Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14579 articles
Browse latest View live

McDonalds Ada Spageti? Lihat Menu McD Yang Tiada Di Malaysia

$
0
0

Rangkaian makanan segera McDonalds antara paling popular di dunia. Kalau anda travel kemana sahaja di pelusuk muka bumi pasti terjumpa dengan restoran fast-food ini. Menu utama McDonalds yang biasanya mendapat tempat dihati pelanggannya ialah hidangan burger daging beserta kepingan keju. Bukan itu sahaja, hidangan pencuci mulut seperti aiskrim McFlurry dan Sundae boleh buat orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmatinya.

Kalau di Malaysia, McD keluarkan menu mengikut citarasa tempatan seperti Bubur McD, Nasi McD dan Cakoi McD. Bagaimana pula dengan McDonalds dinegara lain? Mesti ada kelainan yang mereka sediakan untuk pelanggan tempatan mereka.

Jom lihat menu unik McDonalds yang lain…

# Filipina

McSpaghetti

Terkejut rasa bila McDonalds ada menjual hidangan spageti di Filipina dan ia antara menu yang paling laku! Dahulu McD pernah mencuba di Itali tapi orang Itali menolaknya kerana tidak berpuas hati tiada kualiti seperti spageti Itali yang sebenar. Akhirnya di Filipina juga McSpaghetti disukai dan paling best makan dengan ayam goreng McD!

Foto – Twitter
# Jepun

Carbonara Fries

Baru sahaja dijual pada bulan Oktober lalu dan ianya hanya untuk masa yang terhad. Kentang goreng McD yang dicurah kuah carbonara berkeju pekat. Istimewa kuah carbonara ia dimasak dengan tiga jenis keju, bakon dan lada hitam. 

Foto – Insider
# India

Maharaja Mac

Sama seperti Big Mac tapi bezanya, Maharaja Mac dijual dengan kepingan daging ayam dan sayuran. Ini diatas memenuhi keperluan pelanggan di India yang rata-ratanya tidak memakan daging lembu. Maharaja Mac boleh dikatakan burger yang sihat berbanding Big Mac. Hehehe~ 

Foto – Google Sites
# Kanada

Poutine Fries

Sedapnya! Hidangan asal dari Quebec, Kanada ini telah mengubah citarasa penggemar kentang goreng McD. Pelanggan akan mendapat sekotak kentang goreng yang disalut kuah lada hitam berperasa ayam dan taburan keju. Paling sedap bila dimakan panas… 

Foto – Los Angeles Times
# Sweden

Toblerone McFlurry

Agak-agak berapa lah harga McFlurry ini? Hanya di sesetengah McDonalds negara Eropah sahaja yang menyediakan McFlurry dengan versi coklat Toblerone. Kalau di Malaysia McFlurry Oreo paling popular, disana inilah dengan adunan aiskrim vanila beserta Toblerone perisa madu dan hirisan nougat. 

Foto – lsa-conso.fr
# Austria

McNoodles

Tak sangka McDonalds Austria bawa keluar mee gorang versi McD! Hidangan McNoodles ini hanyalah untuk masa yang terhad sahaja. McDonalds Austria mahu memperkenalkan citarasa Asia kepada pelanggan mereka dan ia pernah menjadi menu kegilaan rakyat Austria ketika itu. Mee goreng Mamak lagi sedaplah..hiks! 

Foto – Daily Mail
# Hong Kong 

Sausage and Egg Twisty Pasta Breakfast

Ekstra sangat set sarapan pagi dari McDonalds Hong Kong ini. Anda akan dapat hidangan pasta sup bersama telur goreng dan daging burger. Bagi penulis inilah hidangan paling unik di McDonalds. 

Foto – TravellingMcDs

Tiba-tiba penulis rasa lapar sangat….

RUJUKAN 1 & 2

The post McDonalds Ada Spageti? Lihat Menu McD Yang Tiada Di Malaysia appeared first on Wanista.com.


Tips Elak Beg Hilang Atau Salah Ambil Di Lapangan Terbang

$
0
0

Perkara kedua terpenting semasa mengembara selepas dokumen diri ialah bagasi barangan. Disitulah segala kelengkapan untuk hari-hari akan datang semasa jauh dari tanah air. Kadang ada yang gemar menyimpan barang berharga atau info tempahan pelancongan didalam bagasi besar. Biasalah senang jika semuanya diletak dalam satu tempat yang masa. Namun cara sebegitu boleh menimbulkan risiko jika beg anda hilang, lewat sampai atau diambil oleh penumpang lain. 

Anda harus ingat, jika manusia dalam dunia ini mempunyai pelanduk tujuh serupa begitulah juga dengan beg anda. Malah keselamatan dan servis yang diberikan oleh pihak syarikat kapal terbang mahupun lapangan terbang kadang tak boleh dipakai sangat. 

Jadi mulalah berjaga-jaga serta mengambil berat tentang bagasi anda. Wanista kongsikan cara paling terbaik untuk menjaga bagasi jika diletakkan di kargo kapal terbang.

Pertama

Kalau anda pertama kali mahu membeli bagasi dan ingin mencampakkan ia didalam kargo, nasihat Wanista tak perlulah berhabis ribuan ringgit bagi mendapatkan beg yang berjenama. Cukuplah anda beli bagasi yang muat untuk pakaian dan tahan lasak. Cara ini juga untuk mengelakkan beg anda menjadi ancaman kerana ianya bernilai dan boleh dicuri.

Foto – PurseBlog
Kedua

Kemaskan beg anda dengan strategi. Pastikan segala barang berharga, gajet dan info pelancongan diletakkan dalam beg kabin anda bukan kargo (check-in luggage)!

Foto – Wall Street Journal

Selain itu, ambil gambar segala barangan yang telah dimuatkan dalam bagasi supaya anda boleh track barang yang turut hilang bersama beg. Cara ini sebagai tuntutan nilai yang rugi pada pihak syarikat penerbangan. Kalau anda benar-benar tekad, siapkan juga senarai yang anda telah pek. 

Ketiga… 

Letakkan informasi pengenalan diri anda pada tag beg seperti nama penuh dan telefon bimbit. Malah anda juga boleh sediakan salinan itinerari perjalanan anda didalam bagasi supaya pihak syarikat penerbangan boleh menghubungi anda dengan mudah.

Foto – ceritapic.pw
Keempat

Buatkan tanda pada beg anda seperti tampal sticker nama, ikat dengan tali berwarna-warni atau apa sahaja yang memberi kelainan pada bagasi. Orang ramai juga tidak terkeliru daripada tersalah beg anda dan anda juga mudah untuk mengenal pasti ketibaan beg walau dari jauh.

Foto – Lelong.my
Terakhir… 

Kuncikan bagasi. Jika anda sukar untuk ingat nombor kombinasi beg, apa yang boleh anda buat ialah simpan nombor tersebut didalam telefon bimbit. Anda juga boleh gunakan tali plastik sebagai kunci tambahan dibahagian zip dan poket tertentu. Bawa tali plastik lebih supaya boleh digunakan untuk penerbangan pulang.

Foto – indiamart.com

Dah sedia nak kemas beg? Selamat beramal.

RUJUKAN 1 & 2 

The post Tips Elak Beg Hilang Atau Salah Ambil Di Lapangan Terbang appeared first on Wanista.com.

5 Gaya Rambut Cepat Dan Cantik Untuk Wanita Yang Sibuk

$
0
0

Pernah tak anda terfikir, macam mana orang lain boleh bersiap kemas ke pejabat pada waktu pagi. Mekap dan rambut memang sentiasa on point. Kalau penulis mesti dah serabai seperti orang baru bangun.

Kalau anda punya masalah untuk mencari gaya rambut yang cantik dan elok untuk ke pejabat, mari Wanista tunjukkan.

Jangan risau, semua gaya ikatan rambut dibawah sangat mudah dan 5 minit pun dah boleh siap!

#1 Ikatan Puteri

Gaya ini buat anda tampak manis dan seperti rambut bertingkat dalam sekelip mata! Apa yang anda perlu ialah ikat sedikit rambut bahagian atas dan sisir rapi rambut belakang. Selain itu, anda boleh pelbagaikan gaya seperti mengikat tocang atau tambah aksesori rambut.

