan dengan cara tersusun, amalan sunnah Rasulullah serta kaedah lain sebagai ikhtiar merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau rohani yang selaras dengan kehendak syarak,” kata jurucakap kepada akhbar sama. 

SUMBER

5 Gambar Obsesi Gadis Yang Ingin Menjadi Kate Middleton

$
0
0
Foto - www.hellomagazine.com

Siapa yang tak terpegun dengan penampilan Kate Middleton yang sentiasa tampil menawan dan anggun.

Disebabkan itu, seorang wanita di Amerika sanggup berhabis semata-mata untuk kelihatan seperti Kate Middleton. Empunya diri, Amanda Bell dilaporkan berhabisan sehingga $3,000 bersamaan dengan RM12,000 dalam masa empat tahun ini. Semua itu kerana obsesnya pada Kate Middleton.

“Saya selesa dengan meniru gaya Kate. Malah, saya merasakan gaya kami hampir sama, jadi dengan menirunya nampak normal sahaja pada penampilan saya,” ujar Amanda.

Bukan sahaja pakaian, malah rambut dan juga bentuk tubuhnya dikatakan mirip dengan Kate Middleton. 

Wahhh kelas sangat adik ni. Tapi, memang jika diamati mereka seperti pelanduk dua serupa.

Screen Shot 2016-06-17 at 9.03.04 AM

Screen Shot 2016-06-17 at 9.03.30 AM

Screen Shot 2016-06-17 at 9.03.39 AM

Screen Shot 2016-06-17 at 9.03.34 AM

Screen Shot 2016-06-17 at 9.03.42 AM

SUMBER

Wangian Victoria’s Secret Ini Boleh Halau Nyamuk?

$
0
0
Foto - www.sfgate.com

Bila anda lihat mereka di pentas peragaan dengan set baju dalam yang seksi, mesti anda terfikir kenapa badan mereka tiada sebarang bekas gigitan nyamuk? Sempurnanya mereka ini, pernah bukan? Hah, nak tahu inilah rahsia mereka.

Siapa sangka wangian Victoria’s Secret Bombshell yang sudah pun berada dipasaran adalah lebih dari sekadar wangian.

Apa yang menarik, menurut kajian terkini oleh pengkaji di New Mexico State University (NMSU), wangian ini mampu bertindak menghalau nyamuk yang efektif, dengan aroma yang bertahan hingga dua jam jika disembur banyak.

Kajian yang dikeluarkan di dalam Jurnal of Insect Science, pengkaji di NMSU telah menguji lapan jenama produk penghalau nyamuk serta dua wangian termasuk Bombshell.

“Kami megkaji VS Bombshell kerana salah seorang daripada subjek kajian kami telah menerimanya sebagai hadiah hari jadi, jadi kami memilihnya tanpa perancangan,” kata Immo Hansen, Associate Professor di NMSU.

“Memandangkan aromanya flora dan manis, kami fikir ia akan menarik nyamuk, tetapi yang sebaliknya terjadi.

“Memang terdapat beberapa penulisan mengatakan nyamuk tertarik pada bau manis buah dan flora dan jika boleh, elak memakai haruman begitu. Agak menarik bila melihat nyamuk bukannya mahu mendekati malah menjauhi orang yang memakai wangian VS itu,” jelas Stacy Rodriguez, seorang pengkaji.

Wahhh menarik bukan? Kalau betul boleh jauhkan nyamuk, mesti sentiasa sold out semburan wangian fruity floral ini.

SUMBER

Tonton Siri Animasi Komedi “The Loud House” Tentang Ikatan Kekeluargaan Di Nickelodeon!

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Apabila adik-beradik semuanya perempuan dan cuma ada seorang ‘hero’ di dlaam keluarga, maka semakin kecohlah saluran kegemaran kanak-kanak Nickelodeon.

Persembahkan, siri animasi komedi terbaru “The Loud House” yang berkisarkan tentang kemeriahan sebuah rumah, diserikan dengan kekecohan pelbagai ragam yang terdiri dari 11 orang adik-beradik di mana, cuma ada seorang sahaja lelaki di antara 10 yang lain.

Hasil ilham untuk menerbitka animasi komedi unik ini adalah berdasarkan kehidupan sebenar Chris Savino di mana dirinya mempunyai pengalaman hidup dalam keluarga sambil dikelilingi oleh adik-beradik yang semuanya perempuan.

Ia berkisarkan watak kanak-kanak yang diberi nama Lincoln dikelilingi  dari kakak dan adik perempuannya mempunyai personaliti unik masing-masing termasuklah Lori, Leni, Luna, Luan, Lynn, Lucy, Lola, Lana, Lisa dan Lily. 

Namun begitu, Lincoln tidak keseorangan kerana dia turut mempunyai seorang teman baik iaitu Clyde. Mereka berdua sering mencari idea bernas untuk lari dari kekecohan rumah tersebut dan di situlah titik permulaan pengembaraan yang menarik.

Chris Savino yang sebelum ini turut pernah terlibat dalam pembikinan siri animasi Rocko’s Modern Life dan The Powerpuff Girls mengetengahkan bakat seperti Grant Palmer, Caleel Harris, Catherine Taberas, Liliana Mumy, Nika Futterman dan ramai lagi sebagai suara latar bagi setiap satu watak di dalam “The Loud House”.

Jangan ketinggalamn untuk menonton siri animasi komedi yang menarik dan realistik ini, setiap hari Isnin, jam 6pm hanya di saluran Astro Nickelodeon 612!

Ini 11 Kegunaan Avène Thermal Spring Water Yang Anda Perlu Tahu!

$
0
0
Foto - boxkao.blogspot.com

Avene Thermal Spring Water merupakan salah satu produk wajib bagi sebahagian wanita. Mungkin kalau dilihat pembungkusannya, produk ini seperti face spray biasa. Sekejap, sebab Avene Thermal Spring Water ini banyak sekali kegunaannya dan tidak hanya fokus di wajah sahaja.

Sejarahnya bermula pada tahun 1973 di desa Avene, Perancis. Untuk pengetahuan anda, keajaiban air ini ditemui kerana kuda milik Marquis of Rocozels yang sembuh dari penyakit kulit selepas minum dan bergolek di mata air panas yang ada di sana. Kmudian Marquis of Rocozels membina kemudahan kesihatan di tahun 1973 untuk merawat pelbagai penyakit kulit. Di tahun 1975, Avene Hydrotherapy Center dibeli oleh Pierre Fabre Laboratories yang merupakan salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di Perancis. Dari situlah nama Avene semakin global dan lahir pelbagai jenis skincare lengkap untuk mengatasi masalah-masalah kulit.

