Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14581 articles
Browse latest View live

Cara Pelihara Aksesori Perhiasan Diri Daripada Pudar Dan Berkarat

$
0
0

Aksesori lazimnya dianggap sebagai teman baik seseorang wanita. Pemakaian aksesori yang berpadanan juga dapat mengubah gaya penampilan seseorang. Jelas kelihatan, terdapat pelbagai pilihan aksesori di pasaran kini.

Ada jenis orang yang tidak kisahkan jenama ketika membeli belah barangan aksesori, apa yang dilihatnya cantik, dia pasti akan membelinya lebih-lebih lagi jika harganya jauh lebih murah! Melabur wang semata-mata keatas aksesori seperti gelang, cincin, rantai ataupun anting-anting kedengaran tidak berbaloi pada sesetengah individu.

“Kualiti tak penting, asalkan nampak cantik dan murah.” Betul tak?

fart

Namun ada satu masalah yang akan muncul apabila seseorang memakai aksesori yang murah (faux jewelry). Ini kerana, aksesori murah yang selalunya dibuat daripada besi keluli biasa seperti perak dan tembaga agak senang terjejas. Warnanya cepat pudar dan lama-kelamaan akan bertukar menjadi hijau.

Antara sebab-sebab mengapa aksesori anda pudar adalah kerana asid yang ada pada permukaan kulit anda contohnya seperti peluh dan losyen yang anda gunakan itu telah bertindak balas dengan aksesori yang anda pakai membuatkan ia berkarat.

1590_nail-polish_zoom_100011

Meskipun begitu, ada satu cara yang paling mudah untuk anda lakukan bagi memelihara rupa dan kualiti aksesori kesayangan anda itu. Caranya, anda cuma perlukan pewarna kuku jernih dan salutkan ia disekeliling aksesori anda. Pastikan ia telah benar-benar kering sebelum dipakai.

Selang beberapa minggu kemudian, cuba salutkan kembali aksesori anda tersebut dengan pewarna kuku jernih itu semula agar lapisan perlindungan hasil salutan itu tadi tidak terhakis dari masa ke masa.

Hot-Worldwide-Woman-Vintage-Rhinestone-Zinc-Alloy-Dangle-Drop-Faux-Diamond-Earrings-Studs

Cara ini juga bisa digunakan ke atas barangan aksesori yang mempunyai batu permata agar batu permata yang ada pada aksesori tidak gugur dan mudah tertanggal. Salutkan ia dengan pewarna kuku yang jernih. Pada masa yang sama, anda akan dapati aksesori batu permata anda kelihatan lebih berkilau disamping ia terpelihara daripada gugur dan mudah tertanggal.

Selamat Mencuba!


Kanta Lekap Lacelle™ Jewel, Mata Penuh Glamor Dengan Corak Permata

$
0
0

Gemerlapan dengan Permata! Mata penuh glamor dengan corak permata! Bausch + Lomb melancarkan Lacelle™ Jewel, kanta lekap berwarna pakai buang bulanan di Malaysia dengan cara yang penuh glamor. Kanta lekap bulanan pakai buang ini telah mula muncul buat pertama kali di Asia.

Fakta Kanta Lekap Lacelle™ Jewel

  • Mempunyai rekaan kata unik yang meningkatkan kejelasan penglihatan kanta. 
  • Rekaan kanta nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada pemakai kanta lekap.
  • Kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik. Bahan ini juga meminimakan penambahan protein untuk keselesaan dan kebersihan pemakai kanta.
  • Rekaan Lacelle™ Jewel menggelap dan membesarkan iris untuk memaparkan mata yang lebih besar secara semulajadi dimana dengan pemakaian Lacelle™ Jewel mata akan menjadi lebih jelas dan cerah, tampak lebih semula jadi dan tidak palsu.

Lacelle Jewel

  • Faktor Lacelle™ Jewel yang menakjubkan ialah penggabungan warna bahan kanta yang dimasukkan melalui teknologi untuk memberikan lebih keselesaan dan kesihatan mata yang baik.
  • Dengan variasi 7 warna sebagai pilihan, ianya boleh disuai padan dengan pakaian pilihan harian.
  • Kanta-kanta ini mengandungi standard pigmen yang disahkan oleh FDA menunjukkan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk memastikan perlindungan untuk para penggunanya.

Kanta lekap Lacelle™ Jewel akan mula dijual dari 1 September 2015 di semua kedai peniaga optik utama. Ianya merupakan tawaran baru tambahan kepada Lacelle™ dan Lacelle™ Colours yang sedia ada. Siri Lacelle™ Jewel dijual pada harga RM68 sekotak.

Novartis Pharmaceuticals Seru Rakyat Malaysia Elak Penyakit Kegagalan Jantung

$
0
0

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Kenyataan sebegitu sememangya kedengaran biasa dan kebanyakan diantara kita sebagai rakyat Malaysia masih tidak mengerti secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan penyakit jantung.

Baru-baru ini Novartis Pharmaceuticals, sebuah badan dan syarikat penggerak farmaseutikal antarabangsa yang berpangkalan di Basel, Switzerland itu telah mengadakan satu bengkel bagi menyampaikan ilmu kesedaran terhadap penyakit kegagalan jantung bertempat di Le Meridien Kuala Lumpur.

Pembantu Profesor University of Alberta, Justin A. Ezekowitz merangkap Pengarah Heart Function Clinic
Pembantu Profesor University of Alberta, Justin A. Ezekowitz merangkap Pengarah Heart Function Clinic

Turut hadir ke acara, Pembantu Profesor University of Alberta, Justin A. Ezekowitz merangkap Pengarah Heart Function Clinic dan Susanne Gruber, Ketua Bahagian Francais Cardio-Metabolik dan Pernafasan, Novartis Corporation Malaysia tampil memberi ulasan penerangan berkenaan penyakit itu.

Susanne Gruber, Ketua Bahagian Francais Cardio-Metabolik dan Pernafasan, Novartis Corporation Malaysia
Susanne Gruber, Ketua Bahagian Francais Cardio-Metabolik dan Pernafasan, Novartis Corporation Malaysia

Sejauh mana pengetahuan dan kesedaran anda berkenaan penyakit jantung? Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis penyakit jantung dan rata-ratanya boleh membunuh.

Penyakit kegagalan jantung bukanlah serangan jantung seperti yang anda semua fikirkan. Serangan jantung hanya berlaku jika salah satu pembuluh darah atau arteri di dalam jantung telah tersumbat. Malahan, penyakit kegagalan jantung juga bukan merujuk kepada ‘cardiac arrest’ kerana penyakit itu hanya berlaku akibat jantung secara tiba-tiba menghadapi kadar denyutan yang tidak selari.

Apa yang perlu anda tahu, penyakit kegagalan jantung atau ‘heart failure’ adalah sangat berbahaya kerana menyukarkan jantung untuk mengepam dan menyalurkan darah yang secukupnya ke seluruh tubuh badan manusia. Ia selalunya terjadi hasil daripada rentetan penyakit yang berkaitan dengan kardiak, umpamanya adalah seperti penyakit arteri koronari, penyakit injap jantung dan ketidakfungsian jantung.

struktur-jantung-manusia1

Dalam pada masa yang sama, penyakit kegagalan jantung inilah yang menjadi alasan utama mengapa terdapat puluhan ribu pesakit serangan jantung di Malaysia. Hari demi hari, semakin ramai individu yang hidup bertemankan jantung yang lemah. Ia menyerang tanpa mengira umur mahupun jantina dimana nisbahnya adalah 1 daripada 5 individu yang akan menghidap menyakit kegagalan jantung ini.

Seorang pesara, Encik Ravindra Dass merupakan bekas kakitangan kerajaan adalah salah seorang pesakit yang menghidap penyakit kegagalan jantung. Dia kini gigih berjuang untuk terus hidup demi menentang penyakit berbahaya yang dihadapinya itu.

