Mekap merupakan jalan terbaik untuk memberi penampilan yang menawan dan berseri. Walaupun wajah dalam keadaan yang tidak baik, tutupi dengan mekap adalah penyelesaiannya. Mood muram bertukar ceria jika dioles gincu, bekas parut boleh disembunyikan dengan concealer, mata ditambah maskara untuk beri penampilan yang galak dan pelbagai lagi.
Tapi yang buruknya tentang mekap adalah jika anda tidak mencuci dengan betul. Maksud mencuci dengan betul adalah menggunakan makeup remover yang sesuai dengan kulit dan tidak ditonyoh kasar pada kulit yang silap hari bulan boleh merosakkan kulit lagi.
Foto – EH!
Seperti terjadi pada seorang wanita Australia, yang mengaku selama 25 tahun tidak membersihkan maskara dengan betul sehingga membuatkan matanya rosak dengan teruk.
Teresa Lynch, 50, mendapatkan rawatan doktor sleepas dia mula berasa aneh di matanya. Sangkaan awal hanyalah kesakitan biasa, tetapi Dr Dana Robaei menemui sesuatu yang lebih buruk daripada stye.
Kajian menunjukkan Theresa mengalami “pigmen bertanda gelap di bahagian atas kelopak mata, dengan sebahagian mengikis melalui permukaan konjunktiva.” Pada dasarnya, beberapa sisa maskara bersarang di bahagian atas dalam matanya.
Lihat gambar di bawah berikut:
Foto – www.cosmo.ph
Terukkan? Selepas ni jangan main-main dengan mekap. Please cuci dengan betul!
Jawapannya mudah, sebab manusia tak pernah puas dengan apa yang dimilikinya.
Sebagai seorang manusia yang punyai keinginan, hati kita tak pernah berhenti untuk mencari kesempurnaan dalam hidup dan ini berkait rapat dengan pemilihan pasangan ideal atau dalam Islamnya dipanggil “sekufu”.
Mengikut fitrah manusia, lelaki dilahirkan untuk memimpin manakala kaum Hawa pula sememangnya sudah ditetapkan untuk berdiri di belakang lelaki sebagai pendorong yang mampu melengkapkan kehidupan kaum Adam.
Sumber: Freepik
Hal ini kemudian membuatkan penulis tertanya-tanya, apakah akan jadi kalau perempuan yang sepatut dipimpin oleh lelaki itu berubah menjadi pemimpin dalam keluarga? Hari ini kita dapat lihat, ramai wanita yang lebih berjaya daripada lelaki bahkan ada kes yang berlaku, suami diperlakukan seperti bukan siapa-siapa apabila isteri mulai naik kepala atau bahasa lazimnya “Queen Control”.
Islam Galak Cari Jodoh Sekufu
Hadis daripada Rasulullah SAW. Salah satu hadis yang menyebut tentang sekufu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi yang bermaksud:
“Wahai Ali, ada tiga perkara yang jangan kau tunda perlaksanannya, iaitu solat apabila telah tiba waktunya, pegebumian jenazah apabila telah siap penguburannya, dan wanita apabila telah menemukan jodohnya yang sekufu/sepadan.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Menurut Iman Syafie, sekufu terbahagi kepada enam aspek iaitu Islam, merdeka, agama, keturunan, kerjaya dan sejahtera daripada sebarang kecacatan.
Ia bukanlah sebahagian syarat sah nikah namun memilih pasangan sekufu atau erti mudahnya “setaraf” ini bisa membangunkan keluarga yang harmoni di masa kelak. (Bila sekufu peratusan untuk gaduh tak puas hati sesama pasangan adalah rendah)
Tapi perlu ingat, adalah lebih baik memilih yang sekufu dari segi agama berbanding harta mahupun rupa paras.
Siapa Lelaki “Low Level”?
Ada satu kes melibatkan pergaduhan suami isteri kerana nafkah. Situasinya, si isteri memiliki jawatan yang berpangkat di sebuah institusi swasta manakala si suami pula sekdar kerja mengikut kemampuan.
Menurut cerita, si suami sudah sakit dan agak berumur membuatkan dia sukar mencari pekerjaan. Hal itu secara tidak langsung membiarkan isteri menanggung hampir ke semua perbelanjaan rumah termasuklah perbelanjaan anak-anak. Jadi persoalannya di sini, di mana tanggungjawab seorang suami?
Sumber: Baituljannah.com
Lelaki “Low Level” yang ingin penulis tekankan di sini, adalah lelaki yang tidak mampu memberi isterinya nafkah. Nafkah merangkumi, makan minum, tempat tinggal, perhiasan dan ubat-ubatan. Nafkah adalah WAJIB diberikan oleh suami kepada isteri dan anak-anaknya. Itu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan keperluan asas termasuk tempat tinggal, makan, pakai, keperluan peribadi isteri dan anak-anak. Nafkah tetap wajib meskipun isteri bekerja dan memiliki pendapatan sendiri.
Nafkah tersebut tidak perlu diberikan lelaki buat isterinya andai isteri redha dan mengikhlaskan hati untuk tidak mendapat nafkah. Tapi, kalau isteri tak redha. Kena bagi.
Jika kamu seorang perempuan yang takut ditindas lelaki, sebelum kahwin, fikir masak-masak dan lihat latar belakangnya. Kalau kamu boleh terima hidup susah bersamanya, silakan… tetapi jika kamu tidak dapat menanggung kesusahan. Elakkan. Tepuk dada, tanya selera.
FYI, OMG, OTW – antara perkataan yang kita singkatkan dalam penggunaan harian.
Dengan kepesatan teknologi ditambah peranti yang membanjiri pasaran berserta penggunaan media sosial yang menjadi sebahagian kehidupan harian, kita tidak terkecuali menggunakan beberapa perkataan yang dipendekkan seperti di atas.
Orang kata mengikuti peredaran zaman, anak muda sekarang banyak memendekkan sesuatu perkataan dan digunakan dalam perbualan harian, cuma kadangkala kita tidak tahu akan maksud perkataan tersebut.