Foto - www.birchbox.com
Foto – www.birchbox.com

Ini antara kegunaan Avene Thermal Spring Water.

Melegakan kulit setelah rawatan wajah

Avène Thermal Spring Water mempunyai kandungan yang mampu menenangkan kulit. Banyak klinik dan dermatologist yang menyarankan dan menggunakan thermal spring water ini pada pesakit selepas melakukan rawatan kecantikan. Jika kamu berasa wajah tidak selesa, semburkan thermal spring water untuk memberi kesan kelegaan pada kulit. Ia membantu memperbaiki kulit wajah yang kemerahan, meruam dan gatal-gatal. Malah, difahamkan, di Perancis sendiri, Avene Hydrotherapy Center menangani ribuan pesakit setiap tahun dengan pelbagai rawatan yang juga menggunakan produk ini untuk masalah kulit seperti atopic dermatitis, ekzema, psoriasis, parut, luka, pasca kanser, ichthyosis dan banyak lagi.

Menyiapkan kulit anda sebelum menggunakan serum

Tak hanya dipakai sesudah membersihkan wajah, Avene Thermal Spring Water ini juga baik digunakan selepas memakai toner dan paling tepat sebelum serum. Dengan begitu, ia bekerja dengan mempersiapkan kulit sebelum meletakkan produk skincare lain. Pada masa yang sama, kulit terusan terasa lembap dan dipakai serum.

Mengurangkan kepekatan face oil

Tidak semua orang mahu menggunakan face oil, produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada minyak pati kerana takut akan kepekatan teksturnya malah membuatkan wajah bertambah berminyak setelah aplikasi. Tetapi, kalau produknya bagus sayang kalau tidak dicuba, bukankah begitu? Hah, Avene Thermal Spring Water ini boleh membantu supaya face oil tidak menggerunkan anda. Hanya titiskan 2 hingga 4 face oil, lalu semburkan sedikit thermal spring water ini. Tektur minyak tadi menjadi lebih cair dan selesa pada kulit.

Melembutkan rambut yang kering dan tidak terkawal

Hah, produk Avene ini bukan sesuai untuk wajah sahaja tau, boleh juga diaplikasi pada rambut. Lebih-lebih lagi untuk rambut yang jenis kering dan sukar diatur, Avene Thermal Spring Water inilah boleh membantu. Cuba semburkan pada bahagian rambut  yang ingin dirapikan. Biarkan selama beberapa minit, lalu jika rambut sudah hampir kering, sikat secara perlahan. Selepas itu, rambut anda terasa lebih halus dan mudah disikat.

Membersihkan luka

Avene Thermal Spring Water tak mampu meredakan kemerahan dan rasa gatal, namun ia baik digunakan untuk membersihkan luka dan mencegah timbulnya iritasi. Aqua Dolomiae yang merupakan microflora unik dalam thermal spring water ini mampu menenangkan kulit dan mencegah terjadinya keradangan.

Untuk jerawat

Kalau ada jerawat yang masih lagi kemerahan, anda boleh cuba semburkan Avene Thermal Spring Water ini ke kapas, lalu ditekap ke muka. Biarkan beberapa minit, angkat kapas jika terasa sudah cukup kering. Memang tidak boleh membuatkan jerawat kempis tetapi sekurang-kurangnya merah pada jerawat berkurang.

Membantu menghidratkan wajah yang kekeringan

Terutamanya jika anda terdedah kepada suhu penghawa dingin, ataupun wajah menjadi lesu kerana berada berjam-jam dalam perjalanan dan penerbangan. Semburkan thermal spring water untuk mendapat kesan segar dengan kadar segera.

Mekap less cakey

Pernah merasa solekan terlalu tebal? Niat awal ingin menggunakan full mekap untuk majlis istimewa, tetapi ditambah dengan foundation, bedak lagi lantas terasa sesuatu yang tebal di wajah. Untuk mengatasinya, hanya semburkan sahaja Avene Thermal Spring Water di seluruh kulit wajah. Dijamin mekap tidak kelihatan ‘berat’ lagi.

Membantu mengekalkan mekap

Selepas mengenakan tatarias wajah seperti bedak kompak, pembayang mata dan pemerah pipi, semburkan sedikit thermal spring water untuk mengekalkan mekap pada kadar lebih lama. Penulis pasti anda akan lebih berpuas hati kerana produk Avene ini memberi kesan berseri pada wajah.

Untuk anak kecil juga

Paling terbaik, ia juga sesuai digunakan untuk masalah kulit yang berkaitan dengan bayi atau kanak-kanak. Ia boleh mambantu masalah ruam lampin pada bayi, pengeringan dan kulit sensitif. Sebab thermal spring water hanyalah sekadar air, ia sangat selamat digunakan.

Waxing atau Shaving

Menggunakannya selepas waxing atau shaving untuk menenangkan ruam. Ia juga membantu melindungi kulit daripada bakteria datang ke liang terbuka, malah dapat melegakan perasaan gatal.

SUMBER

Ikuti Panduan Untuk Kulit Bebas Kering Serta Elak Sensitiviti

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Pernahkan anda menghadapai masalah kulit radang, gatal-gatal, bergerutu, bersisik serta tegang disebabkan kekeringan yang keterlaluan? Ya, kulit anda mungkin sensitif. 

Masalah kulit sensitif biasanya berpunca dari keturunan atau mungkin anda terdedah secara drastik kepada persekitaran yang tidak sihat, mahupun suhu cuaca yang ekstrem. Bahkan, alah kepada sesetengah jenis makanan serta kebersihan awam juga bisa menjadi penyumbang kepada permasalahan kulit ini.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Di farmasi serta toko-toko perubatan, terdapat banyak jenis krim yang ditawarkan -menjanjikan peluang untuk menghilangkan parut dan kedutan serta merta.

Tidak salah untuk anda mencuba semua produk kecantikan tersebut tetapi, apa yang penting di sini adalah, lakukan ujian sensitiviti dahulu untuk lihat sejauh mana tahap ketahan kulit anda.

