Nutrien-nutrien penting seperti DHA, Kolina, Kalsium, Zat Besi, Vitamin B12, Vitamin D dan Zink diperlukan bagi perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak secara menyeluruh.
DHA (Asid Docosahexaenoic) adalah sejenis asid lemak yang banyak ditemui dalam otak. Ianya dianggap sebagai struktur penting bagi otak, terutamanya ketika peringkat awal kehidupan kanak-kanak di mana otak si manja anda membesar dan berkembang dengan pantas.
Enfagrow A+ RTD_Chocolate. Foto – Arkib Wanista
Memahami betapa pentingnya pemakanan baik bagi perkembangan awal kanak-kanak, Mead Johnson Nutrition telah memperkenalkan Enfagrow A+ Sedia Diminum Baharu, susu yang berkhasiat dengan 2.5x lebih DHA* dan nutrien-nutrien penting untuk membantu dalam diet harian si manja anda bagi perkembangan menyeluruh dan pembelajaran pada bila-bila masa, di mana jua.
Diformulasikan khas bagi kanak-kanak berumur empat tahun dan ke atas, Enfagrow A+ Sedia Diminum Baharu memberikan lebih DHA* yang berterusan untuk kanak-kanak apabila mereka di luar rumah atau di sekolah. Enfagrow A+ Sedia Diminum Baharu juga diperkaya dengan nutrien-nutrien penting seperti Kolina, Kalsium, Zat besi, Vitamin B12, Vitamin D2 dan Zink untuk perkembangan si manja anda secara menyeluruh.
Enfagrow A+ RTD_Vanilla. Foto – Arkib Wanista
DHA banyak ditemui dalam otak
Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat
Zat Besi dan Vitamin B12 adalah penting untuk pembentukan dan penghasilan sel darah merah
Vitamin D membantu badan menggunakan kalsium dan fosforus
Zink adalah amat penting untuk pertumbuhan
Berkhasiat untuk si manja, mudah untuk si ibu, Enfagrow A+ Sedia Diminum Baharu boleh didapati dalam pek 180ml untuk memberikan lebih DHA* kepada si manja anda di mana jua! Ianya juga mudah dibawa ke sekolah, atau ketika percutian bersama keluarga.
Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.enfagrow.com.myatau kekal berhubung dengan kami di laman Facebook: Enfagrow A+ Malaysia.
Kala melawat ke rumah jiran tetangga mahupun ke rumah sahabat handai untuk memenuhi tentatif undangan majlis keramaian, jarang sekali untuk kita menemui rumah yang menggunakan warna monokrom (hitam dan putih) sebagai warna asas kepada konsep utama dekorasi rumah.
Foto -cdn.decorpad.com
Rata-rata individu lebih gemar menggunakan cara selamat dengan memanfaatkan perabot serta perkakas rumah warna tanah seperti perang dan coklat. Walau bagaimanapun, sudah menjadi lumrah kita sebagai rakyat Malaysia sangat menggemari sinergi warna-warni. Tidak salah untuk mencampur adukkan warna-warna menonjol sebagai sisi utama hiasan dalaman. Namun jika tersalah cara, rumah anda akan kelihatan seperti sarkas.
Foto -pinterest
Dalam era moden masa kini, konsep minimalis telah mendapat perhatian umum. Ianya ringkas tapi mampu memancarkan aura yang bersifat tersendiri.
Foto -pinterest
Wanista kongsikan bersama dengan anda, bagaimana inspirasi hiasan dalaman rona monokrom bisa meyerlahkan persona sesebuah kediaman.
#1 Menjadikan Konsep Hiasan Dalaman Lebih Mudah
Sangat praktial, sinergi rona hitam dan putih sebenarnya adalah merupakan gabungan dua warna bersahaja yang mampu melahirkan ciri mewah ke setiap sudut dalam rumah.
Wujudkan suatu kelainan pada penggunaan rona monokrom dengan menambah sedikit perkakas yang berlainan tekstur serta cuba manfaatkan penggunaan fabrik sofa atau kusyen yang bercetak. Foto -housecharlotte.us
Untuk pengetahuan anda, lebih ringkas hiasan sesuatu ruangan itu, lebih sofistikated rupanya. Bahkan, ia membuatkan proses menghias lebih mudah kerana warna hitam dan putih pastinya sudah cocok untuk ‘dikahwinkan’ bersama.
Foto -pinterestMeskipun rona hitam menyelubungi ruang dapur sepenuhnya, dinding jubin bertekstur yang digunakan sebagai latar dapur menjadikan ruang ini bergaya serta merta. Foto -cdn.decorpad.com
Hiasan meja, hiasan dinding dan perabot yang berwarna hitam dan putih polos mungkin kelihatan bosan, tetapi anda boleh cuba padankan hiasan rona monokrom bertekstur serta ambil kira penggunaan corak cetakan yang versatile. Terapkan elemen campuk-aduk bersahaja ke dalam konsep hiasan dalaman anda itu. Ia pasti berhasil!
