Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14469 articles
Browse latest View live

4 Wanita Dakwa Dirogol Bintang Korea

$
0
0
Foto -dramafever.com

Dua wanita tampil mendakwa dirogol bintang Korea Park Yoo Chun menjadikan jumlah keseluruhan yang membuat laporan terhadap ahli kumpulan JYJ itu kepada empat.

Inquirer.net memetik polis Korea berkata, Jumaat lalu seorang wanita mendakwa Park, 30,  telah merogolnya dalam tandas pusat karaoke pada bulan Februari 2015 manakala seorang lagi mendakwa dia dirogol dalam bilik mandi di rumahnya pada Jun 2014.

Kes terbaharu dilaporkan selepas seorang wanita membuat laporan polis pada 10 Jun lalu menuduh Park melakukan serangan seksual awal bulan ini di tandas di sebuah bar dimana dia bekerja.

Bagaimanapun, wanita itu mengugurkan dakwaan dan polis berkata, pihakanya akan terus menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam undang-undang Korea, tertuduh masih boleh menghadapi tuduhan jenayah walaupun aduan telah ditarik balik.

Sementara itu, seorang wanita lain memberitahu polis, laporan oleh wanita pertama telah memberikan keberanian untuknya tampil mendedahkan Park menyerangnya pada 12 Jun di dalam tandas di bar Gangnam dimana dia bekerja.

Park yang juga merupakan seorang pelakon popular di negara-negara Asia terutamnya di Jepun dan China.

Wakil dari agensi Park, C-Jes Entertainment bersama ahli kumpulan yang lain mengatakan mereka bersedia membuat tindakan undang-undang kerana menfitnah jika tuduhan dibuktikan adalah palsu.

SUMBER


Tinggal Bayi Dengan Nota & Duit RM15

$
0
0
Foto -sinarharian

“Tolong anak ini dijaga bapanya mati saye Nuer Aini” begitulah yang tertulis dalam sekeping nota yang ditinggalkan bersama seorang bayi yang ditemui seorang pekerja ladang di tepi jalan Sungai Lekok, Lata Meraung, di sini, malam kelmarin.

Nota terbabit dipercayai ditulis atas sekeping cebisan kotak di mana turut ditinggalkan bersama bayi terbabit ialah sekeping keratan gambar seorang lelaki bersama sejumlah wang bernilai RM15.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, sekitar jam 8 malam kelmarin, pekerja ladang terbabit dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya sebelum dikatakan berhenti di tepi jalan kerana terdengar bunyi tangisan bayi.

Katanya, pekerja ladang tersebut kemudiannya mencari asal bunyi tangisan tersebut dan menemui sebungkus kain di tepi jalan berhampiran sebuah ladang sawit.

Tambahnya, setelah meneliti bungkusan terbabit, pekerja ladang tersebut mendapati seorang bayi berada dalam bungkusan itu bersama sekeping nota, keratan gambar dan wang tunai.

‎”Pekerja ladang itu bagaimanapun mengambil keputusan untuk membawa bayi tersebut pulang ke rumah dan menjaga untuk sementara waktu.

“Namun sekitar jam 4 petang semalam, pekerja ladang itu hadir ke Balai Polis Jerantut untuk membuat aduan berkaitan bayi terbabit dan menyerahkan bayi tersebut kepada pihak polis,” katanya.

‎Pihak polis kemudiannya bergegas ke lokasi bayi terbabit ditemui untuk menjalankan siasatan dan mendapati kawasan sekeliling adalah kawasan hutan dan kelapa sawit.

‎”Hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi terbabit adalah seorang bayi perempuan, dalam keadaan matang‎ dan berumur kurang dari sebulan.

“Terdapat kesan calar di bahagian dada bayi terbabit dipercayai berpunca dari goresan kuku bayi itu sendiri,” katanya.

Azid berkata‎, bayi itu akan ditahan di Hospital Jerantut untuk pemeriksaan lanjut manakala pihak ‎Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dimaklumkan mengenai penemuan bayi berkenaan.

‎Katanya lagi, keratan gambar yang terdapat bersama bayi yang ditemui itu dipercayai bapa kepada bayi tersebut dan gambar tersebut akan diserahkan kepada pihak terbabit untuk siasatan lanjut.

Beliau dalam pada itu turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bayi terbabit untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SUMBER

Filipina Tampal Notis Larangan Tonton Filem The Conjuring 2 Seorang Diri

$
0
0
Foto - Facebook KCC Cinema

Lagi berita yang melibatkan filem seram hebat The Conjuring 2. Di Filipina, sekeping gambar yang menunjukkan notis amaran yang ditampal oleh pihak KCC Cinema menyarankan penonton agar tidak menyaksikan filem arahan James Wan ini tanpa berteman telah menjadi viral di media sosial.

Menurut notis tersebut, terdapat beberapa kejadian aneh seperti ‘penampakan entiti’ dan perasaan ‘didatangi makhluk halus’ telah dilaporkan oleh penonton semasa tayangan awal pagi filem seram itu di pawagam milik gedung membeli-belah KCC Malls itu.

Foto - Facebook KCC Cinema
Foto – Facebook KCC Cinema

Pada 16 Jun lalu, seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menonton filem ini di India. Lelaki berkenaan dikatakan rebah di panggung wayang Balasubramaniar Sri di Tiruvannamalai, Tamil Nadu ketika filem seram itu mencapai kemuncak tayangannya.

The Conjuring 2 merupakan kesinambungan daripada filem yang pertama, The Conjuring, yang menyelusuri kehidupan pasangan suami isteri Ed dan Lorraine Warren sebagai psikik pembasmi gangguan supernatural yang membantu untuk ‘membersihkan’ kediaman-kediaman klien mereka daripada gangguan makhluk halus.

Filem yang dibintangi oleh Vera Farmiga,Patrick Wilson, Frances O’Connor dan Madison Wolfe ini telah mengutip keuntungan pecah panggung berjumlah $104j (RM$22.6j) sejak ditayangkan di seluruh dunia pada awal Jun lalu.

Nampaknya, sesiapa yang ingin menonton filem ini seorang diri mungkin perlu berfikir banyak kali..