Beliau yang juga berumur 80 tahun itu menyatakan, betapa sukarnya untuk dia menjalani kehidupan seharian dimana dia perlu berulang-alik ke hospital hampir setiap minggu untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan rapi bagi mengubati penyakit yang dihuatiri dapat mengancam nyawanya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai simtom penyakit kegagalan jantung, antaranya:-

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Pembengkakan kaki akibat pengumpulan cecair
  • Keletihan yang melampau
  • Batuk atau semput
  • Mual
  • Kenaikan berat badan yang mendadak akibat cecair yang berkumpul di dalam badan

Kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga sedari awal sebelum apa-apa yang lebih serius berlaku. Sebagai seorang yang prihatin, kita harus lebih peka dengan kondisi diri kita. Jika terdapat apa-apa perubahan pada keadaan badan, kita tidak boleh terus berdiam diri, sebaliknya harus terus berjumpa dengan doktor atau yang pakar bagi mengetahui situasi kesihatan kita yang sebenar.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelak daripada diserang penyakit kegagalan jantung?

  • Makan secara sihat
  • Bersenam selama 30 minit sehari
  • Segera berhenti merokok, bagi yang merokok
  • Dapatkan pemeriksaan kolestrol dan kadar tekanan darah secara teratur

Untuk Maklumat yang lebih lanjut mengenai kempen kesedaran Keep It Pumping anjuran Novartis Pharmaceuticals ini, sila layari www.keepitpumping.com

11863285_914993018567758_2917054621449809774_n

Ayuh, sahut cabaran Novartis Pharmaceuticals “KEEP IT PUMPING!”

Sayangi Jantung Anda kerana anda mampu mengubahnya!

Distinguished Gentleman Ride di Malaysia Akhir September Ini!

$
0
0

Distinguished Gentleman Ride kembali lagi pada 24 September 2015 secara global! Distinguished Gentleman Ride adalah satu acara konvoi motosikal kustom berskala global yang memberikan kesedaran terhadap kanser prostat.

Acara ini bertapak di Malaysia pada tahun 2012 menerusi idea yang dicetuskan seorang arkitek yang juga peminat motosikal cafe racer iaitu saudara Kamarul Azahar.

Edisi ke 4 DGR di Malaysia tahun ini menampilkan kelainan apabila 3 bandaraya dan satu bandar akan menjadi venue serentak pada 27 September ini. Selain Kuala Lumpur, DGR akan diadakan di Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak. Ia bertujuan untuk meluaskan pengaruh DGR dan membawa kelainan juga peluang terutama kepada penunggang di Sarawak.

jahsjhas

Edisi ke 4 DGR Kuala Lumpur akan turut disertai celebriti dan artis tanahair yang juga merupakan peminat motosikal klasik dan cafe racer. Antara yang dijangka menyertai konvoi kali ini ialah Altimet, Noh Hujan, Wak Doyok, Fauziah Latiff, bekas pemain bolasepak kebangsaan Asmawi Bakiri dan ramai lagi.

4 lokasi hentian yang dipilih tahun ini merupakan pusat tarikan pelancong negara. Peserta akan berkumpul seawal jam 7.00 pagi di Muzium TUDM di Sungai Besi dan akan memulakan konvoi jam 9.00 pagi. Hentian pertama adalah di The Garage KL ampang diikuti Istana Negara Jalan Duta, dan dijangka berakhir di pusat membeli belah Pavillion di Jalan Bukit Bintang jam 12.00 tengahari.

Konvoi DGRKL dijangka dapat menarik 500 peserta yang akan mengambil bahagian dengan kehadiran lebih ramai penunggang wanita.

Untuk info lanjut, anda boleh semak di Facebook The Distinguished Gentleman’s Ride.

Kanak-Kanak 9 Tahun Terjun Dari Tingkat Dua Kerana Lapar

$
0
0

Astro Awani melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18. 

Kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.

Jiran kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan tersebut.

“Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya. Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar…nak pergi pejabat mama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Remaja Saudi Paling Gemuk Di Dunia Berjaya Turunkan Berat Badan

$
0
0

Riyadh: Seorang remaja Saudi berusia 17 tahun yang didakwa antara lelaki paling gemuk di dunia pada 2013 berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 480 kilogram sejak diangkut keluar dari rumahnya untuk menjalani rawatan di hospital dua tahun lalu.

Khaled Al Shaeri diterbangkan dari kediamannya di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi ke Pusat Perubatan Raja Fahd di Riyadh pada Ogos 2013 selepas keadaannya bertambah buruk dengan berat badannya terus meningkat.

Saudi-Civil-Defence-members-use-a-FORKLIFT-to-move-Khaled-Mohsen-Shaeri

Ia mencecah 610 kilogram pada tahun itu.

Akhbar Sada semalam memetik doktor sebagai berkata, Khaled kini mempunyai berat badan 120 kilogram, kurang 490 kilogram dalam masa dua tahun selepas mengikuti program perubatan yang dimulakan beberapa hari selepas dia dimasukkan ke hospital itu.

Foto terkini dimana berat Khaled Al Shaeri telah turun mendadak selepas dua tahun menjalani rawatan.
Foto terkini dimana berat Khaled Al Shaeri telah turun mendadak selepas dua tahun menjalani rawatan.

“Dia sihat sekarang selepas turun kepada 120 kilogram. Dia boleh bergerak dengan lebih baik dan akan pulang ke rumahnya untuk menjalani kehidupan biasa,” kata Dr Ahmed Hikmi, ketua pasukan perubatan yang merawat Shaeri.

Pasukan pertahanan awam dan perubatan menggunakan kren dan katil khas yang diimport dari Amerika Syarikat untuk memindahkan Khaled ke hospital atas arahan Raja Abdullah. – Agensi

SUMBER

Carolina Herrera New York Tampil Koleksi Musim Bunga 2016

$
0
0

Carolina Herrera mewujudkan satu koleksi tentang ketenangan, tidak kesunyian, di mana ketelusan dan ilusi membangkitkan keghairahan, bersesuaian dengan musim bunga.

Lapisan semata-mata dengan sutera dan variasi kain tekno dari appliqués pada tulle, membuatnya ringan dan terapung di badan – gambaran pelisir dalam gerakan. 

Kulit dan organza paillettes dan sentuhan sulaman bulu pada silhouettes lembut menyelaraskan dengan penyudah tepi yang dibangkitkan, yang merangkumi sikap gaya rumit.

Spektrum ros, merah pucat kepada fuchsia berani, bertindak sebagai palet kaya untuk meneroka kedua-dua warna neutral dan aksen yang kuat.

1_Fotor_Collage

4_Fotor_Collage

12_Fotor_Collage

17_Fotor_Collage

22_Fotor_Collage

28_Fotor_Collage

39_Fotor_Collage

24_Fotor_Collage

“In fashion it is important to keep a little mystery. I design clothes that are seductive and sensual, but i always leave something for the imagination. fashion, after all, is about fantasy.” – Carolina Herrera

Mesti Baca! Info Penyakit Rabies (Anjing Gila)

$
0
0

Susulan dua kes wabak anjing gila atau Rabies yang dilaporkan telah menjangkiti seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun di Seberang Prai dan Balik Pulau, kerajaan negeri dikatakan telah memberi lampu hijau kepada pihat Jabatan Veterinar untuk menangkap dan memusnahkan semua anjing-anjing liar yang berkeliaran di negeri tersebut. 

Penulis pasti ada yang masih belum mengetahui akan penyakit rabies ataupun disebut penyakit anjing gila ini. Info di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda malah menambahkan pengetahuan anda tentangnya. 

Penyakit Rabies atau penyakit anjing gila adalah penyakit haiwan yang berjangkit yang disebakan oleh virus dan boleh menyerang haiwan berdarah panas dan manusia.

Pada haiwan yang menderita Rabies, virus dijumpai dengan jumlah banyak pada air liurnya. Virus ini akan disebarkan ke haiwan lain atau ke manusia terutama melalui luka gigitan. Oleh kerana itu haiwan karnivor seperti anjing, kucing, serigala adalah haiwan yang paling utama sebagai penyebar Rabies.

Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

https://amelliaavianty.files.wordpress.com
https://amelliaavianty.files.wordpress.com

Cara jangkitan:  Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Tanda dan Gejala

Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)

Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan. Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia).  Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.

Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies  (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit dan lumpuh.

Rawatan

Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabiesRawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon.

Rawatan khusus

Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya. Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang  digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

  • Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)
  • Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)

Langkah berjaga-jaga

Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka  dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.


Tips! 10 Perkara Bakal Pengantin Harus Lakukan Sebagai Persediaan Menjadi Isteri

$
0
0

Knock knock! Ada bakal pengantin kat sini tak?

Ini nasihat dan tips berguna untuk anda!

Orang kata kehidupan selepas berkahwin ni akan jadi sedikit suram, senang kata “tak enjoy dah”. Tapi kenapa? Bukan ke kehidupan selepas berumah tangga itu lebih indah daripada segalanya yang ada di dunia ini?

Seperti yang kita lihat dalam kebanyakan cerita dongeng, selalunya ia akan berakhir dengan kebahagian yang tiada berpenghujung. Betul tak?

Tetapi selalunya, mana ada selepas puteri-puteri itu semua berkahwin dengan putera idaman mereka, mereka akan kembali berjumpa dengan keluarga mereka.

Oh ya, ini menunjukan betapa masa anda untuk diluangkan bersama keluarga akan berkurangan dan harus ditumpu sepenuhnya pada suami tercinta dan keluarga baru yang ingin dibina.

Jadi, disini ada beberapa perkara yang mungkin anda mahu pertimbangkan sebelum anda bergelar isteri kepada si dia yang ganteng itu!

#1 Ada pendapatan sendiri yang kukuh

1

Ini sudah semestinya! Harus diingatkan kepada anak-anak dara yang bakal menjadi isteri tidak lama lagi, anda perlu pastikan yang anda betul-betul miliki kondisi kewangan yang kukuh iaitu dengan mempunyai pendapatan sendiri terlebih dahulu. Janganlah mengharap pada si suami pula nanti. Babak-babak menyayat hati di dalam filem telah banyak menceritakan, sifat seorang lelaki itu kadangnya berubah-ubah dan silalah bersedia daripada segi fizikal dan mental. Bukan hendak menakutkan anda, tetapi inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Jika apa-apa berlaku dikemudian hari, anda bisa menanggung hidup anda sendiri bersama dengan anak-anak anda. Come on! Buktikan yang anda mampu hidup berdikari, berdiri diatas kaki sendiri tanpa mengharap belas kasih orang.

#2 Cuba tinggal sendirian

2

Perasaan tinggal sendirian dan tinggal bersama keluarga itu ada bezanya. Sesungguhnya, tinggal bersendirian itu akan lebih mematangkan anda dan menyumbang impak besar secara tidak langsung kepada anda, lebih-lebih lagi jika anda ini adalah bakal pengantin. Ya lah, kalau tinggal bersama ibu bapa ni, semuanya diuruskan dengan rapi, kebajikan anda, keperluan anda, semuanya ditanggung beres oleh kedua orang tua anda. Jadi, sebagai hasilnya, anda cuma goyang kaki bagai puteri raja gitu, tak tahu apa yang berlaku dan apa yang harus dilakukan. Berdikari itu penting. Oleh itu, cubalah belajar hidup dan tinggal sendirian supaya anda lebih bersedia dan tidak digelar “katak dibawah tempurung”. Nak jadi isteri ni bukan senang, perlu belajar menghadapai situasi-situasi genting. Ambil masa yang ada untuk anda belajar benda-benda baru, seperti belajar resepi masakan yang baru. Nak tambat hati suami perlulah dari seleranya kan? atau apa sahaja perkara yang anda tidak berpeluang untuk lakukan ketika bersama keluarga dahulu.

#3 Betulkan gigi

3

Nak mencantikan diri? Inilah masanya! Bila lagi kalau bukan sekarang sebab lepas ni anda akan bergelar seorang isteri. Gigi adalah satu perihal yang ramai orang terlepas pandang. Rata-rata bakal pengantin, mereka semuanya fikirkan kecantikan penampilan luaran sahaja, fikirkan nak pakai baju gaya apa, nak rekaan pelamin yang bagaimana, nak solekan makeup yang natural sahaja atau glamor… Pernah ke terfikir nak putihkan gigi, pakai pendakap gigi untuk betulkan gigi anda yang bertindih tu? Kalau ya, buat sekarang! Tak kisahlah jika perlu untuk anda laburkan sejumlah wang sekalipun, asalkan senyuman anda itu nanti dapat menambat hati suami. Para tetamu yang hadir ke majlis resepsi anda pun turut sejuk hati apabila melihat senyuman manis anda!

#4 Mendapatkan bentuk badan idaman

4

Kurus! Siapa tak nak kurus? Bentuk badan yang langsing menjadi idaman setiap wanita. Dipetik dari filem Bride Wars, “You do not alter a Vera to fit you, you alter yourself to fit Vera.” Sememangnya, bakal pengantin harus tahu mengawal nafsu makan jika anda nak kelihatan cantik di dalam persalinan hari bahagia anda nanti. Ingat, bukan baju anda yang harus dipinda ukurannya tetapi anda sendiri yang harus meminda ukuran badan anda untuk muat di dalam baju pengantin berkenaan. Baiklah, nak kurus bukan hanya untuk hari perkahwinan semata-mata, malah untuk kekal sihat sehingga ke akhir hayat anda. Kita nak guna badan ni lama lagi. Jadi, sayangilah diri dan tubuh anda!

#5 Tukar gaya rambut anda!

5

Penting untuk semua wanita. Walaupun yang bertudung. Sebagai seorang perempuan, kita harus peka dengan kekemasan diri, jaga rambut bukan setakat untuk cantik, tetapi untuk nampak kemas dan teratur. Kalau dah rambut mengerbang gaya kak limah tu, bawa-bawalah ke salon rambut okay? Sekarang bakal suami memanglah tak pernah kisahkan keadaan rambut anda, lebih-lebih lagi jika anda bertudung, tetapi apa akan jadi selepas dia melihat rambut anda buat kali yang pertama nanti? Ha, janganlah anda marah kalau si dia terkejut, terkedu dan pengsan hanya kerana melihat rambut anda. Gunalah rangkaian syampu yang bersesuaian. Kalau agak-agak tidak mampu, petua orang dulu-dulu yang gunakan daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut licin hitam bersinar pun membantu.

#6 Cantikan kulit muka

6

Kalau nak jadi pengantin, haruslah mempunyai kulit yang gebu dan mulus agar kelihatan berseri di hari bahagia nanti. Tapi, janganlah anda mengada-ngada cuba makan atau minum produk suplemen yang datangnya entah dari mana. Nanti dah elok-elok muka macam Cinderella tiba-tiba jadi macam ermmm Shrek mungkin? Pastikan produk benar-benar mempunyai kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Yang paling penting, minum 8 gelas air kosong setiap hari. Itu yang sebaiknya.

#7 Bermanja dengan keluarga sepuas-puasnya

7

Lepas ni jangan bermimpilah nak tidur dibawah ketiak ibu anda lagi atau nak temankan ayah anda tonton perlawanan bola setiap kali FIFA World Cup berlangsung! Suami anda nak letak di mana waktu tu? Jadi, inilah masa yang terbaik untuk anda habiskan bersama-sama keluarga anda. Pergilah makan angin bersama atau adakan majlis makan kecil-kecilan seperti BBQ diantara keluarga anda sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan buat keluarga anda rasa disayangi dan tahu anda masih menghargai mereka sebagai orang yang banyak berjasa kepada diri anda sedari kecil. Air yang dicincang tidak akan putus, itulah yang dinamakan darah daging.

#8 Hadiahkan sesuatu yang istimewa pada diri

8

Anda dah lama teringinkan seutas gelang pandora? Atau sebuah tas tangan jenama Chanel dan mungkin juga telefon pintar iPhone edisi terkini? Pergilah dapatkan barang-barang itu dan hadiahkan kepada diri anda sendiri sebagai satu simbol tahniah. Lepas ini, anda mungkin akan mempunyai lebih banyak komitmen yang perlu anda tumpukan dan agak sukar untuk mengembirakan diri anda sendiri. Oleh itu, sementara anda bujang ‘single but not available’ inilah anda harus memberi peluang kepada diri anda untuk menikmati keseronokan hidup sepuasnya dengan memuaskan keinginan diri anda. Jika anda sendiri tak sayangkan diri anda, siapa lagi?