Masalah kulit kering. Foto -euchlora.com
Masalah kulit kering. Foto -euchlora.com

Sebelum menggunakan produk baru, cuba sapu sedikit produk berkenaan di bahagian kulit siku anda. Tunggu sehingga 48 -72 jam. Jika tiada sebarang bengkak, bintik merah, kegatalan, serta kepedihan yang muncul di bahagian itu, bermakna anda boleh terus menggunakannya. Oleh itu, sebelum membeli sebarang produk, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Pelanggan yang bijak harus tahu membuat perbezaan ke atas produk. Selalulah memeriksa dan membaca salinan kandungan yang ada di bahagian kotak pembungkus produk dan peka tentang bahan-bahan yang berikut:-

#1 Pelembab Berasaskan Silikon (Silicone-derived emollients)

Anda sukakan sentuhan yang lembut, halus serta kompleksi wajah yang kelihatan “matte” dengan hanya menggunakan krim? Silikon sebenarnya mempunyai susah untuk dilesapkan, ianya tidak mesra alam serta memerlukan masa yang lama untuk hancur. Oleh itu cuba elak memakai produk yang mengandungi elemen silikon kerana ia akan menyumbat pori-pori wajah serta menggalakkan iritasi dan pertumbuhan tumor.

#2 Wangian

Selain menjadikan produk anda berbau harum, sebenarnya kandungan wangian di dalam produk kecantikan adalah tidak elok untuk kulit! Ia merupakan sejenis kimia yang akan menyebabkan radang serta melemahkan bahagian dalam lapisan kulit. Oleh itu, amalkan penggunaan produk yang natural, bebas bau.

#3 Formaldehyde

Formaldehyde biasanya berwarna jernih, mempunyai bau yang kuat serta mudah terbakar. Bahan ini selalu ditemui dalam kosmetik harian anda seperti cat kuku, gel dan perapi rambut. Bukan itu sahaja, bahan merbahaya ini sering digunakan sebagai larutan di dalam pelbagai bahan pembersih rumah. Paling mengerikan, ia telah pun dikelaskan sebagai penyebab kanser kepada manusia oleh  Agency for Research on Cancer.

#4 Lemon

Buah-buahan citrus terkenal dengan kandungan asidnya. Meskipun lemon diyakini mempunyai banyak kebaikan terhadap kecantikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Bahkan, minyak pati citrus mungkin merupakan sejenis phototoxic yang bisa menjejaskan tekstur kulit, membuatkan ia melecet serta pedih apabila terdedah kepada terik matahari.

Rangkaian kelembapan Cetaphil untuk si bayi. Foto -Arkib Wanista
Rangkaian kelembapan Cetaphil untuk si bayi. Foto -Arkib Wanista

Tips!

#1 Membersih Kulit Dengan Lembut

Pstikan anda menjaga kebersihan kulit sepanjang masa. Mandi dengan air panas, melakukan pengelupasan yang keterlaluan terhadap kulit boleh menghakis minyak asli kulit anda serta menjadi punca kepada iritasi kekeringan kulit.

#2 Lebih Kurang, Lebih Baik

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Kita salah kerana selalu mengganggap produk yang kaya dengan pelbagai bahan itu adalah yang terbaik, walhal ianya tidak. Cetaphil Gentle Skin Cleanser hanya mengandungi 8 bahan. Diformulasi khas mengikut kesesuaian semua jenis kulit, pencuci ini bebas sabun dan tidak menghakis kelembapan asli kulit.

#3 Melembap, Membaik-Pulih & Melindung

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Cuba Cetaphil Moisturising Cream untuk mengekalkan kelembapan. Ianya tidak melekit malah bebas dari sebarang wangian. Terbaik untuk disapu ke seluruh bahagian badan terutama di bahagian yang mudah kering seperti kaki, siku, lutut dan lain-lain. 

#4 UVA & UVB

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Pancaran matahari akan merosakan kulit. Malah, jika terlalu lama terdedah kepada cahaya ekstrem, ia akan meningkatkan risiko kanser kulit seseorang. Oleh itu, gunakan krim anti-matahari (sunblock) yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15 kerana ia mampu menghalang pancaran UVA & UVB. Cetaphil Daylong SPF50+ adalah cecair yang bebas minyak dan ringan dikulit -sesuai untuk perlindungan optimum seharian.

#5 Kekalkan Kesihatan Kulit Dari Segi Dalaman & Luaran

Amalkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan untuk membekalkan vitamin dan mineral yang cukup bagi menghasilkan kelembapan kulit yang sempurna. Senaman juga dapat bantu meningkatkan kesihatan kulit. Ia dapat menggalakan peredaran darah dan mengembalikan struktur keanjalan kulit.

 

Meriahkan Aidilfitri Anda Dengan Seleksi Lagu Raya Dari Aziz Harun

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu Raya itu sendiri. Kepada yang belum tahu, Aziz Harun kini mempunyai sebuah lagu raya medley berjudul ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ yang baru sahaja dirakamkan baru-baru ini.

Bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada tahun ini, Aziz Harun buat julung kalinya telah melancarkan sebuah lagu medley raya yang bertajuk ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ yang merupakan lagu asal daripada Datuk M Nasir dan juga Biduanita Negara iaitu Allahyarhamah Saloma.

Aziz Harun yang berasal dari Brunei Darussalam ini merupakan nama yang mula mendapat perhatian dengan singlenya ‘Senyum’ dan juga ‘Beautiful’. Lagu medley ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ oleh Aziz Harun ini telah diubahsuai dan dinyanyikan di dalam versi akustik. Sememangnya lagu versi akustik ini sesuai dinyanyikan oleh Aziz Harun kerana kepakaran beliau didalam bermain gitar dan juga mempunyai alunan suara yang merdu dan amat sedap didengar di halwa telinga.

Bagi peminat lagu-lagu Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk menceriakan Aidilfitri anda dengan lagu medley ‘Satu Hari Di Hari Raya & Selamat Hari Raya’ oleh Aziz Harun yang boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify (http://spoti.fi/1Uzkblw), iTunes (http://apple.co/1UZmDO5), KKBox (http://bit.ly/1UmgX3r), Deezer (http://bit.ly/1UChQCv), Raku, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini iaitu 17 Jun 2016. Jadi, kepada peminat Aziz Harun yang belum pernah mendengar lantunan suara Aziz menyanyikan lagu raya sempena Aidilfitri ini, jom kita dengarkan bersama.