SUMBER

Tampil Manis Lebaran Ini Dengan Variasi Koleksi Raya di Love Bonito

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

Love Bonito, label fesyen high­street terkemuka di rantau ini baru sahaja melancarkan M​odest Wear Collection bersempena dengan sambutan Raya yang bakal menjelma.

Selaras dengan pasaran yang semakin meningkat yang merangkumi gaya peribadi kontemporari, Love Bonito merangka satu garis pakaian yang serba sofistikated dan versatil, direka untuk memudahkan suai padan antara setiap koleksi. Terdiri daripada fabrik ringan merangkumi warna-warna berani, palet kuning dan warna pastel lembut, koleksi ini amat sesuai juga dipakai di luar musim perayaan.

Berpegang teguh kepada DNA jenama mereka,  M​odest Wear Collection masih mengekalkan trend, gaya malah sesuai untuk semua pelosok wanita Asia. Dari flowy maxi dresses ke wide leg pants, koleksi mengetengahkan ciri kewanitaan tanpa menjejaskan keselesaan dan gaya.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Harga untuk setiap Modest Wear Collection berbeza-beza antara RM115 ke RM240. Pelanggan kini boleh mendapatkan koleksi ini secara atas talian (ww.lovebonito.com) dan butiknya di Mid Valley Megamall (F072A & 072B, Level 1) dari Jun 2016 dan seterusnya.

 

Jenama Fesyen Dockers Jadi Pelengkap Gaya Untuk Lelaki Moden

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Jenama fesyen yang sinonim dengan rekaan pakaian yang menggunakan fabrikasi Khaki, Dockers kini berkolaborasi bersama 4 lelaki kacak dari Malaysia untuk menghasilkan koleksi “They’re Dockers” demi menyambut keberadaan jenama itu di arena fesyen dunia yang ke-30. Menampilkan selebriti dan ikon fesyen terkemuka tanah air termasuk Remy Ishak, Henly Hii, Henry Golding dan Faiz Abdul Hak. Kempen ini secara tidak langsung ingin menyampaikan semangat dinamik jenama Dockers.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Dalam koleksi terkini pakaian lelaki ini, konsep yang moden cuba diketengahkan bagi melengkapi keperluan fesyen harian para pria yang gemar berhias, tidak kira dalam situasi apa sekalipun. Lelaki Dockers menampilkan elemen maskulin yang bersahaja malah bersifat santai.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Dalam pada trend perincian “slim fit” yang amat popular dalam kalangan lelaki masa kini, setiap helaian yang dihasilkan Dockers adalah berdasarkan kemasan yang bermutu. Baju-T berkolar, kemeja berpotongan melekap serta seluar berpotongan tirus melekap -selesa memeluk pergelangan kaki menampakkan lagi gaya macho, kemas dan estetik si pemakai.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bukan hanya tertumpu kepada seluar jenis Khaki semata, Dockers menawarkan persalinan lengkap dari hujung rambut sehingga hujung kaki untuk mereka yang membutuhkan suatu pemakaian kasual yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna serta cetakan.

Popular actor, Remy Ishak_2

Popular actor, Remy Ishak_3

Ikon fesyen tanah air, Faiz Abdul Hak menjelaskan bahawa Dockers berjaya membawakan gaya klasik yang tidak lapuk dek zaman, menawarkan helaian yang lain daripada yang lain sekaligus berupaya membuat lelaki lebih berkeyakinan kala menggayakannya.

Singer-songwriter & actor, Henley Hii_1
Foto -Arkib Wanista
Singer-songwriter & actor, Henley Hii_4
Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari asia.dockers.com

4 Resepi Sambal Buat Anda Bertambah Makan. Jom Cuba!

$
0
0
Foto - resepdanmasakan.com

Rasanya tak lengkap sesuatu hidangan tanpa sambal. Daripada soto sehinggalah ke pisang goreng, semuanya lebih kick bila ada sambal kicap. Cukup ada nasi panas, telur goreng, ikan bilis goreng dan sambal belacan ataupun sambal mangga, memang tak tengok kiri kanan. Bahkan yang gemar masakan padang, sambal hijau mesti wajib terhidang bersama.

Disebabkan itu, ini Wanista kongsikan resepi sambal yang boleh anda buat di rumah. Semuanya mudah dan syok habis!!!

#Sambal Kicap

Foto - yanmieonline.com
Foto – yanmieonline.com
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 kicap manis

Kesemua bahan dikisar.

#Sambal Belacan

Foto - latitudes.nu
Foto – latitudes.nu
  • 6 biji cili merah 
  • 8 biji cili padi 
  • Jus dari 2 buah limau 
  • 1 kiub belacan bakar
  • Garam 
  • 1 biji limau, dipotong dua

Cara membuatnya, anda perlu kisar cili merah dan cili padi bersama. Tambah jus limau, belacan dan garam. Kisar semuanya sehingga sebati. Dah siap, boleh hidang sambal dengan sehiris limau. 

#Sambal Hijau

Foto - www.vemale.com
Foto – www.vemale.com
  • 1 biji tomato 
  • 8 biji cili hijau 
  • 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
  • 1 biji bawang merah (dicincang)
  • Garam
  • Minyak masak 

Mula-mula, rebus tomato dan cili hijau. Kisar kasar tomato dan cili hijau, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan cili hijau dan tomato, masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

#Sambal Mangga

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu teh gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 100 gram mangga setengah matang – dipotong panjang
  • perahan air limau nipis

Bahan kisar

  • 8 buah lada merah
  • 3-8 cili pada merah
  • 1 sudu teh terasi

Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar. Bila sudah ada aroma harum, masukkan gula dan garam. Matikan api, pindahkan sos yang sudah ditumis ke dalam mangkuk. Campurkan potongan mangga, gaul sebati. Akhir sekali, tambah perahan air limau nipis.

SUMBER

Bergaya Dengan Aksesori Berwarna-Warni Khas Dari Marc Jacobs Musim Panas Ini!

$
0
0
Marc 33/s. Foto -Arkib Wanista

Dari segi permainan warna serta perincian reka bentuknya, Marc Jacobs tidak pernah gagal untuk menghasilkan koleksi aksesori yang bisa melengkapkan seisi gaya wanita mempersona. 