#2 Tidak Perlu Susah Payah Padankan Warna
Idea hiasan dinding berkarakter rona monokrom yang boleh diterapkan sebagai hiasan dalaman ala santai. Foto -pinterest
‘”Color Block” tidak berapa sesuai untuk diterapkan sebagai konsep hiasan dalaman rumah. “Ada baiknya jika anda memanfaatkan warna-warna neutral kerana itu lebih mendamaikan”, jelas Robertson yang merupakan pakar hiasan dalaman.
Foto -pinterest
Dengan menggunakan rona monokrom, anda tidak perlu membazir masa untuk membuat keputusan tentang pemilihan warna cat dinding, padanan warna perabot, dan sebagainya.
#3 Putih Bisa Bangkitkan Kehebatan
Foto -pinterest
Seperti yang sering digunakan untuk berkarya, kanvas putih dapat menonjolkan kecantikan dan identiti sesebuah lukisan. Meskipun warnanya agak ‘kosong’, putih dapat menjadi latar terbaik jika anda mahu membangkitkan keserian rumah anda. Manakala, gunakan perkakas atau barang hiasan yang berwarna hitam untuk menarik perhatian.
Foto -pinterest
Putih juga sebenarnya dapat menampakkan ilusi ruang lebih luas.
Seperti kebanyakkan artis (pelukis) ternama, mereka memang gemar menggabungkan putih bersama hitam. “Black loves White & White loves Black,” jelas Roberston lagi.
#4 Monokrom Dapat Ditonjolkan Dengan Ciri Tambahan
Keluli berwarna emas, lantai parkir serta pepohon genit hijau yang diterapkan secara tidak langsung menaikkan seri ruangan putih yang polos. Foto -pinterest
Mempunyai palet warna ringkas tidak semestinya akan membuatkan rumah anda kelihatan seperti penjara. Sedikit sebanyak, anda boleh menambah keserian ruangan menggunakan tanaman hijau untuk diletakkan di suatu sudut, mahupun menggunakan pasu bunga metalik berwarna emas dan perak untuk memberi sedikit kejutan buat sesiapa yang melihat.
Calitan nuansa kuning memberi impak ceria kepada rona monokrom. Foto -pinterestPasu bunga serta hiasan meja keluli perak ini membangkitkan aura mewah latar hiasan yang berwarna monokrom. Foto -photos.hgtv.com
Jika anda cukup bijak dan berani, anda boleh sertakan bersama hamparan tikar tenun atau meja berkaki kayu sebagai penyeri ruang untuk menaikkan keserian latar monokrom dalam rumah.
#5 Hindarkan Pening Kepala
Dinding hitam diberi kelembutan dengan susun atur perabot serba putih. Foto -cocoafab.comFoto -pinterest
Sering keliru sama ada mahu mencerahkan ruangan dalam rumah yang gelap atau meneutralkan kembali ruangan dalam rumah yang terlalu terang dek kerana tingkap di keliling menangkap masuk cahaya matahari? Hm, tak perlu pening kepala lagi.
Penggunaan kertas dinding motif kerawang dalam rona monokrom. Foto -pinterest
Cat dinding berwarna hitam sebenarnya dapat menjadi pemantul cahaya lampu yang baik di waktu malam sekaligus dapat meredupkan ruang di waktu pagi demi menjadikannya ruangan yang paling tepat untuk beristirahat mahupun tidur.
Dari membeli, ada baiknya jika anda cuba membuat kek keju sendiri di rumah. Lebih puas jika makan air tangan kan?
Ini Wanista kongsikan bersama dengan anda resepi Cheesecake istimewa dari si jelita Khloe Kadarshian atau lebih mesra disapa dengan nama manjanya, Koko.
Caranya tidak begitu remeh, malah Khloe sebenarnya menggunakan teknik “water bath” untuk menyiapkan kek keju berkrim ini! Jom belajar.
5 blok “Cream Cheese” jenama Kraft Philadelphia (250g) (dilembutkan)
1 cawan gula
3 sudu besar tepung
1 sudu besar ekstrak vanila
1 cawan krim masam (sour cream)
4 biji telur
NOTA: Oleh kerana biskut jenama Nabisco Graham Crackers sukar untuk ditemukan di Malaysia, gantikan ia dengan biskut Digestive.
Foto -youtube/khloe kadarshian
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 325°F / 163°C
Hancurkan beberapa keping biskut Digestive. Jangan terlalu kasar dan jangan terlalu halus.
Campurkan gula dan butter ke dalam biskut hancur tersebut. Gaul sebati.
Masuk dan ratakan campuran biskut hancur ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit.
Sementara kerak cheesecake sedang dibakar, masukkan cream cheese ke dalam mangkuk besar bersama ekstrak vanila, gula, tepung dan krim masam (sour cream). Gaul sebati menggunakan pemukul tangan (hand mixer).