Foto – arkib Wanista.com

#2 Top Knot

Ini khas untuk anda yang dah tak sempat sangat. Jika dulu ia dipanggil rambut pokok kelapa, bunjut rambut comel diatas kepala. Gadis Korea paling ramai mengayakan, iyalah nak nampak comel kan.

Foto – arkib Wanista.com
#3 Ponytail

Kenapa nak susah-susah, kalau anda boleh ikat simple seperti ponytail. Untuk kemasan yang lama, jangan lupa untuk sembur sedikit hairspray.

Foto – arkib Wanista.com
#4 Sanggul 

Anggun sahaja siapa yang menyanggul rambut. Mereka yang memiliki rambut panjang dan tidak sempat untuk bersyampu. Sanggul sahaja rambut anda, tiada siapa akan tahu. Cara paling mudah ialah menggunakan getah rambut yang tebal. Mulakan dengan mengikat rambut seperti rambut, kemudian lilit lebihan rambut pada getah dan kemaskan sanggul bersama pin.

Foto – arkib Wanista.com
#5 Tocang

Nak bergaya tapi memang tak sempat sangat? Cubalah teknik tocang atau gulungan pada rambut anda. 

Foto – arkib Wanista.com

Selamat mencuba! 

The post 5 Gaya Rambut Cepat Dan Cantik Untuk Wanita Yang Sibuk appeared first on Wanista.com.

Isi Masa Cuti Sekolah Ke Pameran Sanrio Hello Kitty Terbesar Di Asia Tenggara

$
0
0

Jika di barat, Disney adalah produksi animasi terhebat yang dikenang sepanjang zaman. Di Asia, siapa yang tidak kenal dengan Sanrio?

Sejak diasaskanpada tahun 1960, ia telah berjaya menghasilkan lebih 400 watak comel yang berwarna-warni termasuklah watak animasi kegemaran ramai yang dikenali sebagai Hello Kitty!

Ternyata Hello Kitty adalah kenangan waktu kecil bagi kebanyakan orang dan ia memiliki peminat tersendiri yang sangat obsesi bukan sahaja terhadap bentuk fizikalnya malahan kerana personaliti dirinya yang begitu asyik. 

Foto -Arkib Wanista

Bakal mengajurkan pameran yang terbesar di Asia Tenggara buat julung kalinya, Sanrio dengan kerjasama Alata Events dan Macexpo membuka peluang kepada rakyat Malaysia serta pelancing asing untuk berkumpul di Dewan 5, Quill City Mall, Kuala Lumpur untuk peluang menjelajah ke pameran Our Sanrio Times dari 24 November ini hingga 6 Januari tahun hadapan.

Foto -Arkib Wanista

Lebih mengujakan, pameran ini akan dibuka kepada pengunjung setiap hari sepanjang cuti sekolah bagi memudahkan ibu bapa untuk membawa si cilik mereka.

Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, 13 zon berasingan akan disediakan dalam kawasan sebesar 1,500 meter persegi yang membolehkan pengunjung untuk melihat 400 watak popular Sanrio termasuklah Hello Kitty dan kawan-kawan bahkan, bisa mengambil foto kenangan bersama watak animasi comel kegemaran mereka itu!

Foto -Arkib Wanista

Harga Tiket Masuk Adalah Seperti Di Bawah:-

Foto -Arkib Wanista
  • Pembeli terawal: RM25
  • Warganegara: RM33
  • OKU & Warga Emas: RM20
  • Bukan Warganegara: RM60
  • Kanak-Kanak Bawah 90 cm: Percuma

Boleh beli tiket secara atas talian di [ticketcharge.com.my]. Untuk keterangan lanjut layari oursanriotimes.my

The post Isi Masa Cuti Sekolah Ke Pameran Sanrio Hello Kitty Terbesar Di Asia Tenggara appeared first on Wanista.com.

Orang Malaysia Nak Putih Tapi Gadis Ni Nak Hitam Tapi Sayangnya Dikecam…

$
0
0

Kalau di Malaysia, semua orang impikan kulit wajah yang putih kemerahan. Tapi lain pula terjadi pada gadis berasal dari Sweden yang mengimpikan warna kulit sebaliknya.

Model Sweden telah dituduh “menghitamkan” diri sendiri selepas menyiarkan video tutorial mekap di mana dia dilihat menerapkan penggunaan warn asas yang lebih gelap dari warna mukanya yang sediakala putih.

Wajahnya sediakala adalah putih kuning langsat. Foto – Instagram

Emma Halberg, 19, menjadi sensasi internet selepas mendedahkan bagaimana dia mendapatkan wajah glowing dengan menggunakan pembayang mata rona gold dan bukannya highlighter biasa.

Emma menggunakan pembayang mata bukannya highlighter. Foto – Youtube

Influencer yang kini mempunyai lebih daripada 170,000 pengikut di Instagram dan telah melancarkan saluran Youtube itu terusan membina kejayaan tapi sayangnya pengikut tidak dapat menerima penipuan yang dilakukan, apatah mahu menjadi orang lain.

Setiap tutorial mekapnya menerima kritikan daripada pengikut, ada yang merasakan dia sengaja berpura-pura menjadi orang kulit hitam atau campuran.

Menepis dakwaan haters, Emma barkongsi status bagi meredakan api yang panas dengan;

“Saya TIDAK menyamar sebagai orang yang berwarna seperti yang anda katakan, saya tidak pernah mencuba atau mahu kelihatan hitam, saya dilahirkan dengan rambut kerinting semulajadi dan kulit saya mudah menjadi gelap jika berada bawah matahari!”

Aduhai nak putih salah, nak hitam salah… Dah tu macam mana? Jadi diri sendiri je dikkk.

RUJUKAN

The post Orang Malaysia Nak Putih Tapi Gadis Ni Nak Hitam Tapi Sayangnya Dikecam… appeared first on Wanista.com.

Coway Pikat Rakyat Malaysia Dengan Penapis Air “Ombak”, Ini Kelebihannya…

$
0
0

Air.

Merupakan bahan penting untuk semua bentuk kehidupan. Sama ada tumbuh-tumbuhan, ekosistem, atau manusia, air adalah keperluan untuk segalanya di muka bumi ini.

Lagipun, badan kita memerlukan kira-kira 60% air dan anda kehilangan jumlah penghidratan yang luar biasa sepanjang hari. Itulah sebabnya penting kita mengisi badan dengan air bersih dan tulen. Dengan minum bersih, air yang lebih baik, anda dapat menemui semua manfaat serta kebaikan yang selama ini tidak ketahui. Malah, penapisan air mungkin merupakan cara paling mudah untuk memperbaiki kehidupan.

Kalau bicara tentang penapis air, jenama Coway dari Korea Selatan memang cukup laris di Malaysia. Tanya saja kepada pengguna, jenama ini pasti menjadi pilihan mereka kerana kualiti yang disediakan cukup mengagumkan.

Berpeluang ke Korea Selatan, penulis sempat menyaksikan sendiri pelancaran produk penapis air yang diberi nama “OMBAK”. Menariknya tentang Ombak ialah ia direka khusus untuk mememenuhi keperluan harian pengguna di Malaysia.

Penapis air “Ombak” direka untuk rakyat Malaysia. Foto – Arkib Wanista
Jadi apa istimewanya Ombak selain direka untuk rakyat Malaysia?

Ketua Pegawai Eksekutif, Harri Lee Hae Sun, penapis air yang berkapasiti tangki terbesar dengan 13.5 liter itu membolehkan pengguna menetapkan suhu air yang diingini tanpa perlu melakukannya secara manual. Ini bermaksud anda boleh mendapatkan suhu yang betul bagi tujuan memasak, minum, merebus serta pelbagai lagi kegunaan air.