Bersempena musim panas 2016, Marc Jacobs tampil hebat dengan memperkenalkan koleksi kaca mata eksentrik, terdiri daripada lima rekaan tersendiri. Warna polaroid menonjol disisipkan ke dalam ilham rekaan kanta kaca mata yang berkenaan manakala bentuk bingkainya yang disunting dari trend 70 – 80an seperti bentuk mata kucing, bentuk bulat dan bersegi itu secara tidak langsung mesra menjadikan rangka kaca mata ringkas menjadi sesuatu yang luar biasa.

March 54/s. Foto -Arkib Wanista
Marc 54/s. Foto -Arkib Wanista

Untuk rekaan kaca mata yang mempunyai reka bentuk kanta membulat ini, Marc 54/s menampilkan 3 kanta pilihan yang boleh ditukar ganti. Perincian seperti kristal swarovski dapat dilihat menghiasi sepasang kanta untuk bingkai Marc 54/s ini. Khas untuk wanita yang gemar berpenampilan ranggi dan berani.

Marc 33/s. Foto -Arkib Wanista
Marc 33/s. Foto -Arkib Wanista

Bingkai kaca mata yang memiliki kanta bentuk mata kucing ini diserikan dengan 5 pilihan warna ceria seperti merah jambu terang, kuning, hijau, perak dan putih. Bingkainya dibuat dari campuran besi nipis, menampakkan lagi sifat eksklusif aksesori ini.

Marc 34/s. Foto -Arkib Wanista
Marc 34/s. Foto -Arkib Wanista

Buat si obsesi “hippies”, Marc 34/s yang mempunyai kanta bulat berperincian cermin gradien ini adalah paling cocok buat si wanita berjiwa ceria!  

MARC 47S+49S_Groupage
Marc 47/s (tiga pasang yang di bawah) & Marc 49/s (empat pasang yang di atas). Foto -Arkib Wanista

Mengembalikan nostalgia zaman 80an, perincian bingkai yang runcing menjadi sisi utama rekaan sambil dipenuhi cetakan bertompok yang menyumbang lagi karakter istimewa kepada Marc 47/s dan Marc 49/s. Kedua-dua rekaan memainkan palet warna dan cetakan mewah, bahkan apa yang membezakan adalah Marc 47/s yang diilhamkan dari kanta berbentuk mata kucing itu mempunyai ruang batang hidung yang lebih tirus dan runcing, tidak seperti Marc 49/s yang menampilkan rekaan kanta bersegi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi kaca mata terkini untuk wanita dari Marc Jacobs bersempena musim panas 2016, sila rujuk di www.marcjacobs.com

Stadium Sultan Muhammad IV Kini Berwajah Baharu

$
0
0
Foto - Berita Harian

Terkini, hajat Dr Vida menukar wajah Stadium Sultan Muhammad IV terlaksana apabila kerja mengecat bahagian dalaman dan luaran dengan warna merah jambu yang dipilihnya siap sepenuhnya.  

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, berkata suntikan warna baharu itu kini menyegarkan wajah stadium berkenaan yang dibina pada 1967.

Segala perancangan awal untuk menukar warna stadium berjaya mencapai matlamatnya. Warna merah jambu yang dicat juga menjadikan suasana pemandangan stadium lebih terang, cantik, kemas dan menarik.

“Kontraktor berjaya menyiapkan kerja mengecat dalam tempoh dua bulan saja walaupun tidak menetapkan tarikh untuk menyelesaikan tugasan diberikan. Wajah baharu stadium diharap menjadi pemangkin pemain untuk mencipta kemenangan pada perlawanan pusingan kedua liga bermula Julai nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Impian Berkat Trading, Halizan Halim, berkata pihaknya bersyukur kerana kerja mengecat bahagian dalam dan luar stadium sudah selesai sepenuhnya.

“Proses mengecat bermula April lalu dan berakhir bulan ini. Bahagian tempat duduk dan lorong masuk pemain serta penyokong dicat warna putih manakala bahagian lain berwarna merah jambu.

“Sebanyak 18,000 liter cat jenama Kansai digunakan dan kira-kira 50 tenaga pekerja digunakan sepanjang proses mengecat dilakukan. Penggunaan cat berjumlah 9,000 liter cat putih dan 9,000 liter lagi warna merah jambu. Kerja mengecat juga hanya dilakukan sekiranya tiada perlawanan membabitkan pasukan Kelantan di Kota Bharu,” katanya lagi.

SUMBER


Tips Cantik! Anda Digelar Perempuan Bermisai? Ini 7 Cara Buang Bulu Halus Sekitar Bibir

$
0
0
Foto -pinterest

Amboi! Pejam celik, pejam celik lagi dua minggu je nak raya ni! Anda tu dah buat persiapan ke belum? Inilah, penulis nasihatkan… seeloknya buatlah persiapan yang awal, kalau boleh buat satu checklist berkenaan perkara yang penting-penting. Al-maklumlah, nak raya ni semuanya kena ambil kira kan? 

Baju raya, kebersihan rumah, susun atur dalam rumah, kuih raya, ha yang paling penting kecantikan diri pun kenalah diberi perhatian.

Anda dah serik ditumbuhi bulu-bulu halus sekitar kawasan bibir. Bila tengok dekat-dekat dah rupa misai lelaki pula ye?

Perempuan mana yang suka ditumbuhi rambut-rambut halus di seluruh badannya? Memang tidak ada seorang perempuan pun yang gemar. Mungkin, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit bersih tanpa bulu roma itu, bahagianya… Tapi ada ke jalan untuk kita-kita yang ‘berbulu’ ni untuk membuang bulu-bulu yang ada di serata badan, terutamanya di bahagian atas bibir?

Ini Wanista sediakan jawapannya untuk anda!

#1 Serbuk Kunyit

Campurkan dua camca teh serbuk kunyit bersama dua camca teh susu segar. Gaul sebati sehingga menjadi pes, lalu sapukan terus ke bahagian atas bibir yang berbulu itu.