Periksa jika kerak sudah siap dibakar. Alihkan dari ketuhar untuk biarkannya sejuk sebentar.
Pecahkan telur satu persatu untuk dipukul bersama campuran cheesecake berkenaan.
Setelah selesai, masukkan campuran cheesecake ke dalam loyang berkerak, ratakan bahagian atas keju supaya bentuknya sempurna setelah dibakar nanti.
Sediakan dulang pembakar yang berisi air setinggi 1 inci sebelum meletakkan loyang yang berbalut kertas aluminium di bahagian tengah-tengah dulang. Biarkan ia terendam kerana teknik “water bath” ini akan menghalang permukaan cheesecake dari menjadi retak.
Bakar cheesecake selama 1 jam 5 minit.
Sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum dijamu.
Perubahan laluan tren Ampang yang bermula sejak Ahad bukan sahaja mengundang kemarahan pekerja yang lewat ke pejabat semalam.
Malah, keadaan sesak di situ mencipta peluang bagi lelaki warga asing mengambil kesempatan.
Kharunissa Mat Din, antara yang terkandas di stesen Chan Sow Lin (CSL) pagi semalam, mendakwa segelintir warga asing meraba ketika orang ramai bergelut memasuki tren.
“Tidak cukup dengan itu, kami terpaksa berebut-rebut dan tolak-menolak. Tidak kira lelaki atau perempuan kerana tidak mahu lewat ke pejabat.
“Kami sedia maklum mengenai perubahan laluan tetapi tidak sangka ia merumitkan lagi keadaan di mana kami terpaksa menunggu lama tren dari Putra Heights di CSL yang padat dengan penumpang,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
RapidKL dalam satu kenyataan berkata kelewatan LRT laluan Ampang dan Sri Petaling semalam disebabkan jumlah tren kurang daripada biasa.
“Hal ini disebabkan masalah bekalan kuasa yang dihadapi di depoh baru LRT Kampung Kuala Sungai Baru di Puchong pada 6.16 pagi,” syarikat prasarana itu dilaporkan berkata.
Akhbar sama melaporkan kesesakan yang berlarutan hampir dua jam sejak 7 pagi menimbulkan kemarahan penumpang.
Kesesakan teruk itu dilaporkan menyebabkan penumpang menangis, mengamuk dan bergaduh gara-gara berebut tren ke pejabat.
Melalui sebuah laporan yang dikelurakan oleh portal hiburan Astro Gempak, dengar cerita si jelitawan Siti Saleha telah dilamar kekasihnya baru-baru ini, betul ke?
Pelakon cantik Siti Saleha dikatakan telah dilamar oleh teman lelakinya, seorang jejaka yang dikenali dengan nama L di Cancun, Mexico.
Lamaran itu berlaku kira-kira empat hari lepas dan khabarnya, Saleha bersetuju dilamar kekasihnya dan Saleha mengatakan ‘ya’.
Menguatkan lagi andaian, sekeping foto di laman Instagram Saleha yang dimuatnaik empat hari lepas olehnnya dengan kapsyen, “can’t get out of my head how beautiful yesterday was.”
Tambah sumber lagi, L juga telah memuatnaik gambar dengan kapsyen “she said yes, #LetsGetMarried.”
Saleha dan L kini berada di Cancun untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Kalau betullah berita ini, tahniah buat si tuan badan!
Sekumpulan wanita berbogel bagi membantah calon presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump.
Seramai 100 wanita berbogel bagi melahirkan bantahan mereka terhadap sikap Trump terhadap wanita sebelum bermulanya Konvensyen Kebangsaan Republikan.
Bantahan ‘Everthing She Says Means Everything’ yang dikendalikan seniman Spencer Tunick disertai 100 wanita berbogel sambil memengang cermin besar.
Dalam temubual dengan majalah Elle, wanita berkenan berkata, mereka mahu berbogel dan menentang kebencian yang sering diperkatakan Trump semasa kempen.
Cathy Scott berkata, dia menyertai bantahan itu adalah untuk memberi mesej secara langsung kepada calon parti itu.
“Donald Trump telah memperkatakan banyak perkara yang keterlaluan, kebencian dan perkara yang menimbulkan kemarahan dan memandang rendah terhadap wanita,” katanya.
Dalam pada itu, pelajar kejururawatan, Monico Giorgio, ini adalah bantahan ekoran pandangan negatif calon itu terhadap wanita.
“Saya rasa ini adalah cara terbaik bagi menentangnya,” ujarnya.
Pemimpin Malaysia dan Singapura bakal menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura. Ia diadakan sempena kunjungan sehari Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Lee semasa kunjungan itu akan menyaksikan acara MoU tersebut antara kerajaan Malaysia dan Singapura.
Cadangan laluan sejauh 350 kilometer itu bermula di Bandar Malaysia, tujuh kilometer daripada pusat bandar raya Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East, Singapura.