“Ombak direka untuk memudahkan gaya hidup rakyat Malaysia yang sibuk. Sebagai contoh, keluarga dengan bayi baru lahir hanya perlu menekan satu butang mudah dengan memanaskan susu bayi dengan lancar menggunakan Ombak (pada 40C◦), sambil mengekalkan nutrien asas dalam susu ibu yang penting untuk bayi,” jelas Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway (M) Sdn. Bhd ketika pelancaran Ombak di Sunway Lagoon.

Sesi pemasangan Ombak yang berlaku di Kilang Coway, terletak di Yugu, Korea Selatan. Foto – Arkib Wanista

Menarik lagi, produk penapis air Ombak dihasilkan selepas ahli Coway melakukan kajian mengenai keperluan penggunaan air di negara ini selama lebih enam bulan. Mereka mendalami sendiri gaya kehidupan rakyat kita bagi mencipta rekaan serba-serbi memenuhi kehendak pengguna.

Menyaksikan sendiri pemasangan penapis air Ombak yang berlaku di Kilang Coway yang terletak di Yugu, Korea Selatan melaporkan Coway sangat telus dalam memastikan setiap proses pembuatan mendapat pengiktirafan sijil halal Jakim. Keadaan ini memudahkan Coway untuk membolosi pasaran di negara Islam yang lain terutama Timur Tengah dan Asean.

Ombak. Foto – Arkib Wanista
Kenapa anda perlu memasang penapis air di rumah sekarang?

Mungkin air yang anda minum itu nampak bersih pada zahirnya tapi ia masih mengandungi karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis yang keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda.

Tahukah anda, walaupun air telah dirawat dengan klorin di loji air, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Bayangkan jika anda tidak mempunyai satu sistem penapisan air di rumah anda yang dapat membantu anda untuk menapis segala kekotoran, bau-bauan dan juga bahan-bahan tercemar yang terdapat dalam air minuman anda, maka air itulah yang anda guna sepanjang usia!

Jadi, Ombak boleh didapati pada harga runcit RM4,300 manakala orang ramai juga boleh memilih untuk sewa pada RM140 / sebulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai OMBAK atau Coway Malaysia, layari www.coway.com.my.

The post Coway Pikat Rakyat Malaysia Dengan Penapis Air “Ombak”, Ini Kelebihannya… appeared first on Wanista.com.

Awas! Berat Badan Naik Kalau Buat 5 Perkara Ni Waktu Pagi

$
0
0

Biasanya apa yang kita dengar, cara pemakanan tidak sihat adalah penyebab utama mengapa kebanyakan dari individu bisa naik berat badan. Walau bagaimanapun, tahukah kamu bahawa terdapat 5 perbuatan yang dilakukan pada waktu pagi boleh meningkatkan risiko untukkamu naik berat badan tanpa sedar.

Kalau nak tahu apakah 5 perbuatan itu, baca penjelasan Wanista ini.

#1 Tidur Terlalu Lama

Tidur lebih dari 10 jam sehari mampu menambah berat badan. Ini kerana, tidur terlalu lama dapat merosak metabolisma tubuh. Bukan itu sahaja, orang yang tidur dari 10 jam sehari memiliki indeks jisim tubuh yang lebih tinggi berbanding yang hanya tidur 7 hingga 8 jam setiap malam.

Sumber: Family Memories

#2 Tak Kemas Tempat Tidur

Menurut hasil kajian National Sleep Foundation di Amerika, kamar tidur yang rapi dan bersih akan menjadikan pengalaman tidur kamu lebih berkualiti. Tidur yang cukup pasti akan membuat peratusan seseorang untuk diserang obesiti lebih rendah.

Ini kerana, orang yang rajin biasanya akan memiliki disiplin dan gaya hidup lebih teratur. Makanya bila gaya hidup sihat, pemakanan yang diamalkan sudah tentulah berpada berlandaskan keperluan dan bukannya nafsu semata!

#3 Mengelak Matahari

Sepatutnya, sebaik bangun diri tidur, kamu perlu cergas dan lekas bersenam, seperti orang barat selalu lakukan.

Menurut kajian, orang yang terkena cahaya matahari di waktu pagi akan cenderung memiliki BMI rendah berbanding mereka yang tak suka terdedah pada matahari. Bersidai bawah matahari 20 – 30 minit sehari sudah cukup untuk menjaga kestabilan BMI kamu tau?!

Sumber: Pinterest

#4 Lupa Sarapan

Ramai di antara kita ambil mudah terhadap sarapan sedangkan pengambilan sarapan sebenarnya bantu tubuh untuk jadi kurus tau! Seperti gadis Jepun, mereka menganggap sarapan seperti makan tengahari. Jadi, makanlah sarapan sebanyak mungkin sampai kenyang dengan hidangan berat seperti telur, nasi, ikan bakar dan sebagainya.

#5 Malas Timbang Badan

Ni lah masalah orang kita. Nak diet, nak kurus, tapi jarang peka tentang perubahan diri terutamanya turun naik berat badan. Tahukah kamu, berat badan adalah pada paras original ketika waktu pagi. Jadi kalau hendak timbang badan, sebaiknya lakukan pada subuh hari kerana itulah berat kamu yang sebenar.

Dari situ, barulah boleh kawal pengambilan makanan dan sebagainya.

Sumber: Pinterest

Ingat ya, sila elak daripada terjebak dengan lima perkara di atas ini kalau tak mahu mudah naik berat badan. Memanglah sebagai seorang manusia, kita tak boleh lari daripada peningkatan berat badan namun sesungguhnya kita semua mempunyai kemampuan untuk mengawalnya.

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN

The post Awas! Berat Badan Naik Kalau Buat 5 Perkara Ni Waktu Pagi appeared first on Wanista.com.

Pakar Kata Boleh Makan Makanan Ni Walaupun Dah Tamat Tarikh Luput

$
0
0

Bila sesuatu makanan sudah tamat tarikh luput, maka kita akan membuangnya.

Tarikh luput dan lain-lain penanda tarikh pada produk makanan digunakan untuk menunjukkan hayat penyimpanan (shelf life) produk makanan tersebut. Hayat penyimpanan bertujuan membantu pengguna membuat pilihan yang selamat dan membantu membuat pilihan yang betul berkaitan dengan cara makanan itu dimakan – dimasak, dibuat jeruk,disimpan dalam peti sejuk, dimakan segar dan sebagainya.

MFG – Manufacturing/Perkilangan. EXP – Expiry Date/Tarikh Luput. Foto – Pinterest

Jenis-jenis penandaan tarikh termasuk:

  • Jual sebelum
  • Baik sebelum
  • Guna sebelum
  • Baik dibeli sebelum
  • Tarikh luput

Tapi menurut pakar Paul VanLandingham dari Center for Food and Beverage Management of Johnson & Wales University kita boleh lakukan sebaliknya.

Pasta Kering

Tahukah kamu pasta kering boleh disimpan satu hingga dua tahun daripada tarikh yang dicetak.

Foto – The Culinary Cook
Bijirin

Apabila tidak dibuka, bijirin sarapan boleh disimpan selama enam hingga lapan bulan selepas tarikh tamat. Jika dibuka, bijirin akan kekal segar antara empat dan enam bulan.

Foto – Kaggle
Daging Mentah

Walaupun daging mentah dan ayam hanya akan disimpan selama beberapa hari dalam peti sejuk, tetapi barang-barang ini dapat disimpan melewati tarikh jualan mereka jika anda membekukan mereka. Daging akan bertahan tiga hingga empat bulan, sementara ayam atau ayam belanda boleh dibekukan selama setahun.

Foto – Chowhound
Ikan Mentah

Seperti daging mentah dan ayam, ikan mentah boleh bertahan lebih lama – antara enam dan sembilan bulan dari tarikh jika anda membekukannya.

Foto -Health Cautions
Keju

Secara umumnya, keju selamat dimakan walaupun melebihi tarikh luputnya. Seperti banyak barangan makanan, rupa dan bau akan memberitahu anda lebih lanjut sama ada keju selamat untuk dimakan atau tidak.

Foto – A Little Bit Yummy
Sayur Dan Buah Sejuk Beku

Eat By Date memberitahu bahawa sayur dan buah sejuk beku yang tidak dibuka boleh disimpan selama lapan hingga 10 bulan selepas tarikh luput.