Setelah kering, bilas dengan air bersih. Harus diingatkan, kunyit bakal meninggalkan warna pada kulit anda, jadi cubalah pada bahagian kulit yang lain sebelum anda meletakkanya pada bahagian kulit atas bibir.

#2 Tepung Kosong

Konsepnya sama seperti serbuk kunyit tadi. Anda perlu membuat pes menggunakan tepung biasa bersama susu. Jika mahu, anda boleh tambahkan serbuk kunyit.

Urut bancuhan di kawasan atas bibir. Biarkan ia kering. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.

#3 Gula + Lemon

Fungsinya sama dengan proses pengelupasan. Bahkan cara ini dapat bantu mencerah kulit serta melembutkan rambut-rambut halus berkenaan agar ianya mudah gugur.

Anda perlu hangatkan gula di dalam kuali, setelah itu tambahkan pula jus lemon untuk menghasilkan cecair yang likat.

Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.

Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).

#4 Putih Telur

Penulis pasti, di rumah anda mesti ada telur ayam lebih. Ini cara senang untuk anda buang ‘misai’ secara ringkas.

Campurkan tepung jagung dan gula bersama putih telur untuk dijadikan pes.

Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.

#5 Topeng Pengelupasan Gelatin

Mask ini bukan sahaja berkesan untuk menarik keluar semua rambut-rambut halus yang ada di bahagian atas bibir malah diserata tubuh anda tahu?

Campurkan serbuk gelatin yang boleh anda beli dari mana-mana kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek mahupun di pasaraya bersama susu dan beberapa titis jus lemon. Hangatkan ia sebentar di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

Sapukan pes di bahagian yang berbulu. Tunggu selama 5 minit sebelum anda mengupas ia seperti “peel of mask”. Cuci dengan air suam untuk bersihkan sisa gelatin yang tertinggal.

#6 Skrub Madu & Aprikot

Proses pengelupasan ini dapat menghakis sel kulit mati yang tersisa pada permukaan kulit di samping membuatkan kulit anda halus dan mulus. Namun, sedikit sebanyak ia juga dapat bantu menghilangkan bulu-bulu halus.

Campurkan buah aprikot kering bersama madu.

Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.

Dengan lembut, skrub keseluruhan wajah dengan gerakan membulat terutamanya di tempat yang berbulu.

Bilas dengan air suam. Siap!

#7 Minyak Tea Tree & Lavender

Campurkan beberapa titis minyak pati Lavender bersama beberapa lagi titis minyak Tea Tree.

Sapukan campuran minyak di tempat yang berkenaan menggunakan bebola kapas sebanyak 3 kali sehari.

Dalam beberapa bulan Insha Allah, anda bakal mendapat hasil yang anda idamkan. Semakin lama, bulu-bulu halus itu semakin berkurang dan hilang (gugur dengan sendirinya).

 

Jadi, cara mana yang anda hendak gunakan? Jom kita cantik sama-sama menjelang Aidilfitri! Selamat mencuba!

SUMBER

Kardashian Beauty: Tiga Beradik Jelita Kim, Khloe & Kourtney Debut Kit Kontur Sendiri!

$
0
0
Foto -shinesquad.me

Tak boleh dipertikaikan lagi tentang teknik solekan conturing menonjol yang diguna pakai oleh wanita-wanita ini, bentuk wajah yang bulat gebu pun boleh jadi tirus dan berstruktur, siapa lagi kalau bukan adik-beradik Kardashian!

Amboi, penulis dengar cerita yang mereka ini sedang merancang sesuatu. Akhirnya, mereka tampil untuk melancarkan satu lagi produk solekan yang digelar –Kontour Kase

gallery-1467997430-kontourkase-ltmd-detail
Kontour Kase dalam rona “Light/Medium” ($16)
gallery-1467997248-kontourkase-mddp-detail
Kontour Kase dalam rona “Medium/Deep” ($16)

Kim, Khloe dan Kourtney mengetengahkan kit kontur sebagai sebahagian dari rangkaian kecantikan Kardashian Beauty -Fierce. Harga untuk kit ini juga adalah sangat murah dan berpatutan iaitu US $15.99 sahaja! (lebih kurang RM64 seunit)

 

No Apologies Koncealer ($9)
No Apologies Liquid Makeup ($13)

 

No Apologies Koncealer ($9)
No Apologies Koncealer ($9)
No Apologies Face Kit dalam rona "Werk It" ($17)
No Apologies Face Kit dalam rona “Werk It” ($17)

Rangkaian kecantikan FIERCE oleh Kardashian Beauty ini turut dilengkapi dengan bedak asas, concealer dan gincu. Hebat! Lepas ni kita semua pun boleh jadi The Kardashian :)

Lip Slayer Lipstick dalam rona "Bye Felicia" ($10)
Lip Slayer Lipstick dalam rona “Bye Felicia” ($10)

Penulis dah cakap, teknik solekan kontur adik-beradik The Kardashian ni memang meletop! Tak percaya?

Ready for #Worldkissingday2016 thanks to my @ManukaDr lip enhancer #BeeingKourtney 💋

A photo posted by Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) on

Cocktails with Khloe vibes today! 🍸🍾🍺🍹Hair @justinemarjan Make Up @makeupbyariel

A photo posted by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

On-point kan?

Kesemua rangkaian solekan baharu ciptaan Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini boleh mula didapatkan mulai bulan hadapan melalui laman kbeauty.com atau www.ulta.com.

 

Tempahan Nombor Plat ‘V’ Dibuka Hari Ini

$
0
0
Gambar hiasan -Harian Metro

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran tempahan bagi siri pertama nombor pendaftaran kenderaan ‘V’ kepada orang awam bermula hari ini hingga 28 Julai ini.

JPJ dalam kenyataan hari ini berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran yang baharu bermula dengan huruf ‘V’.

“Ini bagi menggantikan siri nombor pendaftaran bermula dengan huruf ‘W’ yang digunakan sebelum ini,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan di sini dan panduan serta syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di http://www.jpj.gov.my/ -Bernama

SUMBER

Matahari Tepat Atas Kaabah Hari Ini

$
0
0
Gambar hiasan. -Harian Metro

Matahari akan berada tegak di atas Kaabah hari ini, untuk kali kedua dan terakhir tahun ini.

