Isteri pelakon terkenal, Johnny Depp, Amber Heard dipilih sebagai wanira yang memiliki raut wajah paling cantik di dunia menerusi teknik pemetaan wajah.
Wajah Heard didapati 91.85% hampir tepat dengan perkiraan dikenali sebagai Rasio Emas iaitu satu teknik pemetaan yang dianggap satu formula rahsia kesempurnaan wajah seseorang dan pernah diamalkan pada zaman kuno Yunani.
Gambar Heard, 30, telah diuji melalui teknik pemetaan yang dikendalikan seorang pakar bedah dari Klinik Harley Street, Dr. Julia De Silva. Beliau mendapati Heard memiliki wajah mengikut nisbah kecantikan emas itu.
“Berdasarkan ujian ini, kita menggunakan teknik pemetaan melalui satu aplikasi khas untuk mengukur kedudukan mata, pipi, bentuk muka, hidung, kening dan mulut. Teknik ini menggunakan 12 penanda utama di sekitar wajah bagi menilai seseorang itu mempunyai wajah sempurna atau sebaliknya,” jelasnya.
Kim Kardashian. Foto – DailymailTempat ketiga model hebat, Kate Moss. Foto – Dailymail
Sementara itu, Kim Kardashian berada di tempat kedua dengan 91.39%, diikuti dengan Kate Moss 91.06% dan model Blurred Lines, Emily Ratajkowski 90.8%.
Juara kali kedua perlumbaan motosikal Moto3 Grand Prix (GP) Khairul Idham Pawi sekali lagi mengelak simbahan arak ketika menjulang piala di podium.
Usai berkumandang lagu Negaraku, Khairul segera meninggalkan podium walaupun kelihatan pesaing terdekatnya cuba mengejar dan menghalakan semburan arak berkenaan.
Khairul, 17, berjaya menjuarai perlumbaan motosikal GP Jerman hari ini selepas menewaskan pelumba Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Mesra disapa KIP, Khairul mengambil masa 47 minit 07.763 saat bagi menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah walaupun bermula di petak ke-20 perlumbaan.
Pada April, anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu menjuarai perlumbaan MotoGP Argentina. Pada waktu itu peminat-peminat di Malaysia memuji sikapnya yang menolak percikan arak.
Kemenangan beliau, yang digelar “raja litar basah”, hari ini membolehkan Khairul berada di tempat ke-10 keseluruhan selepas mengumpulkan 54 mata.
Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder, dari pasukan Red Bull KTM Ajo masih mendahului dengan 159 mata.
Ketika Khairul menjuarai Moto3 di Argentina, bapanya Pawi Omar menasihatinya agar tidak meraikan kemenangan mengikut budaya asing.
bikesrepublic.com
“Mengenai tradisi meraikan kejayaan membabitkan minuman arak, saya pesan kepadanya supaya cuba elakkan.
“Jika hendak meraikan kejayaan sekali pun, tunggu sehingga pulang ke Malaysia dengan cara mengadakan jamuan makan atau kenduri kesyukuran,” katanya kepada media.
Foto nikah dan wajah isteri kedua pelakon Adi Putra telah disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp selepas berita pernikahan pelakon tersebut dilaporkan akhbar pada Sabtu.
Astro Gempak bagaimanapun mendakwa telah menerima foto lelaki seiras Adi sedang mengucup dahi seorang wanita dan kedua-duanya lengkap berpakaian pengantin berwarna krim dan ‘peach’.
Foto tersebut dikirim seorang sumber kepada Astro Gempak yang meminta identitinya dirahsiakan turut mendedahkan isteri kedua Adi merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan.
Foto -Astro Gempak
Terdahulu menerusi laporan Harian Metro, pelakon KL Gangster itu didakwa berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak satu baru-baru ini.
Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib.
Wanita berusia 33 tahun itu juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.
Foto -Astro Gempak
Namun, isteri Adi, Aida Yusof, 41 tidak mengetahui berita perkahwinan suaminya itu.
Aida enggan mengulas memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka.
Sementara Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.
Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.