Jom! Kenali Personaliti Diri Anda Melalui Perisa Ais Krim Kegemaran

$
0
0
Foto -shoppingkhushi.in

Anda mungkin hanya terbayang akan keenakkan rasa lemak berkrim apabila memikirkan tentang ais krim. Tetapi tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh mengkaji personaliti diri melalui perisa ais krim kegemaran?

Dah sedia? Jom Wanista kupaskan…

#1 VANILA

Foto -epicurious.com
Foto -epicurious.com

Vanila adalah perisa ais krim yang paling minimalis. Tetapi, lazimnya, mereka yang meminati ais krim berperisa Vanila ini adalah seorang yang periang, sukakan warna-warni, bijak mengikut gerak hati serta seorang yang berani menagmbil risiko. Yup! Mereka ini adalah golongan yang lebih gemar untuk bersandar pada gerak hati berbanding logik akal.

Menurut sebuah kajian yang dikelolakan oleh ahli neurologi Dr. Alan Hirsch iaitu pengasas kepada Smell and test Treatment and Research Foundation, penggemar ais krim Vanila lebih berfikiran terbuka, gemar berterus-terang dan terdorong untuk memiliki hubungan cinta yang lebih bahagia :)

Dr. Alan juga menerangkan bahawa mereka yang menggemari perisa Vanila ini telah sekian lama menggemarinya sedari kecil dan akan mengekalkan obsesi terhadap perisa itu sepanjang hidup mereka. Siapa yang gemar Vanila meh sep sikit! Sebab penulis pun suka ais krim Vanila!

#2 STRAWBERI

Foto -kinja.com
Foto -kinja.com

Menurut kajian Dr. Alan untuk baskin Robbins, penggemar perisa Strawberi adalah sangat bertolak-ansur, setia, dan pendiam. Satu lagi kajian yang dilakukan untuk Dreyer’s/Edy’s, hasil yang ditemukan menyatakan bahawa peminat perisa beri juga mungkin lebih ke arah pemikiran logikal serta bertimbang-rasa. Yeke?

#3 COKLAT

Foto -covermagazine.hk
Foto -covermagazine.hk

Jika anda sering memesan ais krim berperisa coklat semasa di restoran sebagai pencuci mulut mahupun ketika singgah di kedai runcit, tahniah, kerana anda adalah seorang penggoda!

Anda gemar bermain cinta, gemar menggoda, menawan, dan sungguh energetik. Tetapi malangnya, anda mudah sangat percaya cakap-cakap orang. Sedikit nasihat untuk para peminat ais krim coklat, jaga-jaga supaya tidak mudah tertipu okay?

#4 PUDINA BERSAMA CIP COKLAT (Mint Chocolate Chip)

Foto -pierres.com
Foto -pierres.com

Anda selalu serabut? Ha, mesti anda gemarkan ais krim berperisa Pudina Cip Coklat! Menurut Dr. Alan yang menjalankan kajian tersebut, mereka yang gemarkan perisa ini adalah seorang yang bercita-cita tinggi, berkeyakinan, serdehana, namun suka bertengkar. WOW

 “Golongan ini tidak akan berpuas hati selagi kehendak dirinya tidak dipuaskan.” Walau bagaimanapun, pencinta ais krim Pudina Cip Coklat dikatakan serasi dengan siapa pun pasangan mereka.

#5 SHERBET PELANGI

Foto -rd.com
Foto -rd.com

Okay, peminat ais krim Mat Kool yang berwarna-warni seperti pelangi dan berperisa buah-buahan atau , anda adalah sangat pesimis. Anda suka berfikiran negatif sebelum nampak akan kebaikan sesuatu terlebih dahulu. Cepat sangat membuat andaian sendiri. Bukan itu sahaja, golongan ini adalah tegas serta analitik.

#6 KOPI

Foto -tourismandfood.com
Foto -tourismandfood.com

Anda seorang yang bersemangat, ceria, artistik dan dramatik (suka melebih-lebih). Dr. Alan berkata, peminat ais krim Kopi tidak berminat untuk memikirkan tentang masa hadapan mereka dek kerana terlalu menghargai masa sekarang.

Mereka ini juga memerlukan belaian dan manja yang berterusan daripada pasangan andainya mahu mengekalkan sesebuah hubungan. Jika tidak, habislah…

#7 CIP COKLAT

Foto -recipeshubs.com
Foto -recipeshubs.com

Jika anda gemar akan rasa perisa ais krim klasik ini, anda adalah seorang yang sangat pemurah, cekap, dan sentiasa mahu berjaya.

#8 BUTTER PECAN

Foto -theartofcomfortbaking.blogspot.com
Foto -theartofcomfortbaking.blogspot.com

Penggemar perisa berkacang ini selalunya setia, teliti dan hormat. Mereka sangat takut untuk menyakiti hati orang lain dan begitu mementingkan kejujuran.

#9 ROCKY ROAD

Foto -vitrue.com
Foto -vitrue.com

Marshmallow, Almond & Coklat sememangnya kombinasi yang mengiurkan! Jika ini perisa ais krim kegemaran anda, anda adalah seorang yang agresif dan menarik. 

Dalam masa yang sama, anda juga seorang pendenagr yang baik menurut hasil kajian Dr. Alan. Mereka yang gemarkan perisa ini juga adalah orang yang sering mengecapi kejayaan tetapi disebabkan sifat agresif mereka, kadang-kala mereka cenderung untuk mengecilkan hati orang disekeliling mereka :(

 

Jadi, yang mana satukah perisa ais krim kegemaran anda? 

SUMBER

Awasi Anak, Penyakit Kaki, Tangan & Mulut Meningkat Semula

$
0
0
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Lick Hung sama-sama membersihkan kelas susulan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) pada Apri 2015. Foto -Azneal Ishak

Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HMFD) yang meningkat dengan ketara sejak seminggu lepas kini dianggap endemik, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata oleh kerana penyakit itu merebak melalui bendalir tubuh, maka beliau menggesa ibu bapa yang anak mereka dijangkiti penyakit itu supaya mengkuarantinkan anak masing-masing.

“Oleh kerana HMFD boleh berjangkit dengan mudah kepada kanak-kanak lain, maka saya menggesa ibu bapa yang tahu bahawa anak mereka dijangkiti HMFD, tolonglah kuarantinkan mereka di rumah atau hospital.

“Ibu bapa perlu menyedari tentang simptom awal HMFD seperti kesukaran bernafas, muntah, cirit-birit dan kehilangan selera makan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dr Hilmi berkata kementerian itu akan melakukan pemantauan berterusan terhadap kesihatan kanak-kanak bagi mencegah penularan penyakit tersebut.