Presiden Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahir berkata, keadaan itu akan berlaku jam 12.27 tengah hari (5.27 waktu Malaysia) selepas azan Zuhur.

Menurutnya, matahari itu akan berada di tengah-tengah kaabah tanpa sebarang bayang ketika itu.

Keadaan astronomikal itu yang dikenali sebagai Istiwa Azam akan membantu penetapan arah kiblat bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah.

Ia boleh dilakukan dengan mengawasi bayangan kayu yang dicacak tegak di tanah. Arah Kiblat ialah yang bertentangan dengan bayangan kayu itu.

Kali pertama matahari berada tegak di atas Kaabah tahun ini ialah pada Mei lalu. -Agensi

SUMBER

Vokal Bagus, Cepat Tangkap, Tak Manja Itu Kriteria Pelajar AF2016 Saya – Ellie Suriaty

$
0
0
ELLIE

Anda ada bakat dalam seni suara?

Pelakon Ellie Suriaty menjelaskan kriteria pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pilihannya mestilah mempunyai vokal yang bagus dan tidak manja.

“Saya mencari pelajar yang mempunyai star value dan pastinya ini adalah pertandingan mencari bakat dalam bidang nyanyian, jadi vokal sememangnya menjadi keutamaan.

“Saya lebih suka peserta yang berani, tak takut dan bukan jenis yang manja. Sebab, kalau manja nanti susah, bila diberikan tugasan mulalah itu tak boleh, ini tak boleh. Jadi untuk sertai AF, mereka patut berupaya untuk berdepan dengan industri kita yang sangat mencabar,” katanya kepada Astro Gempak.

Menerima cabaran untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar AF2016, aktres ini juga memberitahu, tidak mudah untuk mencari seorang penghibur serba boleh.

“Apabila sebut tentang nyanyian, peserta haruslah mempunyai vokal yang luar biasa untuk menarik perhatian juri. Nak membentuk peserta menjadi seorang bintang bukanlah senang, sebab itu kita adakan sesi ujibakat di mana juri sendiri turun padang untuk menilai kemampuan peserta.

“Selain nyanyian kami juga akan melihat bakat lakonan, orang yang pandai belakon ni dia ada gaya tersendiri. Bila bagi sesuatu cabaran dia tidak akan kekok dan di situ kita dah boleh menilai.

“Bukan senang nak cari peserta luar biasa di mana selepas tamat AF orang akan ingat. Itulah yang saya maksudkan dengan star value. InshaAllah kita akan ambil yang terbaik

“Kalau boleh saya nak juga ambil pelajar yang cepat tangkap kerana masa yang ada dalam akademi begitu suntuk, jadi kalau dia cepat tangkap itu bonus untuk dia,” ujarnya.

Sesi ujibakat AF2016 akan bermula pada 15 Julai (Jumaat) sehingga 17 Julai (Ahad) ini, bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.

SUMBER

Jemaah Menari Dalam Masjib, Imam Kena Kecam (Video)

$
0
0
Gambar Hiasan. Foto - www.mapsofindia.com

Imam dan muazin sebuah masjid di Jeddah dipanggil Kementerian Ehwal Islam Arab Saudi setelah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan jemaah sedang berpesta dalam masjid tersebut sempena Aidilfitri tersebar luas.

Kedua-dua mereka dipanggil untuk disoal siasat tentang isu itu sebelum kementerian tersebut memutuskan hukuman yang perlu dikenakan terhadap mereka.

Pengarah cawangan kementerian itu di Makkah, Ali Salem Al-Abdali berkata, memainkan lagu dan menari di dalam masjid melanggar kesucian rumah ALLAH.

Kedua-duanya mungkin berdepan dengan hukuman dipecat dari jawatan masing-masing sekiranya terbukti mereka mengetahui mengenai insiden menari itu.

Melalui video yang tersebar di media sosial, sekumpulan jemaah menari mengikut rentak muzik dan nyanyian dalam bahasa Arab yang dimainkan dengan kuat di masjid tersebut.

Jemaah lain dilihat memerhatikan mereka dan ada yang merakam video atau gambar dengan telefon bimbit sementara yang lain menikmati jamuan yang disediakan.

Anggota Majlis Ulama Kanan, Sheikh Ali Al-Hakami mengutuk insiden tersebut dan berkata pihak yang menganjurkan dan menyertai sambutan itu harus dipertanggungjawabkan.

Beliau menegaskan bahawa masjid-masjid merupakan tempat beribadah, bukan untuk menari dan menyanyi. Bagaimanapun, menurut laporan Al-Hayat imam masjid terbabit, Qashmir Al-Qarni, mendakwa beliau tidak mengetahui ada jemaah yang menari di dalam masjid. Malah katanya, lagu-lagu yang dimainkan hanya berunsur Islami dan kenegaraan.

SUMBER

Senarai Kafe Jual Bingsu Paling Sedap di Lembah Klang

$
0
0
Foto - danielfooddiary.com

Patbingsu atau patbingsoo adalah pencuci mulut khas Korea yang sangat digemari, terutamanya pada musim panas yang terik.

Pencuci mulut ini pertama kali dikenali sebagai ais kacang merah manis yang dijual oleh pedangan kaki lima. Kini, patbingsu adalah makanan yang sangat digemari, dengan variasi tambahan ais krim dan yogurt, susu, sirap buah-buahan, buah-buahan seperti strawberi, pisang, mangga, kuih beras Tteok, agar-agar dan juga bijirin.

Bukan sahaja di negaranya, di Malaysia juga pencuci mulut manis ini berjaya memikat ramai orang.

Jom tengok antara Kafe yang menjual bingsu paling sedap di sekitar Lembah Klang.

#Villa Ju Bakery Cafe @ Solaris Mont Kiara

Foto - www.opensnap.com
Foto – www.opensnap.com

Penulis selalu datang ke sini kalau nak makan patbingsu, dalam banyak-banyak perisa yang ada, paling favorite adalah Milk Pat Injeolmi Top with Red Bean dan Milk Mango Bingsu, ya ampun rasanya sungguh sedap, manis dan sesuai dengan tekak penulis. Portion untuk bingsu agak besar jadi boleh dikongsi untuk 3 ke 4 orang makan. Serius berbaloi!