Demam permainan Pokemon Go terusan melanda. Yang terkini, seorang lelaki sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjadi pemburu Pokemon sepenuh masa.
Mungkin kedengaran sinis, namun selepas Tom Currie menyatakan alasan mengapa dia berbuat demikian, pasti anda akan mengubah tanggapan negatif tersebut.
“Saya mahukan cabaran. Saya telah bekerja lebih 6 tahun, dan saya berasa sangat tertekan dan perlukan rehat, jadi Pokemon Go adalah peluang saya untuk hidup seperti apa yang diimpikan,” katanya.
Tom Currie berjaya menangkap 90 daripada 151 makhluk dan menempah 200 perjalanan bas ke seluruh negeri minggu ini.
“Kos tidak terlalu mahal kerana tinggal di asrama malah lebih murah selepas beberapa syarikat pengangkutan menawarkannya perjalanan percuma untuk membolehkan dia mencari Pokemon,” katanya.
Permainan Pokemon Go menjadi fenomena di seluruh dunia sejak dilancarkan baru-baru ini. Aplikasi permainan Pokemon Go secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon. Baca artikel untuk info lanjut tentang permainan ini – DEMAM POKÉMON GO! MELANDA & MENGAPA ORANG MULA KETAGIH DENGANNYA
Sejak kebelakangan ini, produk berasaskan minyak marula semakin mendapat tempat di kalangan wanita. Sebagai contoh, produk rambut daripada pelakon cantik, Anzalna yang dipanggil Anzel Hair boleh dikatakan sangat laku di pasaran.
Jadi, tertanya-tanya juga apa kebaikan minyak marula ini sampai ramai yang mula mencarinya di butik kecantikan. Untuk pengetahuan anda, minyak marula datangnya daripada buah marula, sejenis buah yang berasal dari negara Afrika.
Dari segi kandungannya, minyak ini tinggi antioksidan, vitamin C, vitamin E dan flavonoids. Malah, minyak marula juga mengandungi antioksidan 60 peratus lebih tinggi daripada argan dan biji anggur. Kiranya, minyak ini berfungsi dengan baik dari rambut sehinggalah ke kaki.
Foto – www.marulaorganix.com
Berikut adalah kelebihan dari minyak marula :
Sesuai untuk semua jenis kulit – Minyak ini mampu melembutkan, cepat diserap dan tidak akan meninggalkan kesan berminyak ketika dipakai. Oleh kerana itu, minyak ini boleh digunakan pada semua jenis kulit, mulai kering, berminyak sehinggalah kulit yang sensitif.
Bebas kimia – Kerana ianya 100% asli, minyak marula mempunyai ciri-ciri anti-mikrob, jadi minyak ini bebas daripada bahan kimia atau pengawet seperti parabens. Parabens digunakan dalam banyak produk penjagaan kulit untuk melanjutkan jangka hayat mereka dengan melindungi daripada pertumbuhan bakteria dan kulat. Terdapat beberapa kebimbangan terhadap kesan-kesan yang berpotensi toksik parabens diserap melalui kulit, tetapi minyak marula bebas dari sebarang bahan kimia sintetik.
Seimbangkan kelembapan kulit – Campurkan beberapa titis minyak marula pada produk penjagaan kulit atau foundation anda untuk menangkal radikal bebas. Teksturnya yang ringan dan mudah diserap boleh melembabkan kulit tanpa meninggalkan sisa minyak pada wajah.
Melembutkan dan menghaluskan – Selain dapat melembutkan kulit secara cepat, minyak marula juga membantu mengekalkan kelembutan kulit dengan melembabkan dan membaiki kerosakan pada permukaan kulit.
Anti-aging – Kandungan asid lemak, minyak omega, serta vitamin E dan C yang terkandung di dalamnya dapat membantu memulihkan keanjalan pada wajah dan mengurangkan kedutan akibat penuaan.
Mencegah jerawat dan menghilangkan noda pada wajah – Di samping melembabkan, kandungan zat anti-mikrob yang ada dalam minyak ini dapat membantu menghilangkan segala jenis noda pada wajah.