Bagi tidak mengelirukan kamu, ini beberapa perkataan yang anak muda sekarang kerap guna dalam mesej di media sosial.
PS
Merupakan ringkasan kepada “Postscript”. Banyak kita guna di hujung sesuatu mesej dan surat.
GTR
GTR adalah kata kepada “Getting Ready”. Shortform untuk menunjukkan anda sedang bersiap.
RT
Retweet, tidak terlalu baru tetapi mungkin mengelirukan untuk yang tidak menggunakan twitter. RT bermakna seseorang telah menghantar semula tweet anda untuk pengikutnya melihat.
ASL
Merupakan ringkasan kepada “Age/Sex/Location”. Orang zaman sekarang menggunakan ringkasan ini untuk memulakan sesi perkenalan.
JIC
Dalam mesej, anda malas nak menaip panjang jadi diringkaskan kepada “Just In Case”.
WDYMBT
Shortform kepada “What Do You Mean By That”. Terkejut?
NSFL
Not Safe For Life, sebagai alternatif untuk memberitahu anda sesuatu perkara buruk sebelum anda klik.
NSFW
Not Safe For Work, ini menandakan bahawa sesuatu perkara atau artikel tidak sesuai untuk tempat kerja.
IRL
In Real Life. Ia biasanya digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang anda kenali di internet tetapi tidak bertemu di luar.
BOP
Bukan singkatan tapi terma yang biasa kita lihat dalam komen berkaitan dengan muzik. Bop bermaksud muzik yang terbaik, lagu paling terbaik, lagu paling sedap didengar.
Akhirnya pasangan Bollywood kesukaan ramai, Deepika Padukone dan Ranveer Singh sah bergelar suami isteri selepas melangsungkan perkahwinan dalam majlis tertutup di Lake Como, Itali.
Sejak paparazzi menangkap hubungan mereka bersama tetapi lebih senang menarik tali dan akhirnya mengejutkan dunia dengan berita bakal menamatkan zaman bujang bersama, ternyata pasangan ini punya agenda tersendiri. Ironi sekali…
Setelah lama menanti, akhirnya Deepika dan Ranveer mengeluarkan gambar perkahwinan mereka selama dua hari di Itali. Dua gambar menunjukkan kedua-dua dalam sepersalinan tradisional India dikongsi mereka di Instagram pada petang Khamis semalam.
Tiada kapsyen yang diletak hanya emoticon jantung mudah untuk merungkaikan perasaan pasangan sama segak sama cantik ini. Ternyata perkongsian gambar menjadi viral dan dihujani pelbagai komen dan ucapan tahniah dari peminat dan selebriti serata dunia.
Robert Irwin, 14, merupakan ahli zoologi dan jurugambar haiwan, yang mewarisi cintanya kepada haiwan dari ayahnya, Steve Irwin. Sejak di usia yang sangat muda lagi, Robert telah menunjukkan minat dalam alam semula jadi, bahkan sering menemani bapanya ke mana sahaja.
A post shared by Robert Irwin (@robertirwinphotography) on
Keluarga yang terkenal itu bukan sahaja memiliki dan bekerja di Zoo Australia tetapi juga mengembara planet ini untuk menyebarkan mesej pemuliharaan.
Bukan itu sahaja, Robert mempunyai program TV sendiri di Australia Zoo TV dan menjadi pengacara bersama untuk siri Wild But True di Discovery Kids Channel TV. Anak muda ini juga menerbitkan siri buku Robert Irwin: Dinosaur Hunter dan membuat cameo dalam filem Free Willy: Escape from Pirate’s Cove.
A post shared by Robert Irwin (@robertirwinphotography) on
Robert menggunakan peluang ini untuk menangkap keindahan haiwan di seluruh dunia. Anak muda ini berkongsi fotografi hidupan liarnya di Instagram dan tidak hairan ramai menyukainya.
Bila bercakap soal kanak-kanak, tentu apa yang terbayang di minda kita adalah kecomelan dan keletah mereka yang tentunya mampu menambat hati orang dewasa. Namun pada dasarnya, tak semua kanak-kanak itu bersifat setanding dengan usianya…
Di barat umumnya, banyak kes jenayah juvana yang melibatkan kanak-kanak bahkan ada antaranya memecah rekod sebagai pembunuh bersiri seawal usia 12 tahun. Untuk merungkai tanda tanya kamu, Wanista senaraikan 5 kanak-kanak paling digeruni dalam sejarah jenayah.
#1 Beth Thomas
Kisah Beth yang berusia 6 tahun pada 1992 ini sangat terkenal di seluruh dunia. Kisah ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang mempunyai masalah psikologi kerana dia pernah didera secara seksual oleh bapa kandungnya sejak dari bayi.
Tonton Video Beth Mengaku Mahu Membunuh Ibu Bapanya
Sewaktu Beth tinggal bersama keluarga angkatnya, perangai Beth bertukar menjadi seorang yang sangat psiko apabila dia begitu berkobar-kobar untuk cuba membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu menggunakan pisau.
Dalam sebuah temu bual persama pakar psikologi, Beth juga mengaku yang dia pernah menghantukkan kepada adik angkat ke lantai berkali-kali meskipun sudah dirayu untuk berhenti. Beth juga pernah membunuh burung -mencucuk burung malang itu dengan beberapa bilah jarum. Menurut Beth beliau memang gemar membunuh dan tidak merasakan ianya perbuatan yang salah.
Wajah Beth Thomas yang terkini. Sumber: answersafrica.com
Tahun berganti tahun, kini Beth adalah seorang jururawat dan beliau sudah banyak berubah.
