Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14479 articles
Browse latest View live

Aina Abdul Cetus Magis Dalam Single Baharu “Sumpah” Bersama Qi Razali

$
0
0

Kalau dahulunya susuk gadis berusia 26 tahun ini popular menerusi pertandingan nyanyian realiti televisyen Mentor Legend 2014 bersama mentor Ratu Rock Malaysia, Ella, kini Aina Abdul sudah semakin matang memajukan karya seninya supaya dilihat dan didengar masyarakat.

Kali terakhir dilihat menyanyikan runut bunyi berjudul “Ribut Hati” untuk filem Tombiruo sebelum terus mendiamkan diri buat beberapa ketika. Menurut Aina, beliau mengalami sedikit kemurungan berikutan karier seninya boleh dikatakan tidak menyerlah sejak pertandingan Mentor Lagend tamat beberapa tahun dahulu.

Sumber: Youtube

Aina juga mengaku yang telah pelabagai usaha cuma dilakukan untuk menyerlahkan dirinya namun tetap tidak menjadi sehingga membuatkan dirinya tertekan kerana mengalami masalah rendah diri, lebih-lebih lagi apabila melihat rakan-rakan lain yang sudah berjaya dalam bidang nyanyian.

Sumber: Youtube

Walau bagaimanapun, waktu kebelakangan ini banyak mengajar Aina untuk positif dan beliau nampaknya sudah kembali yakin sejak single Bahasa Inggerisnya yang dijayakan beberapa bulan lalu kian mengembalikan perhatian peminat dan ramai mengakui single berjudul Shadow itu sememangnya mampu berdiri sama tinggi dengan lagu-lagu antarabangsa lain.

Tonton Muzik Video “Sumpah” oleh Aina Abdul

Tampil pula dengan single “Sumpah” yang baharu dilancarkan awal minggu ini, Aina memperkuat kredibiliti lagu dengan sebuah muzik video yang memeperlihatkan dirinya bergandingan dengan aktor dan pengacara kacak, Qi Razali.

Aina Abdul disamping Qi Razali selaku bintang utama dalam video muzik “Sumpah”. Foto -Hangat.com

Dalam muzik video tersebut, Aina juga banyak menyelitkan elemen kemurungan serta perihal penyakit Skizofrenia demi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahn itu yang sebenarnya banyak meracuni individu hari ini.

Boleh muat turun lagu “Sumpah” oleh Aina Abdul menerusi Spotify, Joox, Apple Music dan iTunes. Untuk keterangan lanjut sila klik [facebook.com/ainaabdul.music].

Wanista ucapkan selamat maju jaya buat Aina Abdul! ❤

 

The post Aina Abdul Cetus Magis Dalam Single Baharu “Sumpah” Bersama Qi Razali appeared first on Wanista.com.


Jeanne Damas, Gadis Perancis Muka ‘Biasa-Biasa’ Tapi Punyalah Stailo

$
0
0

Jika anda mengikuti minggu fesyen, pasti pernah terlihat gerangan gadis tinggi lampai menghiasi ruang Instagram.

Jeanne Damas adalah lambang It Girl. Dia merupakan model sambilan, seorang jurugambar amatur bahkan pereka fesyen untuk labelnya sendiri Rouje, helaian ringkas yang sesuai disarung setiap hari. Melalui Rouje juga Damas memberitahu cara bagaimana untuk mencapai gelaran Parisan Chic yang cool.

View this post on Instagram

#dynasty ✨

A post shared by Jeanne (@jeannedamas) on

Individu yang terkenal dengan signature gincu bibir rona merah merupakan lambang seorang gadis Perancis yang tipikal – pencinta wine, selesa dengan fesyen yang ringkas ‘less is perfect’, gilakan croissant tapi masih ada stail tersendiri. Jeanne tidak perlu trying so hard dalam berfesyen, cukup dengan t-shirt polos bersama jeans, dia masih kelihatan paling bergaya.

View this post on Instagram

Monday 😎

A post shared by Jeanne (@jeannedamas) on

Baca : 5 Perkara Wanita Perancis Lakukan Untuk Nampak Cantik Berseri

Anak jati Perancis, dia dilahirkan di Paris dan masih tinggal di Paris sehingga ke hari ini, dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kota romantis itu.

“Yes, I was born in Paris, i grew up here, and I still live here, and I will forever, I think,” selorohnya.

#1 Jeanne Damas ada cara tersendiri memakai gincu

#2 Obses dengan summer dress kerana ringkas dan selesa.

View this post on Instagram

🍦

A post shared by Jeanne (@jeannedamas) on

#3 Kerap pakai beg kait

View this post on Instagram

Les rencontres 💛

A post shared by Jeanne (@jeannedamas) on

#4 Tak suka pakai tumit tinggi

#5 Skinny jeans bukan gaya Jeanne Damas

Orang tinggi pakai apapun nampak elok..

The post Jeanne Damas, Gadis Perancis Muka ‘Biasa-Biasa’ Tapi Punyalah Stailo appeared first on Wanista.com.

Koleksi Pakaian Dalam Everyday Essental Triumph Selesa Dipakai Harian

$
0
0

Tahukah kamu pakaian dalam yang paling selesa dan sesuai dipakai harian adalah sejenis bra dan seluar dalam yang memiliki kemasan paling ringkas seperti ditampilkan dalam koleksi Everyday Essential oleh Triumph ini?

Masih kelihatan anggun dan memiliki potongan feminin biarpun diperbuat daripada material polos tampa sebarang perincian renda mahupun corak cetakan yang pelbagai, koleksi terkini untuk musim bunga inovasi Triumph ini mengetengahkan elemen keselesaan buat wanita di mana, setiap satunya dilengkapi material ringan bak kapas manakala, permukaan fabrik bra dan seluar dalamnya juga adalah licin tanpa sebarang kelim.

Terdapat dalam lima pilihan wrana termasuk Hitam, Merah Jambu, Perang dan biru yang kemudiannya boleh dipadankan dengan seluar dalam jenis “Frenchie” atau “Hipster”. Foto -Arkib Wanista

Apa yang penting, pemakaian bra jenis t-shirt bra sebegini mampu membuatkan penampilan bahagian dada kamu terlihat kemas tanpa sebarang garisan coli biarpun memakai baju yang ketat atau berkain nipis.