Foto -Azure Standard
Susu

Susu boleh bertahan lima hari atau lebih lewat dari tarikh luput. Berapa lama ia bergantung kepada kandungan lemaknya. Walaupun susu tanpa lemak boleh bertahan antara tujuh dan 10 hari, anda boleh menyimpan susu lima hingga tujuh dari tarih luput. Jika susu rosak, ia akan kelihatan berwarna dengan tekstur yang kental dan berbau masam.

Foto -Yukcoba.in
Makanan Dalam Tin

Walaupun tidak semua makanan dalam tin boleh bertahan lama, tetapi kebanyakan masih boleh dimakan walaupun melepasi tarikh luput dan ianya telah terbukti oleh sains.

Foto – Food Navigator
Roti

Sama seperti keju, roti juga boleh dimakan walaupun selepas tamat tarikh luput. Semuanya bergantung kepada rupa dan bau roti tersebut, jika sudah naik cendawan maka buang sahaja. Roti yang dibungkus boleh disimpan selama lima hingga tujuh hari pada suhu bilik jika disimpan dengan betul. Setelah didinginkan, ia akan mengekalkan kesegarannya selama tiga hingga empat hari sebelum menjadi basi. Jika anda ingin melanjutkan hayatnya, roti yang dibungkus akan tetap segar sekurang-kurangnya tiga bulan dalam peti sejuk.

Foto – Clear Cello Bags!

Walaupun begitu anda dinasihati memeriksa, mana tahu takut makanan tersebut sudah rosak nahas dimakan.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : & 2

The post Pakar Kata Boleh Makan Makanan Ni Walaupun Dah Tamat Tarikh Luput appeared first on Wanista.com.


Kerana Dendam, Pekerja Ladang Tusuk Jarum Dalam Strawberi

$
0
0

Seperti tak percaya, akhirnya dalang skandal pencemaran buah-buahan di Australia ini akhirnya berjaya dikenal pasti. Suspek adalah pekerja ladang sendiri yang berusia 50 tahun.

Menurut sumber yang ditulis Daily Mail, suspek bernama My Ut Trinh atau lebih dikenali dengan nama panggilan Judy itu telah ditahan pihak berkuasa sejak semalam berikutan siasatan terhadap padanan DNA yang ditemui pada jarum pertama dari buah-buahan yang tercemar.

Rupa jarum yanng ditarik keluar dari sebiji Strawberi. Sumber: abc.net

Jarum pertama yang ditemui dalam buah strawberi itu berasal dari ladang Berry Obsession Farm yang dibangunkan sebuah syarikat pengedar buah Starwberi di Queensland, Australia.

Menurut The Courier Mail pula, pekerja itu sebenarnya adalah orang tengah (penyelia) yang rapat dengan pihak syarikat ladang kerana membekalkan para pekerja asing bagi menjadi tenaga pekerja di ladang mereka. 

Suspek yang dikenali sebagai Judy ini menyimpan dendam hingga sanggup mencucuh beribu bilah jarum dalam setiap satu Strawberi yang bari dituai dari ladang. Foto -AAPIMAGE

Walau bagaimanapun, Judy kemudian tidak berpuas hati terhadap layanan syarikat yang diberi terhadapnya lalu membuat keputusan untuk berkelakuan dendam secara halus -memasukkan banyak jarum dalam buah strawberi yang baru dituai dengan harapan ia kemudian akan dipek dan diedarkan ke seluruh pelusuk daerah sehingga ada mangsa yang menyaman Berrylicious.

Sumber: Google Images

Judy juga ada menyatakan betapa dia mahu menghancurkan perniagaan Berrylicious.

Malang nasib: Pembeli dakwa temui jarum halus dalam buah strawberi. Sumber: Google Images

Untuk pengetahuan semua, sebanyak 100 laporan penemuan jarum dalam Strawberi yang diterima sejak September lalu ini melibatkan 7 buah ladang sekitar Australia dan semuanya adalah disebabkan dalang yang sama. 

Sumber: Daily Mail

Antara tujuh jenama strawberi dari 68 lapan jenama yang terlibat dalam keganasan pencemaran makanan ini adalah Donnybrook Berries, Love Berry, Delightful Strawberries, Berry Obsession dan Berry Licious.

Sesungguhnya, kesan daripada kes itu, beribu tan Strawberi terpaksa dibuang gara-gara takut ada di antaranya yang sudha tercemar dan ini sekaligus menyebabkan pembaziran yang sangat besar. Tak kurang, 8jumlah kerugian ladang dan syarikat pengedaran starwberi juga jatuh merundum.

Kesemua buah strawberi terpaksa dibuang kerana takut sudah dicemari jarum. Sumber: Facebook/DailyMail

Kes yang melibatkan suspek bernama My Ut Trinh itu masih dalam siasatan dan pastinya dia akan menerima hukuman yang setimpal kerana telah membahayakan nyawa ramai orang.

SUMBER 1, 2, 3

The post Kerana Dendam, Pekerja Ladang Tusuk Jarum Dalam Strawberi appeared first on Wanista.com.

Model Filipina Pertama Jalan Di Victoria’s Secret Dibenci Kerana Terlalu “Putih”

$
0
0

Kelsey Merritt, model kelahiran Filipina menjadi kebanggaan kerana berjaya berjalan di pentas peragaan Victoria’s Secret 2018. Tapi sayangnya ada sahaja suara sumbang yang mengecam penampilannya kerana dia dikatakan terlalu “putih” malah lagaknya sudah seperti model barat.

Merritt dilahirkan Amerika-Filipina, di mana bapanya adalah Amerika dan ibu pula Filipina. 

Sejak terpilih berjalan di Victoria’s Secret, sudah ada netizen Filipina yang mempersoalkan kemunculannya. Pada netizen, Merritt kelihatan seperti gadis Amerika biasa dengan figure yang tinggi lampai, tubuh ramping dan putih.

Memberikan komen atas kecaman pedas, Merritt berkata dirinya lebih daripada “orang Filipina” daripada mereka yang mengecam dirinya tanpa usul periksa.

“Saya dilahirkan di Filipina dan dibesarkan di Pampanga. Saya menamatkan sekolah di Manila sebelum berpindah ke Amerika tahu lepas. Darah saya lebih Filipina daripada mereka (kononnya asal usul Filipina) yang tidak pernah menjejakkan kaki di Filipina.”

Lumrahlah bila berjaya, ada sahaja segelintir yang cemburu.. 

RUJUKAN

The post Model Filipina Pertama Jalan Di Victoria’s Secret Dibenci Kerana Terlalu “Putih” appeared first on Wanista.com.

Lepas Ni Orang Johor Boleh Lepak Dekat Kafe Baru San Francisco!

$
0
0

Hai Orang Johor!

San Francisco (SF) Coffee telah membuka pintu ke Selatan dengan melancarkan outlet pertama mereka di Capital City, sekaligus memikat selera orang tempatan dengan pilihan kopi berkualiti tinggi serta pekhidmatan terbaik.

Foto – Arkib Wanista

Terletak di Capital City yang menjadi tumpuan hiburan terbesar di Malaysia, kedai kopi SF pertama di Johor Bahru, ini menawarkan suasana klasik yang menggabungkan vintaj dengan elemen Jepun era 70-an.

Foto – Arkib Wanista

SF Coffee siap melayani peminat kopi hanya dengan hidangan terbaik, segar dan aromatik kerana setiap langkah yang diambil untuk membuat kopi paling sedap dengan teliti dan tepat agar berbaloi dengan apa yang dibayar.

Di sini, para pelanggan boleh memilih untuk duduk di ruang yang lebih peribadi di mana mereka dapat menikmati masa bersendirian dengan minuman pilihan, atau kawasan lounge yang lebih selesa bersama rakan dan keluarga.

Foto – Arkib Wanista

Jadi, hujung minggu menjadi lebih bermakna dan seronok bersama San Francisco Coffee!

Untuk info lanjut, boleh layari laman web www.sfcoffee.com atau Facebook sfcoffee.