Sebanyak 1,379 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara dari 5 hingga 11 Jun, meningkat 83 kes daripada minggu sebelumnya.

Penyakit ini berpunca daripada penyebaran enterovirus secara pantas melalui air liur, peluh dan najis penghidapnya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata kementerian itu tidak menganggap tiga kes Japanese Encephalitis (JE) di Negeri Sembilan sebagai endemik dan orang ramai tidak perlu panik tentang perkara itu.

“JE adalah penyakit yang muncul dari semasa ke semasa dan kementerian ini sentiasa melakukan pemerhatian rapi mengenainya,” kata beliau.

Pada 15 Jun, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun didapati positif JE dan dia kini ditempatkan di unit penjagaan rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Ini adalah kes ketiga JE di Negeri Sembilan tahun ini, selepas masing-masing satu kes dilaporkan di Jelebu dan Kuala Pilah.

Berdasarkan pemeriksaan awal, jabatan kesihatan tempatan mendapati rumah mangsa adalah bekas tempat berkubang babi hutan.

JE merebak melalui gigitan nyamuk yang menggigit babi serta unggas yang dijangkiti penyakit itu. -Bernama

SUMBER

Timun Pula Jadi ‘bomoh’ Ramal Euro 2016

$
0
0
Foto -sinarharian

Masih ingat dengan sotong kurita diberi nama Paul?

Ketika kejohanan bola sepak Piala Dunia pada tahun 2010, ahli nujum dasar laut itu digunakan untuk meramal keputusan perlawanan bola sepak.

Enam tahun kemudian, keadaan telah berubah, malah Paul sudah mati dalam sebuah tangki di Jerman hanya beberapa bulan selepas kejohanan berakhir.

Bagaimanapun kini muncul ahli nujum baharu iaitu timun.

Timun yang digelar Ennustajakurkku telah mengagumkan orang ramai yang percaya dengan kuasanya.

Kaedah yang digunakan sama seperti permainan memusingkan botol di mana timun itu akan menunjukkan mana pasukan yang dirasakan akan menang.

Jarak yang paling dekat antara nama pasukan dengan timun tersebut diputuskan sebagai pasukan yang akan memenangi kejohanan itu.

Memetik Metro.uk, setakat ini, ramalan yang betul diramal oleh timun ini termasuklah perlawanan Rusia dan Slovakia, Romania menentang Switzerland serta Sepanyol menentang Republik Czech.

Bagaimanapun ramalannya tidak semuanya betul.

Timun tersebut pernah salah meramalkan perlawanan antara Ireland dan Sweden.

Lebih daripada 1,000 pengikut menyukai laman Ennustajakurkku di Facebook.

SUMBER

Langgar Paten, iPhone 6 Dihenti Jual di China

$
0
0
Foto - MICHAELA REHLE/REUTERS

Mahkamah China mengarahkan Apple untuk mengantung penjualan iPhone 6 dan 6 Plus berikutan halangan undang-undang yang dikemukakan sebuah syarikat di Shenzen berhubung paten.

Menurut Wall Street Journal, sebuah tribunal harta intelek berkata, iPhone melanggar paten reka bentuk untuk model 100C yang dihasilkan Shenzhen Baili.

“Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mempunyai perbezaan kecil dari 100C Baili. Perbezaan adalah begitu kecil dan purata pelanggan gagal mengesan perbezaan ini. Oleh itu kes ini diklafikasikan dalam kategori perlindungan hak paten,” kata penguasa Pejabat Harta Intelek Beijing.

Arahan ini dikeluarkan pada bulan Mei, namun Apple menerima rayuan penagguhan yang membenarkan jualan diteruskan. Media China hanya melaporkan mengenai isu ini awal minggu ini.

Untuk sebab yang pelik, pengantungan jualan bagaimanapun tidak melibatkan iPhone 6S atau Iphone 6sPlus yang mempunyai reka bentuk yang sama dengan model yang dihentikan jualan.

Apple mengeluarkan kenyataan berkata, mereka merancang untuk terus menjual model berkenaan sementara merayu untuk keputusan itu.

Model iPhone 6 dan iPhone 6 Plus serta 6s iPhone, iPhone 6s Plus dan iPhone SE masih boleh didapati untuk jualan di China.

‘Kami merayu peritah pentadbiran dari tribunal patern setempat di Beijing bulan lalu dan keputusannya masih ditangguh oleh Mahkamah IP Beijing,” kata Apple dalam satu kenyataan.

Keputusan terbaharu adalah siri rintangan terbaharu bagi gergasi teknologi yang berpangkalan di Cupertino itu. Awal bulan lalu, Apple gagal dalam halangan undang-undang terhadap sebuah syarikat China yang menjual barangan kulit berjenama IPHONE.

SUMBER

Lelaki Maut Ketika Tonton Filem The Conjuring 2, Mayat Hilang

$
0
0
Foto - www.bustle.com

Dilaporkan seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menonton filem seram The Conjuring 2 di India.

Lelaki berkenaan dikatakan rebah di panggung wayang Balasubramaniar Sri di Tiruvannamalai, Tamil Nadu ketika filem seram itu mencapai kemuncak tayangannya.

Dia segera dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia. Times of India melaporkan, berlaku kejadian pelik selepas doktor menghantar mayatnya ke Hospital Kolej perubatan Tiruvannamalai untuk tujuan bedah siasat.

Walau bagaimanapun, mayat dan petugas yang ditugaskan menghantar mayat tersebut telah hilang semasa dalam perjalanan dan tidak dapat dikesan selepas itu.

Masih belum disahkan tetapi terdapat dakwaan mengatakan terdapat pihak tidak dikenali telah melarikan diri dengan mayat tersebut untuk tujuan tertentu.

Sehingga kini laporan dengan penjelasan rasional tentang punca kematian lelaki tersebut selain misteri di sebalik kehilangan mayatnya masih dinantikan.

SUMBER

MoBeeGo, “Minuman Tenaga” Untuk Telefon Mudah Alih

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

Alamak tinggal 10% je lagi ni. Pernahkah anda merasa resah gelisah apabila melihat bateri telefon mudah alih hampir kosong dan tidak dapat mencari sebarang soket di sekitar anda?