Berkesan untuk rambut dan kuku – Walaupun minyak marula bekerja dengan baik untuk kulit wajah, tetapi ia juga boleh digunakan untuk melembapkan tangan dan kuku anda, malah sebagai rawatan lembapan untuk rambut. Hanya dengan meletakkan beberapa titis di rambut, ianya membantu rambut lebih sihat dan berkilat. Minyak ini juga membantu menenang dan melega kulit selepas menghabiskan terlalu banyak masa di bawah matahari.
Melatah adalah perbuatan manusia yang berlaku oleh kerana tindak balas yang diterima tanpa kerelaan hati. Seseorang yang melatah akan memberikan respon terkejut sambil mengeluarkan perkataan, gerak tubuh atau suara secara spontan. Tindak balas itu digelar (startle response) iaitu sejenis tindak balas yang dikawal oleh batang otak (brainstem).
Apa yang menjadi ketara adalah, apabila si ‘pelatah’ memberi respon secara berlebihan tanpa sedar malah kadang-kala membahayakan diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, fenomena ini dianggap tidak normal dna merupakan sejenis sindrom. Ianya tergolong sebagai ‘sindrom terkejut berlebihan’ (hyperstartle syndorme). Rekasi yang bukan dibuta-buat bahkan berlaku pada kadar di luar kawalan.
Melatah biasanya sering dikaitkan dengan masyaraat Melayu di Asia Tenggara dalam kalangan Melayu dan Jawa. namun latah juga berlaku dalam kalangan kaum lain. Masih wujud kontroversi sama ada latah patut digolongkan sebagai salah satu masalah mental atau masalah sistem otak saraf kerana sindrom ini merangkumi kedua-dua ciri tersebut.
Jelas Dr Ooi Phaik Yee yang merupakan seoang Pakar Perubatan Neurologi berkata, lazimnya ‘melatah’ berlaku pada wanita pertengahan tahun yang rendah tahap sosioekonomi dan pendidikannya. Namun hakikatnya latah juga boleh berlaku pada golongan muda tanpa mengira jantina. Kejadian latah berkait rapat dengan tekanan hidup, dan dikatakan berlaku pada mereka yang lemah semangat. Latah lebih cenderung berlaku pada mereka yang pernah melalui pengalaman yang amat tertekan contohnya kematian orang tersayang. Pelatah juga lebih cenderung mengalami kemurungan (depression) dan gangguan rasa cemas (anxiety disorder).
Walau bagaimanapun, melatah tidaklah dikategorikan sebagai penyakit kerana ianya diterima umum. Tidak ramai menganggap latah memerlukan rawatan malah sebenarnya tiada rawatan spesifik yang intensif yang berfungsi untuk menyembuh sindrom unik ini. Untuk pengetahuan pembaca, pelatah sering sekali diundang ke majlis-majlis keramaian dahulu kala bagi memeriahkan sesuatu majlis kerana respon yang diberikan oleh pelatah biasanya lucu.
Fenomena latah telah lama wujud dalam masyarakat kita. Pelatah sering diusik dan dipermainkan sekaligus membuatkan mereka berasa rendah diri. Atas nama prihatin, ada baiknya jikea kita cuba menyelami dan memahami isi hati golongan ini dengan lebih dekat dan menerima mereka seadanya. – Gleneagles Kuala Lumpur.
Masihkah anda ingat dengan supermodel hebat sekitar tahun 90-an iaitu Cindy Crawford?
Kini, supermodel itu sudah pun menginjak ke usia 50 tahun akan tetapi masih kekal cantik seperti tidak dimamah usia. Siapa sangka kecantikan yang diwarisi jatuh pada anak gadisnya, Kaia Gerber yang berusia 14 tahun. Wajah Kaia yang saling tidak tumpah seperti Cindy semasa muda menjadi tarikan paparazi dan pihak media untuk merakamkan gambar mereka malah kini Kaia mengikuti jejak langkah ibunya itu dalam bidang peragaan. Iyelah, kata orang ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Di usia 14 tahun, Kaia dipilih sebagai salah seorang wajah baharu untuk label mewah Alexander Wang. Kaia bersama-sama muka baharu seperti Anna Ewers dan Peyton Knight membentuk #WANGSQUAD untuk koleksi SS16.