Keadaan ini berbeza dengan pemakaian bra jenis renda yang selalunya menampakkan bekas-bekas renda serta garisan bra pada permukaan pakaian.

Koleksi musim bunga Everyday Essential oleh Triumph. Foto -Arkib Wanista

Justeru pilih dan pakailah bra yang ringkas sebegini dan pastikan pakaian dalam tidak mempunyai sebarang kelim untuk menyerlahkan kekemasan cara pemakaian kamu, lebih-lebih lagi apabila hendak ke pejabat memenuhi tentaif harian. Materialnya juga mudah bernafas dan pasti kamu selesa sepanjang hari!

Foto -Arkib Wanista

Kesemua coli yang ditawarkan dalam koleksi ini boleh didapatkan pada harga RM209 sehelai manakala, seluar dalamnya pula adalah dari RM79.90 hingga RM89.90 sehelai. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/triumphMY].

The post Koleksi Pakaian Dalam Everyday Essental Triumph Selesa Dipakai Harian appeared first on Wanista.com.

Rasulullah Lebih Romantik Dari Hero Dalam Filem Cinta! Lelaki Sila Baca

$
0
0

Orang kata kalau nak jadi suami yang yang baik, jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai contoh kerana nabi memang menjaga rapi tertib dalam berumah tangga.

Ketahuilah kamu bahawa seperti mana kita mengagung-agungkan watak hero dalam drama atau filem kegemaran kita kerana mereka itu mampu melayani isteri dan teman wanita mereka secara gentlemen, di zaman lampau kita ada Rasulullah yang juga begitu romantis terhadap para isterinya.

Jika sebelum ini penulis pernah kongsikan 5 perkara yang Rasulullah amalkan untuk menjamin kebahagian suami isteri, istimewa buat pembaca kali ini…Wanista ingin kongsikan pula beberapa perbuatan dan cara romantis Rasullulah yang boleh diukuti para suami suapay isteri jadi wanita paling bahagia di dunia.

#1 Suami Sering Cium Isteri

Di antara sisi romantis Rasulullah saw, beliau gemar mencium isterinya sebgaai contoh, sebelum keluar untuk solat. Dari Aisyah:“Bahawa Nabi saw mencium sebagian istrinya kemudian keluar menunaikan shalat tanpa berwudhu dahulu.” (HR Ahmad).

Untuk kita, bolehlah suami mencium isteri setiap kali sebelum keluar rumah, sebelum ke pejabat dan setiap kali pulang ke rumah bertemu isteri. Cium sahaja isteri bila-bila masa dan itu adalah pahala yang paling mudah dikecapi dan seterusnya membahagiakan pasangan suami dan isteri.

#2 Bersandar Di Dada Isteri & Tidur Atas Peha Isteri

Ia merupakan suatu gambaran yang indah bila Rasulullah saw dahulunya sering memanjakan dirinya dengan isteri termasuklah bersandar pada bahagian hadapan tubuh isterinya Aisyah sambil meletakkan kepalanya di bahagian dada Aisyah, lalu, apabila mahu berbaring, dia meletakkan kepalanya di atas pangkuan Aisyah -meskipun waktu itu Aisyah sedang haid.

#3 Mandi Bersama

Perkahwinan menghalalkan hubungan antara wanita dan lelaki, jadi segala perbuatan yang memperlihatkan tubuh masing-maisng adalah tidak salah bukan? Jadi Rasulullah saw dahulu sering mandi bersama isterinya untuk menjalin keharmonian rumah tangga.

Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata:“Aku pernah mandi dari jinabat bersama Rasulullah saw dengan satu tempat air, tangan kami selalu bergantian mengambil air.” (HR Mutafaqun ‘alaih).

#4 Makan Sepiring, Minum Secawan

Masa bercinta dahulu mesti ada kongsi-kongsi makan di kedai kan? Ha, janagn masa bercinta je buat. Masa bercinta buat tak dapat pahala. Tapi kalau buat lepas kahwin, berganda-ganda pahalanya apabila suami dan isteri berkongsi makan dalam satu pinggan yang sama.

Rasulullah melakukan perkara ini untuk menonjolkan rasa cintanya terhadap isterinya tanpa merasa jijik atau geli -walaupun perlu memakan sisa isterinya.

Aisyah berkata: “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah saw dari cawan yang sama, di mana beliau melekapkan mulutnya betul-betul di tempat bekas aku minum, lalu beliau minum.” (H.R. Muslim)

#5 Gurau Senda Legakan Amarah Isteri

Biasanya suami akan ‘bengang’ dengan isterinya jika isteri mulai membebel atau marah-marah tentang sesuatu perkara sehinggakan, ada suami yang sanggup menaikkan tangan terhadap isteri atau memaki si isteri kembali, tetapi tidak dengan Rasulullah saw.

Nabi saw biasa memicit/mencubit hidung Aisyah jika dia marah dan beliau berkata: Wahai Aisyah, bacalah doa, “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (HR. Ibnu Sunni)

#6 Melaga Pipi Antara Suami Isteri

Ustaz Ebit Liew dalam sebuah ceramahnya pernah memberitahu bahawa baginda Rasulullah saw sering mendukung isterinya sambil isterinya berpaut di belakang badan Rasulullah lalu mereka menyentuhkan pipi satu sama lain di mana pipi Rasulullah terkena pipi Aisyah.

#7 Bersukan Dengan Isteri?

Mungkin ramai di antara kita memikirkan banyak wang akan dikeluarkan jika mahu berdua-duaan dengan suami atau isteri tetapi dhaulunya Rasulullah bijak melakukan aktiviti berfedah dengan isterinya. Main kejar-kejar dengan suami isteri pun boleh jadi seronok tau?!

Aisyah berkata: “Aku keluar bersama Rasulullah saw (dalam sebuah perjalanan) dan ketika itu aku masih ramping. Lalu kami berhenti di sebuah tempat perhentian, kemudian ia berkata kepada para shahabatnya, “majulah kalian terlebih dahulu (untuk berlumba)”. Hal itu dilakukan agar tidak ada dari mereka yang melihat gerakan isteri beliau saat perlumbaan. Kemudian beliau berkata kepadaku, “kemarilah hingga aku berlomba denganmu.” Lalu beliau berlomba denganku dan aku mampu mendahuluinya. (H.R. An Nasai)

Mulai daripada hari ini, bolehlah cuba amalkan perlakuan-perlakuan ini sesama suami isteri. Untung-untung rumah tangga boleh bahagia till jannah nanti.