Foto - Facebook  mobeego
Foto – Facebook mobeego

Kali ini, anda tidak akan mengalami perasaan itu lagi dengan pengenalan MoBeeGo, pengecas sekali guna berinovasi tinggi yang tidak perlu dicas terlebih dahulu dan tanpa wayar hasil ciptaan Life Clips Inc, sebuah syarikat yang tersenarai dalam NASDAQ.

MoBeeGo dibawa masuk ke Malaysia oleh Kelvin Hun dan Edric Foong yang merupakan pengasas kepada Veloster Technology, sebuah syarikat tempatan yang pakar dalam bidang berkaitan peranti canggih dan alatan berteknologi. Dikenali sebagai “minuman tenaga” untuk telefon mudah alih, pengecas MoBeeGo mempunyai dua ciri khas.

MoBeeGo, minuman tenaga untuk telefon mudah alih. Foto - Arkib Wanista
MoBeeGo, minuman tenaga untuk telefon mudah alih. Foto – Arkib Wanista

Pertama, ia merupakan sebuah penyesuai ultra- kompak yang boleh diguna semula serta sesuai untuk digunakan pada telefon pintar Google Android dan Apple iOS. Ciri keduanya ialah bateri (yang dibentuk seperti tin minuman tenaga) atau unit pengecas, dipasangkan pada penyesuai yang disambungkan ke telefon tanpa wayar.

Adanya alat pengecas ini, anda tidak perlu mencari soket untuk mengecas telefon pintar anda dan tidak perlu lagi mematikan semua aplikasi penting bagi menjimatkan bateri. Saiznya yang kecil dan kompak mudah digunakan dan senang untuk disimpan di dalam poket, tas tangan, beg galas dan beg bimbit anda.

Saiznya yang kecil, mudah dibawa ke mana sahaja. Sangat praktikal! Foto - Arkib Wanista
Saiznya yang kecil, mudah dibawa ke mana sahaja. Sangat praktikal! Foto – Arkib Wanista

Sama seperti minuman tenaga yang memberi anda kuasa untuk bekerja sepanjang hari, MoBeeGo boleh memberi kuasa sehingga 4 jam* kepada telefon pintar anda. Ia mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, membolehkannya diguna semula walaupun disimpan untuk tempoh yang panjang. MoBeeGo direka agar selamat dan mudah digunakan, serta sesuai dengan gaya hidup pengguna yang sentiasa sibuk dan sering membawa beberapa peranti mudah alih pada satu masa.

Apa yang penting bagi pengguna ialah MoBeeGo amat mudah untuk diperolehi. Anda tidak perlu membawa banyak tin bateri bersama anda. Anda hanya perlu membawa penyesuai dan membeli tin bateri di mana-mana kedai myNEWS.com!

Antara pakej MoBeeGo. Foto - Arkib Wanista
Antara pakej MoBeeGo. Foto – Arkib Wanista

Berikut adalah pakej MoBeeGo :

  • MoBeeGo Single Shot – sebuah penyesuai boleh guna semula dan sebiji bateri, boleh didapati pada harga RM29 seunit.
  • MoBeeGo Refill – sebiji bateri untuk mereka yang sudah mempunyai penyesuai, boleh didapati pada harga RM10 seunit.
  • MoBeeGo Pack – mengandungi 6 biji bateri, boleh didapati pada harga RM55 satu pek.

Untuk info lanjut, anda boleh semak ke Facebook mobeego

Sebarkan Keberkatan Ramadhan Bersama PurelyB Malaysia

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Tahun ini, bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkah, bulan di mana sedekah dan sifat memberi itu digalakkan, PurelyB yang merupakan sebuah komuniti yang giat mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kini menjalankan kempen #PurelyBGivesBackRamadhan dari 10 hingga 17 Jun 2016 yang lepas. 

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Kempen ini berlangsung di mana, kesemua pembekal/vendor yang menjual barangan kesihatan mereka di purelyb.com akan menderma sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan mereka kepada badan kebajikan Yayasan Chow Kit.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Dengan kemelesetan ekonomi sepanjang tahun 2016 ini, kebanyakan pembiayaan teras yang datang dari agensi-agensi kerajaan dan penderma korporat secara tidak langsung terjejas. Kesemua sumbangan tunai akan terus disalurkan untuk bayaran sewa pusat kemudahan awam serta jagaan remeja, pembiayaan makanan berkhasiat untuk kanak-kanak, bil perubatan, bayaran pendidikan serta kelas tambahan, dan banyak lagi. Sokongan dari pihak awam adalah sangat dihargai demi melengkapkan keperluan dua pusat yang dikelolakan di bawah Yayasan Chow Kit.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Kini,kita semua berpeluang menyumbang dengan membeli rangkaian barangan yang berteraskan kesihatan, terdiri dari snek bernutrisi, jus buah-buahan segar, produk penjagaan wajah organik, keperluan kecantikan harian serta perkakas kesihatan untuk rumah dari gedung atas talian PurelyB. Untuk keterangan lanjut, sila layari marketplace.purelyb.com/ramadhancharity

 


Watsons Lancar Kempen Cun Untuk Hari Raya ‘Raya Ni Mesti Cun’

$
0
0
Antara barisan selebriti yang menjayakan iklan Watsons 'Raya Ni Mesti Cun'. Foto - Arkib Wanista

Rangkaian kedai runcit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons, hari ini melancarkan kempen Hari Raya dengan tayangan muzik video ‘Raya Ni Mesti Cun’ yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air.

Muzik video ini diterajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya di mana mereka memegang watak utama iaitu Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Dalam muzik video ini, ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi 3 wanita yang cantik. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama oleh Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Penggambaran muzik video ini dilangsungkan pada bulan April 2016 di Lembah Klang.

Untuk memupuk semangat perpaduan dan pelbagai bangsa melalui muzik video ini, Watsons juga turut menjemput personaliti Malaysia lain seperti Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte.

Kempen Hari Raya Watsons pasti menarik kerana Watsons mempersembahkan Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons di seluruh negara bermula 16 Jun (Semenanjung Malaysia) dan 23 Jun (Sabah dan Sarawak).

Penggemar barangan teknologi juga boleh memuat turunkan aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru dan boleh didapati di Google Play Store dan Apple app Store yang menawarkan promosi menarik sempena Hari Raya. Semasa musim perayaan ini, ahli-ahli VIP Watsons yang membelanjakan RM100 minimum menggunakan kad Watsons Touch ‘n Go dalam satu resit akan dapat menikmati rebat RM5. Promosi ini hanya terhad kepada 10,000 ahli pertama sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons Malaysia Hari Raya, sila layari www.watsons.com.my/rayanimesticunUntuk tonton anda boleh ke Facebook atau YouTube.