#2 Morgan Geysar & Annisa Weier
Berlaku sekitar 31 Mei 2014, dua sekawan bernama Morgan Geysar & Annisa Weier yang masing-masing berusia 12 ketika itu khabarnya terlalu obses dengan sejenis makhluk misteri yang dikenali dengan nama “Slender Man” (Lelaki Nipis). Suatu hari, mereka telah merancang untuk melihat sendiri Slender Man dan salah satu cara untuk bertemu Slender Man menurut mereka adalah dengan membawa korban. Lalu memutuskan untuk menjadikan salah seorang rakan kelas mereka sebagai mangsa.
Sumber: Google Images
Suatu hari, mereka telah mengumpan mangsa untuk turut serta pergi ke hutan dan tanpa mengesyaki sebarang kejadian yang tidak diingini, Morgan dan Annisa akhirnya membunuh rakan mereka itu di hutan dan meninggalkan mayat mangsa seorang diri dengan harapan mereka akhirnya dapat bertemu dan bersahabat baik dengan Slender Man.
Sumber: rollingstone.com
September tahun lalu, kes dibicarakan semula dan ternyata Morgan dan Annisa mengaku pada awalnya mereka cuma mengajak mangsa bermain sembunyi-sembunyi sehinggalah suatu saat, keduanya membunuh mangsa dengan cara menikamnya sehingga mati. Hmm… tak masuk akal kan?
#3James Fairweather
Biasanya seseorang individu normal akan obses dengan penyanyi mahupun atlet sukan untuk dijadikan idola, namun lain pula dnegan kes kanak-kanak lelaki dari Britain ini. Jangan terkejut, dia direkodkan sebagai pembunuh paling muda di Britain tau.
Sumber: BBC
Pada tahun 2015, James telah membunuh seorang lelaki yang tidak dikenalinya menggunakan pisau dan selepas itu pada tahun 2016 pula, beliau membunuh seorang wanita. Kata sumber, James merancang untuk membunuh seorang lagi mangsa namun rancangannya terbatas apabila dia akhirnya dicekup polis.
Menurut James sendiri, dia melakukan pembunuhan ini bukan kerana dendam tetapi sangat obses dengan pembunuh. Ini termasuklah pembunuh bersiri popular bernama Ted Bundy.
#4 Natsumi @ Girl A
Sekitar Jun 2004, seorang kanak-kanak Jepun perempuan yang berusia 12 tahun telah melakukan jenayah membunuh. Dia, Natsumi, yang turut dikenali dengan gelaran “Girl A” telah melakukan kesalahan itu terhadap seorang rakan kelasnya yang berlaku di sebuah sekolah rendah, dengan mengerat kepala mangsa menggunakan pisau pemotong kertas.
Foto Natsumi yang tersebar. Sumber: Google Images
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak pernah mendedahkan banyak identiti tentang Natsumi mahupun foto wajahnya kerana ia merupakan salah satu prosedur yang harus dipatuhi apabila melibatkan jenayah kanak-kanak bawah umur.
Sumber: Google Images
Menurut sumber, Natsumi seorang individu kanak-kanak yang misteri dan kesalahnnya itu cuma disedari guru selepas beberapa jam dia membunuh mangsa dan terus dibawa ke balai. Sewaktu di balai, Natsumi berkali-kali memohon maaf di atas keasalahannya. Ini kerana Natsumi seolah telah disuruh oleh “sesuatu” kerana guru sendiri menjelaskan bahawa Natsumi seorang kanak-kanak yang pendiam dan baik di dalam kelas.
Kes itu mendapat perhatian ramai bahkan watak anime dan meme berdasarkan kisah Natsumi juga sangat popular di Jepun. Tak percaya boleh Google.
#5 Jasmin Richardson
Berlaku sekitar 2006, Jasmine adalah kanak-kanak perempuan yang memiliki seorang teman lelaki bernama Jeremy Steinke. Walau bagaimanapun, suatu hari Jasmine telah bertindak membunuh seisi keluarganya termasuk seorang adik dan ibu bapa kerana menurut sumber, Jasmine marah apabila dihalang untuk bercinta dengan Jeremy. Jeremy waktu itu sudah berusia 23 tahun manakala Jasmine baru 12 tahun.
Sumber: Investigation Discovery
Pada awalnya, Jasmine dan Jeremy tidak berniat untuk melakukan jenayah tersebut, ia cuma gurauan namun Jeremy menyelinap ke rumah Jasmine suatu malam dan membunuh kedua ibu bapa Jasmine. Jasmine tahu akan perkara itu tapi cuma melihat dan membiarkan teman lelakinya. Jasmine kemudian masuk ke bilik adik lelakinya dan membunuhnya dengan kejam tanpa belas kasihan.
Sumber: Google Images
Disebabkan usianya, Jasmine cuma dimasuklah ke hospital sakit jiwa selama 10 tahun (kini sudah keluar) manakala teman lelakinya itu dikenakan hukuman penjara sehingga kini dan akan keluar pada tahun 2034 nanti.
Bagi pendapat kamu semua, kanak-kanak mana yang paling mengerikan?
Percayalah setiap kali selesema memang cukup menyeksakan, dengan hidung tersumbat, berair malah tekak terasa tidak selesa.
Selain mengamalkan minum air putih, apa lagi cara yang boleh diguna pakai untuk merawat masalah hidung tersumbat dan berair. Bahkan jika lakukan secara perlaban, nescaya akan beransur pulih..
Teh Panas
Minum teh panas boleh melegakan hidung tersumbat dan berair, malah melegakan tubuh. Teh panas terutamanya teh hijau kaya dengan flavonoid sebagai bahan anti-radang dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C
Vitamin C membantu meningkatkan dan menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Selain buah-buahan masam yang boleh melegakan tekak, pengambilan vitamin C boleh digtntikan dengan suplemen atau pil.
Madu
Madu adalah ubat terbaik untuk menangani hidung tersumbat dan berair dari selesema dan batuk kerana ia mengandungi sifat antibakteria dan anti-radang. Cairkan dengan air suam dan minuman pada waktu pagi dan petang.
Blueberi
Blueberi mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dalam vitamin C, dan ianya sangat baik untuk menghilangkan masalah hidung tersumbat.
