Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14586 articles
Browse latest View live

Tampil Menyerlah & Menawan Dengan Haruman Lux Magical Spell Sehingga 8 Jam

$
0
0

Jenama kecantikan ikonik, Lux mencetus inspirasi buat kaum wanita supaya keluar dari zon selesa mereka untuk tampil lebih menyerlah dan menawan.

Rangkaian Lux Magical Spell merupakan kegemaran ramai yang mampu menawarkan pengalaman mandian yang mewah dan memberikan keharuman yang memikat.

Lux Magical Spell memberikan keharuman yang kekal sehingga 8 jam sekaligus menjadi inspirasi kepada para pengguna Lux untuk keluar dari zon selesa dan tampil menyerlah dan menawan – terutamanya kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

luxa

Kehadiran bunga Orkid Hitam yang mengasyikkan dalam Lux Magical Spell mempesonakan mereka yang ada di sekeliling.

Rumusannya daripada penghasilan Minyak Juniper yang di adun sempurna bersama kayu kehitaman, ambar emas dan tumbuhan biji vanilla yang berfungsi untuk memberikan keharuman yang menyerlah dan mengekalkan wangian sehingga 8 jam sekaligus membangkitkan keyakinan dalam diri mereka untuk memberikan pengalaman baru untuk tampil menyerlah dan menawan.

Lux Magical Spell boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi dan kedai terpilih. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala isian semula 600ml berharga RM8.90.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Lux, layari www.facebook.com/LuxMalaysia.


Think Pink! Rekaan Eksentrik Tas Tangan Radley Untuk Kita-Kita Aje!

$
0
0

Bag tangan adalah pelengkap gaya bagi seorang wanita. Dengan adanya rekaan yang pelbagai di pasaran, kini para wanita di luar sana tidak perlu risau kerana mereka boleh membuat pertimbangan rekaan tas tangan yang bagaimana mereka mahukan.

Namun, kadang-kala, agak sukar bagi kita mendapatkan tas tangan yang lengkap dan sempurna dari segala segi. Sebagai contoh, nilai kualiti, kecantikan, kesempurnaan material yang digunakan, semuanya harus diambil kira, barulah berbaloi dengan wang yang dibelanjakan bagi memiliki satu-satu tas tangan itu.

radley_940x360

Radley adalah merupakan jenama klasik bagi bag tangan dan aksesori yang berasal daripada Kota London. Rekaan yang ditampilkan oleh Radley selalunya menggamit pandangan sesiapa yang melihatnya.

Tambahan pula, ia memiliki nilai eksentrik tersendiri disamping warna-warna yang digunakan juga sudah cukup untuk membezakan jenamanya dengan jenama-jenama terkemuka yang lain.

Dengan itu, baru-baru ini bersempena dengan musim luruh yang sedang berlangsung, Radley memperkenalkan koleksi ‘Think Pink’ baharu mereka yang bersifat lebih feminin dan minimalis.

Warna samar yang menjadi tema kali ini seperti rona merah jambu lembut memeriahkan lagi seleksi tas tangan daripada Radley untuk musim ini! Terdapat pelbagai saiz dan bentuk yang pastinya akan buat anda naik gila!

Millbank Small Ziptop Acrossbody: RM730
Millbank Small Ziptop Acrossbody: RM730
Hepburn Small Flapover Shoulder: RM860
Hepburn Small Flapover Shoulder: RM860
Fenchurch Street Small Ziptop Multiway: RM1190
Fenchurch Street Small Ziptop Multiway: RM1190
Portman Small Flapover Acrossbody
Portman Small Flapover Acrossbody
Keats Grove Med Ziptop Multiway: RM1330
Keats Grove Med Ziptop Multiway: RM1330

Cantik kan? Jika anda teringin memilikinya, untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Radley, sila layari laman sesawang rasmi mereka di www.radley.com.my

Raikan ‘Wings of Change’ Dengan SK-II

$
0
0

Pada musim perayaan ini, SK-II telah memberi Facial Treatment Essence satu penampilan yang baru dengan siri rekaan edisi terhad yang meraikan kuasa transformasi diri yang akan mengubah hidup anda.

Sebagai komitmen berterusan untuk memperkasakan wanita dengan kulit cerah berseri dan keyakinan untuk mencorak hidup mereka, SK-II telah tampil dengan rekaan artistik botol ‘Wings of Change’ sempena Krismas dan musim cuti ini.

Produk ikonik SK-II, Facial Treatment Essence, adalah keajaiban transformasi kecantikan. Pati kecantikan ini mengandungi lebih 90% Pitera™ – bahan istimewa yang terkandung di dalam semua produk SK-II – dan telah mentransformasikan kulit jutaan wanita seluruh dunia dengan memberi kulit cerah berseri. Tidak hairanlah ia diberi gelaran ‘air ajaib’ oleh pengguna setianya yang berjaya mengubah kulit mereka dengan SK-II.

DORONGAN:  Rama-rama merah jambu
DORONGAN: Rama-rama merah jambu

Rahsia kulit cerah berseri yang berkekalan adalah PiteraTM yang mengandungi asid amino, vitamin, asid organik, mineral, sakarida dan komponen lain yang penting untuk kulit. Dengan mengandungi lebih 90% PiteraTM, Facial Treatment Essence menggunakan kandungan uniknya untuk mengubah lima dimensi kulit menjadi cerah berseri.

Kini, setiap botol mendapat transformasi dalam bentuk tiga rekaan istimewa. Bertemakan ‘Wings of Change’, siri ini berinspirasikan dua daripada makhluk bersayap yang dikenali ramai – rama-rama dan burung madu (hummingbird) – sebagai simbol kecantikan proses transformasi dan kebarangkalian untuk menjangkaui potensi diri.