Apa yang penting, lelaki sebagai ketua keluarga perlulah sentiasa menghargai isteri, sanggup melayani karenah isteri, menyenangi isteri dan memuliakan isteri.

Sumber: idntimes.com

Dari Aisyah, ia mengatakan: Beliau (Nabi) adalah orang yang paling lembut dan banyak menemani istrinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik para suami, adalah mereka yang bisa bersikap baik terhadap istrinya.

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah bersabda: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap istrinya.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3

The post Rasulullah Lebih Romantik Dari Hero Dalam Filem Cinta! Lelaki Sila Baca appeared first on Wanista.com.

Kawan Korang Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan?

$
0
0

Sahabat adalah orang yang dipercayai wanita setara dengan keluarga dan pasangan mereka, bahkan lebih. Namun apa jadinya jika mempunyai sahabat yang suka berbohong? Mesti tekanan bukan?

Satu hal yang agak mengganggu adalah kebiasaan sahabat yang suka berbohong. Tidak hanya sekali dua kali, tapi berkali -kali. Adakalnya, sahabat anda menceritakan rahsia anda pada orang lain. Anda percaya pada sahabat anda tetapi si sahabat ni ringan mulut sibuk cerita dekat orang lain. Mesti pernah alami perkara sebegini bukan. Padahal ianya rahsia anda berdua tetapi tiba-tiba ada orang ketiga yang menyibuk pula.

Jadi, sahabat sebegini harus dijauhi atau anda bertahan saja dengan sikapnya itu?

Lindungi diri

Jika anda masih ingin bertahan bersahabat dengannya, maka cara terbaik adalah melindungi diri anda. Jika dia suka menceritakan hal -hal peribadi dan rahsia anda pada orang lain maka jangan sesekali percaya dia akan menjaga rahsia walau apapun. Jangan terlalu berharap dia akan menghentikan kebiasaan berbohongnya, Andalah yang harus melindungi diri sendiri agar tidak menjadi korban pembohongannya.

Mengapa dia berbohong?

Sahabat anda berbohong mungkin bersebab, cuba duduk semeja dan tanya kenapa dia perlu bersikap sebegitu. Ada setengah orang sanggup berbohong akan perihal peribadinya. Dia seperti bangga diri menceritakan kehebatannya padahal semuanya itu bohong belaka. Kenapa sampai begitu. Semua yang keluar dari mulutnya adalah pembohongan, sanggup anda nak berkawan dengan orang sebegitu. Kalau, anda rasa perlu tahu cuba cakap baik-baik dan tanya keadaannya yang mungkin anda boleh tolong.

Tunjukkan perasaan sebenar

Dibohongi adalah hal yang menyakitkan. Anda boleh menunjukkan sikap kecewa pada sahabat akibat pembohongan yang dilakukannya. Menunjukkan rasa kecewa kerana dibohongi boleh membuatkan dia menyedari bahawa tindakannya salah, dan semoga saja dia tidak melakukan hal yang sama. Namun anda tetap perlu berhati -hati.

Kalau anda terganggu dengan pembohonganya, anda mungkin boleh menjauhinya secara perlahan-lahan. Atau lebih baik jika anda jelaskan perihal yang sebenar. Yelah takkan main pergi macam itu saja.

Selamat Beramal!

The post Kawan Korang Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan? appeared first on Wanista.com.

Sempurnanya, Patung Lilin Ikonik Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach Didedah

$
0
0

Cuba teka yang mana satu Miss Universe Filipina 2015, Pia Wurtzbach yang sebenar?

Pia Wurtzbach adalah orang Filipina pertama diberi penghormatan menghasilkan patung lilin ikonik dari Madame Tussauds.

Pelanduk dua serupa. Foto – news.abs-cbn.com

Didedahkan kepada umum semalam, rata-rata tetamu yang hadir terpaksa melihat beberapa kali patung lilin tersebut kerana setiap butiran pada rambut, anggota badan, gaun, mahkota sehingga ke solekan benar-benar asli, langsung tidak nampak seperti buatan semula.

Foto – news.abs-cbn.com

Pia menjelaskan patung lilin dengan persalinan gaun biru rekaan Michael Cinco dibuat selepas mendapat ilham ketika beliau menyarungkan tiara kepada Miss Universe 2016 dari Perancis.

Inspirasi menghasilkan patung lilin. Foto – news.abs-cbn.com

Madame Tussauds menjelaskan ia mengambil masa beberapa bulan untuk membuat Pia Wurtzbach. Patung lilin akan dipindahkan ke cawangan Madame Tussauds di Hong Kong pada bulan April ini bersama selebriti Brad Pitt, Angelina Jolie, Jackie Chan, Lady Gaga dan ramai lagi.

Pia Wurtzbach merupakan individu Filipina pertama diberi penghormatan menghasilkan patung lilin Madame Tussauds. Foto – news.abs-cbn.com

Langsung tak ada cacat cela, terlalu sempurna… Syabas Madame Tussauds!

RUJUKAN : 123

The post Sempurnanya, Patung Lilin Ikonik Miss Universe 2015 Pia Wurtzbach Didedah appeared first on Wanista.com.

Pakar Ajar Trik Pakai Gincu Sesuai Untuk Bagi Gigi Nampak Putih

$
0
0

Walaupun gigi kuning menandakan sihat tapi lumrah untuk setiap wanita inginkan sesuatu yang cantik dan sempurna. Tidak bagi mata orang, tapi cukup untuk kepuasan diri sendiri.

First impression biasanya dikaitkan dengan senyuman. Senyuman adalah satu ciri pertama yang orang akan lihat di kala bertemu pertama kali, apatah lagi jika dibarisi gigi putih bersih. Kajian menunjukkan 54% dewasa berkata, jika ada satu perkara yang ingin mereka lakukan untuk membaiki senyuman, ia adalah memutihkan gigi, berbanding membetulkan jajaran gigi atau isu kosmetik lain. Malah, mereka sanggup ke pakar pergigian untuk dapatkan hasil segera.