Bawang
Bawang mempunyai ciri-ciri antibakteria yang sangat baik terhadap virus selesema dan melegakan hidung tersumbat dan berair. Boleh dimakan mentah atau digunakan sebagai rempah sebagai sup.
Sebelum ini penulis pernah berkongsi tentang kisah seorang kerabat diraja England yakni Lady Amelia Windsor dikatakan ahli kerabat paling cantik!
Lupakan yang itu sebentar kerana di Asia kita mempunyai seorang puteri raja yang sangat berbakat dan luar biasa. Kenali Puteri Sirivannavari Nariratana iaitu anakanda kepada raja baharu Thailand, Raja Vajiralongkorn.
Puteri Sirivannavari kini berusia 31 tahun, masih bujang dan sedang aktif dalam mendominasi dunia.
Foto – Visual Press Agency
Majalah Tatler pernah menyoalkan ‘adakah Puteri Sirivannavari Nariratana antara kerabat diraja paling berbakat?’
Rata-rata yang menjawab setuju dengan jolokan itu kerana gerak-geri si puteri ini dalam melaksanakan tugas diraja bukan seperti kerabat diraja yang lain.
Apa yang beliau buat?
Mewakili Thailand ke sukan Asia Tenggara (SEA Games) dalam acara badminton dan ekuestrian. Bukan sahaja jadi wakil malah memenangi pingat. Puteri Sirivannavari Nariratana pernah memenangi pingat emas tahun 2005 dalam acara badminton dan pingat perak pada Sea Games 2917 untuk ekuestrian.
Foto – arkib Wanista.com
Jarang sekali mendengar puteri diraja yang lasak dalam sukan malah dapat mengharumkan nama negara sekaligus.
Foto – REUTERS/Soe Zeya Tun/Files
Jika anda ingat Puteri Sirivannavari hanya cemerlang dalam aktiviti fizikal, anda silap. Beliau juga berbakat dalam dunia fesyen. Nope! Bukan jadi model tapi berjata menghasilkan sendiri koleksi pakaian dan diperagakan di pentas Minggu Fesyen Paris.
Dunia fesyen juga menyebabkan beliau menjadi ‘khayal’ kerana Puteri Sirivannavari sangat menggemari patternmaking iaitu mencipta sendiri dan melukis corak baharu pada tekstil. Biasa kita ingat orang-orang yang nak ceburi bidang fesyen ini hanya tahu melakar tapi Puteri Sirivannavari produce hasilnya fesyen dari mula sampai akhir!
Foto – arkib Wanista.com
Terkejut rasa bukan bila seorang puteri rasa yang dahulunya sering dikatakan duduk diam-diam di istana rupanya kini sibuk menjalani tugas seperti rakyat marhaen.
Memang ada juga sayup-sayup dengar tentang destinasi yang bebas pakaian. Biasanya kawasan pantai menjadi tumpuan utama untuk para pelancong tidak memakai apa-apa pakaian. Budaya percutian ini semakin mendapat tempat di beberapa bahagian negara Eropah. Kini ia semakin meluas sehingga ke serata dunia dan muncul pelbagai ‘komuniti bogel’ kononnya ingin mengembalikan semangat natural.
Mari kita selidik beberapa pusat pelancongan pantai yang membenarkan pengunjung mereka untuk telanjang. Bukan apa, penulis tidak mahu anda yang datang terkejut dan pengsan. Aha!
#1Cap-d’Agde, France
Pelancong boleh pergi ke kedai, restoran atau mandi-manda di pantai bebas tanpa pakaian! Namun setiap pengunjung harus melengkapkan borang khas dan hanya memberi masa berkunjung mengikut waktu tertentu. Selain itu, terdapat juga larangan untuk tidak berkongsi gambar atau video di laman sosial.
Foto – Pinterest
#2Little Beach, Maui, Hawaii
Mereka yang benar-benar sukakan alam semulajadi tanpa gangguan pembangunan Little Beach adalah destinasi yang tepat. Disini terdapat komuniti bogel yang aktif dimana menyediakan pelbagai hiburan untuk keahlian mereka.
Foto – Best In Beach
#3Vera Playa, Spain
Pengunjung boleh menghabiskan masa di Vera Playa tanpa berpakaian dan tiada apa sekatan untuk berbuat begitu. Mereka yang bercuti di resort sekitar Vera Playa dianggap harus berbogel kerana mereka sangat mengangkat zon semulajadi.
Foto – Loveholidays
#4Florianopolis, Brazil
Dikatakan pantai rahsia dan belum diketahui ramai. Jadinya ramai yang mengambil peluang untuk menghabiskan masa untuk berbogel disana. Alahai…
Foto – blog.belaturismo.com
#5Byron Bay, Australia
Komuniti bogel di Australia memilih pantai Byron Bay sebagai pusat mereka. Jangan terkejut mereka main bola tampar pun dalam keadaan bogel. Ish!
Foto – yTravel Blog
#6Vernazza, Itali
Di Vernazza, Itali terdapat suatu lokasi pantai Spiaggia di Guvano dimana pengunjung boleh bebas tidak berpakaian.
Foto – Cinque Terre
Hukum orang Islam ke tempat sebegini adalah haram kerana ia memperlihatkan aurat, dekat dengan maksiat dan zina.
Teringat pula penulis pada kisah sejarah dahulu, dimana penjajah mengatakan penduduk tempatan (sebelum kemasukan Islam) tidak bertamadun kerana tidak memakai pakaian lengkap. Sekarang apa sudah jadi? Mereka pula sibuk nak bertelanjang. Hmmm…
Datangnya akhir tahun pasti muncul lambakan fesyen inspirasi dari musim sejuk. Memang teringin betul ingin mengenakan ala-ala wanita di kota raya New York. Berkot tebal dan memakai but kaki yang sampai ke lutut!
Namun mustahil lah kalau di Malaysia, iyalah siapa sahaja yang boleh tahan berpakaian tebal dengan cuaca panas terik.