KETABAHAN: Burung madu biru
KETABAHAN: Burung madu biru

Untuk koleksi Facial Treatment Essence edisi terhad Festive 2015, SK-II telah mengabadikan rama-rama dan burung madu dalam tiga rekaan khas yang melambangkan kuasa perubahan yang memperkasa wanita untuk mengawal masa depannya.

Facial Treatment Essence edisi terhad (230ml) boleh didapati sebagai sebahagian daripada 4 set SK-II musim perayaan iaitu SK-II Iconic Set (RM620), SK-II Flawless Beauty Set (RM1,410), SK-II Beauty Blossom Set (RM852) dan SK-II Age Protect Set (RM1,181).

Boleh juga didapati sementara stok masih ada ialah 3 lagi set musim perayaan iaitu SK-II Pitera Red Butterfly Essential Set (RM229), SK-II Skin Indulgence Set (RM2,277) dan SK-II MEN Smart Set (RM579).

Apple Music: Burberry Akustik Bukti Burberry Bukan Hanya Sekadar Empayar Fesyen Semata

$
0
0

Julung buat kali yang pertama, Burberry London, antara jenama fesyen global yang terkemuka dan sangat terkenal dengan corak scottish “tartan” itu baru-baru ini telah berkolaborasi bersama Apple Music dalam menjayakan satu saluran dedikasinya dengan beberapa artis ikonik tempatan di Kota London termasuk lagu-lagu, persembahan penampilan khas dan filem disamping playlist atau senarai pemain muzik yang istimewa membawakan anda dengan pelbagai lagu-lagu dendangan bakat-bakat lama dan baru dalam industri muzik terkini.

Clare Maguire performing live at the Burberry Womenswear Autumn_Winter 2015 Show

Projek ini khasnya diilhamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Khidmat Kreatif Christopher Bailey. Beliau berkata, terdapat begitu ramai artis British yang luar biasa dan ini adalah merupakan satu peluang keemasan bagi Burberry untuk bekerjasama dengan mereka disamping para penghibur juga dapat mempamerkan bakat istimewa mereka”.

Benjamin Clementine performing live at the Burberry _London in Los Angeles_ eventClare Maguire performing live at the Burberry _London in Los Angeles_ event

Mengulas lanjut, “Muzik sentiasa berinteraksi denga kita dan saya terutamanya sangat teruja dengan perkongsian bersama Apple diatas platform ini. Burberry Acoustic telah membolehkan kami melangkah kesatu tahap yang lebih berinovasi, bukan sahaja berkecimpung di dalam bidang fesyen dan ciptaan wangian semata-mata malahan bidang hiburan berteknologi seperti ini yang dapat dikongsikan bersama para penonton dan pengikut Burberry.”

Selama ini, Burberry telah banyak menganjurkan pertunjukkan fesyen, kempen rasmi dan pelbagai acara gilang gemilang sambil diiringi muzik latar yang dinyanyikan oleh artis-artis tempatan London, antaranya adalah seperti Tom Odell, James Bay, George Ezra dan Keane dan ramai lagi.

Burberry launches on Apple Musi_003

Dengan itu, Burberry akan melancarkan saluran Apple music mereka dengan satu siri video eksklusif daripada artis-artis baru termasuk Lilla Vargen, Georgie dan Rhodes sambil ditemani persembahan daripada penyanyi dan penulis lagu ikonik British, Alison Moyet, yang akan dirakam pada majlis pertunjukan fesyen pakaian wanita Burberry di London yang akan berlangsung 21 September (Hari ini).

Bagi pengguna telefon pintar Apple, anda boleh mula melanggan Apple Music bagi menikmati saluran khas Burberry Acoustic dibawah bahagian ‘curators’ yang membolehkan anda mengakses lagu-lagu dan berita terkini berkaitan artis-artis kegemaran anda yang pernah membuat persembahan disepanjang pertunjukan fesyen, kempen dan pelbagai acara anjuran Burberry selain dapat memberi komen atau membuat perkongsian kandungan ini melalui Mesej, Facebook, Twitter dan email.

Rhodes performing live at the Burberry Menswear Spring Summer 2016 Sho_001

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi Burberry Acoustic, sila layari uk.burberry.com

Lebih Banyak Pilihan Dengan “Meal For 2” di Chili’s!

$
0
0

Minggu lepas, penulis berpeluang menikmati beberapa menu baharu sempena kempen yang dibuat Chili’s Grill & Bar Restaurant Malaysia. 

Menariknya, Chili’s Grill & Bar Restaurant Malaysia mengambil langkah lebih jauh dengan promosi baharu “Meal For 2” yang menawarkan makan tiga sajian untuk dua sama ada RM75 atau RM100, yang merangkumi pembuka selera dan sajian utama. Tawaran adalah terhad, tidak termasuk minuman atau cukai. Promosi tersedia di semua cawangan Chili’s Grill & Bar Restaurant seluruh Malaysia. 

Langkah 1 – Pilih menu sama RM75 atau RM100

Langkah 2 – Kemudia pilih salah satu daripada tiga pembuka selera dalam menu promosi

Langkah 3 – Pilih dua entress dari menu pilihan

Langkah 4 – Nikmati makanan untuk 2 orang bersama keluarga, kawan, rakan ataupun insan teristimewa. 

Screen Shot 2015-09-21 at 11.59.05 AM

Screen Shot 2015-09-21 at 11.59.10 AM

Mudahkan? Apa lagi, pergilah ke Chili’s tengok pilihan makanan yang ditawarkan. Promosi berlangsung sehingga 27 September 2015. 

Untuk sebarang info, anda boleh semak di laman web rasmi.