Kaia menandatangi kontrak bersama IMG Models pada usia 13 tahun. Mungkin sudah tertulis, Kaia akan mengikuti jejak langkah ibunya. Dia mungkin masih terlalu muda untuk berjalan di pentas peragaan tetapi tunggu dan lihat sahaja di masa akan datang.
Pada tahun 2012, Kaia debut sebagai model untuk Versace Kids. “Seperti ibunya, Kaia juga mempunyai keisitimewaan yang tersendiri. Kamera benar-benar menyukainya,” jelas Donatella Versace.
Satu lagi yang menarik adalah Kaia sangat cool di laman Instagram miliknya@kaiagerber. Daripada gambar throwback bersama Cindy, selfie bersama Cara Delevingne, Karlie Kloss mahupun Taylor Swift, Kaia terusan berkongsi gambar-gambar menarik sehingga memperoleh pengikut seramai 617K.
PUMA lancar kempen arsenal menerusi filem pendek pertamanya untuk musim 2016/17 berjudul “We Are THE Arsenal” yang menawarkan pandangan dalaman tentang pengalaman dan kemegahan peminat pasukan Arsenal serta para pemainnya secara global.
TONTON FILEM PENDEK UNTUK KEMPEN PUMA x ARSENAL: WE ARE THE ARSENAL
Filem ini turut menampilkan kemunculan istimewa pemaian hebat pasukan itu termasuklah Santi Cazorla dan Hector Bellerin; lagenda seperti Thierry Henry, Robert Pires dan Freddie Ljungberg serta peminat fanatik Arsenal dari serata dunia sekitar London, Mumbai, Shanghai serta New York.
Setiap seorang dari mereka turut tidak ketinggalan memberikan intepretasi masing-masing berkenaan maksud “We Are THE Arsenal” pada diri mereka.
Dalam tempoh empat minggu akan datang, sebanyak empat lagi filem tambahan turut akan ditayangkan bagi memberi pencerahan yang lebih luas terhadap pengalaman-pengalaman peminat Arsenal di Mumbai, Shanghai London dan New York.
Secara tidak langsung, perkongsian ini bisa mewujudkan suatu semangat ukhwah sesama penyokong pasukan arsenal yang berkongsi idealogi, nilai, semangat dan minat yang sama dari seluruh pelusuk dunia secara universal.
Jenama sukan terkemuka dunia, adidas, akan meneruskan komitmennya dalam menjayakan acara larian terbesar dan paling berprestij di Malaysia, Standard Chartered KL Marathon 2016 (SCKLM), yang dijadualkan untuk berlangsung pada 7 Ogos 2016 di Dataran Merdeka.
SCKLM2016, yang kembali untuk tahun kelapan, telah mendapat sambutan hangat dengan angka penyertaan yang diterima mencecah 35,000 pelari. Selaku Rakan Pakaian Rasmi bagi acara maraton ini, kesemua peserta yang berdaftar akan dibekalkan sehelai kemeja tee rasmi perlumbaan yang diperbuat dengan teknologi adidas ClimaLite®; sementara mereka yang terlibat sebagai ‘pacer’, kru dan sukarelawan juga bakal mengenakan pakaian kenang-kenangan yang direka khas demi larian tahun ini.
Foto – Arkib Wanista
Tambahan pula, adidas turut memperkenalkan dua barangan edisi terhad SCKLM2016 – kemeja tee grafik adidas (Harga runcit yang disyorkan: RM90) dan topi prestasi adidas (Harga runcit yang disyorkan: RM45). Barangan-barangan berkenaan telah ditawarkan khas kepada para peserta terlebih menerusi lamanwww.kl-marathon.com[telah habis dijual sewaktu hebahan ini ditulis], dan mereka yang membuat pembelian boleh menebus tempahan masing-masing di pondok adidas sewaktu Expo Gaya Hidup Standard Chartered KL Marathon dari 4 – 6 Ogos.