Sebenarnya untuk dapatkan vibe winter fashion itu boleh sahaja, anda tak perlu pun atas dan bawah dengan pakaian tebal. Cara paling mudah ialah dengan mengenakan aksesori dan warna yang tepat.
Nah, ikut step by step dari Wanista dibawah.
#1 Skarf nipis
Anda boleh tambahkan lilitan skarf nipis dari fabrik chiffon. Ini sebagai ganti neck muffler ala mat salleh yang tebal. Kenakan gaya yang ikatan yang longgar supaya tidak terlalu ketat suapaya selesa sepanjang hari.
Foto – topsimages.com
#2 Kardigan
Cara ini memang ramai yang dah buat kalau ke panggung wayang atau bersiar pada waktu malam kan? Jadi kenakan kardigan labuh dan nipis sebagai pakaian luar. Untuk lebih menarik pilih kardigan yang mempunyai hoodies atau kardigan dari kain kait.
Foto – Lulu Dot
#3 But
Oh yes! Semestinya but adalah salah satu trademark ketika musim sejuk. Jika anda tidak selesa untuk memakai but yang panjang, cukuplah untuk mencuba dahulu but paras buku lali.
Foto – Pinterest
#4 Rona gelap
Nak naikkan aura kesejukan, anda boleh pilih dari rona-rona gelap seperti merah gelap seperti maroon atau burgundy. Tidak pun biru gelap, kelabu dan apa sahaja yang beri vibe snow.
Foto – radiatefashion.com
#5 Legging
Kalau biasa anda memakai dress dan skirt pendek tanpa legging, apa kata sarungkan kaki anda dengan leggings atau stokin panjang. Ia sekaligus dapat mengubah gaya anda summer looks kepada musim luruh.
Foto – FashionTasty.com
#6 Beanie
Aksesori paling comel sekali untuk dipakai! Tak kisahlah apa jua looks anda cuba tambahkan beanie pada kepala pasti jadi sahaja winter fashion anda yang serba ringkas.
Foto – Thought Catalog
Kalau semua dipakai sewaktu musim hujan pun sesuai, hujan dan salji kan sama-sama beri rasa sejuk. Apa salahnya mencuba!
Siapa disini rasa kepentingan dalam membeli sikat itu perkara yang remeh?
Ya, penulis juga turut fikir apa yang anda fikirkan. Hanya sikat sahaja takkan lah perlu berhabis sehingga beratus ringgit. Apa yang terbaik untuk rambut ialah syampu dan vitamin khas, itu sahaja yang menghasilkan rambut yang tidak kusut serta bersinar.
Sebenarnya…kita semua silap! Baru-baru ini penulis telah mencuba sendiri sikat dari jenama The Body Shop yang harganya tidak masuk dek akal semata-mata untuk menyisir rambut.
Foto – Bustle
Namun penulis perasan terdapat sedikit perubahan pada rambut dan waktu menyikat lebih senang dan tidak sakit. Pada mulanya penulis tidak mahu percaya hanya kerana sikat mahal, rambut jadi lebih okay tapi setelah melakukan berapa pembacaan tentang pemilihan sikat.
Yes, ini perkara yang patut anda tahu juga tentang pentingnya sikat yang mahal dan berkualiti
Kita akan dapat, apa yang kita bayar
Harga sikat yang dibeli berdasarkan dari kualiti sikat yang menghasilkan gelombang rambut cantik dan paling penting menjaga kesihatan rambut serta kulit kepala. Pin yang terdapat pada sikat yang berkualiti mampu mengawal minyak pada rambut serta memastikan kulit kepala seperti mendapat urutan spa. Hasil dari dua penjagaan tersebut, rambut mudah diurus dan kekal sihat.
Foto – Homebody Australia
Kualiti kebersihan
Kebersihan sikat antara perkara yang kita lupa. Sikat yang kotor boleh menyebabkan rambut lebih berminyak, berbau dan lemah. Bayangkan sikat yang tidak cuci jika dipakai berulang kali dengan pelbagai produk rambut boleh melipat kali ganda kekotoran. Lebih parah apabila menggunakan sikat yang tidak mempunyai kualiti dalam menghalang kotoran seperti habuk, hama, bakteria atau kulat. Kesan ini membuatkan iritasi kulit kepala iaitu kegatalan, luka kecil dan kelemumur.
Foto – Mane Addicts
Serius, penulis kini langsung rasa tidak menyesal atau rugi kerana membeli sebatang sikat dengan harga hampir RM100! Ia sangat menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala.
Kalau on media sosial ada sahaja rakan-rakan yang berkongsi memes tentang dua perbezaan cara orang Asia dan Barat dalam mendidik anak kecil.
Kalau di Asia, sebagai contoh Malaysia memang sudah terbiasa dengan pukulan dan jeritan marah-marah. Lain pula di Barat ibu bapa disana hanya memberi denda masa dan memberi nasihat yang dengan lembut sekali. Perkara ini sahaja menunjukkan perbezaan yang amat ketara, namun keduanya ada kebaikan dan permasalahan tersendiri.
Wanista bingkiskan sedikit mengenai cara didikan anak dari dua dunia yang berbeza ini. Selamat membaca..
Cara Kampung
Sesuai dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, penulis percaya sifat tegas dan disiplin dalam diri ibu bapa orang Asia bertumpukan pada kata-kata dan ‘ringan tangan’. Kita lebih suka memberi amaran pada anak-anak dengan pukulan (sakit) dan ayat perlian. Cara begini sebagai psikologi terbalik untuk mengajar anak tentang akibat daripada membuat kesalahan iaitu dengan sakit fizikal serta mental.
Foto – youngparents.com.sg
Kesannya, anak-anak lebih berasa takut dan menghormati kuasa yang ada pada ibu bapa.
Didikan Mat Salleh
Jauh berbeza dari cara kampung, orang Barat memandang pada kepentingan emosi anak-anak. Mereka tidak bermain dengan rotan atau kata-kata mengherdik.