Perkhidmatan tren tersebut dijangka mengurangkan masa perjalanan hingga kira-kira 90 minit berbanding lima jam melalui jalan raya antara Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijangka mempunyai lima stesen transit iaitu Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.
Populariti rancangan Running Man dari Korea Selatan ini tidak perlu diperkatakan lagi, setiap episod ada sahaja gelagat lucu ahli-ahli mereka seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha, Gary, Song Ji Hyo dan paling popular Lee Kwang Soo mencuit hati kita. Baca artikel kami : SURPRISE! INI 19 PERKARA YANG HANYA ‘PENCINTA’ SIRI RUNNING MAN AKAN FAHAM
Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu ada pelbagai lagi rancangan variety yang menarik dan popular di Korea Selatan boleh ditonton. Ini antara yang paling best!
#Infinite Challenge
Digelar “the nation’s variety show”, sejak 2013, Infinite Challenge berada di tangga pertama sebagai rancangan bukan drama pada hari Sabtu. Barisan personaliti juga antara penyumbang kepada kejayaan rancangan ini yang terdiri dari Yoo Jae Suk, Park Myeong Soo, Jeong Jun Ha, Haha, Lee Kwang Hee dan Jeong Heong Don (yang kini sedang berehat). Rancangan ini sama seperti Running Man, pada setiap episod akan meminta ahlinya untuk menyempurnakan cabaran tertentu atau projek yang punya agenda yang lebih bermakna. Ada kalanya kelakar, ada kalanya tidak masuk akal, terlalu mencabar, menyayat hati dan tentunya amat menghiburkan. Mereka akan kembara ke lokasi dalam negeri mahupun ke luar negara untuk tugasan ataupun dicabar untuk memahirkan diri dalam sesuatu skil baru.
#2 Days 1 Night
Kembara enam lelaki ke seluruh Korea Selatan dan melakukan pelbagai cabaran ini adalah antara rancangan paling popular di Korea Selatan. Kim Jong Min, Cha Tae Hyun, Kim Junho, Defconn, Jung Joong Hyung dan ahli terbaru Yoon Shi-Yoon melalui pelbagai cabaran untuk terima ganjaran makan tengah hari atau makan malam menu tempatan. Dan mereka juga perlu berdepan dengan game bok-bul-bok bagi menentukan aturan tempat tidur sama ada di dalam ruang selesa atau di luar/khemah. Walaupun sering bertukar ahli, ia masih mengekalkan konsep kembara dan hiburannya dengan idea segar dalam setiap episod.
#The Return of Superman
Ini adalah rancangan popular yang juga bersiaran setiap Ahad sebelum 2 Days 1 Night. Populariti rancangan mengenai bapa yang perlu menjaga anaknya dalam masa 48 jam ini memuncak apabila Song Il-Kook bersama kembar tiganya menyertai program ini. Kini rancangan ini bertukar keluarga apabila kanak-kanak yang ditampilkan terdahulu sudah membesar. Tentunya keletah bersahaja anak-anak mereka yang menjadi tarikan rancangan ini.
#Oh My Baby
Hampir sama dengan The Return of Superman, tetapi formatnya adalah dengan menampilkan seluruh keluarga. Mereka dirakam mengharungi kehidupan seharian dan bagaimana pasangan selebriti mendidik anak mereka serta berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. Antara keluarga popular adalah Shoo bersama anak kembarnya Ra Hee & Ra Yul dan keluarga terdahulu Kim Tae Woo serta keluarga Ricky Kim.
#Happy Together
Program bual bicara santai yang menampilkan selebriti sebagai tetamu undangan. Menampilkan Yoo Jae-suk, Park Myeong-su, Jo Se-ho, Jun Hyun-moo, Uhm Hyun-kyung sebagai ahli tetap. Setiap artis yang diundang akan berkongsi perkembangan terbaru mereka disamping mengetengahkan bakat yang tersembunyi.
#New Journey To The West
Merupakan travel-reality show yang telah disiarkan dalam talian melalui Naver TVCast pada 4 September 2015. Ia dibintangi oleh Lee Seung-gi, Kang Ho-dong, Eun Ji-won, dan Lee Su-geun. Empat ahli mengambil salah satu watak-watak dari novel klasik Cina “Journey to the West”, masih mengekalkan konsep kembara di mana mereka akan backpacking selama 5 hari 4 malam di Xian, China untuk bermain pelbagai permainan yang disediakan pihak produksi.
#Half Moon Friends
Half Moon Friends menampilkan kumpulan idol Winner dari YG Entertaiment. Rancangan berbentuk “Dream Daycare Center” ini menampilkan WINNER menghabiskan masa dan berkomunikasi dengan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan berganda, yang berumur dari empat hingga tujuh tahun. Di sini, anda boleh melihat bagaimana lima anak muda ini mengharungi kehidupan bersama kanak-kanak ini dan bagaimana WINNER mendidik serta berdepan dengan pelbagai karenah mereka yang mencabar.