Ikutilah kelibat pelari-pelari ini melalui Instagram dengan tag hash #adidasMY #adidasRunning #WHYIRUNKL tatkala mereka berkongsikan tips dan regim latihan menjelang #SCKLM2016.
Ayuh jadi sebahagian daripada larian Energy adidas dengan mengikuti @adidasrunning diTwitterdanInstagram.
Siapa kata lelaki yang muda sahaja boleh tampak ‘sado’? Hah, lihat sahaja datuk hipster yang cool ini mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk anda kaum lelaki kekal sihat, tampan dan kuat!
Untuk pengetahuan anda, lelaki hipster yang popular secara tiba-tiba kerana fesyennya sudah berusia 54 tahun. Dia dikenali sebagai Irvin Randle merupakan seorang guru di Houston, Texas, malah, seorang model pakaian yang cukup pandai bergaya.
“Saya rasa senang dengan populariti ini, saya langsung tidak menjangkannya. Saya tidak meminta atau merancang untuk ini berlaku,” jelas Randle akan kemasyurannya di media sosial @irvinrandle.
Untuk gaya peribadinya pula, Randle memberitahu,“I have always dressed with style, but I just wanted to wear things a little tighter for me, since I am in shape.”
“Manakala untuk kekal sihat dan aktif, saya akan menghabiskan masa bersama cucu dan ke gimnasium,” terang Randle lagi.
Hah, jadikan Irvin Randle ini sebagai idola anda ketika tua nanti. Walaupun tua tetapi masih kekal sihat dan bergaya gitewww… Jiwa muda sangat!
#Jiwa muda sangat atuk ni! Lihat sahaja fesyennya…
Leslie Schmidt sedang leka memburu Pokemon (bermaian Pokemon GO) bersama teman lelakinya apabila tanpa sengaja telah memasuki sebuah kawasan taman yang ternyata aneh di daerah Yinnar, Victoria. Ia bagaikan berada dalam alam ajaib kerana keseluruhan taman berkenaan diselubungi sarang labah-labah!
Foto -dailymail.co.uk
Penulis tahu ramai di antara kita yang fobia dengan labah-labah. Mungkin sebab kakinya yang banyak tu! Ada ke yang seram sejuk bila tengok gambar-gambar ni?
Cuba bayangkan anda memijak tanah yang dihuni jutaan labah-labah. Eww
Foto -dailymail.co.uk
“Kami mahu mengejar raksasa MEOWTH tetapi tidak berupaya kerana dihalang oleh sarang labah-labah yang memenuhi keseluruhan kawasan di sini”, jelas Leslie kepada sebuah portal antarabangsa.
Foto -dailymail.co.ukFoto -dailymail.co.uk
“Kelihatan sangat lembut dan halus seperti kekabu, namun itulah yang digunakan oleh labah-labah untuk memerangkap mangsanya. Kami bagai berada dia atas sarang labah-labah gergasi dan menunggu untuk dimakan”. tambahnya.
Foto -dailymail.co.uk
Fenomena sarang labah-labah luar biasa ini sebenarnya berpunca dari musim hujan lebat yang berlaku di Australia tidak lama dahulu. Keadaan itu telah memaksa habitat labah-labah untuk naik ke kawasan yang lebih tinggi bagi mengelak dihanyut oleh banjir deras.
Kata Leslie lagi, ada juga anak labah-labah yang berterbangan di udara, dibawa oleh tiupan angin ketika proses “spider ballooning” berlaku. (Proses di mana labah-labah akan menggunakan sarang mereka sebagai payung terjun, membolehkan angin meniup mereka ke udara dan membawa mereka ke tempat lain).
Nak mengundang tetamu untuk datang ke majlis resepsi perkahwinan sekarang ini tidak seperti dulu. Sejak adanya media sosial seperti Facebook, ramai di antara pasangan pengantin lebih selesa untuk mengundang rakan-rakan serta sanak-saudara secara atas talian daripada menempah ‘kad jemputan’ ke majlis walimatul urus secara teratur.