The post Lepas Ni Orang Johor Boleh Lepak Dekat Kafe Baru San Francisco! appeared first on Wanista.com.

Fakta Unik Tentang Beg Longchamp Buat Kate Middleton Jatuh Hati

$
0
0

Kalau nendanya merupakan penggemar tegar tas tangan jenama Launer, Kate Middleton juga punyai satu jenama beg tangan yang tanpa sedar sebenarnya sudah dimiliki kebanyakan orang biasa-biasa. 

BACA: 10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth

Surprisingly, beberapa majalah fesyen luar negara baru-baru ini mendedahkan bahawa Longchamp adalah jenama tas tangan kegemaran pewaris takhta diraja Britain itu.

Pinterest

Nak tahu mengapa Longchamp menjadi pujaan hati Kate Middleton sejak beliau pertama kali dilihat memakai “Le Pliage” dari jenama popular itu sekitar tahun 2006, jom baca fakta-fakta unik berkenaan Longchamp di bawah.

#1 Hadiah Hari Jadi Ke-15

Mengikut tradisi orang Perancis, setiap ibu akan memberikan tas Longchamp sebagai hadiah istimewa untuk menyambut ulang tahun anak gadis mereka yang ke-15.

Sumber: Tumblr

#2 Jenama Longchamp Sudah Tua!

Menurut sumber, jenama Longchamp sudah berada di pasaran sejak tahun 1993 iaitu sekitar 25 tahun lalu dan salah satu koleksi yang paling mendapat sambutan ramai adalah Longchamp Le Pliage kalis air ni!

#3 Asalnya Cuma Jenama Paip Tembakau

Jauh tersasar dari landasan sebenar, Longchamp asalnya cumalah jenama paip tembakau. Namun begitu, ia bukanlah paip tembakau biasa kerana setiap satu koleksinya dihiasi balutan material kulit asli membuatkan ianya antara jenama paip tembakau yang paling bergaya sekitar era 40-an dahulu.

Sumber: Pinterest

#4 Nama Trek Berkuda

Melihatkan sukan berkuda adalah aktiviti yang sering diagung-agungkan masyarakat Inggeris dan Eropah waktu itu, nama Longchamp disunting dari sebuah trek berkuda Bois de Boulogne‘s Hippodrome de Longchamp di Paris. Ini kerana, nama Cassegrain (milik pengasas Longchamp) waktu itu sudah diguna pakai oleh jenama perniagaan milik orang lain.

#5 Empayar Keluarga Tiga Generasi

Longchamp adalah salah satu perniagaan barangan mewah yang dimiliki oleh keluarga biarpun sudah dibangunkan berabad lamanya. Pengarah terkini yang memantau syarikat itu adalah Jean Cassegrain, cucu lelaki kepada pengasas Longchamp yang namanya juga Jean Cassegrain.

Barisan pegawai atasan Longchamp yang semuanya terdiri dari ahli keluarga besar Jean Cassegrain, termasuklah cucu lelakinya yang kini memegang jawatan sebagai CEO Longchamp (paling kanan). Sumber: telegraph.co.uk

#6 Ada Versi Kulit

Tidak hanya menawarkan seleksi rekaan warna-warni Le Pliage yang diperbuat dari fabrikasi kalis air jenis Nilon. Sekitar 2012, Longchamp mengejutkan peminatnya dengan koleksi Le Pliage Cuir yang diserikan dengan material kulit mudah lentur jenis ‘métis’.

#7 Mula Dipopularkan Kate Middleton Awal 2000

Meskipun berstatus keluarga diraja Britain, Kate tidak pernah berlagak untuk berhias dengan barangan mewah semata-mata. Seperti sebelum ini, beliau sangat mengagumi helaian pakaian dari ZARA… cita rasa beg tangan kegemarannya juga adalah dari jenama mampu milik seperti Longchamp. 

Kate banyak dilihat menjinjing pelbagai warna dan saiz Longchamp Le Pliage untuk acara santai mahupun saat mengembara untuk tujuan lawatan kerja bersama suami tercinta.

Setiausaha (kiri) dan jurugaya peribadi Kate (kanan), keduanya dilihat membawa Longchamp Le Pliage saat turun dari jet yang dipercayai mengandungi barang-barang milik Kate sepanjang program lawatan ke luar negara.

#8 Inspirasi Dari Seni Origami

Seperti namanya “Le Pliage” yang bermaksud boleh dilipat dalam bahasa Perancis, Longchamp diinspirasikan dari seni Origami Jepun. Ia ditawarkan dalam pelbagai rona menarik bahkan mudah untuk disimpan melihatkan beg tersebut boleh dilipat dan disimpan rapi apabila tidak digunakan.

Kamu juga mungkin sudah memiliki sebuah Longchamp di rumah kan?

Sumber: Longchamp

Jadi, siapa kata Longchamp sudah ketinggalan zaman? ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

The post Fakta Unik Tentang Beg Longchamp Buat Kate Middleton Jatuh Hati appeared first on Wanista.com.

Jenis Kulit Sensitif Patut Pakai 5 Sheet Mask Ini!

$
0
0

Adakah anda miliki kulit jenis sensitif? Sering tertekan kerana jenis kulit sebegini tidak boleh menggunakan produk sewenang-wenangnya?

Kulit sensitif miliki reaksi yang cepat terhadap produk tertentu, bahan kimia dan cuaca tidak menentu. Rutin penjagaan kulit sensitif memerlukan lebih perhatian, kerana terdapat banyak produk penjagaan wajah yang dijual boleh mengakibatkan kerosakan kepada kulit sensitif. Biasanya kulit sensitif akan kelihatan merah, berjerawat, bahkan mengalami iritasi. Hal ini menyebabkan seseorang merasa tidak senang, sekaligus menjejaskan penampilan.

Seiring dengan trend kecantikan yang sentiasa baru, di pasaran terdapat banyak jenis topeng muka – ada yang tanah liat, ektrak bahan semulajadi tertentu serta sheet mask. Apa yang membuatkan sheet mask mendapat tempat di kalangan beauty junkies ialah ia mudah digunakan – pakai dan buang tanpa perlu dicuci.

Gif – lifestyle hub

Pada sesiapa yang mencari sheet mask untuk kulit sensitif, Wanista kongsikan LIMA yang terbaik…

Mediheal Tea Tree

Salah satu sheet mask yang digunakan oleh BTS ini dirumuskan dengan minyak daun teh, daun pokok pain dan ekstrak portulaca oleracea. Topeng ini membantu mengawal rembesan sebum serta melegakan kulit yang kering dan sensitif akibat iritasi. Ia memberikan rawatan intensif dan menghilangkan bintik hitam serta kotoran dari liang pori tersumbat.

Foto – Arkib Wanista

Baca: Sekarang Korang Boleh Dapatkan Muka “Flawless” Seperti BTS… Ini Rahsianya!

CS12 Miracle Mask

Khusus untuk si kulit sensitif, keistimewaan CS12 dibuat dengan kain sutra 384 berkualiti tinggi, direndam dengan intipati serum yang mengandungi sifat anti-radang, membantu menenangkan dan melembapkan kulit akibat sunburn atau sensitif dehidrasi. Bahan-bahan aktif seperti Hyaluronic Acid membantu untuk meregenerasi sel-sel kulit baru, mencerahkan tona kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan. Ia juga untuk mengelakkan kerosakan kulit daripada sinaran UV + mengeluarkan sel-sel kulit mati dengan berkesan.

Foto – Arkib Wanista

Ingin dapatkan produk ini, boleh layari laman web rasmi https://cs12skincare.com.

Klairs Rich Moist Soothing Mask

Diperbuat daripada 100% kain kapas yang tulen, topeng muka untuk kulit sensitif melakukan kerja dengan mengunci semua bahan-bahan penghidratan dan khasiat ke dalam kulit muka. Paling penting, setiap sheet mask disuntik dengan intipati pelembab yang dibuat dengan asid hyaluronik dan ekstrak akar licorice.