H&M Untuk Juara, Rekaan Fesyen Sukan Bermutu Menjadi Inspirasi

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Dengan Pengahsilan rekaan khas pakaian sukan berfesyen khas untuk para juara, H&M menyambut kedatangan Olimpik 2016 dengan aura kemenangan. Koleksi utama ini akan dilancarkan sekali bersama acara kempen di beberapa gedung H&M terpilih bermula 21 Julai 2016.

Penghasilan rekaan bergaya khas untuk aktiviti sukan ini ternayata bermutu, direka dengan penuh terperinci menggunakan kepakaran dan idea yang dikongsi bersama pasukan Olimpik Sweden. Hasilnya, kesemua helaian teknikal untuk sukan itu adalah versatile, sesuai untuk digayakan semua.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Ia menggabungkan gaya fesyen berkelas tinggi sambil ditemani fungsi-fungsi terbaik untuk meningkatkan prestasi si pemakai. Setiap helaian yang dihasilkan untuk koleksi istimewa ini telah diuji terlebih dahulu oleh pasukan Olimpik Sweden.

Cap - RM59.90
Cap (RM59.90). Foto -Arkib Wanista
Backpack - RM149
Beg Sandang (RM149.00). Foto -Arkib Wanista

Merangkumi elemen, prestasi, rekaan sistematik serta daya tahannya, H&M begitu berbangga kerana berpeluang untuk menghasilkan rekaan khas untuk pasukan Olimpik Sweden dan Paralimpik di Rio 2016. Ini termasuklah uniform untuk majlis pembukaan Olimpik, beberapa helaian untuk dipakai ketika acara pertandingan serta pakaian untuk majlis penyampaian hadiah.

1236_FEV_502_sRGB_300dpi

Calve sleeves - RM39.90
Pembalut Betis (RM39.90). Foto -Arkib Wanista

Koleksi “For Every Victory” yang terdiri dari Baju-T, bra bersukan untuk wanita, seluar pendek larian dan leggings ini diserikan dengan penggunaan palet warna gelap dan menonjol seperti hitam, kelabu, emas dan merah jambu samar. Material yang digunakan pula adalah berdasarkan fabrikasi mudah menyerap peluh, cepat kering dan boleh bernafas manakala poliester pula dapat memudahkan pergerakkan tanpa had yang tangkas sekaligus meningkatkan prestasi para atlet secara optimum.

Untuk keterangan lanjut, sila layari about.hm.com

5 Langkah Pakai Gincu Seperti Kylie Jenner

$
0
0
Foto - www.bustle.com

Sebelum ini BB Cushion, CC Cushion, DD Cushion, kini datang pula pewarna bibir ataupun liquid lipstick yang menjadi satu fenomena baru. Semua jenama kecantikan dilihat berlumba-lumba untuk menghasilkan produk sebegini. 

Yang pasti, bintang realiti Kylie Jenner tampil dengan jenama pewarna gincu bibir yang sendiri iaitu Lip Kit by Kylie, tapi yang menjadi stress wanita apabila produk ini sold out sejurus beberapa minit pelancarannya.

Foto - www.seventeen.com
Foto – www.seventeen.com

Ramai beranggapan produk ini sebegini boleh membuatkan bibir kering, betul ke? Apapun, sebelum membeli pewarna bibir ini, ikut beberapa langkah yang betul untuk memakap pewarna bibir kesukaan Kylie Jenner ini.

#1 Skrub bibir anda menggunakan tisu lembut bagi menyingkirkan kulit kering pada bibir. Gosok dengan perlahan hingga permukaan bibir benar-benar licin. Kemudian pakai pelembap bibir.

Baca – MASALAH BIBIR KERING? INI 6 DIY SKRUB BIBIR BOLEH CUBA

Foto - www.babble.com
Foto – www.babble.com

#2 Untuk memastikan bibir anda dalam keadaan lembap dan tidak menggelupas, oleskan pelembap bibir dengan rata.

Foto - lifehealthandbeauty.com
Foto – lifehealthandbeauty.com

#3 Ini satu lagi rahsia untuk mendapatkan bibir juicy, mulus, gebu. Hanya bentukkan bibir dengan menggunakan pensil bibir dari rona gincu yang sama anda akan pakai nanti. Gariskan pada tepi bibir dengan kemas. Malah, ini merupakan rahsia Khloe Kardashian untuk mendapatkan bibir sensual. 

Baca – TIPS & TRIK! RAHSIA BIBIR SENSUAL DARI KHLOE KARDASHIAN

Foto - youqueen.com
Foto – youqueen.com

#4 Oleskan pewarna bibir pada bibir bawah terlebih dahulu sehingga mesra.

#5 Lengkapkan sapuan pada bibir atas dan ratakan dengan sempurna.

Foto - www.britishbeautyaddict.com
Foto – www.britishbeautyaddict.com

SUMBER

Kompilasi Iklan & Filem Pendek Aidilfitri 2016 Yang Mesti Ditonton!

$
0
0
111

Silih-berganti, Hari Raya tidak akan menjadi lebih ceria tanpa ditemani komersial yang membawa seribu erti keinsafan dalam diri. 

Tidak kurangnya tahun ini, kaca TV anda sekali lagi bakal dipenuhi dengan babak-babak mencuit hati dan menyentuh jiwa yang ditayang melalui iklan-iklan Aidilfitri, sekaligus mengingatkan anda kembali tentang memori-memori lampau yang mungkin pernah anda bersama kaum keluarga mahupun sahabat handai lalui.

Di sini, Wanista senaraikan beberapa iklan Hari Raya terbaru untuk tontonan anda semua. 

 

#1 Samsung Malaysia -SIBERTURAHIM

Berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan. Hubungan adik-beradik yang renggang dek pergaduhan bakal bertaut semula setelah sekian lama menjauhkan diri, dipertemukan semula melalui aplikasi mesej Whatsapp oleh si bapa.

Konflik yang ditonjolkan di dalam komersial ini begitu dekat dengan hati kita. Mungkin anda perlu sediakan tisu sebelum menonton iklan Aidilfitri berjudul ‘Siberturahim’ oleh Samsung Malaysia ini.