#Weekly Idol
Sama seperti Happy Together yang menampilkan artis undangan cuma bezanya Weekly Idol hanya mengetengahkan kumpulan idol sahaja, sama ada junior atau senior. Selalunya mereka datang ke rancangan ini untuk mempromosikan album atau single baharu keluar. Weekly Idol menampilkan Defconn, EXID Hani dan Super Junior Heechul serta Jeong Heong Don (yang kini sedang berehat) sebagai pengacara tetap. Rancangan yang sentiasa mencatatkan rating tinggi ini disukai anak muda di Korea Selatan kerana kehadiran kumpulan idol kesukaan mereka seperti SNSD, Beast, WINNER, EXO dan ramai lagi, sekaligus boleh melihat gelagat idol mereka.
#We Got Married
Artis muda yang dipasangkan dan menjalani kehidupan bersama mahupun bercinta.
Meskipun hati kita mempunyai nafsu bagi memiliki aksesori seperti beg tangan, kasut serta jam yang mahal, namun masih ramai di antara kita tidak mempunyai bajet yang berkenaan untuk dilabur kepada barangan berjenama. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang banyak membangkitkan kekangan sehingga kita harus berwaspada dalam perbelanjaan.
Foto -Arkib Wanista
Reebonz sering peka dan komited dengan keperluan pengguna sekaligus membawakan jualan akhir musim, khas untuk memberi peluang kepada anda untuk memiliki aksesori berjenama impian pada kadar harga yang jauh lebih rendah!
Ayuh sertai Reebonz End Season Sale yang menawarkan seleksi barangan berjenama asli pada potongan harga sehingga RM2000. Antara jenama yang terlibat adalah termasuk Balenciaga, celine, Givenchy, Prada, Yves Saint Laurent dan banyak lagi!
Prada. Foto -Arkib Wanista
Untungnya jika anda dapat berjimat sebanyak RM2,420 untuk membeli Prada Saffiano Lux Bag! Jadi apa anda tunggu lagi? Hari yang anda nanti-nantikan kini terbuka luas menunggu anda! Kunjungi laman Reebonz di www.reebonz.com.my bermula dari hari ini sehingga 31 Julai 2016.
Foto -Arkib WanistaFoto -Arkib Wanista
Ahli Reebonz juga bisa menikmati penjimatan sebanyak 8% dengan sebarang pembelian minimum RM2,399 serta 12% untuk pembelian RM4,399 dan ke atas.
Nantikan promosi dan ganjaran hebat yang lebih lagi bersama “save here, spend elsewhere” oleh Reebonz! Unit barangan di Reebonz adalah terhad.
McDonald’s Malaysia membawakan pengalaman menerokai dunia menerusi kempen ‘Discover the World’ dengan pelancaran burger terbaharunya, Burger Rio yang boleh didapati mulai 25 Julai sehingga 24 Ogos 2016. Ditawarkan dalam tempoh masa terhad, Burger Rio adalah ciptaan pertama yang diperkenalkan dalam tiga produk terbaharu McDonald’s yang akan dilancarkan. McDonald’s bakal membawakan citarasa istimewa daripada beberapa negara lain yang terpilih ke restoran McDonald’s Malaysia di seluruh tanahair.
Diinspirasikan daripada peranan McDonald’s sebagai restoran rasmi sukan Olimpik Rio 2016, Burger Rio dari McDonald’s menampilkan kepelbagaian rasa istimewa – daging lembu empuk yang dipanggang sempurna, campuran pelbagai jenis sayuran, keju cheddar, limpahan sos istimewa Rio serta roti bijan berwarna hitam dan putih.
Sempena pelancaran Burger Rio ini juga, pelanggan McDonald’s berpeluang menyertai cabaran ‘Discover Brazil’ untuk memenangi hadiah percutian idaman dengan baucar percutian sehingga RM 10,000.00. Peraduan ini akan bermula pada 25 Julai hingga 21 Ogos. Maklumat lanjut berkenaan ‘Discover Brazil’ dan Burger Rio boleh didapati dihttp://www.mcdonalds.com.my/.
Burger Rio boleh didapati dengan harga RM12.50 (Ala Carte), RM15.99 (McValue Set – dengan kentang goreng dan Frozen Fanta).
Pernah menanam impian untuk meneroka bumi bergunung-ganang yang dilitupi salji? Anda mungkin berpeluang untuk memenangi sepasang tiket dan pakej percutian ski untuk dua orang dari ClubMed!
Foto -takethefamily.com
Salah satu rangkaian resort ski terbesar di dunia, ClubMed bakal menunaikan impian anda dengan kerjasama Air France bagi melancarkan sebuah peraduan giveaway -membuka peluang untuk dua orang menimba pengalaman percutian mewah di resort terkemuka sambil berlatarkan pemandangan salju yang terletak di kawasan atas pergunungan Italian Alps dekat Perancis.