#Caffe Bene di Sunway Pyramid, Solaris Mont Kiara, Jaya Shopping Centre (Seksyen 14), IOI Mall

Foto - www.flickr.com
Foto – www.flickr.com

Tidak perlu katakan lagi, kalau anda ingin nikmati roti bahkan pastri, Caffe Bene antara yang menjadi pilihan. Patbingsu yang ditawarkan bukan sahaja pes kacang merah tetapi juga dengan gelato kopi buatan sendiri. Anda mesti cuba yang ini! Pilihan lain seperti strawberi bingsu, biskut atau krim.

#OW:L Espresso @ SS15, Subang Jaya

Foto - www.vkeong.com
Foto – www.vkeong.com

Pelbagai variasi patbingsu ditawarkan di sini. Antaranya Injeolmi bersama rice cakes, Milk Fat, Cookies & Cream atau Yogurt & Fruit. Untuk anda si penggemar kopi, boleh nikmati keunikan bingsu dan affogato, bersama topping pes kacang merah Azuki dan aiskrim ditambah lagi espresso, memang terangkat kalau makan.

#Dal.Komm Coffee

Foto - eatdrinkkl.blogspot.com
Foto – eatdrinkkl.blogspot.com

Apa yang menarik tentang bingsu di kafe ini adalah presentation yang cukup unik, fun dan buat ramai jatuh cinta. Apa tidaknnya, bingsu dihidangkan bersama kek coklat lava panas kontra kepada bingsu yang sejuk dan ditambah dengan aiskrim untuk menyedapkan lagi rasa. Terdapat juga blueberry dan lemon tart, untuk sesiapa yang suka rasa masam buah-buahan.

#Namoo On The Park @ Publika

Foto - www.opensnap.com
Foto – www.opensnap.com

Salah satu kafe terawal di KL yang menawarkan patbingsu, versi sini lebih kepada rasa sihat, penuh dengan kek beras, kacang merah, pelbagai bijirin dan ais krim. Kiranya rasa bingsu di sini original dari Korea.

#Hanbing Korean Dessert Cafe

Foto - www.malaysianflavours.com
Foto – www.malaysianflavours.com

Popular di Korea Selatan dan Hong Kong, ini adalah kafe pertama mereka di Malaysia. Di sini terdapat enam jenis bingsu, campuran injeolmi tradisional dan teh hijau dengan olahan moden seperti mangga, blueberry dan juga biskut Oreo. Tidak seperti bingsu yang lain original warna putih dari ais, di sini bingsunya berwarna krim kerana ia dibuat daripada susu pekat beku.

#BingSu Cafe

Foto - Facebook BingSu Cafe
Foto – Facebook BingSu Cafe

Macam mana nak buat pilihan kalau ada 11 jenis bingsu yang ditawarkan. Di sini bingsu paling laris adalah gabungan perisa mangga bersama durian, ianya gabungan antara mangga manis dengan isi durian beku dan aiskrim durian berkrim untuk menambahkan lemak pada bingsu. Anda patut cuba!

#Beans N Beans

Foto - www.malaysianflavours.com
Foto – www.malaysianflavours.com

Bingsu yang paling popular adalah versi teh hijau di mana milky snow ice ditaburkan dengan serbuk teh hijau dan atasnya disertakan sekali aiskrim teh hijau dan mochi teh hijau. Siapa yang kemaruk dengan teh hijau, bolehlah rasa bingsu ini. Satu lagi yang menarik ialah bingsu caramel bersama popcorn, caramel cube dan aiskrim. Menarik bukan?

Sumber : 123


Jom Bermain Air Bersama SpongeBob & Rakan-Rakan Di Ocean Park Summer Splash

$
0
0
Foto -Arkib Wanista

Acara tahunan Ocean Park Summer Splash dijangka akan menggamatkan bandar Hong Kong dari 1 Julai kelmarin hingga 28 Ogos dengan seleksi tarikan pengunjung bertemakan permainan air, di samping hidangan pelbagai makanan menarik serta aktiviti untuk melihat binatang secara lebih dekat.

Ahli keluarga animasi lucu kegemaran ramai, SpongeBob SquarePants dan rakannya Patrick Star, Squidward Tentacles dan Mr. Crabs, semuanya bakal naik ke darat untuk menemui anda dan para pengunjung yang memeriahkan acara tersebut dalam SpongeBob Water Party buat pertama kalinya!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, pihak penganjur juga tidak ketinggalan mahu membawakan kehidupan dasar laut kepada pengunjung melalui program edisi khas yang digelar Grand Aquarium Exploration. Satu lagi kejutan istimewa musim panas akan bermula dari 15 Julai 2016 di mana 800 buah hadiah akan diberi setiap minggu kepada tetamu menerusi Aplikasi Mudah Alih Ocean Park!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Antara menu hidangan enak untuk fiesta musim panas bersama SpongeBob Squarepants! Foto -Arkib Wanista
Antara menu hidangan enak untuk fiesta musim panas bersama SpongeBob Squarepants! Foto -Arkib Wanista

Antara tarikan lain yang bisa diakses oleh pengunjung semua lapisan umur termasuklah Super Splash Battle iaitu permainan bom air dimana keluarga bisa bermain bersama dalam suasana yang sangat meriah, Lakeside BBQ Carnival khas untuk anda berparti sambil menikmati aneka makanan panggang di tepi tasik serta berpeluang merasai pengalaman snorkeling untuk melihat hidupan laut secara realistik dalam program Grand Aquarium Exploration.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.oceanpark.com.hk

Jom #GrabDurian Bersama Grab!

$
0
0
Foto - Arkib Wanista

Mengapa anda mahukan ais krim apabila anda boleh dapatkan durian? Jom #GrabDurian kembali lagi untuk memenuhi keinginan anda!