Foto – drjamesbest.com
Kaedah paling tepat untuk si kecil jika membuat kesalahan ialah dengan mengamalkan konsep ‘fikir kesalahan anda’. Iaitu dengan denda ‘times out’, si anak dilarang untuk keluar bermain atau keluar dari bilik sehingga mengaku kesalahan yang telah dibuat.
Foto – theAsianparent Malaysia
Sikap terbuka oleh ibu bapa Mat Salleh kadangnya membuatkan sikap anak mereka lebih santai tentang pendidikan dan tanggungjawab dalam rumah. Jika kena dengan para mak bapak Asia belum lagi lahir si anak sudah menyimpan wang untuk pendidikan, malah kerja rumah harus dilakukan bersama-sama.
Pendapat peribadi penulis sendiri ialah ia bergantung tentang situasi, budaya dan pergaulan kita serumpun. Jangan terlalu ikut perkara bukan diatas kemampuan sendiri mahupun perkara yang tidak dapat diterima anak.
Perkara yang paling ditakuti oleh setiap bakal pengantin ialah majlis menjadi huru-hara.
Aish..kenapa pula boleh jadi hura-hura pula?
Ini semua kerana sikap pengantin yang ambil remeh dan suka melakukan kerja last minute! Jangan kamu ingat majlis kahwin ini main-main ya. Lebih lagi kalau melibatkan jemputan yang ramai dan susun atur acara yang bermacam bagai. Sebab itulah sampai ada bakal pengantin menyiapkan majlis kahwin seumpama menyemak kertas projek besar.
Ambil pen dan buku nota anda, jom sama-sama periksa apa lagi yang anda tak siap.
2 – 3 bulan sebelum
Tempahan
Lakukan senarai semak tempahan buat kali terakhir. Periksa samada atucara majlis anda memerlukan tambahan tempahan seperti hidangan makanan, khemah atau apa sahaja. Pastikan anda berbincang dahulu dengan pasangan dan keluarga jika mempunyai sebarang tambahan. Jangan memandai pula!
Foto – Kun StudioCo
Bayaran
Hah! Bila masuk bab membayar ramai yang melengah-lengah. Seeloknya percepatkan urusan pembayaran supaya persiapan jadi tidak tertangguh. Ramai bakal pengantin yang mula lupa tentang syarat pembayaran dari pihak katering atau perancang perkahwinan. Ingat, kalau kita mudahkan kerja orang pasti kerja kita juga jadi mudah.
Seminggu sebelum
Kemas Pakaian
Bukan kemas pakaian nak terus pindah masuk rumah suami. Maksud disini ialah kemaskan pakaian pengantin, aksesori pada hari pernikahan dan persandingan. Lengkapkan semua dalam satu sudut atau beg supaya mudah dicari dan tidak tertinggal pada saat terakhir.
Foto – Kun StudioCo
Borang perkahwinan
Helaian kertas yang paling mustahak! Kalau tiada benda ini, memang tidak selesai majlis anda. Double check segala senarai semak borang yang perlu dibawa ketika hari pernikahan. Letakkan dalam satu fail khas dan lantik pengapit yang menggalas tugas untuk
Serah Tugasan
Sediakan satu jadual atucara majlis dan senarai tugasan untuk setiap ahli keluarga kamu. Biar masing-masing tahu apa yang perlu dibuat, disiapkan dan peranan pada hari nikah serta sanding. Cara ini sedikit banyak menyempurnakan atucara majlis dengan baik sekali.
Foto – Kun StudioCo
Sebenarnya tidak susah pun kalau nak senang, paling penting buang sikap malas anda itu. Siapa lagi hendak siapkan majlis anda kalau bukan diri sendiri. Cuba jangan harapkan 100% pada bahu orang lain atau keluarga. Bak kata mat salleh ‘grown up adults will settle his/er things‘. Gituh..
Rata-rata netizen tidak dapat move on dengan perkahwinan pasangan kesukaan ramai, Deepika Padukone dan Ranveer Singh yang menamatkan zaman bujang minggu lepas.
Mahukan eksklusif dan privasi, pasangan ini memilih Lake Como, Itali sebagai lokasi bersejarah untuk hari bahagia. Kedua-dua disatukan di sebuah Villa del Balbianello di hadapan keluarga dan rakan mereka yang cukup indah dan serba kehijauan disertai pemandangan mengasyikkan.
Perkahwinan mereka diadakan secara tertutup. Dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat. Foto – Hindustan Times
Memandangkan mereka telah mengharamkan semula telefon dan kamera ketika majlis, ini beberapa gambar villa di mana tempat mereka melangsungkan.
Foto – Hindustan TimesFoto – Hindustan TimesThe Villa del Balbianello terkenal sebagai lokasi perkahwinan. Foto – Hindustan TimesFoto – Hindustan Times
Dilaporkan pasangan ini akan mengadakan resepsi di Banglore, India pada 21 November ini.
Fakta Villa del Balbianello
Villa cantik yang dibina pada abad ke-12 banyak dijadikan sebagai lokasi pengambaran filem seperti James Bond dan Star Wars.
Apapun memang cantik Lake Como ni. Kalau korang teringin nak adakan majlis di luar negara, bolehlah mula rancang bajet sekarang!
Penulis memang cukup kagum dengan ikon fesyen, youtuber, aktres, penghibur Heart Evangelista. Rasanya sebelum ini penulis ada senaraikan 10 sebab kenapa wanita cantik ini membuatkan team Wanista obses dengannya.
Selain cintanya pada fesyen, Heart berbakat besar dalam seni lukisan. Oleh itu, dia menggabungkan cintanya untuk seni dan fesyen dengan melukis, Heart memilih tas tangan sebagai tempat untuk ‘meluahkan’ segala buah fikirannya.