Tuan Rumah Terkejut Ada Kaki Terjuntai Di Syiling Rumah

$
0
0

Seorang pemilik rumah yang baru pulang bekerja terkejut sejurus melihat sepasang kaki manusia terjuntai di siling kediamannya.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, mangsa berusia 40-an akhirnya menyedari kaki itu adalah milik pencuri yang memecah masuk rumahnya di Wangsa Melawati di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa ketika itu baru saja pulang daripada bekerja sebelum membuka pintu kediamannya.

“Bagaimanapun sebaik berada di ruang tamu rumahnya, mangsa terkejut apabila melihat kaki manusia dari paras pinggang memanjat keluar melalui siling.

“Mangsa yang terkejut terus menjerit meminta tolong daripada beberapa jiran menyebabkan suspek panik dan melarikan diri,” katanya.

Mohd Roy berkata, suspek bagaimanapun sempat membawa lari komputer riba dan pelbagai barangan berharga milik mangsa dianggarkan bernilai lebih RM3,000.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati suspek memecah masuk kediaman itu melalui bahagian bumbung dengan menanggalkan kepingan atap genting.

“Suspek dipercayai bergerak bersendirian dan operasi memburunya masih giat dijalankan,”katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Katanya, orang awam juga dinasihati berhati-hati dan melaporkan kepada polis sekiranya ternampak individu mencurigakan di kawasan perumahan mereka.

“Polis juga akan mempertingkatkan rondaan bagi mencegah jenayah dan mengesan suspek,” tegasnya.

SUMBER

Kualiti Udara Bakal Merosot Lagi Hari Ini

$
0
0

Kualiti udara di beberapa lokasi seluruh negara dijangka kembali merosot hari ini berikutan perubahan corak tiupan angin yang menolak asap pembakaran hutan di Indonesia ke Malaysia.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Hisham Mohd Anip berkata, sekalipun Monsun Barat Daya sudah tamat, negara masih berdepan risiko jerebu sementara, kesan daripada perubahan angin.

“Bagi tempoh dua ke tiga hari ini, angin bertiup dari arah timur dan memudahkan hujan berlaku di beberapa lokasi.

“Tapi, bermula lewat hari ini (semalam), angin akan berubah arah dan bertiup dari Sumatera dan Kalimantan ke negara kita.

Foto oleh Youtube -Azim Ibrahim
Foto oleh Youtube -Azim Ibrahim

“Keadaan ini boleh mendatangkan jerebu dan kita jangka ia berterusan antara tujuh hingga sepuluh hari, bergantung kepada kelajuan angin dan situasi di punca kebakaran,” katanya.

Katanya, orang ramai diminta tidak panik memandangkan ia buat sementara.

Berdasarkan laporan dikeluarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) petang semalam, 12 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik berbanding 17 di sebelah pagi.

Antara lokasi terbabit, Muar, Seremban, Sibu dan Petaling Jaya.

Bacaan IPU semasa boleh disemak menerusi portal http://apims.doe.gov.my.

SUMBER

Penyanyi Janet Jackson Peluk Islam

$
0
0

Penyanyi Janet Jackson dilaporkan sudah memeluk Islam. Beberapa laporan di luar negara mengatakan penyanyi berkenaan begitu serius mendalami agama Islam termasuk sudah tampil dengan imej yang sopan dan mengawal gerak tariannya ketika meneruskan siri jelajah ‘Unbreakable.

Sumber yang berkongsi dengan akhbar The Sun memberitahu, Janet yang juga isteri kepada ahli perniagaan kaya, Wissam Al Mana begitu menghormati Islam.

“Dia sudah seperti menemui hidup baharu dengan agama Islam. Malah keluarganya juga merestui keputusannya itu. Dia banyak menghabiskan masa dengan mempelajari serta mengkaji keindahan Islam itu sendiri,” kata sumber.

Malah, Janet kini tampil dengan imej yang lebih sopan dan tidak melakukan tarian yang melampau mahupun menggoda sewaktu siri jelajah Unbreakable bersempena dengan kemunculan semula beliau dalam bidang hiburan. Janet juga dikatakan mengakhiri konsert jelajahnya dengan menyebut Insya-Allah.

[SUMBER]


Koleksi Pakaian Wanita Coach Musim Bunga 2016, Gaya Eksentrik Klasik New York

$
0
0

Menjelang lembaran yang baru, Coach tampil memperkenalkan rekaan baharu musim bunga 2016 khas untuk para wanita diluar sana.

Meraikan ulang tahun ke-75 dalam mengecapi kejayaannya yang unggul, Coach buat pertama kalinya mempamerkan rekaannya yang eksentrik diatas pentas New York Fashion Week NYFW bersama koleksi rekaan terbaru oleh Stuart Vevers yang memperkenalkan variasi fesyen Coach tahun 1941.

PicMonkey Collage3

Dalam menyisipkan gaya ikonik amerika, koleksi musim bunga 2016 Coach mengetengahkan gabungan inspirasi romantis percintaan dan kebebasan yang diambil daripada kualiti sinematik lanskap bumi Amerika bersama suntikan atmosfera New York.

PicMonkey Collage1

Rekaan yang mengambarkan “countercultures” dapat dilihat daripada seni cantuman fabrik yang digunakan keatas setiap rekaan. Gabungan menarik dan tampak klasik sesuai untuk mereka yang gemarkan suatu kelainan dalam berfesyen.

PicMonkey Collage4

Koleksi musim bunga daripada Coach kali ini adalah istimewa kerana ia meraikan ketidaksempurnaan struktur fabrik dan material yang digunakan kerana ketidaksempurnaan itulah yang sememangnya menyumbang karakter kepada setiap rekaan yang ada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi musim bunga Coach 2016, sila layari www.coach.com.

Kesempurnaan! Koleksi Nike Air Max 90 City Untuk Para Wanita

$
0
0

Koleksi FA15 Air Max 90 City meneruskan tradisi menghasilkan footwear dengan rona pop yang mampu menyerlahkan penampilan.