Foto – Sephora

CAOLION Freshly Hydro

Sheet mask ini mampu menyerap ke dalam kulit, memberikan khasiat kepada kulit yang tidak senada dan kusam. Baik untuk semua jenis kulit termasuk sensitif, sifat hidrogel seperti jeli yang terkunci dalam kelembapan untuk penghidratan segera dan tahan lama, manakala aprunus mume water dan chitosan bekerja untuk membersih, menenang serta memulihkan kulit dari dalam.

Foto – Sephora Malaysia

Dr. Jart+ Rubber Mask

Lupakan sheet mask tradisional. Dr. Jart+ Rubber Mask memberi pengalaman baru di mana aplikasi serum di wajah dan tampalkan sheet mask yang diperbuat daripada rumpai laut. Anda dapat merasakan pesan penyejukan di samping melembap secara berpanjangan.

Foto – My Skin Cleanser

Menariknya dua langkah – serum dan topeng getah bekerja untuk melawan jerawat dan menenangkan kulit akibat sunburn dan iritasi. Berasal dari ekstrak alga dengan kalsium untuk menyejuk dan menenangkan kulit, topeng mempunyai lipophilic dan hydrophilic bertugas untuk memaksimumkan kelembapan pada kulit. Pore Clear Complex membersihkan liang-liang dan menyegar, sementara rumpai laut meninggalkan kulit lebih jelas dan sihat.

Foto – Revelist

Nak diingatkan anda mungkin tidak dapat hasil kalau baru menggunakan sehari. Cuba selama seminggu dan lihat perubahan.

Selamat Beramal!

The post Jenis Kulit Sensitif Patut Pakai 5 Sheet Mask Ini! appeared first on Wanista.com.

Pengasas Lagenda Marvel Stan Lee Mati Usia 95 Tahun, Ini Fakta Tentangnya

$
0
0

Mengejutkan ramai peminat filem dan pembaca komik adiwira Marvel, Pengasas ikoniknya, Stan Lee akhirnya dijemput ajal pada 12 November baru-baru ini pada usia 95 tahun di Los Angeles.

Jasa beliau dalam industri percetakan komik, perfileman dan animasi sesungguhnya akan dikenang bahkan beliau akan selamanya diangkat sebagai seorang individu yang telah berjaya menjadi inspirasi kepada anak remaja sejagat yang sejak dari kecil banyak membesar dengan karya ciptaannya berlandaskan watak-watak hebat Marvel seperti Spider-Man, Thanos, Captain America, Iron Man, Hulk, Wolverine dan banyak lagi.

Sumber: Pinterest

Bagi mengingati kembali aura kehebatan Stan Lee dalam dunia komik adiwira paling mahsyur, ayuh Wanista kongsikan enam (6) fakta menarik tentangnya yang mungkin ramai tidak tahu.

#1 Stan Lee Muncul Dalam Kebanyakan Filem Marvel

Tanpa sedar, Stan Lee sebenarnya kameo yang banyak muncul dalam filem-filem Marvel. Ini bukanlah kerana keinginan dirinya sendiri tetapi ia merupakan sebahagian daripada perjanjian kontrak yang telah dipersetujui pihak Stan Lee sendiri dan yup, dia turut dibayar untuk setiap lakonannya walaupun cuma memegang watak kecil. 

Sumber: campingplatz-reinhof

#2 Romantis Dalam Diam

Biarpun Stan Lee kelihatan seperti hidup dalam dunia fantasinya sendiri, siapa tahu lelaki hebat ini sebenarnya seorang yang romantis dan begitu obses terhadap isterinya secara diam. Salah satu pos yang dimuat naik menerusi akaun Facebook peribadinya sekitar 2016 tentang #loveyourspousechallenge menceritakan segalanya. So sweet! 

Walau bagaimanapun, isteri kesayangannya bernama Joan B. Lee itu telah mati terlebih dahulu sebelum Stan Lee sekitar Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan sejak 1947, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata.

#loveyourspousechallenge – Day 1I married Joan on December 5th, 1947. Weeks before my 25th birthday. She was the best…

Stan Leeさんの投稿 2016年8月17日水曜日

#3 Karakter Hulk Jadi Hijau Tanpa Sengaja!

Menurut cerita Stan Lee, watak Hulk yang dilukisnya pada asal adalah makhluk adiwira berwarna kelabu namun, sewaktu komik keluaran edisi Hulk dicetak, mesin pencetak itu mengalami isu dengan dakwat sekaligus, membuatkan hasil cetakan komik tersebut akhirnya menukar warna Hulk dari kelabu menjadi hijau. 

Sumber: factinate.com

#4 Isteri Selalu Buat Rambut Untuknya

Tahukah kamu, rahsia rambut kemas disisir ke belakang yang sering digayakan Stan Lee itu adalah hasil ilham isterinya. Stan Lee tidak pernah pergi ke salon untuk menggunting rambut kerana isterinya yang bertanggungjawab untuk merias rambutnya sejak dahulu lagi.

Sumber: comicsbeat.com

#5 Seorang Dermawan

Stan Lee amat mementingkan pendidikan dalam kalangan generasi muda sehingga suatu ketika dahulu, beliau pernah mendermakan sebahagian hartanya kepada University of Wyoming secara berkala untuk tempoh dari 1981 hingga 2001.

Sumber: factinate.com

Bukan itu sahaja, beliau juga telah membangunkan sebuah institusi yang fokus kepada pendidikan dan bidang kesenian dipanggil The Stan Lee Foundation.

#6 Hidup Dalam Penyesalan

Biarpun bayaran yang diberikan kepada Stan Lee terhadap jualan karakter Marvelnya kepada Disney dibayar dengan jumlah besar bernilai $4 billion, Stan Lee pernah menyatakan betapa beliau menyesal kerana usaha kerasnya untuk mempopularkan setiap watak Marvel yang telah dilakukan sejak remaja itu jatuh ke tangan orang lain dalam sekelip mata.

Menurut Stan Lee, selama ini beliau tidak berfikir panjang betapa beliau sebenarnya boleh lebih maju andai mengusahakan Marvel sendiri namun semua usahanya selama ini sia-sia kerana ia adalah untuk orang lain. 

Sumber: Pinterest

Apa-apa pun, Stan Lee adalah seorang ikon adiwira yang cukup agung dan Marvel adalah karya yang tiada tolok bandingannya. RIP Stan Lee. ❤

RUJUKAN 1, 2,

The post Pengasas Lagenda Marvel Stan Lee Mati Usia 95 Tahun, Ini Fakta Tentangnya appeared first on Wanista.com.

Mengadanya, Ni Alasan Aktres Gong Hyo Jin Tolak Bergambar Dengan Peminat

$
0
0

Agaknya kalau artis Malaysia beri alasan sebegini mahu dikecam netizen kerana sombong dan mengada.

Gong Hyo Jin berkongsi bagaimana dia memberi reaksi kepada para peminat yang mahu bergambar dengannya, bunyi agak merepek tapi aktres 30-an ini memang selamba.

Bercakap pada program SBS Power FM ‘Cultwo Show’, ikon fesyen ini memberikan jawapan jujur, “Saya mendapat banyak permintaan untuk bergambar tetapi disebabkan saya selalu barefaced jadi saya kerap menolak, ia bergantung kepada mood saya. Saya terima jika keadaan saya baik.”

Gong Hyo Jin menambah, “Nasib baik sekarang terdapat aplikasi kamera (dengan penapis). Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak akan mengambil gambar jika mereka tidak mempunyai sebarang aplikasi bagi memastikan wajah saya kelihatan elok saja.”

View this post on Instagram

🤸🏼‍♀️

A post shared by Hjk (@rovvxhyo) on

Jadi, selepas ini kalau korang nak bergambar dengan mana-mana selebriti, make sure ada filter bagi muka flawless. Lagi terbaik jika menggunakan kamera Huawei Mate 20.

RUJUKAN

The post Mengadanya, Ni Alasan Aktres Gong Hyo Jin Tolak Bergambar Dengan Peminat appeared first on Wanista.com.