Foto -stripes.com
Rasai kesegaran udara nyaman serta pemandangan bernilai yang jauh lebih hebat dari apa yang anda pernah bayangkan sebelum ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah cuma menjawab beberapa soalan mudah berkenaan percutian salji idaman anda di laman sesawang www.clubmedsnowholiday.com. Dalam masa yang sama, anda turut dikehendaki menyatakan sebab mengapa percutian salji itu haruslah bersama Club Med dan Air France tidak lebih dari 100 patah perkataan. Akhir sekali, jangan lupa untuk melengkapkan borang dan kongsi cerita anda bersama rakan-rakan di Facebook!
Foto -Club Med
Tempoh peraduan adalah dari 18 Julai hingga 21 Ogos 2016. Pemenang akan diumum menerusi laman Facebook Club Med Malaysia di www.facebook.com/ClubMedMalaysia. Sila baca terma dan syarat sebelum menyertai peraduan.
Hadiah adalah termasuk sepasang tiket pergi-balik penerbangan Air France dan pakej percutian 7 hari 6 malam di resort terpilih Club Med sekitar Perancis dan pergunungan Italian Alps untuk 2 orang yang bernilai sehingga RM15,000.
Foto -internationaltravellermag.com
Bukan itu sahaja, tajaan percutian mewah ini juga merangkumi hidangan makanan 3 kali sehari bersama minuman pilihan wine, beer atau soda percuma, hidangan makanan ringan, servis bar seharian, aktiviti sukan dan riadah percuma, hiburan malam yang unik serta sesi belajar bermain ski yang dipimpin oleh jurulatih profesional.
Kisah wanita ini patut dijadikan teladan buat semua, tidak kira wanita mahupun lelaki. Apa tidaknya walaupun badannya penuh dengan tahi lalat pelbagai saiz, itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hidup.
Empunya diri, Yulianna Yussef, 26 tahun, seorang wanita berketurunan Ukraine-Lubnan difahamkan menghidap sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu Congenital Melanocytic Nevus. Dalam erti lain, penyakit tersebut mengakibatkan seluruh tubuhnya dipenuhi tompokan hitam seperti tahi lalat dalam bentuk pelbagai saiz.
Walaupun sejak zaman kanak-kanak sering dibuli dan digelar ‘Dalmations’ iaitu sejenis anjing yang penuh dengan tompokan, tetapi dia tetap berfikiran positif dan beranggapan penyakit yang berlaku ke atas dirinya itu satu kelainan dan keunikan.
Setiap hari dia memuat naik gambar dirinya, dan menerusi paparan tubuh badannya yang penuh keyakinan itu sehingga menjadi individu yang popular di media sosial serta berjaya memberi semangat yakin diri kepada ramai orang.
Difahamkan penyakit Congenital Melanocytic Nevus ini merupakan penyakit yang jarang berlaku, hanya kurang daripada satu peratus orang terpengaruh sahaja dengan penyakit tersebut.
Apabila dilahirkan, kulit Yulianna memang lain daripada yang lain. Sepanjang tempoh tumbesaran, walaupun kawan-kawan di sekolah pernah memberi pelbagai gelaran kepadanya, tapi ia langsung tidak dikecewakan oleh ejekan itu, malah sering menunjukkan gambar yang memaparkan badannya yang unik dengan penuh keyakinan. Sikapnya yang optimis dan positif terhadap kehidupan telah memberangsangkan ramai netizen.
Ada buku kesihatan dan masakan yang disasarkan untuk pengurusan berat badan, meningkatkan stamina dan kecergasan, malah makan mengikut jenis darah anda. Tetapi pernahkah anda makan untuk kesihatan otak?
Otak merupakan antara organ kita yang paling penting. Ia menjadi paksi kepada fungsi kognitif, memori dan pembelajaran. Malangnya, sama seperti organ-organ yang lain, otak juga terdedah kepada masalah gangguan degeneratif (kemerosotan) seperti penyakit Parkinson dan nyanyuk termasuklah Alzheimer. Gangguan-gangguan ini biasanya dikaitkan dengan peningkatan usia.
Buku Masakan Food For The Brain. Foto – Arkib Wanista
Buku masakan sihat yang berasaskan kepada penyelidikan, Food for the Brain ini ditulis oleh pakar penuaan dari Jepun, Profesor Takuji Shirasawa. Ia menjelaskan cara untuk menyihatkan otak anda dengan lemak-lemak yang sihat daripada kelapa dan lemak ikan. Sekali gus mengurangkan kesan degeneratif untuk jangka masa panjang.
Buku Food for the Brain ditulis khas untuk pembaca di Malaysia dan Singapura. Resepinya direka untuk disesuaikan dengan selera tempatan. Ia boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia tidak lama lagi.
Dicetak dengan tulisan yang besar agar mudah dibaca oleh golongan warga emas bersama penerangan mudah untuk semua peringkat usia, Food for the Brain menjelaskan manfaat asid lemak Omega 3 dan MCT dalam mengurangkan risiko dementia, diabetes, strok dan peningkatan berat badan secara berlebihan. Ia memaparkan makanan yang dirakam dengan cantik dan pastinya membangkitkan selera.