#9 Pergi bercuti bersama sahabat baik anda

9

Ketika kita bujang, sahabat itu seolah nyawa kita. Hidup tanpa kawan-kawan ini bagaikan hidup segan, mati tak mahu. Bosan! Jadi, sebelum anda meninggalkan mereka demi kearah kehidupan berkeluarga dan menjadi seorang isteri yang punya banyak tanggungjawab, ambil lah masa yang terluang untuk anda dan sahabat baik anda pergi bercuti bersama-sama. “Short Gataways” sedikit sebanyak akan mencipta kenangan terindah yang tidak akan dilupakan buat anda dan rakan-rakan! Susah nak dapat peluang begini selepas kahwin nanti. Percayalah.

#10 Jadi anak yang baik! Barulah…

10

Sematkan di dalam diri bahawa anda akan jadi anak dan isteri yang sempurna. Walaupun sudah bertukar status sebagai isteri orang nanti, hubungan anda dan keluarga tidak akan tercela. Anda masih anak kepada kedua orang tua anda dan mereka masih lagi ibu bapa anda. Dengan itu, semakin besarlah tanggungjawab anda, bertambah hati yang harus anda jaga. Anda perlu bijak uruskan masa dan membahagikan kasih sayang sama rata. Memang suami itu syurga anda, tetapi tetapkan ‘ranking’ carta hati anda dengan sebaiknya. Ibu bapa itu adalah nombor 1 dihati anda dalam kategori A dan suami itu juga adalah nombor 1 dihati anda dalam kategori B. Adil.

SUMBER

Wabak Anjing Gila: Pulau Pinang Keluar Perintah Tangkap Dan Musnah Anjing Liar

$
0
0

Pulau Pinang: Berikutan dua kes wabak anjing gila atau Rabies dilaporkan yang dikesan berlaku di mana ia telah menjangkiti seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun di Seberang Perai dan balik Pulau, kerajaan negeri dikatakan telah memberi lampu hijau kepada pihak Jabatan Veterinar untuk menangkap dan memusnahkan semua anjing-anjing liar yang berkeliaran di negeri tersebut.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dikatakan telah mengeluarkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 diwartakan di bawah subseksyen 42(4) Akta Binatang 1953 [Akta 647], yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau dikatakan telah bersetuju dan menandatangani perintah tersebut berkuatkuasa selasa selepas tiga negeri di utara tanah air telah Diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan wabak anjing liar iaitu Pulau Pinang Kedah dan Perlis.

Operasi ini melibatkan penangkapan, pemusnahan dan pelupusan semua anjing yang terbiar di negeri ini. Semua anjing peliharaan turut diperintahkan untuk dikurung, divaksin, ditanda serta dilesenkan sehingga wabak ini berakhir.” 

“Jika mereka dilepaskan, ia seperti anjing tiada tuan menyebankan pemilik risiko anjing mereka ditangkap dan dimusnahkan ada,” kata Lim pdipetik dari The Malaysian Insider.

Kata Lim lagi, keadaan itu adalah kritikal dan Pulau Pinang dan langkah pencegahan perlu diambil untuk menghantikan penularan wabak ini.

Negeri kesihatan exco Dr Afif Bahardin menggesa orang ramai untuk memahami keadaan dan keperluan untuk mengambil ini drastik, yang pertama kali dikesan di Perlis.

Beliau berkata kes terakhir Malaysia penyakit anjing gila adalah pada tahun 1999 dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia mengisytiharkan Malaysia bebas wabak anjing gila percuma 2012. Beliau percaya bahawa kes baru berasal dari Thailand.

Wabak anjing gila atau Rabies ini adalah penyakit yang merebak dari haiwan kepada manusia melalui gigitan dan pemindahan mukus atau air liur, dan boleh menyebabkan kematian. Penyakit ini menyerang sistem saraf pusat, menyebabkan demam dan kejang otot.

anjing-liardegd

Bagaimanapun tindakan kerajaan Pulau Pinang tersebut untuk menangkap anjing liar bagi mencegah penularan wabak berkenaan dilihat mendapat tentangan daripada pencinta haiwan.

Satu petisyen membantah tindakan tersebut telah dilancarkan untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan Pulau Pinang tersebut menangkap anjing liar.

Berdasarkan tulisan bersama petisyen berkenaan, mereka menuntut agar Lim Guan Eng menimbang semula tindakan tersebut dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mencegah penularan wabak anjing gila tersebut.

“Membunuh setiap anjing liar bukanlah satu jawapan kerana adakah setiap kali seekor anjing liar dijangkiti wabak ini semua anjing perlu dibunuh dengan kejam? Bagaimana dengan anjing liar yang tidak dijangkiti.”

“Tidak adakah vaksin yang ada untuk mencegah wabak ini daripada menyebakan kematian sia-sia anjing yang tidak bersalah,” tulis mereka di laman petisyen berkenaan.

2

Sehingga kini petisyen berkenaan yang dilancarkan semalam telah ditandatangai oleh 2,550 orang di mana target mereka adalah 10,000 tandatangan petisyen.

Sementara itu, topik ini telah menjadi perbincangan hangat di laman sosial Seorang pengguna Facebook bernama Mahayu Shaari berkata “Tolong la hentikan semua kezaliman ini…kalau ye pun ade penyakit anjing gila… takkan semua nak dibunuhnya! Cari lah alternatif lain supaya penyakit ini dapat dibendung… bukan cara mcm ni…”

Bagaimanapun tidak semua menentang di mana ada yang membela tindakan berkenaan kerana menyifatkan adalah satu keadaan yang memaksa demi mengelak penularan wabak berkenaan terus berleluasa.

Pengguna Facebook Mohammad Faiz berkata “Penyakit anjing gila ni sejenis wabak… dan sangat mudah merebak. Kita bukan ahli perubatan yang pakar dalam bidang ni… jadi jangan terus label mereka zalim. Baca dulu info tentang penyakit anjing gila ni…”

Sementara itu, Emma Cuppuchinopinklover pula memberi cadangan “Boleh tak jika guna cara senapang untuk tembak jarum berisi ubat pelali untuk tangkap anjing-anjing liar ini… jangan cara pukul.” 

SUMBER

Ini 5 Produk Penjagaan Kulit Pilihan Kylie Jenner

$
0
0

Selain rutin melakukan rawatan kulit di pusat kecantikan untuk seorang public figure yang cukup gah seperti Kylie Jenner sememangnya tidak mencukupi.

Agaknya apa lagi yang dilakukan bagi memastikan kecantikan diri sempurna sebelum keluar dari rumah. Ini antara 5 produk penjagaan kulit kegemaran Kylie Jenner.

Kiehl’s, Creamy Eye Treatment with Avocado

Kantung mata merupakan masalah kulit wajah yang paling menjengkelkan bagi Kylie. Keadaan mata yang kurang fresh, boleh membuatnya bad mood. Jadi, untuk tetap menjaga kesihatan mata agar sentiasa segar, Kylie sangat bergantung dengan krim mata ini.

www.blondatejsvet.cz
www.blondatejsvet.cz

NeutrogenaMake-Up Remover Cleansing Towelettes

Aktiviti seharian yang sentiasa mewajibkan diri bersolek penuh, kadang-kala merimaskan malah memenatkan. Tisu pembersih wajah dari Neutrogena adalah senjata wajib ada di dalam beg mekapnya.

“At night, I’ll use the Neutrogena makeup remover wipes. It even gets the waterproof stuff off.”

http://41.media.tumblr.com/
http://41.media.tumblr.com/

Sephora, Collection Face Masks

“Saya mendapati topeng muka dari Sephora ini sangat fun. Malah, kesemua kawan-kawan saya juga menggunakannya. I’m obsessed with them.”