Foto hiasan -pemborongkadkahwin.com
Malangnya, undangan sebegitu tidak berapa enak untuk diterima orang tua-tua ye dak? Jika anda tidak mampu, sekurang-kurangnya tempahlah beberapa unit khas untuk diedarkan kepada makcik, pakcik atau saudara-mara yang lebih tua dan terdekat kerana itu adalah lebih wajar dan kelihatan ikhlas.
Di sini, Wanista ada senaraikan beberapa tempat yang menawarkan servis cetakan kad kahwin yang moden dan ringkas -bertemakan konsep floral.
*** KLIK PADA NAMA INSTAGRAM UNTUK PAUTAN TERUS KE LAMAN BERKENAAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar memastikan mana-mana produk marshmallow yang hendak dibeli memiliki logo halal diiktiraf pihaknya.
Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya berkata, marshmallow merupakan antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya.
“Untuk makluman semua, isu marshmallow haram adalah merupakan kenyataan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, Mohd Amri Abdullah yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016 yang lalu.
“Beliau menyatakan produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia namun jumlahnya amatlah terhad.
“Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
“Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, bolehlah di semak di www.halal.gov.myatau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya.
Pemuda Pas menzahirkan bantahan ke atas penganjuran konsert ‘Selena Gomez – The Revival Tour’ yang akan diadakan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai depan.
Ini kerana menurut pihak Pemuda Pas, kemunculan penyanyi dari Barat itu dikatakan mencemarkan kemuliaan Syawal.
Menerusi satu kenyataan hari ini, pihaknya berkata, kerajaan sepatutnya merujuk terlebih dahulu Garis Panduan Hiburan yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.
“Kerajaan sepatutnya merujuk dan menguatkuasakan garis panduan yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun lalu (untuk kelulusan sebarang penganjuran konsert),” kata pihaknya.
Dalam pada itu, pihaknya turut melahirkan rasa kesal berikutan kebenaran penganjuran pihak berkuasa kepada pihak penganjur konsert tersebut.
“Kami harap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga dapat mengeluarkan kenyataan bantahan atau surat rasmi bagi menyekat kehadiran Selena Gomez yang jelas boleh merosakkan aqidah, ibadah dan akhlak umat Islam.
“Kerajaan atau pihak berkuasa pula sepatutnya perlu lebih tegas dan cermat sebelum meluluskan sesuatu penganjuran konsert. Adalah menjadi keutamaan dan tanggungjawab kami untuk memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh merosakkan generasi muda Malaysia,” katanya lagi.
Tahniah buat pasangan pelakon sensasi Amar Baharin dan Amyra Rosli khabarnya bakal mendirikan rumahtangga pada 11 November ini.
Berita gembira buat peminat Amar dan juga Amyra ini telah diumumkan melalui Hlive dan akan mengadakan majlis pertunangan pada 22 Julai ini. Menurut Amyra, majlis merisik telah pun dilakukan pada tahun lepas (2015) ketika raya haji
“Kami akan bersanding pada sehari selepas nikah iaitu 12 November 2016 (sebelah Amyra) dan 19 November di sebelah Amar,” kata Amar selain menjelaskan bahawa lokasi pernikahan dan resepsi masih lagi dalam perbincangan.
Tambah Amar lagi, tarikh pernikahan tersebut juga adalah tarikh yang sama dengan hari lahir bapa Amyra. Semoga segala persiapan pasangan ini menjelang hari bahagia berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
Kek atau pemanis mulut penting sebagai penghias majlis, sama ada untuk hantaran atau kek perkahwinan, ia harus kelihatan cantik dan enak! Tambah bunga segar untuk gaya romantis atau pilih warna-warna terang bagi yang mahu tampil berani dan chic.
Nak tahu pemilihan kek terbaik untuk majlis perkahwinan, kami ada tips.
1. Berbincang mengenai bajet dengan pembuat kek agar dia tahu apa yang sesuai dengan keperluan anda. Malah janganlah terlalu menitik beratkan kek sampai overbudget.
2. Tidak semestinya anda menggunakan kek span atau buah-buahan. Cuba perisa lain seperti red velvet, lemon ataupun vanila atau kelapa dan limau nipis. Rasa beberapa jenis kek terlebih dahulu sebelum membuat tempahan, ingat ia juga perlu sedap selain kelihatan menarik.