Murah! Buah Limau “Jeju Mandarins” Manis Ada Jual Di Jasons Food Hall

$
0
0

Masih ingat drama Korea “My Girls” lakonan Lee Day Hee dan Lee Dong Wook? Ada satu babak di mana watak perempuan yang mencuri masuk kebun limau si lelaki yang terletak di Pulau Jeju. Bukan mahu cerita tentang plot drama tersebut tetapi bentuk dan saiz buah limau Mandarin yang dipaparkan, cukup menggiurkan. Terasa manis dan penuh dengan jus, malah rasa sihat tubuh badan dengan khasiat vitamin C.

Foto – Pinterest

Tak perlu terbang jauh ke Pulau Jeju, sekarang anda boleh dapatkan pelbagai makanan Korea paling organik yang hanya ada di Pulau Jeju di Jasons Food Hall.

Dikenali dengan komitmennya untuk menyediakan pengguna dengan produk berkualiti tinggi dari seluruh dunia, Jasons Food Hall menawarkan pelbagai barangan kepada pengguna yang mencari barangan runcit gourmet, wain dan produk kesihatan dan kecantikan jenama utama. Buat pertama kalinya sepanjang musim perayaan ini, Jasons Food Hall akan memperluaskan tawaran produk mereka dengan barisan makanan gourmet, barangan runcit, topeng muka, yang dibawakan khas dari Pulau Jeju, Korea Selatan.

Foto – Arkib Wanista

“Kami di Jasons Food Hall sangat gembira diberi peluang untuk menjadi rakan kongsi eksklusif untuk menampilkan produk segar dari Jeju. Sebagai tanah yang subur dengan penemuan bahan-bahan organik akibat lava gunung berapi semulajadi, Pulau Jeju mengandungi dua kali lebih banyak nutrien dan digunakan untuk menanam buah-buahan seperti Gold Melon, Jeju Mandarin, Red Kiwi, sayuran seperti tomato ceri dan kubis Korea serta pelbagai lagi,” jelas Pierre-Olivier Deplanck, Pengarah Urusan GCH Retail Malaysia.

Jadi, turun ke Jasons Food Hall sekarang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jasonsfoodhall.com.my/.

The post Murah! Buah Limau “Jeju Mandarins” Manis Ada Jual Di Jasons Food Hall appeared first on Wanista.com.

[Review] Ikuti Pengalaman Penulis Pudarkan Jeragat Di Clique Clinic Bangsar

$
0
0

Parut di wajah seperti kesan bekas jerawat atau kesan luka sisa daripada kecederaan adalah masalah kulit yang boleh dikatakan merunsingkan dalam kalangan wanita.

Walau bagaimanapun, adalah lebih parah andai seseorang itu menghidap masalah jeragat yang sebenarnya merupakan sejenis pigmentasi kulit. Seperti penulis sendiri, penulis perasan yang pada bahagian sisi wajah sebelah kiri, ada satu tompokan gelap yang saiznya sebesar syiling 20 sen. Hal ini sedikit-sebanyak menggangu keyakinan dan memaksa penulis untuk menutupnya dengan solekan. 

Rawatan QuadroStar Pro Yellow Laser Buang Parut Degil

Sampailah suatu ketika, penulis berpeluang mencuba sendiri rawatan yang mampu memudarkan jerawat secara efektif!

Mesin berteknologi terkini yang digunakan untuk menjalankan rawatan laser kuning Pro Yellow.

Bertempat di Clique Clinic, Bangsar, klinik estetik berkelas ini menawarkan pelbagai rawatan kecantikan, khidmat nasihat dari kumpulan pakar kecantikan dan kosmetik juga turut ditawarkan bagi pengunjung yang berhajat untuk membuat perawatan.

Untuk masalah jeragat seperti yang dihidapi penulis, perawatan laser dipanggil Pro Yellow amatlah digalakkan kerana lebih selamat dan tidak berisiko untuk beri kesan sampingan.

Harga Ikut Tahap Keseriusan Masalah Kulit

Menurut pakar di Clique Clinic yang mengendalikan masalah kulit penulis iaitu Dr. Christie Moey, perawatan laser Pro Yellow sebenarnya adalah cara moden paling ampuh untuk memudar sekaligus menghapuskan parut-parut degil di wajah. Sebab itulah, harga yang dikenakan juga adalah bergantung pada tahap keterjejasan kulit si pelanggan iaitu sekitar RM600 – RM1000/sesi.

Tak perlu risau kerana kos rundingan dan nasihat doktor sudah termasuk sekali dalam anggaran bayaran tadi.

Prosedur Rawatan Pro Yellow Di Clique Clinic

Kamu akan berjumpa doktor untuk berunding dan mendapatkan nasihat berkenaan masalah kulit. Selepas itu, pelanggan akan dibawa ke sebuah bilik untuk mencuci wajah agar kulit bersih dari segala kotoran mahupun sisa solekan. Penulis nasihatkan korang datang tanpa pakai sebarang mekap ya.

Selepas wajah bersih, pembantu klinik akan mengambil foto wajah untuk tujuan melihat perbezaan sebelum dan selepas rawatan. Kamera istimewa digunakan dan kamu perlu merakam foto 360 darjah agar keseluruhan bahagian wajah boleh dilihat jelas dalam foto.

1. Khas untuk perawatan laser, gel akan disapu pada keseluruhan wajah. Menurut Dr. Christie, ramai menyangka ia adalah gel kebas namun sebenarnya ia adalah sejenis gel yang akan menggalakkan keberkesanan tembakan laser hingga ke bahagian kulit paling dalam untuk tujuan memudar dan menyembuh parut.

2. Had pancaran laser akan ditentukan mengikut kesesuaian dan keseriusan masalah kulit. Jangan takut kerana rasa sakit ditusuk sinaran laser berwarna kuning menggunakan teknologi QuadroStar boleh dilabel seperti ‘dicubit’ pada skala 5/10. Not bad! Untuk masalah pigmentasi yang dihidap penulis pula, tempoh rawatan Pro Yellow ini siap dalam masa 45 minit.

3. Setelah siap rawatan, sekali lagi foto wajah akan dirakam untuk simpanan pihak klinik sebagai rujukan bagi melihat keberkesanan rawatan. Doktor juga menasihatkan bahawa lebih 3 hingga 4 sesi susulan perlu dilakukan untuk menghilangkan parut jeragat sepenuhnya. 

Kebaikan Rawatan Pro Yellow Laser

Bagusnya rawatan Pro Yellow ini adalah, tusukan laser yang dikeluarkan adalah lebih terperinci kerana dapat menangkap target kawasan kulit yang bermasalah (parut). Bukan itu sahaja, kesakitannya juga masih boleh dihadam malah, ia menjanjikan kesan segera dalam waktu yang sangat singkat! Baru sekali penulis menjalani rawatan Pro Yellow namun jeragat ternyata semakin pudar bahkan kawasan sekitar kulit juga lebih cerah berbanding normal.

Kesan Perubahan Sebelum & Selepas

Sesuai untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, jangan terkejut andai kulit kamu terdapat kesan bekas laser seperti yang penulis alami ini (gambar kiri). Ia normal dan boleh ditutup dengan mekap. Hari demi hari dalam masa seminggu selepas rawatan, kesan hitam tersebut akan gugur sendiri dan kulit mula mengelupas untuk penghasilan sel kulit baru.

NOTA: Kudis bekas laser akan gugur dan tertanggal sendiri pada hari ke-2 hingga hari ke-5 selepas rawatan.

Foto kiri menunjukkan keadaan kulit pada hari ke-2 selepas rawatan manakala foto kanan menunjukkan kulit yang sudah semakin bersih dan pulih selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan.

Hasilnya permukaan kulit lebih cerah dan parut pun mulai pudar dan semakin menghilang. Kalau pakai serum dan krim perlu ambil masa tapi kalau rawatan laser, lepas seminggu dah boleh nampak kesan. Puas hati sangat!  

Menurut Dr. Christie, jika satu sesi rawatan sudah cukup untuk pudarkan parut dan memuaskan hati kamu, kamu tak perlu datang semula untuk sesi yang kedua. Tiada paksaan.