Sephora Collection Face Masks juga menawarkan pelbagai pilihan yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda. Antaranya:

  • Lotus Mask yang mampu menyegarkan kulit yang letih dan mengurangkan tanda-tanda ketegangan dan keletihan. 
  • Pearl Mask pula menyempurna dan mencerahkan dengan semula jadi, mencipta kilauan yang tinggi
  • Honey Mask untuk memelihara, menenang dan menyegarkan kulit kering atau sensitif. 
  • Rose Mask baik untuk memberi kelembapan dan mencerahkan sifat yang mendalam melalui ekstrak mawar semula jadi.
  • Pomegranate Mask, mask jenis ini pula membangkitkan, memberi tenaga, dan melindungi kulit dengan antioksidan yang kaya dengan ekstrak buah delima asli.
  • Ginseng Mask untuk mencerahkan kulit kusam, mengembalikan kelembapan kulit. 
  • Green Tea Mask pula membersih, melegakan kulit, menyerap sebum dan mengurangkan kemunculan jeragat hitam. 
http://m.trendslove.com
http://m.trendslove.com

Victoria’s Secret, Coconut Passion Fragrance Mist

Ini satu lagi rutin Kylie yang peminat tidak diketahuinya. Kebiasaan menggunakan pewangi badan/body mist sebelum tidur adalah ritual wajib selalu dilakukannya. Menurut Kylie, aroma pewangi yang melekat di tubuh dan bantal boleh membuat tidurnya lelap. 

grabpage.info
grabpage.info

Moroccanoil, Shampoo & Conditioner

Selain wajah, kesihatan rambut juga dititikberatkan. Kylie menjelaskan dia mengalami kerosakan rambut akibat kekerapan mewarnakan rambut. Kylie memilih Moroccanoil, Shampoo & Conditioner bagi memastikan rambutnya kekal sihat. 

www.northoflondonblog.com
www.northoflondonblog.com

[SUMBER]

Koleksi Crosstown Luruh/Sejuk 2015 Timberland Terap Ciri Mesra Pengguna

$
0
0

Pemilihan pakaian yang bersesuaian akan memberi keselesaan yang maksima kepada si pemakai. Oleh itu, kalau nak selesa, kita mesti tahu jenis pakaian yang bagaimana sesuai untuk dipakai atau digayakan berdasarkan aktiviti harian kita.

hhihihhiihihihhihihih

Kalau nak bersukan, jenama terkenal yang selalu menjadi pilihan adalah Nike dan Adidas.

Lalu, bagaimana pula pakaian yang sesuai buat si dia yang gemarkan aktiviti lasak tetapi dalam masa yang sama ingin mengetengahkan penampilan ala santai atau ‘smart casual’ ?

A11GF-244

Buat anda yang punyai hobi mengembara, sukakan gaya kasual dan tahan lasak, ini dia rangkaian koleksi Crosstown Luruh/Sejuk 2015 baharu oleh jenama fesyen ‘outdoor’ antarabangsa terkemuka, Timberland!

Koleksi baharu daripada Timberland ini sememangnya serasi untuk lelaki dan wanita yang mahukan sesuatu kelainan dalam cara pemakaian mereka disamping menambah koleksi kepelbagaian pakaian yang telah sedia ada di dalam almari!

hihihihA127Z-019

Evolusi koleksi Crosstown musim Luruh/Sejuk 2015 ini dilancarkan adalah bagi memberi opsyen pilihan yang lebih banyak kepada para pengguna dan peminat fesyen agar mereka tetap kelihatan manis dan macho walaupun pada musim peralihan antara Luruh (September) yang sedang berlangsung kini dan Sejuk pada bulan Disember yang akan tiba tidak lama lagi.

A11S8-205

hihihihihiih

Selain rekaannya yang bertepatan dengan peredaran zaman, kebanyakan rekaan turut bersifat mesra pengguna kerana menggunakan fabrik dan material yang ringan. Seperti rekaan sepatu Revenia Chukka daripada Timberland ini, ia diperbuat daripada material ala baldu kalis air. Senang untuk dipakai bila-bila masa dan dimana jua!

9737B

A13BL

Kalau anda nak tahu, koleksi Crosstown ini juga sangat sesuai untuk digayakan sebagai pakaian kerja yang kasual khas buat anda yang gemarkan fesyen simple! Asalkan anda tahu menggayakannya dengan betul, meskipun juga dengan teknik suai padan mix and match! Anda pasti kelihatan hebat!

Untuk melihat katalog fesyen dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Koleksi Crosstown Luruh/Sejuk 2015 daripada Timberland, sila layari www.timberland.com.my

‘Taste of Tuscany’ di Pavilion Kuala Lumpur

$
0
0

Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah terulung di Malaysia baru-baru ini mengadakan private testing preview di Azzurro Café, sebagai sebahagian daripada kempen Journey of Taste.

Menyerlahkan beberapa pilihan makanan terbaik antarabangsa mahupun tempatan, Journey of Taste mempelawa pengunjung untuk alami beberapa pilihan makanan yang berada di pusat membeli-belah tersebut.

Dinamakan Taste of Tuscany, acara yang bertemakan Tuscan menawarkan pengalaman gourmet dengan menu khas yang menonjolkan rasa makanan Itali.

Photo 1

Highlight apabila dua chef bertaraf dunia,  Chef Barbara Guadagnoli dan Chef Antonella Mercurio telah diterbangkan khas. Dengan menu yang bermula daripada starter, main course dan desserts, ditambah hidangan sampingan canapé seperti baked ricotta cheese with rosemary, tagliatelle truffle, Tuscan cheese dan banyak lagi, kesemunya disediakan istimewa oleh kedua chef tersebut. 

Ingin rasai makanan Tuscany? Dari 15 hingga 30 September, Taste of Tuscany akan dibuka dan kepada orang ramai, menyediakan pelanggan dengan satu pengalaman one-of-a-kind yang tidak boleh didapati di tempat lain. 

Untuk info lanjut:

Projek Bergaya Mini by Tumi, Apabila Bagasi Menjadi Sebahagian Mini Cooper

$
0
0

Jika anda pergi melancong, selagi boleh semua benda anda nak bawa sekali bersama. Takut-takut kalau anda memerlukan sesuatu barangan itu apabila tiba ke destinasi nanti bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, bagasi bersesuaian yang mampu menampung kesemua keperluan dan barangan anda itu adalah sangat penting.

Baru-baru ini, syarikat pengeluar barangan keperluan dan aksesori melancong terkemuka bertaraf antarabangsa, TUMI, yang telah sekian lama menyulam kejayaan dalam membawakan rekaan bagasi yang terbaik untuk para pengguna kini memperkenalkan koleksi baharu mereka dimana mereka telah berkolaborasi bersama Mini Cooper untuk mewujudkan rangkaian premium berlesen eksklusif bagi beg perjalanan seperti bagasi dan aksesori lain untuk melengkapi rupa dan cita rasa jenama automotif ini.

Models with the MINI by TUMI Collection (5)

Models with the MINI by TUMI Collection (2)

Sebelum ini, TUMI pernah bekerjasama dengan beberapa jenama automotif lain termasuk Lexus dan Ducati. Demi mencari sesuatu kelainan kerana kereta genit Mini Cooper sememangnya menjadi pilihan oleh kebanyakan individu yang gemarkan gaya kehidupan masa kini yang lebih ringkas dan mudah, TUMI tampil bekerjasama menghasilkan sesuatu yang sangat berguna kepada mereka yang mahu tampil ringkas tatkala melancong atau mengembara.

mini-goes-tumi-collaboration-project-1 mini-goes-tumi-collaboration-project-3 (1)

Dalam pada waktu yang sama, TUMI telah melengkapkan gaya hiasan dalaman setiap kereta jenema Mini Cooper MINI Goes TUMI dengan set yang hampir sama seperti bagasi rekaanya demi memaparkan kerjasama yang mantap diantara kedua jenama tersohor itu.

Fabrik yang digunakan bagi membaluti kerusi tempat duduk serta aksesori lain seperti alas stering di dalam kereta MINI Goes TUMI adalah diperbuat daripada material yang sama dengan bagasi keluaran terkini oleh TUMI berlandaskan projek kerjasama bersama Mini Cooper ini.