Tapi tahukah, anda boleh mendapatkan itu semua dengan trik memakai gincu bibir yang betul. Ada sesetengah gincu yang dicipta menerusi warna dan kemasan dapat membantu memberikan seri pada senyuman malah, impak kepada gigi kamu.

Beberapa mekap artis berkongsi tips dan trik terbaik mereka untuk membantu gigi kelihatan lebih putih hanya menggunakan gincu.

#1 Gincu Merah Mak Ngah

Senyuman lebih menawan dan mempamerkan gigi lebih putih, pilih gincu merah yang mempunyai asas biru dan bukannya oren. Wanista syorkan anda cuba MAC Retro Matte Lipstick in Ruby Woo, Kylie Cosmetics Matte Liquid Lipstick in Mary Jo K dan Stila All Day Liquid Lipstick in Beso.

Foto – StyleCaster

#2 Elak Warna Terang Seakan Nude

Pakar jelaskan bahawa jika anda ingin membuat gigi anda kelihatan lebih cerah, anda mungkin mahu mengelakkan gincu berwarna terang kerana ia tidak bertentangan dengan warna gigi. Untuk membuat gigi lebih menonjol, cuba memakai warna gelap.

Foto – Get

#3 Guna Gloss Untuk Kesan Putih

Satu lagi cara ialah lapiskan lip gloss di bahagian atas gincu. Gloss memberikan kelembapan tambahan pada bibir serta buat penampilan lebih muda dan ceria, bahkan memberikan ilusi senyuman gigi putih.

Foto – StyleCaster

#4 Tidak Kira Apa Warna Yang Dipakai, Pastikan Bibir Lembap

Seorang mekap artis Alejandro Falcon menjelaskan bibir kering boleh menonjolkan pembentukan plak pada gigi anda. Menggunakan pengelupasan bibir atau pelembab bibir boleh membantu anda untuk mengekalkan bibir sihat dan lembut.

Foto – Sydney Morning Herald

#5 Gincu Jenis Matte Buat Gigi Nampak Kuning

Walaupun ianya trend, tetapi gincu jenis matte cenderung menjadikan bibir kelihatan kering dan ia sekaligus memberi inpak pada gigi, kelihatan agak kekuningan berbanding biasa.

Foto – Cosmopolitan

#6 Gincu Warna Kecoklatan

Lagi satu elakkan memakai gincu berwarna coklat, yang mempunyai daya tarikat yang hangat. Menurut pakar, apabila diterapkan pada bibir, warna-warna ini boleh menyebabkan gigi anda kelihatan lebih kuning daripada biasa.

Foto – Dose of Colors

Sekarang sebelum keluar, perhatikan diri di cermin terlebih dahulu. Bila dah sempurna, langkah keluar dengan yakin.

RUJUKAN

The post Pakar Ajar Trik Pakai Gincu Sesuai Untuk Bagi Gigi Nampak Putih appeared first on Wanista.com.

Fakta ‘Mengejutkan’ Tentang Biskut Cip Coklat Popular DoubleTree by Hilton

$
0
0

Pernah menginap di hotel DoubleTree by Hilton? Tahu tentang biskut cip coklat yang ikonik?

Pertama kali memasuki ruang pintu DoubleTree, pekerja memberikan biskut cip coklat sebagai tanda selamat datang. Difahamkan ia merupakan merupakan tradisi DoubleTree untuk menyediakan biskut cip coklat kepada semua tetamu yang datang menginap di hotel mereka.

Apa yang menariknya dengan biskut ini? Biskut ini diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang sihat dan tiada sebarang pengawet. Jika anda menyimpan paket bungkusan biskut dalam keadaan yang baik, ia akan tetap segar selama dua minggu ataupun membiarkan sehingga enam bulan lamanya. Tetapi sebaik sahaja dibuka, Wanista mengesyorkan anda untuk terus makan.

Biskut Cip Coklat Popular dari DoubleTree by Hilton. Foto – Arkib Wanista

Walaupun biskut ini cukup familiar dikalangan pelancong, tetapi terdapat beberapa fakta yang mengejutkan tentang biskut ini.

DoubleTree mengalukan tetamu dengan biskut cip coklat hangat dan lazat selama lebih dari 30 tahun

Tradisi biskut cip coklat sudah dimulakan sejak beberapa dekad yang lalu, bermula pada tahun 1986. Pada masa itu mereka hanya memberikan kepada tetau semasa perkhidmatan turndown (merujuk kepada amalan kakitangan memasuki bilik tetamu untuk menyediakan tempat tidur). Kemudian pada tahun 1995, DoubleTree sepakat memberikan biskut kepada para tetamu yang check in. Tradisi terus mekar di seluruh dunia sehingga hari ini.

Kira-kira 75,000 biskut DoubleTree diberikan setiap hari, lebih daripada 27 juta setiap tahun

Bayangkan dengan lebih daripada 500 hotel di seluruh dunia dan tetamu menginap masuk setiap masa, tidak terkejut bila mendapati kira-kira 75,000 biskut diberikan setiap hari.

Kira-kira 20 cip coklat diletak pada setiap biskut. Foto – Arkib Wanista

DoubleTree menggunakan lebih daripada satu juta paun cip coklat Ghirardelli setiap tahun

Selalunya berapa keping yang anda dapat setiap kali mengunyah biskut cip coklat? Anda tidak akan menghadapi masalah dengan biskut DoubleTree. Dengan begitu banyak cip coklat tidak menghairankan mengapa setiap biskut mempunyai berat lebih daripada dua auns, katanya kira-kira 20 cip koklat diletak pada setiap biskut.

Biskut DoubleTree dibakar setiap hari di hotel

Dilaporkan untuk menjadikan biskut rasa segar dan lazat sebaik mungkin, kesemuanya akan dibakar setiap hari di setiap hotel. Tidak dibuat di tempat lain, hanya ada di hotel yang anda menginap sahaja.

Laci pemanasan dibina di kaunter pendaftaran

Tertanya-tanya bagaimana biskut rasa hangat sepanjang masa? Tahukah, laci pemanasan dibina di meja kaunter daftar masuk. Hal ini bagi memastikan setiap para tetamu peroleh biskut yang masih hangat yang baru keluar dari ketuhar sahaja. DoubleTree sebaik mungkin mahu memberikan perkhidmatan paling terbaik untuk tetamu yang check in pada siang atau tengah malam.