Enam model seperti New York, Paris, Tokyo, London, Shanghai dan Milan, mansing-masing menawarkan rasa yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keinginan estetik. 

Koleksi klasik Air Max 90 adalah sebuah karya yang bergerak mengikut peredaran sejak dicipta pada tahun 1990. Sejak itu, pereka Nike telah mereka bentuk ikonik setiap tahun tetapi ia kekal koleksi yang didambakan dan ditunggu-tunggu.

LONDON - ETON MESS
LONDON – ETON MESS
MILAN - APERITIVO
MILAN – APERITIVO
NEW YORK - STRAWBERRY CHEESECAKE
NEW YORK – STRAWBERRY CHEESECAKE
PARIS - MACARON
PARIS – MACARON
SHANGHAI - MUST WIN CAKE
SHANGHAI – MUST WIN CAKE
TOKYO - HARAJUKU CREPE
TOKYO – HARAJUKU CREPE

FA15 Air Max 90 City akan berada di pasaran pada 18 September di semua kedai peruncit Nike Sportswear dan secara online nike.com/sportswear.

Tips! Insomnia? Cara Dapatkan Waktu Tidur Yang Ideal Untuk Tubuh Anda

$
0
0

Masalah tidur merupakan perkara biasa bagi semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita, terutamanya apabila umur anda semakin meningkat. Masalah insomnia atau sukar untuk tidur ini terjadi disebabkan beberapa pengaruh antaranya adalah jika anda terlalu banyak berfikir, terlalu stress dan risau akan sesuatu perkara, atau mungkin anda terlalu obses dengan media sosial hingga anda terleka melengkapkan waktu tidur dan rehat anda dengan sempurna.

Disini terdapat beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk memanjangkan waktu tidur anda dan membantu anda untuk dapat tidur dengan lebih mudah.

#1 Pejamkan mata dan rehat beberapa minit setiap hari

Anda orang kata, tidur sebentar pada waktu tengahari adalah tidak bagus, tetapi, yakinlah bahawa tidur sekejap itu adalah baik untuk tubuh anda. Pastikan anda melelapkan mata buat seketika waktu, ambil masa sekitar 10-20 minit sehari. Ini akan dapat membantu anda untuk berasa segar semula. Waktu yang terbaik adalah waktu sebelum Zohor diantara pukul 12pm-1pm. Cubalah!

#2 Cuba kawal emosi dan perasaan risau anda

Cari masa yang bersesuaian setiap hari untuk anda memikirkan perihal masalah anda. Mungkin 10-15 minit sebelum anda masuk tidur setiap hari pada waktu yang sama. Jika tiada sesiapa yang dapat mendengar luahan hati anda, cubalah nukilkan masalah anda di dalam diari peribadi. Sedikit sebanyak ia dapat melegakan hati anda yang resah itu. Ini akan dapat membantu agar anda tidak terus memikirkan masalah anda sehingga terbawa-bawa didalam tidur seterusnya menjejaskan waktu tidur anda. Ajar diri anda untuk jadi berdisiplin. Untuk kebaikan diri anda juga bukan?

#3 Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari sejurus anda bangun tidur

Janganlah membuang masa melepak dan berguling diatas katil. Apakata anda cuba ubah tabiat buruk anda itu untuk terus bangkit menghadap matahari. Cahaya Matahari dapat membantu badan anda untuk bingkas terjaga daripada keletihan selepas bangun daripada tidur. Ia bagaikan jam biologi semulajadi yang berupaya memberitahu tubuh anda bahawa telah tiba masanya untuk bangun dan bekerja! Dalam pada masa yang sama, ia juga akan menggerakan tubuh anda untuk tidur pada waktunya, iaitu 14-16 jam selepas anda bangun dari tidur.

#4 Elakan mandi air panas

Terdapat banyak kebaikan memandi air panas sebelum ini yang mengatakan ia dapat membantu badan anda untuk kekal relaks. Tetapi apa yang anda tidak tahu, mandi dengan air panas itu sebenarnya buatkan badan anda terus terjaga dan segar. Jika anda tetap mahu mandi dengan air panas, pastikan ianya dilakukan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda tidur agar badan anda mempunyai masa untuk sejuk terlebih dahulu.

#5 Jadikan bilik anda lebih nyaman dan sejuk

Anda harus menyejukan badan anda agar ianya bersedia untuk tidur dan berasa mengantuk. Jadi, untuk dapatkan waktu tidur yang sempurna, pastikan persekitaran bilik anda cukup sejuk dan nyaman. Cuba bayangkan… waktu sejuk, selimut yang gebu dan lembut, bantal dan tilam yang empuk! Memang sedap untuk tidur kan?

#6 Bersenam secara bersungguh-sungguh

Jika anda nak bersenam, pastikan anda melakukan senaman tersebut dengan sepenuh jiwa. Bukan bercinta sahaja yang perlukan jiwa tahu? Lakukan setiap gerak senaman dengan bersungguh-sungguh. Ini akan dapat mendorong diri anda untuk tidur dengan nyenyak. Tetapi, harus diingatkan, lakukan senaman mengikut kemampuan anda, janganlah terlalu memaksa diri sehingga ia mencederakan diri anda sendiri. Jika anda rasa anda mampu berlari sejauh 5 batu dalam satu-satu masa, lakukannya. Jika tidak, berjalan kaki dalam masa 20 minit pun sudah memadai. Asalkan sahaja anda melakukan sesuatu yang mendorong tubuh anda untuk menjadi penat dan memerlukan rehat, itu kemudiannya akan membuatkan anda lebih cepat tidur.