3. Sebelum mengesahkan penempahan kek anda, tanya siapa yang akan menghantar kek anda dan siapa yang akan menyusunnya. Pastikan mereka mengikut masa anda agar majlis resepsi berjalan dengan lancar.
4. Tema kek bergantung kepada kehendak anda, namun ia tampak lebih menarik jika sepadan dengan ton majlis, tema majlis, lokasi serta busana anda.
5. Jangan menempah kek pada saat akhir kerana kebanyakan kek perkahwinan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Lebih-lebih lagi jika rekaan kek rumit untuk dihasilkan. Yela, sekarang ini banyak jenis rekaan kek yang ditempah khas, contohnya, kek gambar barbie, kek penuh dengan bunga, jadi tempah awal agar tiada isu last minute.
6. Ganti kek dengan kek cawan jika anda ingin sesuatu yang berbeza. Kiraan kek cawan juga bergantung kepada ketinggian kek yang anda inginkan. Kelebihan kek cawan adalah mudahkan proses penghantaran kerana saiznya yang lebih kecil. Bukan itu saja, kek cawan tidak perlu dipotong jadi anda tidak perlu susah payah nak potong kek satu persatu.
Terkini, terdapat satu trend kek kahwin yang hangat di barat iaitu Kek Geodes. Pasti ramai yang kagum dan tak sampai hati nak makan kek perkahwninan yang cantik ini. Kek perkahwinan yang indah yang direka untuk kelihatan seperti batu dengan rongga kosong yang dipenuhi dengan kristal berkilauan.
Difahamkan kek Geodes ini boleh mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk menanam jenis kristal gula yang diperlukan untuk menghiasi kek ini dan sehingga seminggu untuk batu-batu yang lebih besar!
Kalau anda rasa teringin nak buat kek Geodes, ini ada antara 10 rekaan yang terbaik boleh dijadikan inspirasi. Semoga Berjaya!
Dalam tempoh lebih dua tahun menjalankan kajian, ujian biomekanik serta proses rekaan dan pembangunan, koleksi pakaian dalam sukan khas untuk wanita, Nike Pro Bra kini menawarkan lima reka bentuk termahsyur bagi membekalkan keselesaan optimum untuk meningkatkan mutu dan prestasi sukan.
Foto -Arkib Wanista
Perincian, warna dan potongan yang moden diterapkan ke dalam setiap helaian koleksi ini. Bahkan, ia kelihatan sangat eksentrik, menggambarkan jiwa berkobar atlet yang sentiasa ingin mencapai kejayaan.
Foto -Arkib Wanista
“Pemilihan pakaian sukan yang sesuai juga perlu diberi perhatian kerana ia sedikit sebanyak bisa menjadi punca kepada kejatuhan mutu persembahan,” jelas Pengarah Kanan Rekaan, Jamie Lee.
Foto -Arkib Wanista
“Kami di Nike sentiasa peka dan komited untuk menyediakan pakaian yang berasaskan material berkualiti serta dijana menggunakan teknologi terkini bagi memastikan setiap satu dari helaian koleksi ini bisa menyokong nilai strategik seorang atlet,” tambahnya.
ShopBack Malaysia, platform laman web Cashback atau pulangan tunai terulung dalam negara, hari ini mengumumkan aplikasi mudahalihnya sedia dimuat turun pembeli di Malaysia, menerusiiOS App StoredanGoogle Play Store, bermula dari 19 Julai 2016.
Foto – Arkib Wanista
Bersempena pelancaran aplikasi mudahalih, platform, Malaysia akan memberi ganjaran RM5 kepada semua pengguna, apabila mereka membuat pembelian di mana-mana lebih 500 stor rakan niaga menerusi aplikasi tersebut dari 19-21 Julai 2016. Tambahan lagi, 11 laman e-dagang seperti Agoda, Foodpanda, Groupon, Hermo, Lazada, Qoo10, Zalora, akan turut sama menyertai sambutan ini dengan memberikan lebih pulangan tunai, tawaran harga rendah RM10, baucer potongan RM5-RM20, serta kod promo diskaun 40%.