Models with the MINI by TUMI Collection

Models with the MINI by TUMI Collection (4)

Koleksi daripada MINI by TUMI membawakan tujuh bag perjalanan dan dua aksesori silhouttes yang menggunakan warna-warna terang. Kesemua rekaan tampil berani mengetengahkan gaya yang lebih ekslusif bersama tekstur simbol jenama TUMI.

Ia direka khas di Amerika Syarikat untuk warganegara global. MINI by TUMI menggunakan paksi kejuruteraan FXT® nilon balistik bagi melengkapi semua bagasi, bag dan aksesori yang dihasilkan dengan ciri yang

Kesemua rekaan juga memiliki gaya dua dalam satu, menarik untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang lebih eksentrik kerana setiap rekaan adalah eksklusif seolah ianya ditempah khas dan terhad dengan setiap lapisan fabrik yang membaluti rekaan mempunyai tekstur timbul corak grill MINI.

Koleksi boleh didapati dalam warna hitam/jinga bercorak jalur lumba dan hitam/ Biru Gelap bercorak Bendera Union Jack.

Presiden & Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) TUMI, Gerome Griffith
Presiden & Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) TUMI, Gerome Griffith

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TUMI, Gerome Griffith berkata, “Kesemua rekaan adalah berteraskan innovasi terkini, berfungsi dan berciri ikonik.” Mengulas lanjut, “Kereta dan Bag merupakan barang asas kegunaan manusia, dan disebabkan itu juga, manusia menggunakan bag dan kereta sebagai sebahagian cara mereka melunaska ekspresi personaliti dan keperibadian mereka.”

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Koleksi MINI by TUMI dan Koleksi Tumi Luruh/Sejuk 2015, sila layari laman sesawang rasmi TUMI di tumi.my.

Bantu Kanak-Kanak Dengan Pelekat LINE X UNICEF: Edisi Khas

$
0
0

Okay semua comel sangat!

LINE, peneraju platform kehidupan terkemuka di dunia, hari ini melancarkan set pelekat terbaharu, “LINE X UNICEF: Edisi Khas”, dengan kerjasama UNICEF bagi membantu kanak-kanak dari negara-negara membangun.

[Pelekat “LINE X UNICEF: Edisi Khas”]

Sebagai usaha yang pertama seumpamanya dilancarkan untuk UNICEF, semua hasil jualan set pelekat tersebut akan didermakan kepada tabung yang diwujudkan bagi membantu kanak-kanak di negara-negara membangun, terutamanya dari segi bantuan kesihatan, pemakanan, dan pendidikan asas.

Pelekat “LINE X UNICEF: Edisi Khas” yang terdiri daripada 24 pelekat watak-watak LINE FRIENDS yang comel, kini sedia untuk dimuat turun di Malaysia, Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia, India, Hong Kong, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis dan Jerman. Pengguna boleh membeli set pelekat berkenaan bermula dari 15 September 2015 melalui Kedai Sticker dengan 50 LINE coins, atau lebih kurang RM3.50.


[ Viral ] Langgar Peraturan, Kadet Tentera Diarah Pecahkan Telefon

$
0
0

Sekumpulan kadet Tentera Laut Thailand diperintah memusnahkan gajet mereka menggunakan sebongkah blok konkrit akibat melanggar peraturan kerana membawa telefon pintar ke kem latihan. 

Video yang bertajuk Soldiers Must Endure yang tersebar di laman sosial bagaimanapun telah mengundang kritikan pelbagai pihak di mana mereka mempertikaikan kewajaran memusnahkan gajet tersebut. 

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan sekumpulan kadet tentera laut beratur bersama telefon pintar mereka seperti iPhone dan Samsung yang diletakkan bersama sebiji batu blok konkrit.

“Anda baru membeli telefon ini ya? Mahal bukan?,” kata seorang pegawai pemerintah yang meminta setiap pelatih mengambil telefon mereka sebelum mengarahkan kesemua kadet itu membongkok.

“Pecahkan,” kata pegawai itu menerusi rakaman video berkenaan.

Video berkenaan telah menjadi viral di laman sosial di Thailand di mana kebanyakkan mereka mengkritik hukuman berkenaan yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan pelatih. 

Sumber – Siakapkeli.my

Pelajar Nekad Bunuh Diri Sempat Tinggalkan Nota Buat Keluarga Dan Sahabat

$
0
0

Seorang bapa tidak menyangka hari lahirnya terpaksa dilalui penuh tragis apabila anak bongsu berusia 18 tahun ditemui lemas di Kampung Tebing Tembah, Kertau, semalam.

Sekeping nota ringkas tulisan tangan turut dijumpai dalam beg di lokasi mangsa dipercayai lemas dengan ucapan ‘Selamat Hari Ibu, Mak… Selamat Hari Lahir, Abah untuk esok… Halalkan segalanya tau…’

Pesara askar tidak berpencen, Mudzafar Awang Ahmad, 62, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak bongsu daripada tujuh beradik itu, Mohamad Azrul adalah pada pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, mangsa memaklumkan mahu ke Melaka untuk berjumpa rakan dan keluar selepas solat Subuh dengan menunggang motosikal seorang diri.

“Esoknya (Ahad) lebih kurang jam 2 petang ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka, dia singgah berjumpa sekejap dengan ibunya yang bekerja di kantin sebuah sekolah di Bandar Bera.

“Saya berada di rumah mak mertua maka tidak tahu sama ada Azrul pulang ke rumah di Kampung Bohor Baru, Bera atau terus ke sini (sungai). Cuma sedar dia hilang pada pagi tadi selepas dimaklumkan orang kampung kerana mereka jumpa motosikal Azrul di tepi sungai sejak petang Ahad,” katanya.

Mangsa tidak maklum ke sungai.

11072816_830371507012067_3024627213798566468_n2

Kakak mangsa, Norzuliana, 20, berkata, adiknya yang mendapat keputusan 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas sepatutnya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas) pada Jun depan.

Menurutnya, mangsa difahamkan baharu menyertai kumpulan tabligh maka tidak menolak kemungkinan ke Melaka bertemu rakan yang mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.

“Kali terakhir dia hantar mesej dalam whatsapp keluarga adalah pada petang Sabtu beritahu sudah sampai Melaka dan last seen pula pada jam 1.17 petang, Ahad. Kami sekeluarga tidak tahu dia ke sungai ini malah dia pun bukan yang suka lakukan aktiviti sungai,” katanya.

Curiga motosikal ditinggalkan.

Menurut seorang pemuda kampung, motosikal milik mangsa disedari berada di tebing sungai berkenaan pada petang Ahad.

11072816_830371507012067_3024627213798566468_n4

Katanya, motosikal berwarna merah jenis SYM masih kelihatan menjelang senja dan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu memandangkan baru-baru ini berlaku kejadian curi enjin bot di kawasan tersebut.

“Saya mahu tunggu sampai pemilik motosikal kembali ke darat kerana risau terlibat dengan kegiatan curi enjin bot malah motosikal ini tidak pernah nampak berada di sekitar sini. Bila sudah tengah malam, tiada siapa yang datang ambil motosikal tersebut maka saya pulang ke rumah.

“Esoknya dalam jam 7 pagi tadi, saya tengok motosikal ini masih ada lalu mengesyaki berlaku kejadian tidak diingini apabila ternampak sebuah beg dan sehelai baju-T warna hitam di atas pasir tepi sungai,” katanya.

Mayat dijumpai berdekatan lokasi terakhir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, anggota Balai Polis Chenor menerima maklumat orang awam pada jam 7.40 pagi, semalam mengatakan menemui sebuah motosikal dan beg di Kampung Tebing Tembah, Kertau.

Menurutnya, mangsa beralamat di Kampung Bohor Baru, Bera dan siasatan ditempat kejadian menjumpai sebuah buku nota yang mengandungi catatan di dalam beg berkenaan.