Teruja nak tahu bagaimana Heart memulakan karya pada sebuah beg? Baru-baru ini, Heart berkolaborasi dengan pereka Carolina Herrera yang mahukannya melukis pada sebuah beg untuk dipamerkan pada pameran. Demi peminat, Heart berkongsi video bagaimana dia menyiapkan sebuah lukisan pada beg tangan. Menurut Heart, dia mengambil masa selama tujuh jam untuk menyiapkan karya. Seharian mengunci diri dalam bilik tapi hasilnya memuaskan hati Heart.
Ramai tak tahu sebenarnya baju branded lebih murah ada di Bundle!
Orang selalu salah faham yang Bundle ni kedai jual barangan terpakai, walhal bukanlah seperti yang ramai sangka. Bundle sebenarnya menjual barangan off-season.
Seperti di luar negara, koleksi pakaian dijual mengikut musim… Sebagai contoh apabila musim panas, baju pakaian musim sejuk semuanya akan dijual secara pukal dan dihantar ke negara-negara terplilih lain seperti ke Malaysia umpanya. Lalu, terjuallah baju-baju tersebut di kedai Bundle.
Khas buat semua, ini 5 Bundle terpilih yang banyak menjual pakaian wanita.
#1Baden Baden Bundle @ Port Dickson
Sumpah, bundle ni best sangat! Setiap kali penulis bercuti di PD, bundle ni lah akan penulis singgah. Boleh kata, pilihan pakaian wanita di sini cantik-cantik tau. Dari helaian dress sampailah helaian baju-T. Rata-ratanya berjenama pula tu! Boleh cuba pergi dan selam sendiri nanti okay!
Sumber: Google Images
Alamat: No. 5, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi:Setiap hari dari 12 pagi hingga 12 malam
#2 JBR Bundle @ Shah Alam
JBR Bundle ini merupakan bundle yang sangat teratur dan unik. Terlalu banyak pilihan disini kerana semua pakaian dibahagikan mengikut department. Ada pakaian lelaki, perempuan, mainan, handbags dan branded items! Rugi tak datang!
Alamat: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Shah Alam, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari dari10 pagi hingga 12 malam
#3 Bandoru Store @ Shah Alam
Kalau yang biasa lalu Federal Highway, mesti akan nampak kedai ini. Bandoru merupakan concept mall atau pusat membeli belah yang mengumpulkan barangan preloved, preowned dan original. Kualiti barangan ini dijamin kerana straight daripada Japan. Harga yang murah dan pelbagai pakaian fesyen pastinya akan membuatkan anda rambang mata!
Sumber: Google Images
Alamat: Selangor PT7, Federal Highway Batu 3, 40150 Shah Alam
Waktu operasi: Isnin – Jumaat dari 10 pagi hingga 10 malam
#4 Jalan Jalan Japan @ Subang
Jalan Jalan Japan sangat sesuai untuk mereka yang gemar pakaian daripada Jepun! Ala-ala Jepun gituh! Pelbagai jenis pakaian di sini pasti akan buat anda rambang mata. Jom ramai ramai pergi!
Sumber: Google Images
Alamat:1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya
Waktu operasi:Setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
#5Jalan Raja Bot (JRB Vintage Market), Kuala Lumpur
Berderet peniaga-peniaga bundle menjalankan jualan di Jalan Raja Bot, Chow Kit. Dengan harga yang mampu milik dan berpatutan serta pilihan barangan yang banyak, anda pasti tidak akan kecewa.
Siapa yang belum sampai ke Jalan Raja Bot, boleh berkunjung ke sini!
Sumber: malaysia.my
Alamat:No 48 Jalan Raja Bot, Chow Kit, KL, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi : Jumaat & Sabtu dari 9 malam sehingga 4 pagi
Cahaya matahari merupakan sumber vitamin D yang percuma dan mudah diperolehi. Kebanyakan orang bergantung kepada pendedahan cahaya matahari untuk memenuhi keperluan vitamin D mereka. Oleh itu, vitamin D juga dikenali sebagai vitamin “sunshine”.
Pendedahan muka, tangan, kaki atau belakang badan kepada cahaya matahari (tanpa menggunakan pelindung matahari) selama 5-30 minit antara 10:00 pagi ke 3.00 petang untuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu biasanya akan membekalkan vitamin D yang dapat memenuhi keperluan harian.
Foto – Times of India
Oleh itu, penting untuk kita keluar berjemur bagi mendapatkan vitamin D yang cukup. Jika tidak, ini 10 tanda dan simptom yang kamu alami akibat kekurangan vitamin D.
#1 Demam Dan Selesema Ambil Masa Lama Untuk Sembuh
Tahukah kamu, salah satu peranan penting vitamin D ialah menjaga sistem imun. Apabila kamu kekurangan vitamin ini, ia mungkin membawa kamu lebih lama untuk mengatasi jangkitan dan virus kecil. Malah, dengan tahap vitamin D yang rendah mungkin membuatkan kamu lebih mudah diserang jangkitan saluran pernafasan seperti selesema, bronkitis, dan radang paru-paru.
#2 Kemurungan
Ya!
Foto – Talkspace
Kemurungan dan ketidakstabilan mood boleh dikaitkan dengan beberapa faktor fisiologi dan psikologi. Walaubagaimanapun, terdapat bukti saintifik yang menghubungkan kekurangan vitamin D kepada kemurungan, terutama orang tua. Kemurungan adalah masalah mental yang kompleks yang sebaiknya dirawat dengan bantuan pakar perubatan profesional, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil suplemen vitamin D mungkin merupakan alat yang berguna dalam mengatasi masalah ini.
#3 Asyik Letih Walaupun Sudah Mendapatkan Rehat Yang Cukup
Keletihan boleh disebabkan banyak sebab, tetapi kekurangan vitamin D adalah salah satu daripadanya. Bahkan kajian mendapati bahawa tahap vitamin D yang sangat rendah menyebabkan gejala seperti keletihan kronik dan sakit kepala. Selepas memerhati 200 jururawat wanita, ramai yang mengadu kesakitan. Satu laporan mendapati 89% daripada jururawat sebenarnya kekurangan vitamin D.