#7 Jaga kesihatan fizikal anda

Anda sakit leher malam tadi? Tersilap posisi tidur mungkin? Apa kata malam ini anda ubah posisi tidur anda. Tidur secara menelentang, rehatkan badan anda diatas tilam, hela nafas dalam-dalam dan gunakan bantal yang lebih lembut material dan fabriknya. Anda juga boleh cuba letakkan bantal dibawah pelipat kaki anda untuk menyokong keselesaan tubuh anda ketika tidur.

#8 Lakukan ritual tidur yang berkesan untuk anda

Minum segelas susu atau teh herba sebelum tidur? Tidak perlu. Ritual itu tidak membantu mendorong seseorang untuk lekas tidur. Oleh itu, cuba cari rutin harian sebelum tidur yang lebih berkesan buat diri anda. Walau apa pun ianya, cuba manfaatkan rutin itu sebaiknya untuk diri anda dan jadilah berdisplin dengan melakukannya setiap hari. Mungkin anda boleh menyemak kembali jadual kerja anda untuk esok, atau fikirkan berkenaan dengan menu sarapan apa yang anda henaak masak di pagi hari disamping menyediakan baju kerja untuk dipakai esok. Barangkali, jika anda telah menyusun jadual anda dengan teratur dan cuba menjadi lebih tersusun, ini akan mengurangkan rasa cemas anda keesokan paginya. Semuanya akan berjalan lebih lancar! Tak perlu kelam-kabut!

#9 Merangsang diri anda untuk kurangkan tekanan

Relaks sahaja tidak cukup untuk buat kita. Tertekan berkenaan dengan kondisi kewangan ekonomi keluarga, tertekan kerana masalah keluarga dan kerja. Apabila semua masalah ini bergabung menjadi satu, ia buat kita jadi separuh mati! Jadi, untuk melunaskan semua permasalahan diri anda itu, relaks sahaj tidak cukup. Anda harus merangsang diri anda. Gunakan sikologi. Ubah cara pemikiran yang selama ini meracuni gerak-geri kita. Meditasi dapat bantu menenangkan diri kita. Mendengar muzik alunan perlahan atau bunyi-bunyian alam semulajadi juga membantu. Klik disini untuk bunyi ombak. 

#10 Letakan pen dan buku nota berdekatan dengan katil anda

Selalunya kita akan ambil masa sebelum tidur itu untuk berangan atau tiba-tiba sahaja kita akan terfikirkan perkara-perkara penting berkenaan dengan rancangan esok hari, oleh itu, cuba nukil kan idea-idea bernas anda itu diatas sehelai kertas. Bila tiba hari keesokannya, tak perlulah anda bersusah payah memerah otak untuk ingat kembali idea apa yang anda fikirkan malam tadi okay? Semuanya sudah tertulis! Apabila diri anda tenang dan anda sebolehnya cuba untuk melepaskan diri anda daripada segala tekanan dan rasa cemas, anda akan dapat melelapkan mata dalam masa yang singat seterusnya memperolehi kualiti tidur yang lebih sempurna.

Diharap tips ini berguna dan dapat membantu anda. Mimpi yang indah!

 

 

 

Lenovo PHAB Plus Baharu! Sensasi Inovasi Gabungan Dua Peranti Mudah Alih Terkini

$
0
0

Lenovo, antara syarikat global peneraju alatan peranti mudah alih kini semakin berkembang dan menjadi perhatian para peminat gajet terutamanya di Malaysia.

Semalam, bertempat di Zouk Club Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, Lenovo buat julung-julung kalinya melancarkan produk evolusi baru mereka yang digelar PHAB. PHAB berfungsi dua dalam satu sebagai telefon dan tablet adalah inovasi terkini yang akan memudahkan kehidupan seharian para pengguna agar lebih efisyen.

Lenovo PHAB Plus Media Launch - 2

Sehubungan itu, para pengguna kini tidak perlu lagi berhabis wang untuk memiliki kedua-dua alatan elektronik berkenaan. Gabungan antara kedua alat peranti mudah alih berkenaan adalah ciptaan yang menakjubkan dengan kelebaran paparan berukuran 6.8-inci, Lenovo PHAB Plus sendiri sememangnya akan memudahkan tugasan harian anda disamping menampilkan ciri-ciri yang terbaik lebih daripada sekadar telefon pintar dan tablet biasa boleh berikan.

Lenovo PHAB Plus juga tidak seperti mana-mana phablet yang ada di pasaran kerana saiznya sesuai untuk dipegang dan digunakan hanya dengan menggunakan satu tangan sahaja.

Suzy - Duta Lenovo PHAB
Suzy – Duta Lenovo PHAB

Tidak kurang juga, ianya akan memberi anda suatu pengalaman luar biasa kerana mempunyai paparan HD (High Definition) penuh serta sistem bunyi yang lebih lebih jelas.

Kualiti gambar yang mempunyai definisi lebih jelas bisa dihasilkan. Untuk fungsi aplikasi kamera pula, Lenovo PHAB Plus mempunyai 13 MP untuk kamera belakang dan 5 MP untuk kamera hadapan. Bagi penggemar selfie, Lenovo PHAB Plus sesuai untuk anda! Mempunyai fungsi selfie panorama dan dwi-flash LED.

Jadi, tidak kisahlah jika anda adalah kidal ataupun normal, Lenovo PHAB Plus telah dioptimumkan untuk kegunaan satu tangan, menjadikannya lebih selesa untuk dipegang dan dikawal. Sepantas kilat, pengguna boleh menghidupkan paparan dengan sentuhan dua kali atau ‘double-tap’.

Naib Presiden, E-Media Business group, Dolby Laboratories, John Couling berkata, “Lenovo PHAB Plus dikuasakan dengan Dolby Atmos memberikan pengalaman hiburan yang terbaik, lebih-lebih lagi ‘gamers’ di luar sana, anda pasti mahu memiliki Lenovo PHAB Plus ini.”