11072816_830371507012067_3024627213798566468_n

“Mayat mangsa dijumpai pada jam 3 petang, kelmarin kira-kira 100 meter dari lokasi motosikal mangsa ditinggalkan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah,” katanya.

SUMBER

Pertama Kali Lihat Matahari Setelah Sekian Lama Jerebu

$
0
0

“Pagi ini (semalam) adalah paling indah di Pekanbaru sejak sebulan lalu,” kata Sara Ahmad, 21, pelajar Universiti Islam Riau, Pekanbaru.

Gadis itu berkata, semalam juga adalah hari pertama masyarakat di Pekanbaru melihat matahari terbit selepas langit di bandar itu diselubungi jerebu tebal menyebabkan dia dan rakannya, Puja Pangestu, 19, teruja untuk keluar beriadah.

Mereka bersama ratusan lagi penduduk keluar sejak 6.30 pagi berkumpul di Jalan Diponegoro, di sini, berhampiran pejabat Gabenor Wilayah Riau yang juga lokasi tumpuan penduduk tempatan untuk beriadah setiap hujung minggu.

“Walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih menunjukkan bacaan berbahaya, kami mahu menggunakan kesempatan cuaca cerah hari ini untuk beriadah kerana sudah lama tidak menikmati suasana pagi yang cantik seperti ini.

Foto oleh themalaysianinsider.com
Foto oleh themalaysianinsider.com

“Saya memang teruja melihat matahari pagi ini (semalam). Masyarakat yang hadir kelihatan ceria kerana sebelum ini aktiviti riadah terpaksa dihadkan dan tidak kurang ada yang terus menghentikannya.

“Bagi yang risau mengalami masalah kesihatan akibat jerebu, mereka akan memakai topeng muka. Namun bagi yang sudah biasa dengan jerebu lebih selesa beriadah tanpa memakai topeng muka,” katanya.

Sara berkata, dia amat berharap keadaan jerebu segera pulih dan jika keadaan itu berterusan, sekolah juga dijangka dibuka semula hari ini selepas ditutup sejak tiga minggu lalu.

Sementara itu Puja berkata, atas sebab keselamatan, dia memilih untuk memakai topeng muka walaupun ada antara penduduk yang tidak menggunakan alat keselamatan itu ketika berada di luar rumah.

“Ada yang sudah lali kerana kami berhadapan masalah jerebu setiap tahun, namun kali ini dianggap yang paling teruk dan berlarutan dalam tempoh agak panjang,” katanya.

Tinjauan mendapati penduduk menggunakan kesempatan cuaca baik, semalam untuk bersenam, menunggang basikal dan membawa keluarga bersiar-siar.

SUMBER

Jom Melancong! 14 Perkara Perlu Anda Terokai di Korea Selatan

$
0
0

Nak melancong memang seronok tetapi tidak seronok apabila anda ke sana tanpa sebarang perancangan ataupun kajian mengenai sesesuatu tempat yang ingin dilawati. Perancangan itu penting bagi memastikan setiap perjalanan anda ke sesebuah negara itu bernilai dan dihargai.

14 perkara yang perlu anda terokai di Korea Selatan ini sedikit sebanyak membantu anda bila anda sampai ke sana, jangan lupa masukkan sekali dalam senarai tempat perlu dilawati. Untuk makluman anda, dari kemodenan landskap sehinggalah kekayaan alam semula jadi, Korea Selatan ada segalanya untuk jurnal kembara anda. 

Jadi, simpan duit sekarang untuk pergi melancong ke dunia Kpop.

1. Minggu Fesyen Seoul – Untuk makluman anda, setiap bulan Mac dan Oktober, Dongdaemun Design Plaza menjadi destinasi kelompok fesyen utama Korea berkumpul untuk menyaksikan koleksi terbaru pereka tempatan mempersembahkan karya mereka. Walaupun tidak mendapat undangan khas, anda masih lagi boleh mengambil gambar di luar yang menyaksikan ramai warga tempatan dengan fesyen jalanan yang unik.

http://cdn.freshnet.com/
http://cdn.freshnet.com/

2. Taman Tema Terbesar – Jika anda datang bersama keluarga, ini tempat terbaik mesti anda pergi! Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Dibuka sepanjang tahun, segalanya ada di bawah satu bumbung termasuklah thrilling rides, gelanggang ais, muzium, sebuah tasik dan pelbagai jenis keseronokan untuk seisi keluarga.

http://lh6.ggpht.com/
http://lh6.ggpht.com/

3. Festival Rock – Bagi anda yang meminati muzik rock, Pentaport Rock Festival di Incheon dan Jisan Valley Rock Festival perlu ada dalam jurnal kembara anda nanti. Berlangsung pada penghujung Julai setiap tahun, festival ini pernah menyaksikan kehadiran kumpulan rock terkenal seperti Pet Shop Boys dan Oasis.

http://enkr.blouinartinfo.com
http://enkr.blouinartinfo.com

4. Kafe Kucing – Wanista tahu mesti ada yang berkata ‘kenapa sampai nak pegi jauh, dekat Malaysia pun ada kafe kucing’, ya memang betul. Tetapi jika anda dah dekat Seoul, jangan lupa singgah ke sini dan cipta memori indah. Jika anda pencinta kucing, tidak lengkap kembara anda tanpa mengunjungi mana-mana cat cafe yang terdapat di Seoul. Hanya dengan membayar bayaran masuk (termasuk satu minuman), anda dapat meluangkan masa ditemani kucing-kucing yang comel dan jinak di dalam kafe tersebut.

http://cuteinkorea.com
http://cuteinkorea.com

5. Snow Wonderland – Mesti anda teringin nak main salji bila berada di negara empat musim bukan? Seperti adegan drama popular Winter Sonata? Korea Selatan kaya dengan banjaran gunung yang diliputi salji pada setiap musim sejuk. Kunjungi Yongpyong yang merupakan resort ski terbesar untuk anda merasai sendiri pengalaman meluncur salji yang menyeronokkan. Tahukah anda di situ juga berlangsungnya penggambaran drama bersiri popular, Winter Sonata.

english.visitkorea.or.kr
english.visitkorea.or.kr

6. Makan Belut Hidup – Untuk sesiapa yang adventure dan inginkan sesuatu yang baru. Noryangjin Fish Market menjadi tumpuan dengan pelbagai jenis makanan laut segar. Rasa sendiri kesegaran makanan laut seperti belut di restoran yang berada di tingkat atas pasar, tetapi jangan terkejut dengan harganya yang sedikit mahal.

http://cdn2.norecipes.com/
http://cdn2.norecipes.com/

7. Pulau Jeju – Kena pergi sekali jika anda melawat Korea Selatan! Lari dari kesesakan kota, anda pasti terpegun dengan Pulau Jeju yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti gunung berapi yang masih aktif dan pesisiran pantai pada iklim sederhana. Menariknya, pulau yang kaya dengan cerita rakyat ini turut digelar ‘The Hawaii of Korea’.

http://i2.cdn.turner.com
http://i2.cdn.turner.com

8. Muzium Kimchi – Orang kata tidak sempurna lawatan ke Korea tanpa melawat Muzium Kimchi yang terletak di Coex Mall. Selain dapat merasa sendiri beberapa jenis kimchi, pengunjung turut boleh belajar cara membuat kimchi yang menjadi makanan utama penduduk Korea.

https://audiars.files.wordpress.com
https://audiars.files.wordpress.com

9. Kunci Cinta – Ini satu lagi tarikan di Seoul, Korea Selatan. Terletak di tingkat bawah Menara Namsan, terdapat sebuah kawasan untuk dedikasi luahan cinta. Yang sudah berpasangan mahupun yang masih bujang, tulis nota cinta pada sebuah kunci mangga dan kunci pada pagar dawai ataupun pokok.

https://garb02.files.wordpress.com
https://garb02.files.wordpress.com

10. Cheonggyecheon Stream – Terletak di tengah bandaraya Seoul, Cheonggyecheon Stream adalah terusan pejalan kaki yang dibina dalam usaha menghijaukan ibu negara Korea Selatan. Sepanjang 8.4 kilometer, ia menjadi jalan alternatif yang lebih segar dalam menghubungkan dari satu tempat ke tempat lain tanpa perlu berjalan sepanjang jalan raya yang sesak.