Setiap resepi ini hadir dengan imej makanan atau minuman dengan susun atur yang cantik. Halaman hadapan memperincikan bahan atau ramuan, cara-cara penyediaan, jumlah hidangan, analisa nutrisi kalori, tip-tip daripada Daniela serta jumlah MCT atau Omega 3 yang ada di dalam hidangan tersebut.
Seksyen resepi dibahagikan kepada makanan dan minuman untuk tujuan berbeza – Sarapan, Snek Segera, Hidangan Utama dan Sampingan, serta Minuman dan Pencuci Mulut bagi rujukan pantas.
Foto – Arkib Wanista
Buku Food for the Brain, kini sudah boleh didapati di kedai buku Popular di seluruh negara pada harga pengenalan RM15.90 senaskhah (harga asal: RM19.90 sebuah). Setiap pembelian buku Food for the Brain didatangkan bersama santan Ayam Brand (200ml), sehingga stok masih ada.
Bukan mudah untuk memulakan perniagaan dari bawah. Namun, andainya seorang pemilik perniagaan yang membangunkan bisnes besar-besaran seperti membuka sebuah restoran atau kafe yang menyajikan menu hidangan pelbagai itu adalah seorang selebriti yang dikenali ramai, pasti ianya berbaloi.
Di samping menyanyi dan berlakon, ada baiknya nama yang sering disebut-sebut orang itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan.
Ramai antara artis tempatan kita memilih untuk menjalankan label fesyen sendiri, membuka butik yang menempatkan rekaan pakaian terkini selari dengan perkembangan fesyen semasa, tidak kurangnya juga dengan membuka restoran dan kafe -menawarkan seleksi makanan yang lain daripada yang lain.
Untuk itu, Wanista kongsikan bersama dengan anda senarai restoran dan kafe terkemuka sekitar tanah air yang dimiliki oleh selebriti ternama. Kalau bosan-bosan tu bolehlah singgah dan mencuba hidangan yang disediakan. Jom lihat!
Tiga hari lalu, trending di Twitter dan Facebook mengenai isu penyanyi, Suhaimi Saad. Suami kepada Ina Naim ini dikecam netizen gara-gara foto anak-anak lelakinya ni meminta sedekah di bazaar Ramadhan.
Ramai di antara kita sebenarnya tidak faham mengapa Suhaimi mengambil tindakan sebegitu. Pada yang sama, dalam keratan dari sebuah akhbar, Suhaimi juga menyatakan yang dia tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah seperti kanak-kanak sebaya yang lain.
Setelah mendapat reaksi negatif dari orang ramai, Suhaimi akhirnya tampil dengan memuat naik status di Facebook mengenai isu tersebut. Mungkin ada sebab tersendiri kot kenapa Suhaimi berbuat begitu. Apa sebabnya? Hanya dia sahaja yang tahu…
Mulanya ramai tidak percaya dan tertawakan Muhammad Helmy, termasuk ibunya, apabila beliau menyatakan ingin menyimpan syiling untuk berkahwin.
Kini beliau menayangkan sejumlah $6,000 (RM17,777) wang syiling itu di Facebook miliknya hasil simpanan beberapa keping sehari selama hampir dua tahun.
Dilhamkan oleh bapa saudaranya, kisah bekas pelajar kejuruteraan Universiti Kebangsaan Singapura yang dikongsi di laman sosial itu disukai lebih 1,200 pengguna Internet.
Foto -facebook/Wo Shi Muhammad Helmy
Katanya, status itu dimuat naik untuk memberi motivasi kepada rakan-rakannya dan anak muda lain yang mahu berkahwin pada usia muda atau memerlukan wang untuk apa jua tujuan.
“Simpan duit syiling satu dolar. Cukup masa, tabur sahaja di meja, ataupun beri sahaja tabung itu. Tidak perlu kacau duit simpanan,” kata Muhammad.
“Tiada apa yang mustahil. Soal hendak atau tidak saja tetapi perlu ada disiplin.”
Coretannya mendapat perhatian portal komuniti republik itu Mothership, yang mendapat perhatian meluas tahun lalu.
Dilaporkan lebih 50 bekas ahli gusti menfailkan saman terhadap World Wrestling Entertainment (WWE) kerana dakwaan mengalami kerosakan otak dan beberapa penyakit kronik.
Laporan CNN menyebut ahli gusti mengalami kecederaan akibat trauma di bahagian kepala secara rutin sepanjang karier mereka bersama WWE.
Selain itu, WWE dituduh tidak menjaga kebajikan ahli gusti dengan menyediakan rawatan dan tidak memberikan sebarang pilihan kepada mangsa yang cedera secara mental dan fizikal.