Foto – brandchannel

DoubleTree menawarkan alternatif tanpa kacang 

Pada tahun 2017, DoubleTree mula menawarkan alternatif tanpa kacang pada biskut klasik. Kini para tetamu dengan alahan kacang dapat menikmati biskut seperti biasa tanpa sebarang kerisauan. Untuk pengetahuan anda, biskut DoubleTree adalah vegan dan tidak mengandungi sebarang ramuan tiruan.

Rahsia untuk mendapatkan lebih banyak biskut DoubleTree selama penginapan

Anda hanya perlu bertanya sahaja! Sesetengah orang mendakwa bahawa jika anda berjalan masuk dan dengan sopan meminta biskut, pekerja di situ biasanya akan memberi dengan senang hati. Ingat, bila bertanya biar sopan dan balas dengan senyuman semanis mungkin.

Setiap kali ke Penang, penulis pasti memilih DoubleTree Resort by Hilton Penang kerana biskut cip coklat yang sangat sedap.

Baca : Menginap Di DoubleTree Resort by Hilton Penang, Apa Yang Wanista Suka…

RUJUKAN : 12

The post Fakta ‘Mengejutkan’ Tentang Biskut Cip Coklat Popular DoubleTree by Hilton appeared first on Wanista.com.


4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan

$
0
0

Sekarang ini kecoh pula dengan trend mekap yang skip sahaja blusher dan fokus pada bahagian contour dan highlight. Gaya solekan ini sangat ringkas dan mengekalkan look natural tanpa membebankan kulit dengan pelbagai produk pada wajah. 

Penulis sendiri telah kembali minimalkan solekan dengan hanya menambah contour. Hasilnya wajah lebih tampil segar dan sesuai untuk siapa yang mahukan makeup no-makeup. Ia juga menjimatkan waktu untuk anda bersiap tapi anda harus berhati-hati! Melakukan contour memerlukan teknik yang tertentu dan ia bukan sahaja mengenai memberi ilusi wajah runcing tapi bisa mengubah warna dan bentuk bayangan wajah. 

Buat anda yang sentiasa was-was dengan hasil contour apa kata semak semula teknik yang dilakukan. Adakah anda tergolong dengan mereka yang kerap melakukan contouring seperti dibawah. 

Salah pilih berus

Ilmu asas yang anda perlu tahu tentang dunia solekan pertama sekali ialah berus mekap dan pelbagai lagi alatan lain. Sekurang-kurangnya anda kena tahu berus apa yang sesuai dengan bentuk wajah dan senang untuk anda lakukan contour dengan produk formula yang digunakan.

Foto – entrenosotros.consum.es

Tak pandai pilih formula

Sama seperti foundation, produk contour juga terdapat dalam bentuk powder, cream, sticker dan banyak lagi. Apa yang perlu anda faham ialah kondisi kulit anda dengan formula produk yang dipilih. Sebagai contoh, jika anda seorang kulit yang berminyak mungkin anda memerlukan double contouring. Pertama sekali lakukan dengan formula cream kemudian tambah dengan jenis powder selepas selesai foundation

Foto – FROM LUXE WITH LOVE

Ini untuk produk lebih tahan lama pada kulit dan tidak meninggalkan kesan bercapuk. 

Rona yang tidak sesuai

Warna contour biasanya didatangi warna coklat atau coklat gelap untuk mencipta bayangan gelap pada bahagian wajah yang ingin disorok. Malah ia juga untuk menghidupkan semula warna kulit selepas disapu foundation. Namun berjaga-jaga dengan rona contouring anda, elakkan dari terlalu gelap atau terang paling tepat ialah 2 – 3 lebih gelap dari warna kulit atau foundation

Foto – Project Vanity

Malas blending

Sebab itulah dalam solekan ini anda perlukan sikap sabar dan rajin. Ingat senang nak jadi cantik ia peruntukkan masa dan sikap motivasi. Walaupun ia tersorok contour tetap memerlukan teknik blending yang kemas. Kalau anda inginkan hasil natural pentingnya untuk blend contour supaya tidak kelihatan garis kasar dan warna bertompok. 

Foto – elle.fr

Tips diatas bukan sahaja untuk contouring tapi adalah teknik asas untuk semua jenis langkah solekan.

RUJUKAN 1 & 2

The post 4 Kesalahan Contouring Yang Mungkin Anda Kerap Lakukan appeared first on Wanista.com.

Rupanya Ni Sebab Makin Gemuk Selepas Kahwin

$
0
0

Walaupun baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga, sudah ramai tegur muka semakin bulat macam bola. Itu belum lagi bahagian pinggang dan punggung yang mula melebar. Adakah kita sedang mengalami simptom ‘gemuk selepas kahwin’?! 

Bagi anda yang masih bujang pasti merasa simptom ini hanya auta semata-mata tapi percayalah bila sudah dah kahwin memang akan ada dikalangan kita akan mengalami perubahan berat badan yang mendadak. Ramai yang berpendapat naik berat selepas berkahwin adalah perkara normal dan tanda pasangan yang bahagia. 

Foto – The Ascent

Namun bahagiakah anda dan pasangan dengan mengalami masalah obesiti dan penyakit sampingan daripada berat badan berlebihan. Wanista ingin merungkai punca sebenar kenaikan berat badan selepas berkahwin.

Pernah diet sebelum majlis kahwin

Tipu kalau ada yang tak pernah diet semata-mata untuk tampil langsing semasa majlis tapi lepas majlis sudah hancur! Kamu sanggup berhenti makan fast food, pergi joging setiap petang dan tolak segala minuman manis. Namun selang sehari sahaja selepas majlis kamu sudah tidak peduli tentang diet ketat. Mindset dan sikap tidak disiplin seperti inilah punca berat naik semula. 

Foto – 30Seconds

Terpengaruh dengan pasangan

Jika masa bujang dulu anda boleh berhati-hati tentang pemilihan makanan dan mempunyai jadual makan sendiri. Namun bila dah hidup berdua, anda kadang-kadang terpaksa mengikut kemahuan pasangan yang craving entah apa-apa. 