Jom sama-sama #GrabDurian. Foto - Arkib Wanista
Jom sama-sama #GrabDurian. Foto – Arkib Wanista

Siapa tidak sukakan durian apatah lagi apabila melibatkan Musang King! Ramai yang sanggup berjalan jauh bagi mendapatkan Musang King. Disebabkan itu, Sabtu ini (16 Julai 2016) ya esok, di antara jam 11 pagi sehingga 6 petang, Grab membawa anda sekali lagi untuk menikmati #GrabDurian! Istimewa untuk semua pencinta durian di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Grab kini menawarkan durian hanya RM10 dan akan menyerahkannya kepada anda secara percuma. Walawei bestnya!

Ada pelbagai durian ditawarkan termasuk Musang King, D24, D100 dan banyak lagi. Apa yang perlu anda lakukan adalah tempah durian dengan kad kredit/debit dengan mengetuk pada butang GrabDurian yang muncul pada aplikasi Grab pada Sabtu 16 Julai 2016.

Seperti biasa ianya berdasarkan pada siapa cepat, dia dapat, jadi rebut peluang ini sebelum kehabisan!

Bukan itu sahaja, kika anda berada di Bangsar Sabtu esok jam 11 pagi, anda boleh melihat Grab di sekitar Bangsar Village 2 kerana mereka akan memberikan durian percuma untuk 100 orang yang bertuah pertama.

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Langkah 1 – Cari Grab “6 Packs Men”
  • Langkah 2 – Ambil gambar dengan mereka
  • Langkah 3 – Kongsi di media sosial
  • Langkah 4 – Bawa balik dengan sebungkus durian!

Jangan lupa untuk berada di sana lebih awal kerama promosi percuma ini hanya sah untuk 100 orang bertuah pertama.

Demam Pokémon Go! Melanda & Mengapa Orang Mula Ketagih Dengannya

$
0
0
Foto -inverse.com

Pokémon adalah siri animasi Jepun yang sangat popular suatu ketika dahulu sejak awal era 90an. Berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang mencabar diri untuk menangkap raksasa Pokémon yang mempunyai kuasa masing-masing dengan menggunakan sebiji bola besi berwarna putih dan merah (Pokéballs) berfungsi sebagai tempat untuk mengunci atau menyimpan raksasa istimewa tersebut.

Gif -Giphy
Gif -Giphy

Dunia kini digemparkan dengan kemuculan Pokémon Go yang baru dilancarkan awal minggu ini iaitu sebuah permainan visual yang baharu. Namun, apa yang membuatkannya lebih menarik adalah permaianan ini nampak sangat realistik berlatarkan alam nyata di mana, dengan berpandukan arah dan kamera telefon pintar anda, secara tiba-tiba raksasa Pokémon akan muncul merata tempat dan pemain perlu menangkapnya -mengumpul seberapa banyak jenis raksasa demi melatih raksasa-raksasa tersebut untuk menyertai suatu pertarungan hebat dengan raksasa Pokémon milik orang lain.

TONTON PAUTAN VIDEO INFO LANJUT BERKENAAN POKEMON GO! DI BAWAH:-

Sebagai permulaan, permainan mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma melalui iOS atau Android. Tetapi, anda boleh memilih sama ada mahu membeli terus menggunakan wang sebenar untuk mendapatkan wang PokéCoins iaitu wang yang diguna pakai dalam permainan ini, jika tidak, anda harus bermain dengan lebih rancak dan kerap bagi mendapatkan wang  PokéCoins berkenaan supaya anda boleh membeli Pokéballs untuk menangkap raksasa-raksasa Pokémon.

Foto -lifehacker.com
Foto -lifehacker.com

Bagi menemui dan menangkap raksasa yang lebih banyak, anda harus bermain di luar rumah, tidak kiralah di tempat tumpuan orang awam, di dalam hutan mahupun di sekitar padang luas.

Melalui skrin peranti tablet atau telefon pintar, anda akan dapat melihat visual peta maya berserta diri anda sendiri dalam bentuk digital. Anda harus meneruskan perjalanan mengikut peta yang dipaparkan dan sebaik sahaja telah menemui petunjuk yang menandakan kehadiran raksasa, anda boleh menghidupkan kamera telefon pintar untuk mula melempar Pokéball milik anda ke arah raksasa yang berkenaan. Ia perlu tepat pada sasarannya.

Foto -lifehacker.com
Foto -lifehacker.com

Pokémon Go boleh dimainkan secara perseorangan mahupun secara berkumpulan bersama para pemain atau ‘pelatih’ raksasa yang lain ketika pertarungan di “gym” nanti (gym adalah tempat khas untuk melakukan pertarungan raksasa yang telah siap dilatih oleh si pemburu@tuan raksasa). Bahkan, semakin tinggi peringkat permainan yang anda capai, banyaklah juga cabaran dan ganjaran yang lebih hebat menanti anda. Yang paling penting, ianya semakin menyeronokkan dan jaga-jaga, anda bakal jadi ketagih!

PokéStops pula adalah perhentian yang dipaparkan dalam peta, membolehkan anda untuk mengutip ganjaran seperti telur serta Pokéballs untuk kegunaan dalam misi pemburuan raksasa yang seterusnya.

Gif -giphy
Gif -giphy

Apa yang anda harus tahu, Pokémon Go telah pun menjadi lebih popular berbanding Tinder dan media sosial Twitter. Purata penggunaannya oleh rata-rata individu di seluruh dunia pula adalah lebih kurang 43 minit, 23 saat. Dalam masa yang sama, Pokémon Go juga telah meningkatkan nilai saham Nintendo sebanyak 56% dalam masa tidak sampai seminggu! WAH!

Walau bagaimanapun, keselamatan maklumat peribadi anda mungkin tergugat sebaik sahaja anda mendaftar masuk  ke akaun Google milik anda bagi mencipta akaun peribadi Pokémon Go Ini kerana, akaun anda itu boleh diakses sepenuhnya oleh aplikasi permainan ini. Yup! Bahaya.

Pihak yang bertanggungjawab masih cuba membaik-pulih kelemahan aplikasi permainan ini supaya ia tidak akan menyebabkan masalah yang lebih besar di kemudian hari. Oleh itu, ada baiknya anda membuat satu alamat email baru yang khas untuk kegunaan mendaftar akaun Pokémon Go tersebut.