 

#2 FABER-CASTELL MALAYSIA

Yang ini lagi satu komersial bijak! Watak kanak-kanak nakal yang tidak reti duduk diam apabila menziarahi rumah sanak-saudara mahupun jiran-tetangga ini lazim sekali terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia apabila tibanya sambutan Hari Raya. 

Yup! Mungkin anda perlu tonton iklan Aidilfitri oleh Faber-Castell Malaysia ini untuk mencari jalan solusi bagaimana untuk menyelamatkan rumah anda dari serangan kanak-kanak nakal menjelang lebaran nanti :D

 

#3 EMAK, AKU BODOH! -PRO Kas  

Buat anda yang tidak tahu, PRO Kas adalah sejenis medekasi yang dapat melegakan sakit-sakit otot dan sendi. Pada awalnya, iklan Aidilfitri terbitan PRO Kas ini kelihatan agak klise, namun ia kaya dengan mesej-mesej bermoral, mengingatkan kita kembali kepada asal-usul sebenar diri.

Miskin bukanlah sesuatu yang harus menjadi beban sehingga anda mahu membelakangkan keluarga, lebih-lebih lagi ibu yang melahirkan anda. Mungkin selepas menonton iklan ini, anda akan mulai sedar kerana hidup tak selamanya gagah mendukung kita untuk terus berada di atas.

 

#4 PULANG -Rizalman For Zalora 2016 

Kreatif. Cereka pendek PULANG arahan serta idea pereka fesyen termahsyur tanah air ini sangat memberi erti kepada maksud Aidilfitri itu sendiri.

Seperti yang terdahulu, cereka pendek Aidilfitri 2015 ‘Lara’ lakonan Fauziah Nawi dan Scha Alyahya telah berjaya buat ramai penonton menitiskan air mata. Jika anda nak tahu jalan cerita PULANG secara lebih terperinci yang pasti buat bulu roma anda meremang, jangan segan untuk klik pada butang play pada video di bawah.

 

#5 ALLAH LEBIH TAHU – Neelofar Hijab Raya 2016

Konsepnya minimalis namun mampu memberi kesan kepada jiwa manusia yang kian menjauh dari penciptanya.

Dialog yang berbentuk kata-kata doa ini berupaya untuk membawa anda kembali ke pangkal jalan kerana cinta seorang insan kepada insan yang lain itu tidak menjanjikan kebahagian, walhal cinta kepada Allah itu adalah lebih utuh dan berkekalan. Namun, percayalah kepada ketentuanNYA kerana DIA adalah sebaik-baik perancang.

Saksikanlah, ALLAH LEBIH TAHU.

 

#6 MACAM MANA NAK RAYA? -Jakel 

Nak sesuatu yang dapat menggeletek jiwa anda? Bila Nabil, Jep Sepahtu dan Aaron Aziz bergabung dalam komersial Aidilfitri 2016 untuk Jakel, pastilah ianya menghiburkan!

Biasalah konflik-konfik di pagi raya, kalau bukan isu yang berkaitan dengan baju raya memang tak sah!

 

#7 Ali’s Fried Chicken

Berlatarkan sinematik perlawanan bola sepak era 80an.

AMARAN: Jika perut anda sedang berkeroncong menahan lapar sekarang ini, penulis nasihatkan supaya anda tunggu sehingga berbuka dahulu sebelum menonton komersial Aidilfitri Ali’s Fried Chicken 2016 ini.

 

#8 SOALAN -KS Entourage 

Bila anak bersifat kurang ajar dengan ibu, sedikit pun kasih sayangnya tidak berubah. Lumrah manusia, bila dah merempat kesusahan, baru hendak sedar diri.

Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga terlepas pandang akan kesusahan ibu bapa kita. Mungkin filem pendek ini dapat membuka mata dan minda anda. Sama-samalah kita bangkit dari kenaifan diri.

 

#9 A Scent Holds A Thousand Memories -Kleenex 

Bauan adalah seperti magis yang dapat mengingatkan kita kembali kepada nostalgia lama. Jika anda nak raya tahun ini lebih bermakna dan menjadi sbeuah peristiwa yang akan diingati sampai bila-bila, gunalah tisu beraroma macam dalam iklan ni okay? 

 

#10 SEMPURNAKAN RAYA ANDA -Fashion Valet 

Dunia dah moden, anda kini tidak perlu bersusah-payah pergi ke gedung-gedung membeli-belah untuk mandapatkan baju raya yang sempurna. Komersial Aidilfitri Fashion Valet ini akan memberikan anda idea paling bernas bagaimana hendak mendapatkan persalinan busana Aidilfitri untuk setiap ahli keluarga secara efisyen!

 

#11 C&H Air Freshener

Iklan Hari Raya 2016 dari C&H Air Freshener ini sebenarnya ringkas sahaja, tetapi dengan tambahan efek-efek bunyi serta gelagat pelakon di dalam komersial ini tersangatlah mencuit hati! Agak-agak berapa kalilah diorang gelak sepanjang pengambaran iklan ni? hehe Jom tonton! 

 

#13 Watsons -#RayaNiMestiCun

Haruslah… Siapa yang nak berpenampilan selekeh di pagi raya kan? Dah tentulah kita semua hendak CUN! Jom kita sama-sama jadi cun-melecun bersama Watsons Hari Raya nanti!

Halang Soalan Peperiksaan Bocor, Algeria Sekat Facebook, Twitter

$
0
0
Foto - time.com

Dilaporkan pihak berkuasa Algeria telah menyekat Facebook, Twitter, dan beberapa laman media sosial buat sementara waktu.

Sekatan sementara itu bertujuan menghalang mana-mana pihak memuat naik soalan bocor bagi peperiksaan sekolah menengah di negara tersebut.

Kira-kira 10,000 pelajar dilaporkan terpaksa menduduki semula peperiksaan selepas beberapa butiran soalan bocor di laman sosial.

“Sebahagian petikan yang dikongsi di laman sosial berkaitan dengan peperiksaan yang diduduki pada hari Ahad,” ujar Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Houda-Imane Faraoun.

Menurutnya lagi, sekatan tersebut juga bertujuan untuk melindungi para pelajar daripada sebarang soalan palsu yang juga tersebar.

Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan beberapa individu termasuk pegawai pejabat pendidikan dan pekerja syarikat percetakan bagi membantu siasatan.

SUMBER

Viewing all 14478 articles
Browse latest View live