Foto – Newsmax.com

Hilang rasa insecure

Dulu masa tengah hangat bercinta memang cover habis bab makan kerana mahu menjaga kelakuan depan pasangan. Lagikan pula insecure tinggi takut pasangan rasa jelik kalau anda tidak cantik atau gemuk. Tapi akhirnya lepas kahwin anda rasa pasangan tidak lagi akan kisah dengan penampilan. Jadi boleh makan sesuka hati tanpa mempedulikan kesihatan. 

Foto – MadameNoire

Sepatutnya anda dan pasangan mengalakkan untuk bersenam dan menjaga kesihatan bersama bukannya sama-sama cari penyakit. Jadi boleh stop rasanya cakap berat naik kerana bahagia sebab ia hanya imaginasi semata-mata. 

RUJUKAN 1 & 2 

The post Rupanya Ni Sebab Makin Gemuk Selepas Kahwin appeared first on Wanista.com.

Jenama Ciplak Beg Tangan Mewah Yang Dijual Di Pasar Malam

$
0
0

Hak untuk berfesyen adalah untuk semua orang dan tiada siapa pun boleh menghalangnya!

Tidak kira stail kamu apa sahaja dan item yang digunakan mahal atau murah asalkan ia mengikut kemampuan dan kehendak masing-masing. Lagilah dunia siber memang senang untuk berbelanja dengan pelbagai tawaran murah dibuatnya. 

Ya penulis faham mungkin ada diantara kita mahu mengikut perkembangan fesyen semasa dengan memakai fesyen dari rekaan mewah tapi tidak mampu. Jadi mengambil inisiatif untuk membeli dengan kadar yang lebih muarah iaitu cetakan palsu. Antara item yang boleh paling senang didapati ialah beg tangan dengan cetakan dari jenama mewah. 

Wanista susun carta beg tangan berjenama mewah yang dijual secara murah dan mudah didapati kebanyakan pasar malam. 

#1 Gucci

Tak usah diperkenal lagi jenama yang bukan sahaja beg tangan kena ciplak, kasut, kaca mata dan t-shirt pun kena sekali!

Foto – Hannah Handbags

#2 Louis Vuitton

Sama nasib seperti Gucci, monogram coklat LV tetap menjadi pujaan para penjaja.

Foto – My China Bargains

#3 Michael Kors

Monogram dan label ‘MK’ dari Michael Kors sentiasa menjadi pilihan untuk diletakkan pada beg tangan tiruan. Sampaikan tidak tahu kalau si pemilik beg tangan Michael Kors memakai yang asli atau tidak.

Foto – overstock.com

#4 Kate Spade

Mungkin rekaan ringkas dari beg tangan Kate Spade begitu untuk diciplak.

Foto – katespadeaustralia.com

#5 Fendi

Baru lagi Fendi memperkenalkan monogram baru mereka tapi akhirnya ia telah diciplak kemudian dipasarkan secara besar-besaran. Sebenarnya monogram tersebut bukan sahaja pada beg tangan tapi penulis pernah nampak di blaus, tudung dan selipar. 

Foto – Giglio.com

#6 Bonia 

Paling laris di pasar malam dan memonopoli jualan beg tangan ciplak. Penulis hairan pihak Bonia tidak ambil tindakan pula. 

Foto – ProfHariz

Fikirlah apa perasaan bila hasil kita dicuri kemudian dijual murah seperti tiada harga. Kamu kena faham idea, kreativiti bukan benda yang boleh dicari tapi kena memerlukan kerja keras mendapatkan ilham. 

Penulis tidak larang pun untuk kamu beli produk dari hasil seni yang dicuri sebab memang barang itu sudah pun terjual. Namun cuba berbalik tentang menghargai hasil karya adakah ia sesuatu yang baik?

The post Jenama Ciplak Beg Tangan Mewah Yang Dijual Di Pasar Malam appeared first on Wanista.com.

Ketagih ‘Online Shopping’? Mari Wanista Bantu Anda

$
0
0

Teringat pula filem ‘Confession Of A Shopaholic’ tentang seorang wanita yang obses dengan membeli barangan mewah sehingga menjerut diri dengan bebanan hutang. Sikap boros dan senang terpengaruh boleh membawa kepada sikap pembaziran. Belum lagi dengan yang suka berhutang untuk melunaskan kemahuan semata-mata. Malah ada juga yang sanggup mengetepikan keperluan diri hanya kerana ingin menjaga status diri.

Jika dahulu begitu payah sekali untuk berbelanja mewah, iyalah terpaksa menuju ke butik-butik terkemuka. Kini tak perlu ke butik anda boleh dapatkan apa sahaja dengan hanya dari telefon pintar. Tak kisah barang murah atau mahal segalanya ada. Apa yang anda perlu telefon pintar, data internet, kad kredit atau debit dan alamat tempat tinggal. 

Foto – HTF Magazine

Membeli-belah secara talian telah mengubah pola kehidupan seseorang dari segi kewangan, keperluan dan taraf hidup. Ada kenalan penulis hidup berhutang gara-gara terlalu obses shopping online. Padahal barang atau produk yang dibeli tidak berharga ratusan atau ribuan ringgit. Cuma dia sudah ketagihan untuk mendapatkan barang baru setiap kali dihantar oleh pos. 

Jika anda juga diantara shopaholic melalui atas talian berjaga-jaga wang terus mengalir seperti air walhal ia sangat diperlukan ketika musim panas yang tidak dapat diramal. Mari Wanista bantu anda untuk elakkan wang dari terus digunakan untuk perkara yang sia-sia. 

Buang segala aplikasi 

Iblis segala hasutan ialah aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar anda. Uninstall semua aplikasi membeli-belah bagi anda mengelakkan terus klik buka tanpa sebab tapi akhirnya menghabiskan duit tanpa niat. 

Foto – Digital Trends

Unsubscribe email

Dapat sahaja email mengenai jualan murah atau tentang produk baharu yang anda sebenarnya langsung tidak perlu terus klik dibahagian unsubscribe. Remind sahaja dalam kepada ia umpama spam yang dihantar oleh scammer

Foto – Litmus

Lihat baki akaun bank

Apa kata sebelum hendak lakukan keputusan untuk check out lihat dahulu baki wang yang ada dalam akaun. Fikirkan masak-masak tentang waktu kecemasan, keperluan semasa dan paling penting simpanan akan datang. 