#4 Sakit Belakang
Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang, kerana ia membantu badan kamu menyerap kalsium dan membina sistem rangka yang kuat. Apabila anda kekurangan sumber vitamin ini, maka kamu mungkin mempunyai masalah tulang dan sakit belakang.
Foto – Harvard University
#5 Rambut Nipis
Sekiranya kamu menyedari bahawa rambut tidak tebal dan subur seperti biasa, ia mungkin disebabkan vitamin D. Walaupun kajian terhadap kesan vitamin D pada keguguran rambut tidak begitu kuat, tetapi ia masih dikaitkan dengan hubungan antara tahap vitamin D yang dan keguguran rambut pada wanita. Tahap vitamin D yang sangat rendah juga boleh menyebabkan Rickets, penyakit yang menyebabkan tulang lembut dan rapuh. Rickets kadang-kadang dikaitkan dengan gangguan kehilangan rambut yang disebut alopecia areata.
#6 Bisul Atau Lebam Makan Masa Untuk Pulih
Benjolan kecil seperti bisul atau lebam mengambil masa yang lama untuk pulih juga antara tanda kamu kekurangan vitamin D. Sesetengah kajian mendapati bahawa vitamin cahaya matahari sebenarnya meningkatkan pengeluaran sebatian yang penting untuk proses membentuk kulit baru. Terdapat juga beberapa bukti bahawa vitamin D boleh membantu mengawal keradangan dan melawan jangkitan. Sekiranya anda mengalami kekurangan vitamin D, maka proses penyembuhan juga lebih sukar untuk pulih.
Idol Hyuna, antara penyanyi wanita Korea yang cukup disegani dan dihormati malah popular serata dunia.
Pernah panas menggemparkan dunia K-Pop dengan berita percintaan bersama bekas ahli kumpulan Pentagon ‘E’Dawn, Hyuna sekli lagi menjadi buah mulut netizen. Kali ini disebabkan perkara lain pula.
Hyuna tampil “naked” tanpa mekap. Naked Face ialah situasi di mana muka kita “telanjang” dari mekap. Menjadi muka depan untuk majalah Grazia Korea edisi Disember, Hyuna dengan berani tampil tanpa sebarang mekap. Walaupun bareface, Hyuna tetap cantik dengan kesan pelembap dan primer untuk memberi seri pada wajah digabungkan dengan gaya pastel seperti denim, kulit, t-shirt polos dan sebagainya.
Siapa sangka Hyuna baru 26 tahun dan debut sejak dibangku sekolah ketika usia 15 tahun. Ternyata mekap tebal menyebabkan ramai salah sangka usia sebenar Hyuna.
Penulis terbaca satu artikel dalam portal Insider dan tertarik untuk berkongsi dengan anda semua. Tahukah, Ratu Elizabeth gilakan buah pisang tapi cara baginda makan bukan seperti kita…
Menurut bekas chef Darren McGrady, Ratu Elizabeth memakan pisang dengan pisau dan garfu kerana tidak mahu kelihatan seperti seekor monyet. Bunyi macam ekstra? Tapi itulah Ratu Elizabeth dan dia boleh lakukan apa sahaja.
Foto – Gusto
Darren McGardy merupakan bekas ketua chef yang pernah berkhidmat di Istana Buckingham dari tahun 1982 hingga 1993. Jadi cukup terang untuk mengatakan bahawa dia tahu dengan tepat bagaimana etika pemakanan yang diamalkan keluarga diraja. Misalnya seperti makan pisang dengan garfu dan pisau.
McGrady memberitahu Today Food tentang protokol diraja bahawa makanan pada acara formal tidak pernah dimakan dengan tangan, bahkan buah segar selalu disajikan sebagai pencuci mulut.
Jadi bagaimana sebenarnya cara makan pisang dengan pisau dan garfu?
Pertama, hujung pisang dipotong. Kemudian kulit pisang “dihiris ke tengah” dari hujung hingga akhir sehingga buah pisang yang tidak diselaputi dapat dibuka. Alihkan kulit untuk memudahkan buah dipotong menjadi kepingan kecil, kemudian makan dengan garfu.
Walaubagaimanapun, McGrady berkata Ratu Elizabeth bukanlah peminat ‘makanan berkanji’, Ratu lebih suka menikmati makanan ringan dan sederhana seperti ikan panggang dan sayur-sayuran tapi pisang adalah pengecualian kerana ia buah kegemarannya.
Foto – Bustle
Cuba korang praktik cara Ratu Elizabeth makan pisang. Curlas tau!
Pernah suatu ketika, orang melabel makanan yang disediakan dalam penjara berupa hidangan yang diberikan kepada binatang. Apakah sememangnya benar perkara itu berlaku dalam kalangan komuniti banduan di penjara?
Untuk membuka mata kamu agar sentiasa mempunyai rasa bersyukur dalam diri, ini sebahagian menu hidangan penjara plaing hina yang Wanista pernah lihat.
#1 Penjara Delaware
Sumber: nydailynews.com
#2 Penjara Arizona
Sumber: Phoenix
#3 Penjara Texas
Sumber: nydailynews.com
#4 Penjara Michigan
Sumber: Pinterest
#5 Penjara Australia
Sumber: newsapi.com.au
Mungkin hanya mereka yang pernah berpengalaman atau mempunyai saudara-mara di dalam penjara mengetahui betapa seksanya hendak meneruskan kelangsungan hidup dalam tempat yang tidak seberapa -jauh pula dari kebebasan dunia luar.
Hakikatnya, apa pun makanan yang kita dapat nikmati itu adalah rezeki yang dikurniakan tuhan dan sekurang-kurangnya, ia masih boleh dimanfaatkan untuk mengalas perut dan mengelakkan diri daripada kebuluran betul tak?
Tonton Video Orang Cuba Menu Makanan Penjara
Belajarlah untuk insaf, elak diri daripada terjebak dengan jenayah supaya tidak perlu berdepan dengan hukuman penjara yang bukan hanya membosankan malah menyiksakan.