Rekaannya yang menarik disertai penggunaan material aluminium ringan turut menjadi salah satu faktor mengapa ianya cukup istimewa dibandingkan dengan phablet-phablet yang lain.

Harga pengenalan Lenovo PHAB Plus adalah RM1, 199, boleh didapati disemua butik dan pengedar Lenovo yang sah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spesifikasi Lenovo PHAB Plus, sila layari www.lenovo.com

 

Johor Masih Kekal Dalam Malaysia

$
0
0

Nusajaya: Kerajaan negeri menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Johor akan keluar dari Malaysia dan membentuk negara sendiri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata, adalah mustahil untuk perkara itu (keluar Malaysia) berlaku berikutan Johor berjanji untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Foto oleh effortlab.com
Foto oleh effortlab.com

“Berhubung kita (Johor) hendak keluar Malaysia, ia hanya pandangan rakyat dan mustahil, malah ia tidak boleh berlaku. Ini bukan perkara mudah, ia memerlukan proses yang sangat banyak dan panjang.

“Kita juga bersetuju untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini, semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa dalam setiap hal atau isu yang timbul, lebih-lebih lagi yang mengundang kekeliruan.

header-johor

Katanya, antara contoh ialah isu titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini berhubung hal bendera yang diviralkan di laman sosial di mana ia perlu dirujuk bagi mengetahui kesahihan berita terbabit.

“Apabila timbul isu yang menjadi kekeliruan seumpama ini, orang ramai perlu merujuk pihak berkuasa termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Ismail berkata, adalah tidak elok untuk membuat andaian dan mengundang spekulasi tidak baik terhadap pentadbiran negeri ini.

SUMBER

Susulan Kes: 11 Suspek Pembunuhan Kevin Morais Ditahan

$
0
0

Seramai 11 suspek lelaki sudah ditahan polis sehingga kini berhubung kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang ditemui mati ditanam dalam tong dram di Subang Jaya, Selangor, 16 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, salah seorang suspek yang dikehendaki polis berhubung kes itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul jam 4.15 petang semalam.

Menurutnya, suspek berusia 20-an itu akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Enam daripada 11 suspek yang ditahan disambung tempoh reman tujuh hari lagi sehingga 28 September depan selepas Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, membenarkan permohonan,” katanya.

Beliau berkata, susulan pengesahan ujian DNA ahli keluarga mendiang dijangka menuntut mayat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini untuk urusan pengebumian.

SUMBER

#WifiSelangorku – Selangor Nikmati Kemudahan Wifi Percuma

$
0
0

Untuk makluman anda, rakyat di negeri ini bakal menikmati kemudahan Wifi secara lebih meluas dengan 2,500 hotspot di beberapa lokasi seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknolgi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat hari ini (22 September), sebanyak 800 lokasi hotspot Wifi Selangorku disediakan.

“Jumlah itu menjadikan sebanyak 920 lokasi penghujung Oktober 2015. Baki tambahan sebanyak 1,580 hotspot dijangka akan siap dipasang pada akhir tahun 2015 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,500 hotspot,” katanya kepada pemberita.

Nik Nazmi berkata pemilihan lokasi hotspot dilakukan berdasarkan kepada sasaran pengguna iaitu pelajar, golongan berpendapatan rendah, kawasan luar bandar dan kawasan pelancongan.

“Pengguna boleh mengenal pasti zon Wifi percuma ini berdasarkan papan tanda Wifi Selangorku atau apabila alat peranti yang mempunyai kebolehan Wifi dapat mengesan isyarat perkhidmatan ‘Wifi Selangorku’,” katanya.

Beliau berkata pengguna di lokasi Wifi hotspot akan merasai teknologi berbeza bergantung kepada teknologi sedia ada di zon terbabit.

“Bagi zon wifi menggunakan teknologi fiber optik, pengguna akan menikmati capaian kelajuan minima 1Mbps, kita jangka hujung tahun ini, kita akan menggunakan teknologi itu.

“Manakala zon Wifi menggunakan teknologi Asymmetric Digital Subsriber Line (ADSL) dan teknologi 3G/LTE, pengguna berpeluang menikmati capaian maksima 1Mbps. Ianya bergantung kepada kesediaan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi dilokasi itu,” katanya.

Sekiranya berminat untuk memohon perkhidmatan Wifi Selangorku dilokasi tertentu, boleh menghubungi pihak MBI atau bahagian Teknologi Maklumat untuk proses penilaian selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2015.

Untuk sebarang makluman, boleh semak di Twitter Wifi Selangorku. 

[SUMBER]


THE LITTLE BIG CLUB: Alami Keseronokan Fun Family Fiesta Di Puteri Harbour Nusajaya!

$
0
0

Bersempena dengan musim cuti sekolah, terdapat satu acara gilang gemilang dan pelbagai aktiviti menarik bertempat di Puteri Harbour Nusajaya, Johor, khas buat si cilik kesayangan anda!

Eksklusif dari 19 – 27 September ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik “Thomas Knowledge Hunts”. Disamping menyelesaikan cabaran-cabaran yang ada di dalam permainan memburu, ini seterusnya akan menggalakkan anda dan anak-anak anda untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama.

Apa kata, anda sebagai ibu bapa pergi meluangkan masa dengan membawa anak-anak anda merasai sendiri pengalaman pengembaraan memburu “Thomas Knowledge Hunts” yang berdurasi selama 40 minit. Disitu, anda dikehendaki menyelesaikan pelbagai cabaran yang mencabar minda antaranya seperti menyelesaikan pelbagai teka-teki dalam usaha anda untuk menyelesaikan aktiviti pemburuan pengetahuan berkenaan. Jika anda berjaya, anda bakal menerima ganjaran yang menarik!