Foto – me.me

Had keluaran wang

Mungkin agak ketat tapi cara ini khas untuk mereka yang ketagih dan tidak boleh dibantu lagi. Tetapkan had keluaran wang dari akaun bank anda. Lama-kelamaan anda akan terbiasa untuk berbelanja dengan had yang anda. 

Foto – freepik.com

Agak-agak boleh ikut tips diatas? Harap Wanista dapat membantu para pembaca ingat jangan digelar ‘biar papa asal bergaya’. 

The post Ketagih ‘Online Shopping’? Mari Wanista Bantu Anda appeared first on Wanista.com.

(Tips Masak) 5 Punca Salutan Ayam Goreng Tidak Melekat

$
0
0

Ayam goreng antara menu kesukaan ramai tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ia dianggap menu yang paling ringkas dan sesuai untuk dinikmat tidak kira masa. Ada banyak resepi salutan ayam terdiri dari produk segera atau resepi tradisional kaedah tersendiri. 

Resepi ayam goreng yang paling sedap bila salutan ia cukup rasa, rangup dan tidak terlerai dari ayam. Wanista pasti ramai yang ternyata-nyata bagaimana nak dapatkan salutan ayam goreng yang melekat dan rangup. Nah, cuba tips dibawah ini.. 

#1 Tidak keringkan ayam

Selesai membasuh ayam anda seharusnya menapis dahulu air lebihan dan kemudian keringkan ayam menggunakan tisu atau tuala. Teknik ini untuk mengelakkan salutan tepung menjadi lembab dan tidak melekat sebaiknya pada kulit ayam. 

Foto – The Spruce Eats

#2 Tapis lebihan tepung

Setiap kali membuat salutan baru anda harus tepuk sedikit bagi mengeluarkan lebihan tepung. Ini supaya tepung yang betul-betul melekat sahaja tinggal sebelum kembali dengan langkah salutan telur dan tepung. 

Foto – tasteofsouthern.com

#3 Keluarkan lebihan tepung sebelum menggoreng

Tinggal seketika ayam yang telah disalut buat beberapa minit sebelum digoreng supaya ramuan lebih mesra. Sebelum mengoreng juga anda harus tepuk lagi lebihan tepung yang tertinggal. 

Foto – Perdue

#4 Sabar 

Ketika mengoreng jangan buat perangai tidak sabar, tunggu sehingga minyak betul-betul panas dan letakkan ayam sedikit jauh. Jangan kerap balikkan ayam itu antara punca salutan mudah terlerai. 

Foto – Michael Ruhlman

Okay dah faham? Selepas ini cuba teknik di atas barulah anak-anak dan suami berselera makan ayam goreng. 

SUMBER

The post (Tips Masak) 5 Punca Salutan Ayam Goreng Tidak Melekat appeared first on Wanista.com.

Dalam Diam Ramai Juga Menyampah Dengan Rihanna

$
0
0

Walaupun nama Fenty Beauty kini mendominasi dunia kecantikan, namun masih ada lagi yang berasa jengkel dengan pengasas jenama kosmetik tersebut Rihanna. 

Mungkin ramai yang cukup berterima kasih pada Rihanna kerana memperkenalkan lebih dari 40 tona foundation dan concealer tapi itu tidak cukup bila rata-rata dari mereka masih merasakan Rihanna mempunyai ‘attitude’. Benar Rihanna sekarang sudah jauh dari sebarang kontroversi dan gossip tapi masih ada sahaja yang ingin dikorek oleh haters untuk mengundang kebencian terhadap penyanyi pop ini. 

Mari kita rungkai perkara yang tidak disukai oleh haters tentang Robyn Rihanna Fenty.  

Cukup mengada

Setiap kali Riri muatnaik tutorial terbaru di laman Youtube pasti ada sahaja komen yang tidak senang tentang penampilan beliau. Kebanyakannya cukup menyampah dengan perangai mengada-ngada Riri dihadapan kamera. Terlalu banyak adegan gelak sendirian, bercakap manja dan membuang masa. Sampaikan ada penonton berasa bosan setiap kali tutorial dari Rihanna mereka terpaksa skip bahagian ‘mengada’ tersebut. 

Berlagak diva

Pada 2014 Rihanna ‘main-main’ dengan seorang remaja yang mengambil inspirasi fesyen karpet merah beliau dijadikan sebagai busana untuk ke majlis tari-menari. Dia membuat gurauan yang agak keras dengan membandingkan gambar glamour dia dan gadis tersebut beserta kapsyen ‘sedih’. Ramai yang mengatakan Rihanna telah melakukan siber-buli terhadap peminatnya itu. 

Foto – Daily Mail

Janggal

Kalau lihat beberapa video Rihanna dalam program bual bicara pasti terlihat janggal. Sebenarnya penulis juga perasan perkara yang sama. Penulis ingat lagi dalam program temu bual The Graham Norton Show, Rihanna nampak seperti tidak pandai bercerita dan tinggalkan pengacara dan guest lain dalam terpinga-pinga. Menjadikan dia seorang yang tidak menarik atau seolah-olah tiada personaliti yang memikat. Bergaya fesyen sahaja yang boleh. 

Foto – W Magazine

Namun bagi penulis Rihanna juga seorang manusia biasa tidak terlepas dengan melakukan kesilapan. Apa tidaknya kehidupan dia diperhati hampir setiap masa jadi bila nampak perkara yang kurang menyenangkan cepat sahaja orang hebahkan tapi perkara yang baik didiamkan. Sabar jelah.. 

RUJUKAN 1 & 2

The post Dalam Diam Ramai Juga Menyampah Dengan Rihanna appeared first on Wanista.com.

Dah Kenapa Restoran Makanan Segera Wendy’s Tutup Cawangan Di Malaysia

$
0
0

Jika anda memulakan peminat Wendy’s, tahukah restoran makanan segera itu bakal melaburkan tirai di pasaran Malaysia bermula April 2019 ini.