Antara bekas ahli gusti yang menyaman WWE adalah Paul Orndorff, Jimmy Snuka dan Joseph Laurinaitis. Jimmy yang pernah dihadapkan ke mahkamah akibat tuduhan membunuh bekas teman wanitanya pada 1983 telah disahkan sakit mental. Jimmy juga disahkan mengalami dementia dan kerosakan otak akibat aktiviti gusti.
Sementara itu, WWE menyelar tindakan saman tersebut dan menuduh tindakan saman tersebut hanya untuk merosakkan nama baik WWE. WWE sebelum ini pernah disaman namun hakim mendapati saman tersebut tidak berasas terhadap organisasi tersebut.
Selepas hampir setahun beredar gosip mengatakan model Miranda Kerr, 33, menjalinkan hubungan cinta bersama jutawan yang juga merupakan CEO Snapchat, Evan Thomas Spiegel, terbaharu pasangan itu dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan.
Spekulasi tersebut timbul ekoran Miranda dikatakan memakai sebentuk cincin berlian di jari manisnya ketika dia dan kekasihnya itu menikmati percutian di Malibu, baru-baru ini.
Dan, akhirnya bekas model Victoria’s Secret mengesahkan sendiri berita tersebut apabila berkongsi gambar cincin manis di jarinya berserta dengan Snapchat filter Evan melutut melamar Miranda bersama seutas cincin berlian dengan ayat Marry Me! – kongsi di Instagram.
Dilaporkan, Miranda dan Evan Spiegel, 26, bertemu di LA pada tahun 2014 ketika menghadiri majlis makan malam untuk Louis Vuitton sebelum mula dating pada 2015. Terdahulu, Miranda pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Orlando Bloom pada 2010 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2013. Hasil hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Flynn Christopher Blanchard Copeland Bloom yang kini berusia lima tahun.
Peminat pelembap bibir Chu Lip pasti gembira mengetahui bahawa Chu Lip kini datang dengan 2 warna baru dalam tona pink yang amat natural dan menarik pada bibir. Chu Lip yang terkenal dengan reka bentuk kubah yang unik dan bergaya memberikan anda olesan yang mudah.
‘Chu’ yang bermaksud ciuman di Jepun, senang dipegang dan membolehkan aplikasi terus ke bibir untuk kelembapan berpanjangan. Dengan hanya satu sentuhan, seolah-olah ‘mencium’ bibir anda. Permukaannya yang luas juga membolehkan anda untuk mengoles berkali-kali pada bila-bila masa.
Chu Lip Sweet Pink. Foto – Arkib Wanista
Chu Lip Tinted serba baru ini dirumuskan dengan ramuan “3D Pearl” untuk melicin dan melembapkan bibir anda dengan sentuhan warna semula jadi. Ia juga dipenuhi dengan gabungan khasiat ramuan kelembapan berganda Vitamin C dan Vitamin E untuk mengekalkan kelembapan bibir. Selain itu, kuasa kelembapannya dipertingkatkan dengan adunan Minyak Zaitun, Shea Butter dan Rosehip Oil untuk memberikan bibir kelembapan yang terunggul. Ia juga mengandungi perlindungan SPF22 untuk pelindungan dari sinaran UV. Hanya oles 1-2 lapisan pada bibir anda untuk bibir lebih lembut dan cantik berseri.
Chu Lip Tinted boleh didapati di semua farmasi terkemuka dan pasar raya utama pada harga RM18.90 setiap satu.
Buat kali kedua berturut-turut, Pulau Palawan di Filipina diiktiraf sebagai pulau terbaik di dunia oleh majalah Travel & Leisure. Malahan, pengiktirafan yang sama juga pernah diberi oleh majalah Conde Nast Traveler dan National Geographic Traveler.
Pengundi menggambarkan Palawan sebagai ‘destinasi impian setiap pencinta pantai’. Pulau tersebut pernah menjadi pilihan Hollywood untuk penggambaran, antaranya filem Bourne Legacy, The Beach dan filem James Bond The World Is Not Enough.
Penduduk tempatan merujuk kepulauan itu sebagai ‘sempadan terakhir’ kerana ia terletak di hujung selatan Filipina, cuma sedikit utara dari Sabah di Malaysia Timur. Keindahan Palawan yang eksotik dengan pasir putih, air jernih kehijauan dan sungai bawah tanah merupakan hasil daripada Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa yang mengalir di pantai baratnya, juga merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco.
Taman Negara Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa mempunyai sistem gua antara yang paling mengagumkan di dunia, dengan hutan lama, hidupan liar yang unik, dan kebuk yang luas penuh dengan stalaktit dan stalagmit. Para pelancong boleh menaiki bot untuk menjelajah sistem gua bawah tanah, manakalah peminat selam dan snorkel boleh menerokai Tapak Warisan Dunia Unesco kedua di situ: Taman Marin Negara Terumbu Tubbataha.
Palawan mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa, yang menyambungkannya dengan Manila, ibu negara Filipina.