Clique Clinic menawarkan khidmat rawatan yang paling ideal untuk masalah kulit dan kecantikan kamu, bahkan layanan yang diberikan juga sangat mengujakan. Kawasan di sekitar klinik juga nyaman, kemas sambil dihiasi hiasan dalaman serba biru sekaligus menyerlahkan sisi profesional dunia perubatan yang cuba ditonjolkan.

Clique Clinic menyediakan ruangan menunggu yang kondusif untuk para pelanggan.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [cliqueclinic.com]. Kunjungi Clique Clinic di alamat:-

Aras 6, Boutique Office 3A-06-01, Menara 3A, 3, Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur.

Selamat mencuba! ❤

The post [Review] Ikuti Pengalaman Penulis Pudarkan Jeragat Di Clique Clinic Bangsar appeared first on Wanista.com.

Sihat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

$
0
0

Hati… Ginjal… Perut… Usus… Lidah… Eiuwww dengar je dah seram apatah lagi makan.

Ada sesiapa yang di antara pembaca Wanista peminat organ dalaman. Secara jujur, penulis menggemari beberapa organ dalaman seperti hati dan perut. Setiap kali penulis makan, ada beberapa orang bertanya sama ada organ dalaman haiwan selamat untuk dimakan atau tidak.

Selain mempunyai beberapa risiko, hidangan organ dalaman juga miliki faedahnya. Ada setengah organ dalaman sangat tinggi dengan vitamin dan nutrien tetapi ia jarang dimasukkan dalam diet harian kerana kurang kepekaan tentang khasiatnya.

Nutrien

Satu laporan Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Md. Noor, organ dalaman haiwan juga mengandungi pelbagai nutrien termasuk mineral dan vitamin yang berkualiti.

Foto – Anis’ Diary

Antaranya vitamin B, zat besi, fosforus, tembaga, magnesium, vitamin A, D, E dan K. Bahagian hati adalah antara organ dalaman yang mengandungi paling banyak nutrisi. Ia mengandungi sumber protein dan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata selain bersifat antikeradangan. Manakala, organ lain seperti lidah dan buah pinggang yang kaya dengan protein, asid lemak omega 3, vitamin B12, kolin dan asid folik yang penting untuk pembinaan darah terutama untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Buruknya…

Walaubagaimanapun, khuatirnya organ dalaman yang tidak dibersih dan masak dengan sempurna boleh menjadi sumber toksin.

“Seperti manusia, kualiti organ dalaman haiwan juga dipengaruhi oleh cara ia dibesarkan, makanan serta persekitaran tempat ia membesar. Mungkin sepatutnya nutrisinya penuh, namun kerana faktor tertentu, ia menjadi toksik yang boleh memudaratkan mereka yang makan.

Foto – Resepi Mudah

“Organ dalaman boleh dimakan tetapi dalam kuantiti yang sederhana. Paling selamat, kaji latar belakang sumber organ dalaman haiwan untuk kesejahteraan bersama,” jelasnya.

Organ dalaman juga dipercayai mengandungi sejenis molekul yang boleh menyebabkan masalah kepada penghidap gout.

Ingat boleh makan tapi bersederhanalah!

RUJUKAN: & 2

The post Sihat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan? appeared first on Wanista.com.

Ratusan Haiwan & Binatang Belaan Rentung Ekoran Malapetaka Kebakaran California

$
0
0

“Api neraka di dunia”. Itulah frasa yang paling tepat untuk menggambarkan betapa kejamnya api membakar seluruh pelusuk California sehingga menyebabkan hutan belantara serta banyak harta benda terkorban termasuklah rumah-rumah agam milik para selebriti yang berdiri megah di tebing-tebing bukit sekitar wilayah popular Malibu dan Paradise.

Sumber: Reuters
Rumah agam di Malibu habis terbakar. Sumber: AP. Associated Press

Untuk pengetahuan semua, kebakaran besar yang berlaku pada 9 November ini terjadi berikutan perubahan iklim dan adalah lebih parah, apabila terdapat haiwan liar dan binatang belaan yang lari untuk mencari tempat perlindungan juga habis rentung sekaligus cedera teruk gara-gara melecur.

Ada pula kes lain yang menyebabkan binatang-binatang tersebut mati sebelum sempat diselamatkan kerana terpaksa ditinggalkan sebaik pihak berkuasa mengerah penduduk berpindah segera.

Sumber: Alamy Live News

Menurut laporan yang dikongsikan Daily Mail, foto seekor kucing baka Tabby bernama Billiegirl telah ditemui beberapa hari lalu telah tersebar meluas di platform media sosial sehingga mendapat perhatian dunia ,lihatkan keadaannya yang rentung parah. Adalah lebih menyayat hati apabila Billiegirl (gambar uatama) kini dikhabarkan sudah mati.

Sumber: standard.co.uk

Ternyata, banyak laporan berkenaan kehilangan bintang belaan dilaporkan sejak beberapa hari lalu dan operasi mencari dan menyelamat binatang masih diteruskan. Bahkan, sebuah persatuan pencinta haiwan dipanggil California Wilfire Pets telah dibangunkan menerusi Facebook untuk tujuan murni menemukan semula bintang-binatang yang berjaya diselamatkan dengan tuan mereka dalam masa terdekat.

Sumber: Twitter

Antara binatang belaan malang yang terlibat dalam kebakaran dahsyat tersebut adalah termasuk arnab, kuda, kucing, anjing, haiwan-haiwan kandang seperti angsa, rusa dan banyak lagi.

Sumber: Daily Mail

Seperti yang difahamkan, keadaan menjadi lebih tegang apabila banyak binatang peliharaan terpaksa dibiar dan ditinggalkan oleh tuan-tuan mereka sewaktu operasi pemindahan segera tempoh hari saat berlangsungnya kebakaran marak yang pantas merebak.

Ia kemudian menyebabkan binatang tidak berdosa itu semua tiada arah tuju, seterusnya terkorban tanpa rela.

Angka korban nyawa meningkat ke 40 orang. Sumber: AP.Associated Press

Atas dasar perikemanusiaaan, hal itu mendapat perhatian aktres seksi Sandra Bullock untuk turut menyumbang sebanyak $100,000 bagi menampung kos beban haiwan yang diselamatkan. 

Hutan tapak perkhemahan di Pardise, California berubah menjadi padang jarak padang terkukur dalam sekelip mata. Sumber: AP.Associated Press

Direkodkan, kebaran tersebut telah memusnahkan kawasan sebesar 200,000 ekar. 

SUMBER 1, 2

The post Ratusan Haiwan & Binatang Belaan Rentung Ekoran Malapetaka Kebakaran California appeared first on Wanista.com.

Pereka Fesyen Malaysia Keluarkan Aksesori Untuk Si Rendah Diri Yang Hidung Pesek

$
0
0

Sekarang anda tidak perlu lagi menindik hidung kerana pereka fesyen kelahiran Malaysia telah melancarkan seleksi aksesori hidung yang unik dan cantik.

Rekaan inovatif oleh pereka yang berasal dari Malaysia- – London ini, Joanne Tan memberitahu setiap perincian untuk rekaan yang dilahirkan inspirasi daripada keindahan pelbagai suku kaum.

Bukan aksesori hidung yang tradisional, koleksi dipanggil “Not Your Average Beauty” memberi tumpuan kepada hidung dan wajah sebagai titik penting. Tan menjelaskan bahawa pembedahan plastik untuk hidung adalah perkara yang biasa, dan itulah sebabnya dia memberi tumpuan kepada hidung untuk menutup kelemahan seperti hidung kembang atau pesek.

Kita sedia maklum, Asia terkenal dengan budaya pembedahan plastik jadi dengan kelahiran aksesori sebegini dapat menutup dan ‘menyembunyikan’ kelemahan seseorang.

Memang cantik dan unik! Penulis teringin nak miliki satu…

RUJUKAN

The post Pereka Fesyen Malaysia Keluarkan Aksesori Untuk Si Rendah Diri Yang Hidung Pesek appeared first on Wanista.com.

Viewing all 14579 articles
Browse latest View live