https://images.trvl-media.com/
https://images.trvl-media.com/

11. The Scariest Place on Earth – Demilitarized Zone atau DMZ adalah kawasan sepanjang 4 kilometer yang memisahkan Korea Selatan dengan Korea Utara. Seperti kawasan peperangan yang dipenuhi tentera bersenjata, pelancong berpeluang berjalan di dalam terowong yang dibina oleh tentera Korea Utara selain kawasan Joint Security Area di Panmunjeom yang popular.

https://s3.amazonaws.com
https://s3.amazonaws.com

12. Festival Lumpur – Festival Lumpur yang bermula pada 1998 oleh sebuah syarikat kosmetik, Boryeong Mud Festival kini menjadi tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan. Berlangsung selama dua minggu pada penghujung Julai, pelancong dapat berseronok bermandi lumpur yang turut sama bagus untuk kulit anda.

http://www.onedaykorea.com
http://www.onedaykorea.com

13. Silent Disco – Disco ini berbeza dengan disco yang lain. Keunikannya apabila Seoul partygeors memakai headphone sambil berdansa. Hanya 300 yang pertama akan menerima headphone. Silent disco ini diadakan pada hujung minggu di Norita Park dan sepanjang jalan Hongdae.

https://mykoreaquest.files.wordpress.com
https://mykoreaquest.files.wordpress.com

14. Ekspedisi Pendakian – Kehijauan dan keindahan alam semula jadi di Korea perlu ada terokai sendiri dengan membuat ekspedisi pendakian di Seorak-san, Jiri-san atau Wolchul-san National Parks. Musim panas adalah masa paling sesuai untuk berkhemah selain menikmati pemandangan gunung ganang di sana.

http://koreaye.com/
http://koreaye.com/

[SUMBER]

Idea Mudah Hias Kek Putih Cara Pro!

$
0
0

Dalam bidang seni hiasan dalaman, warna putih adalah warna asas yang sering digunakan untuk menampakan keadaan ruang yang lebih luas. Warna itu juga dianggap sebagai warna yang berciri minimalis kerana ianya sesuai untuk dijadikan latar bagi menonjolkan hasil seni menarik!

Untuk menjadi seorang yang berseni, anda harus kreatif mencipta sesuatu yang unik, lain daripada yang lain.  Jika anda bercadang untuk mengadakan parti atau jamuan keraian yang memerlukan kek sebagai salah satu hidangan utama di dalam majlis yang disambut, tak perlu lah bazirkan duit anda.

Hiasan seperti frosting, aising bercorak atau fondant sememangnya memakan masa untuk ditempah dan dilakukan. Jadi, apa kata anda lakukannya sendiri. Sambil menghias kek, anda juga boleh menguji tahap kreativiti anda!

Ini antara idea mudah yang dapat anda contohi untuk menghias kek putih anda!

#1 Polka Dot Warna Warni Denga Bijirin “Trix Cereal”

1. Trix Cereal Polka

Resepi: Funfetti Buttermilk Birthday Cake di A Beautiful Mess

Guna bijirin “Trix Cereal” yang berperisa buah-buahan tropikal untuk menghias kek pun cantik juga!

#2 Gummy Bears!

10. Gummy Bears

Resepi: Gummy Bear Layer Cake di Raspberri Cupcakes

Beli gummy bears banyak-banyak, tabur je keliling kek! Senang!

#3 Biskut Smarties Yang Dijadikan Tumbuhan Berbunga

6. Biskut Smarties

Tutorial: Simple Cookie Flowers di Super Make It

Raya dah lepas, kalau ada biskut smarties yang lebih-lebih tu bolehlah dijadikan hiasan kek macam di dalam gambar tu! Cantik!

#4 Hiasan Jalur Glitter!

2. Edible Glitter Stripes

Tutorial: Glitter Cake di A Subtle Revelry

Gula glitter atau serbuk berkilau yang boleh dimakan ni ada dijual di kedai menjual barangan dan bahan-bahan membuat kek. Kalau anda sukakan hiasan yang simple, bolehlah cuba!

#5 Hiaskan dengan bijiran Fruit Loop

4. Kek FruitLoop

Resepi: Fruit Loop Cereal Milk Layer Cake di Sweetest Menu

Satu lagi cara nak buat kek nampak colorful, beli bijiran Fruit Loop ni di mana-mana kedai runcit atau hypermarket berdekatan rumah anda untuk dijadikan hiasan kek.

#6 Hiaskan dengan buah-buahan segar

9. Kek Buah

Resepi: Berry Covered Birthday Cake di The Kitchen McCabe

Cara ini pun mudah! Cuma perlu buah-buahan segar yang kecil untuk menghias ikut kreativiti anda!

#7 Hiasan seperti sulaman manik dengan ‘colourful chocolate rice’

14 Kek Bersulam Manik

Tutorial: Embroidery With Sprinkles di Clockwork Lemon

Amboi. Kek pun bersulam manik tau! Kreatif sangat!

#8 Liputi kek dengan marshmallow yang comel dan berwarna-warni!

13

Tutorial: Lucky Charmed Cake di Alana Jones Mann

Taburan marshmallow! Kanak-kanak pasti suka!

#9 Kelopak bunga menjadi hiasan menarik

8. Bunga Betul

Tutorial: Cake With Edible Flowers di Design Love Fest

Cari kelopak bunga yang boleh dimakan dan tidak beracun untuk menghias cara ini. Nampak hipster!

#10 Guna acuan biskut untuk taburan hiasan yang lebih teratur dan berbentuk

18. Acuan Biskut

Tutorial: Cookie Cutter Shape Decorating Ideas di 17apart

Gunakan acuan biskut menarik untuk menghias kek cara ini agar taburan nampak lebih kemas dan teratur.

#11 Hiasan kelopak bunga menggunakan aising warna-warni

15 Rainbow Petal Cake

Resipi: Rainbow Petal Cake oleh Kate Wagner untuk The Cake Blog

Ceria betul kek ni! Hanya bermodalkan aising berwarna, ziplock bag dan sudu untuk menghias.

#12 Gunakan ‘gel food coloring’ untuk hiasan seperti warna air

17. Gel Food Coloring yang berwarna warni

Resepi: DIY Abstract Watercolor Painted Cake di Sugar & Cloth

Sapuan warna yang bersahaja pun sudah cukup untuk buat kek nampak menarik!

#13 Hiasan kek seolah tanah bersama gula-gula batu

12 Kek Tanah

Resepi: Dirt Cake di In Katrina’s Kitchen

Nak nampak unik, cubalah cara hiasan tanah dengan gula-gula batu ni. Biskut oreo hancur dijadikan tanah. Cuba cari gula-gula batu tu di mana-mana Hypemarket berdekatan, mesti ada jual. Di Giant pun ada.

#14 Pecikan warna ala Jackson Pollock!

7. Seni Lukisan Jackson Pollock

Resepi: Chocolate Chili Splatter Paint Cake di My Name Is Yeh

Mari berkarya ala Jackson Pollock diatas kek! Campurkan gula aising bersama beberapa titik pewarna makanan pilihan anda dan sedikit air untuk dapatkan frosting berwarna seperti di dalam gambar. Sungguh berseni!

#15 Lolipop disekeliling kek

3. Lingkaran Lolipop

Tutorial: Melanie Blodgett (You Are My Fave) di Julep

Yang ini paling senang, hanya cucuk gula-gula lollipop di sekeliling kek!

#16 Kek Musim bunga dengan gula-gula Twizzlers

5. Twizzlers Candylicious

Tutorial: Handmade Charlotte

Okay, untuk hiasan yang ini, anda perlu rajin mencari gula-gula Twizzler. Tidak semua kedai menjual gula-gula berkenaan di Malaysia tetapi anda mungkin boleh dapatkan Twizzler di Candylicious yang terletak di Suria KLCC dan 1 Utama Shopping Center!

Selamat berkarya di atas kek putih anda!

Viewing all 14581 articles
Browse latest View live