Gif -giphy
Gif -giphy

Dalam pada kegilaan yang sedang melanda para peminat fanatik Pokémon di seluruh pelusuk dunia, banyak juga penemuan-penemuan aneh yang tidak dirancang menimpa si pemburu di kala leka mencari raksasa di luar. Antaranya, ada yang menemui bangkai mayat, tercedera kerana melanggar objek keras di tengah jalan tanpa sengaja, terperangkap dalam kejadian serangan homoseksual kerana lokasi “gym” yang disangka tempat pertarungan bersama dengan pemain asing rupa-rupanya merupakan perangkap cubaan merogol malah ada yang turut menjadi mangsa dalam kejadian rompakan bersenjata. Aduh! Hati-hatilah ya.

Jadi, apa pendapat anda? Setiap perkara mestilah ada baik dan buruknya, jika hendak bermain itu, pastikan keselamatan diutamakan dahulu!

Selamat berpokémon go semuanya!

Mari Ramai-Ramai Shopping di Pavilion KL Waku Waku Japan Festival!

$
0
0
Pelancaran rasmi Pavilion KL Waku Waku Japan Festival. Foto - Arkib Wanista

Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama di Malaysia, hari ini meraikan Waku Waku Japan Festival yang pertama bersempena dengan Ulang Tahun ke-5 Tokyo Street. 

Berasal daripada Jepun untuk menyatakan kegembiraan, Waku Waku Japan Festival merupakan perayaan selama sebulan yang membawa pembeli pengalaman membeli-belah di Malaysia dengan pelancaran kedai pop-up pertama oleh pusat membeli-belah popular di Jepun, atré.

Kedai Pop-Up atre kini di Pavilion KL. Foto - Arkib Wanista
Kedai Pop-Up atre kini di Pavilion KL. Foto – Arkib Wanista

Kedai pop-up ini mengetengahkan lebih 30 jenama Jepun yang tidak pernah dilihat sebelum ini, yang terdiri daripada kecantikan, fesyen, F&B dan juga gaya hidup. Kedai pop-up atré akan berada di Centre Court untuk masa yang terhad sahaja, sehingga 24 julai 2016.

Salah satu mainan yang paling popular dari Jepun ialah Disney Tsum Tsum – pelbagai koleksi watak Disney boleh didapati di Pavilion KL dari sekarang hingga 14 Ogos 2016. Menariknya, anda berpeluang untuk mengumpul watak-watak Disney kegemaran dari zaman kanak-kanak klasik seperti Winnie The Pooh dan Mickey Mouse.

Highlight untuk Waku Waku Japan Festival adalah diberi ganjaran dengan hadiah apabila RM100 dibelanjakan di Tokyo Street atau RM300 dibelanjakan dalam satu resit di kedai khusus dari 29 Julai hingga 2 Ogos 2016. Belanja RM500 dalam satu resit di kedai khusus dan berpeluang untuk memenangi pakej percutian 5D4N dengan H.I.S. Travel, termasuk dua ANA Business Class Air Tickets dan penginapan 5 bintang. Waku Waku Japan Festival berlangsung sekarang sehingga 14 Ogos 2016. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di bawah:

Almost Royal Bakal Ditayang Di Malaysia! Apabila Kerabat Diraja Cuba Hidup Seperti Orang Biasa

$
0
0
Poppy (Amy Hoggart) & Georgie (Ed Gamble) sambil memegang bekas abu mendiang bapanya di Caunty Manor. Foto -Arkib Wanista

Berkisarkan tentang kehidupan dua beradik kerabat diraja Britain, Georgia lakonan Ed Gamble dan Poppy Carlton lakonan Amy Hoggart dalam siri mencuit hati Almost Royal yang buat pertama kalinya disiarkan di Asia.

Saluran Comedy Central akan melancarkan kedua-dua musim siri Almost Royal yang menampilkan cerita serta gelagat dua beradik keturunan raja itu apabila mereka merasai pengalaman untuk menjadi orang biasa di luar istana, bahkan ini merupakan saat kali pertama mereka menjejakan kaki ke Amerika Syarikat.

George (Ed Gamble) mencuba bakat untuk menjadi penggaya rambut dengan memotong rambut manekin. Foto -Arkib Wanista
Georgia (Ed Gamble) mencuba bakat untuk menjadi penggaya rambut dengan memotong rambut manekin. Foto -Arkib Wanista

Sukan yang lazimnya dimainkan oleh kerabat diraja seperti Kriiket diganti dengan permainan sukan Besbol, negerin tempat tinggal asal mereka di Buckingham telah bertukar ke Beverly Hills malah sesi minuman teh yang merupakan aktiviti santai kegemaran raja-raja Britain juga telah diganti dengan aktiviti kecergasan bina badan bersama peragawan terkemuka Fabio.

Ikuti penjelajahan Georgia dan Poppy hampir ke seluruh daerah bumi Amerika termasuklah di daerah popular utama seperti Los Angeles, Boston, Texas, New York, Nashville, Detroit dan Washington, D.C berikutan ia merupakan pesanan terakhir mendiang bapa mereka, Lord Carlton ang mahukan mereka pergi ke Amerika Syarikat supaya dapat memahami serta melihat dunia luar secara terbuka.

Poppy (Amy Hoggart) danGeorgie (Ed Gamble). Foto -Arkib Wanista
Poppy (Amy Hoggart) dan Georgie (Ed Gamble). Foto -Arkib Wanista

Oleh kerana kehidupan mereka yang serba mewah telah menyukarkan mereka untuk mempunyai sifat berdikari seperti individu normal, kini mereka perlu menempuhi pelbagai masalah dan cabaran dengan sendirinya serta perlu menyelesaikan setiap permaslahan yang dihadapi.Jangan lupa tonton Almost Royal musim pertama pada setiap hari Khamis, jam 10.25pm bermula 14 Julai 2016 manakala tayangan untuk musim kedua Almost Royal akan bermula 4 Ogos 2016, setiap hari Khamis, tepat jam 10.55pm, hanya di HyppTV saluran Comedy Central 609!

Viewing all 14469 articles
Browse latest View live