Selepas itu, anda boleh berhibur seharian bersama dengan watak-watak kartun animasi kegemaran mereka!

Thomas Train Family Ride

THE LITTLE BIG CLUB, satu-satunya taman tema yang menyatukan lima watak hiburan HIT di bawah satu bumbung! Ia menawarkan pelbagai hiburan interaktif dan tunggangan yang menarik untuk dirasai oleh kanak-kanak, termasuklah membina rumah di taman permainan watak Bob The Builder!

Bob-Slide-Ride1

Jika anak-anak anda merupakan peminat tegar rancangan Barney and Friends, ini adalah peluang keemasan untuk mereka dimana mereka berpeluang melihat sendiri dan berada di set pengambaran rancangan tersebut seperti yang dilihat di dalam televisyen disamping mereka juga boleh berjumpa Angelina Ballerina dan belajar tarian ballet bersamanya!

Barney-Playhouse1

Selain itu di aras tiga (3) taman tema, terdapat bilik parti khas Thomas & Friends bagi sesiapa yang berhajat untuk menyambut ulang tahun sambil ditemani watak-watak kegemaran mereka. Hari jadi anak anda pasti menjadi satu kenangna yang tidak dapat dilupakan!

Maroon-Station

Tidak ketinggalan, Pingu pula akan memeriahkan kedatangan pengunjung ke taman tema berkenaan dengan beberapa permainan menarik seperti bowling, bola keranjang, hoki ais dan banyak lagi. SEgala aktiviti dan hiburan oleh Pingu akan berada di aras dua taman tema THE LITTLE BIG CLUB.

Angelina's-Dance-Studio

Sertai Barney, Angelina Ballerina, Bob The Builder, Thomas & Friends dan Pingu mengembara ke satu alam keseronokan di THE LITTLE BIG CLUB! Dibuka dari jam 10.00 am hingga 6.00 pm setiap hari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan kemasukkan ke taman tema THE LITTLE BIG CLUB, sila layari www.playtime.com.my

Jom bermain sambil berhibur! Jumpa anda di sana!

Short Getaway ke Bali? Promosi Istimewa Sempena Hari Raya Haji

$
0
0

Short getaway ke Bali? 

Dari pantai tenang Uluwatu ke hiruk-pikuk Kuta, tidak hairanlah Island of Gods ini terus menarik pelancong dari seluruh dunia ke sana. Menerokai Bali dan banyak lagi sempena Hari Raya Haji ini dan nikmati penjimatan hebat dengan Hotels.com.

Bayangkan sama ada anda mahu memanjakan diri di tepi pantai di Seminyak, surfing di Dreamworld ataupun meneroka kuil purba Pura Besakih di Ubud, kiranya pelbagai perkara menarik dan menghiburkan berlaku di sana. 

Tetapi jika anda ‘penat’ dengan Bali, anda boleh ke percutian pantai. Di mana berjemur di bawah matahari di Pantai Railay, Krabi. Ataupun meneroka batu kapur di Phang Nga Bay, Phuket.

Untuk semua ini, anda perlu membuat tempahan sebelum 30 Oktober 2014 dan nikmati diskaun sehingga 40%. Semua tawaran adalah sah untuk perjalanan pada 17 Disember 2015 di Hotels.com.

Bali

Krabi

Phuket

Gaya Mewah Amerikana Klasik Untuk Koleksi Musim Bunga 2016 Polo Ralph Lauren

$
0
0

Polo Raplh Lauren untuk wanita adalah merupakan simbol ekspresi keperibadian untuk para wanita moden. Ciri kasual dan gaya sporty diterapkan dalam setiap helaian rekaan agar kelihatan sofistikated.

SPRING 2016 POLO FOR WOMEN'S PRESENTATION

Kali ini, koleksi musim bunga 2016 untuk wanita daripada Polo Ralph Lauren menampilkan konsep yang lebih santai dan bertenaga. Corak bunga-bungaan yang diketengahkan menceriakan lagi setiap rekaan agar tampak lebih menonjol dan berani, sekaligus menyerlahkan gaya si pemakai.

Polo-Ralph-Lauren-600x551

Warna-warna terang yang digunakan adalah seperti warna merah, kuning, merah jambu, hijau, indogo, termasuk dua rona asas classy iaitu putih dan hitam.

SPRING 2016 POLO FOR WOMEN'S PRESENTATION

Perincian fringe pula menjadi sisi utama bagi koleksi daripada Polo Ralph Lauren musim ini. Gaya yang lebih edgy dan bersahaja itu sengaja diterapkan ke dalam rekaan khas buat mereka yang gemarkan gaya fesyen ‘boho chic’. 

SPRING 2016 POLO FOR WOMEN'S PRESENTATION

Tidak ketinggalan, fabrik dan material yang digunakan ke atas setiap rekaan juga adalah sangat eksklusif!

Untuk maklumat lanjut berkenaan Koleksi Musim Bunga 2016 Polo Ralph Lauren, sila www.ralphlauren.asia.

UNIQLO Lancar Koleksi Musim Luruh/Sejuk UU Kids 2015

$
0
0

UNIQLO mengumumkan pelancaran Koleksi Musim Luruh/Sejuk UU Kids 2015, yang dibangunkan dengan kerjasama jenama fesyen UNDERCOVER. 

UU Kids menggabungkan asas-asas UNIQLO yang berkualiti tinggi dengan diilhamkan fesyen mewah UNDERCOVER seperti yang dilihat untuk koleksi musim luruh/sejuk 2015 ini. 

Malah, pereka yang menciptanya Jun Takahashi dan RICO mahu setiap kanak-kanak yang memakai pakaian mereka sentiasa rasa nikmat dan gembira.

uniqlo1

UU Kids menawarkan 17 gaya dalam 40 warna dan corak, memfokuskan stail UNDERCOVER dan pemilihan warna-warna terang dan ceria untuk kanak-kanak. Sebagai contoh gaya sukan untuk kanak-kanak lelaki dan kolej untuk kanak-kanak perempuan. 