“Pulangan tunai benar-benar hanya ‘memberikan pulangan tunai’. Fungsi pulangan tunai online berbeza dari pulangan tunai kad kredit. Ia tiada had siling dan kami menawarkan kepada pengguna sehingga 30% pulangan tunai setiap kali mereka berbelanja di stor rakan niaga kami. Ianya sangat mudah digunakan dan penjimatan pulangan tunai ini boleh dipindahkan ke dalam akaun bank mereka selepas tempoh pengesahan,” kata Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi diShopBack Malaysia.
ShopBack Malaysia mengekalkan peningkatan trafik yang sihat, secara purata 20% dari bulan-ke-bulan pada pertengahan pertama 2016, mencerminkan peningkatan populariti pulangan tunai di kalangan pembeli tempatan.
Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. Ia bukan sahaja platform pulangan tunai No. 1 di Malaysia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara, membawakan sekurang-kurangnya 6 tempahan kepada stor rakan niaga setiap minit.
Anda tahu tak? Sebenarnya, terdapat banyak cara yang bisa anda menafaatkan untuk berbakti kepada masyarakat. Salah satunya adalah dengan menderma darah.
Julai ini, berlandaskan kolaborasi bersama Pusat Pendidikan University Malaysia, Tom, Dick & Harry’s kini kembali untuk menganjurkan kempen derma darah tahunan -A Pint For A Pint.
Sebagai token apresiasi, seramai 120 orang penderma terawal bakal menerima minuman percuma sebagai penghargaan di atas usaha dan keikhlasan mereka.
Kempen ini akan bermula pada 24 Julai 2016, dari jam 11am hingga5pm dan bertempat di Tom, Dick & Harry’s Oasis Square, Ara Damansara.
Acara A Pint For A Pint ini terbuka kepada umum dan dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan serta konsep derma darah itu sendiri dalam kalangan masyarakat kerana permintaan darah sering dibutuhkan oleh mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi untuk kes kecemasan.
Sila lawat laman Facebook rasmi Tom, Dick & Harry’s di www.facebook.com/Tom-Dick-Harrys untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan acara ini.
Kebahagiaan yang dirasakan pasangan David dan Victoria Beckham semamangnya sangat luar biasa. Hal itu terlihat dari detik-detik kemesraan berdua bersama apatah lagi dengan kehadiran empat buah hati mereka, Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.
David Beckham, selain mampu untuk menjadi suami yang baik untuk Victoria, lelaki 41 tahun ini juga dilihat berjaya memainkan peranan yang baik sebagai seorang bapa. David dilihat tidak pernah malu untuk menunjukkan rasa sayang dan cinta pada buah hatinya. Lihat sahaja ragamnya bersama Harper, cukup membuatkan kita rasa kagum, ia seakan tak kehabisan cara untuk mengungkapkan kasih sayang yang begitu mendalam.
Well, siapa sangka lelaki kacak dan segak bergaya seperti David juga mampu menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa dengan baik.
1. Alahai sweet! David hanya membiarkan sahaja Harper menggayakannya dengan apa yang puterinya itu mahukan
Foto – Facebook David BeckhamFoto – Facebook David Beckham
2. David hadiahkan Harper set jersey bola
Foto – Instagram David Beckham
3. Okay, yang paling best, David mengajar Harper main bola sepak. Fuiyoo!
Foto – Instagram David Beckham
4. David bawa Harper ke fashion show
Foto – fashionlab.comFoto – Instagram David Beckham
5. Bila David sanggup bersengkang mata menjahit anak patung Harper
Foto – Instagram Victoria Beckham
6. David siap tatu nama anak perempuannya, Harper
Foto – indiantimes
7. Bila David suapkan Harper, hurmmm sweet sangat..
Foto – indiatimesFoto – indiatimes
8. David sentiasa hiburkan Harper pada bila-bila masa sahaja
Foto – indiatimesFoto – indiatimes
9. Walaupun dalam keadaan hujan, David masih bermain dengan Harper