Bukan itu sahaja, koleksi ini direka untuk membolehkan kanak-kanak bergerak bebas melakukan aktiviti lasak, menggabungkan bahan-bahan ringan, jaket dan kardigan yang easy-to-wear. Malah, koleksi ini juga bersesuaian untuk para ibu bapa yang mencari baju sejuk kanak-kanak bila ingin melancong ke negara empat musim. 

uniqlo2

uniqlo3

uniqlo4

uniqlo5

uniqlo6

uniqloo

Koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di Fahrenheit 88, 1 Utama, Mid Valley Megamall dan IOI City Mall dan juga secara online. 

Anda boleh lihat koleksi UU Kids di http://www.uniqlo.com/jp/store/feature/uq/uu/kids/.

Punca Dan Cara Tangani Nafas Mulut Berbau

$
0
0

Pernah tak anda mengalami situasi dimana sedang rancak berbual ni, seronok bergosip bukan main! Akan tetapi tiba-tiba anda terhidu sesuatu yang datangnya dari rakan anda itu? Bau yang sungguh tidak menyenangkan hidung anda. BAU APA NI?! Eh tak mungkinlah anda begitu selamba nak menegur kan? Ya. Nafas mulut berbau.

Date-night-mistakes-to-avoid-breath_or_fart

Masalah nafas mulut berbau atau bahasa saintifiknya halitosis adalah sejenis komplikasi yang sering berlaku pada setiap manusia. Sedarlah anda bahawa bukan semua orang itu sempurna. Puncanya adalah disebabkan oleh gas yang terhasil daripada pembiakan bakteria tidak baik di dalam mulut seseorang terutamanya pada gusi, lidah dan di celah-celah gigi. Tambahan pula, gas itu mengandungi sulfur yang telah menyebabkan ia berbau busuk bagai daging bangkai yang sedang mereput. Eww.

1414f3a446e62f496aa031b0c33e69a3

Selain itu, kekurangan air liur juga sedikit sebanyak menyumbang kepada permasalahan nafas mulut berbau ini, lebih-lebih lagi individu yang suka tidur dalam keadaan mulut ternganga. Bernafas melalui mulut akan membuatkan air liur kering dan apabila itu berlaku, ianya akan membuatkan nafas anda berbau.

Air liur adalah cecair yang bagus. Ianya berfungsi untuk membersihkan mulut kita daripada bakteria yang tidak perlu selain sisa makanan yang tertinggal pada gusi dan gigi anda.

Tetapi kawan-kawan, anda usahlah risau, terdapat banyak petua dan cara mudah yang boleh anda ikuti demi menyahkan nafas berbau! Jom lawan!

#1 Jaga kebersihan mulut anda dengan teratur

tumblr_npyg2wWGSC1unjgtoo1_500

Selain rutin harian memberus gigi, janganlah pula anda lupa akan kebersihan lidah anda. Lidah juga perlu belaian kasih sayang daripada tuannya. Walaupun kita mengunyah makanan dengan gigi, tidak mustahil jika kebersihan lidah juga terjejas. Gunalah flos untuk mengeluarkan kotoran dan sisa makanan tersekat dicelah-celah ruang antara gigi anda. Untuk lidah, anda bisa membeli batang pembersih lidah dimana-mana farmasi berdekatan dan titikan sedikit cecair ubat kumur sebelum digosok pada lidah anda itu. Pasti nafas anda berbau lebih segar nanti!

#2 Minum air dan kunyah gula-gula getah

tumblr_inline_n2c3e95e4v1rvdr5o

Minum banyak air kosong dan mengunyah gula-gula getah juga dapat membantu mulut anda untuk hasilkan lebih banyak air liur. Untuk pengetahuan anda, secara purata, seorang manusia menghasilkan hingga 2 liter air liur sehari! Hebat kan? Untuk menghindar nafas berbau, kita perlu menggalakkan pertambahan air liur di dalam mulut. Oleh itu, sila berhenti minum dan makan benda-benda yang bergula. Sebaliknya gantikan dengan air kosong dan harus diingatkan, cari gula-gula getah yang tidak bergula okay?

#3 Kumur dengan cecair pencuci mulut

Date-night-mistakes-to-avoid-bad_breath

Penyakit gusi akan menyebabkan gusi anda terobek daripada cengkaman gigi. Dengan itu, lebih mudah bakteria memasuki kawasan ruangan yang terdedah. Lakukan perbuatan mengumur dengan cecair pencuci mulut setiap kali selepas anda memberus gigi kerana terdapat kawasan didalam mulut anda yang sukar dicapai oleh berus gigi. Jika anda berkumur, ini sekaligus akan membantu membersihkan ruang dan kawasan yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi, dalam masa yang sama dapat menghindar pembiakan bakteria.

#4 Pemeriksaan berkala di klinik gigi

6357179685512584041916729103_tumblr_me4zz1RdUX1r6md6zo1_500

Tahukah anda sebenarnya antara punca utama nafas mulut berbau adalah kerana penyakit gusi dan plak (sisa makanan yang telah lama tersekat dicelah gigi mengeras dan berwarna hitam). Nafas berbau menandakan mulut anda tidak sihat dan ia harus dirawat secepat yang mungkin. Lakukan pemeriksaan gigi berkala agar kesihatan mulut anda terjaga dan bersih sentiasa. Jangan tunggu hingga gigi anda gugur baru heboh seluruh kampung nak pergi klinik gigi. Masa itu nasi dah menjadi bubur, tiada berguna.

SUMBER

Viewing all 14586 articles
Browse latest View live