Khabar angin bermula apabila pengguna media sosial menyebarkan gambar restoran Wendy’s telah ditutup di beberapa cawangan. Bahkan tular cawangan Wendy’s di Malaysia telah ditutup secara berperingkat-peringkat. Lokasi lain yang telah ditutup termasuk:

  • Mid Valley
  • Mont Kiara
  • Suria KLCC
  • Cyberjaya
  • IPC Damansara
  • Sunway Pyramid
  • Jaya One
  • JB Paradigm Mall
  • Gurney Drive Penang
  • KKIA Sabah

Tak Sambung Kontrak

Dilaporkan, Wendy’s ditutup kerana franchisor Berjaya Burger Sdn Bhd memutuskan untuk tidak memperbaharui perjanjian francais dengan Wendy’s. Berjaya Burger adalah anak syarikat milik penuh di bawah Berjaya Corporation Bhd.

Kalau begitu… Selamat Tinggal Wendy’s!

RUJUKAN

The post Dah Kenapa Restoran Makanan Segera Wendy’s Tutup Cawangan Di Malaysia appeared first on Wanista.com.


Mekap Artis Pony Rendam Muka Dalam Air Teh Hijau Bagi Muka Flawless

$
0
0

Siapa yang tidak kenali Pony.

Seorang jurumekap artis yang terkenal dengan lebih 4 juta subscribers di Youtube dengan melebihi puluhan jutaan tontonan. Berasal dari Korea Selatan, nama sebenarnya ialah Hye-Min Park, tetapi lebih senang dikenali sebagai Pony.

Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri melalui kolaborasi jenama kosmetik hebat.

Foto -thisisinsider.com

Baca : Kenali Beauty Guru Pony Makeup, 7 Perkara Menarik Tentang Si Cantik…

Berkongsi rutin penjagaan wajah di Harper Bazaar, Pony telah mendedahkan satu petua yang diamalkan turun temurun. Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin pembersihan harian. Pony melakukannya dengan mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air (seperti dalam video, anda boleh lakukan dalam besen), kemudian mencuci mukanya dengan teh hijau tersebut.

Sila cepatkan ke minit 2:07.

Kata Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit. Jadi jika anda mencari alternatif selamat dan semulajadi yang akan memberi anda kulit yang bersinar dari dalam serta sihat, teh hijau adalah jawapannya.

Kebaikan Teh Hijau

Mungkin ramai yang pernah dengar mengenai teh hijau, tapi tidak suka akan kerana rasa yang lain daripada teh yang biasa ataupun kerana kurang pendedahan kepada khasiatnya. Sebenarnya, teh hijau mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk badan anda, membantu untuk menurunkan berat badan, untuk cantik dan juga mencegah sesetengah penyakit.

Foto – HowToXP.com

Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan daripada kerosakan berpunca daripada panahan cahaya matahari.

Teh hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat dan kerap memproses lemak yang tersimpan dalam badan. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

Foto – Legion Athletics

Kita cenderung untuk mendapat penyakit apabila badan berada dalam tekanan. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali tenang.

Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu menurunkan kadar gula dalam badan jika seseorang itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Mana tahu cara Pony boleh merawat muka anda yang bermasalah. Tak cuba, tak tahu kan.

Selamat Beramal!

The post Mekap Artis Pony Rendam Muka Dalam Air Teh Hijau Bagi Muka Flawless appeared first on Wanista.com.

Jom Kenali Personaliti Si ‘Ambivert’ Individu Yang Fleksibel

$
0
0

“There are many people who are not either strongly extroverted nor strongly introverted.”

Jika Introvert seorang yang pasif dan Extrovert pula aktif. Si Ambivert pula berada di tengah-tengah, mood yang tidak menentu. Ambivert bermaksud seseorang yang mempamerkan kualiti daripada kedua-dua kumpulan iaitu introvert dan ekstrovert. Mereka adalah individu yang tidak tahu mahu masuk ke dalam mana-mana kumpulan maka terhasillah kategori ambivert, yang berada di tengah-tengah. Pakar psikologi, Paulette Kouffman Sherman menjelaskan, ambivert adalah individu yang sangat fleksibel dari segi emosi dan boleh meningkatkan tenaga apabila berada di khalayak ramai atau ketika berseorang diri.

Foto – www.prevention.com

Jadi, bagaimana mahu kenali individu Ambivert? Pertama sekali, cuba jawab beberapa soalan di bawah;

  • Adakah anda lebih suka tinggal di rumah dan membaca buku (Introvert) atau keluar dan bertemu dengan rakan baru dikenali (Ekstrovert)?
  • Adakah anda menikmati parti yang meriah (Ekstrovert) atau perhimpunan kecil dengan kawan rapat sahaja (Introvert)?
  • Adakah anda sering bercakap dengan orang yang tidak dikenali (Ekstrovert) atau memencilkan diri ketika berada disekeliling orang asing (Introvert)?
Foto – Tumblr

Suka Bersosial Tapi Masih Inginkan Masa Bersendirian

Secara umumnya, ambivert sentiasa gembira bertemu dengan orang baru, tetapi anda mungkin tidak selesa jika anda perlu melakukannya tanpa mana-mana sahabat yang dikenali. Jika menghabiskan masa bersama orang lain kadangkala membuatkan anda teruja dan adakalanya ia juga merimaskan anda, itu adalah tanda anda seorang ambivert.

Disebabkan individu ambivert adalah campuran kedua-dua ekstrovert dan introvert, mereka sering tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin duduk di rumah membaca buku atau keluar ke suatu majlis networking untuk berjumpa teman baru. Ambivert suka melakukan pelbagai perkara berbeza supaya tidak mudah berasa bosan seperti seorang ekstrovert namun mereka juga perlu berhenti seketika seperti seorang introvert untuk menarik nafas kerana adakalanya ia boleh menyesakkan dada.

Yang jelas individu ambivert pandai bermuhasabah diri, pada masa yang sama boleh berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah.

RUJUKAN : 1234

The post Jom Kenali Personaliti Si ‘Ambivert’ Individu Yang Fleksibel appeared first on Wanista.com.

Putih Melepak Bak Susu, Wajah Terkini BTS Suga Bikin Peminat Terkejut

$
0
0

Berkesempatan mengikuti video BTS Suga dan J-Hope di aplikasi Vlive, wajah terkini Suga menarik perhatian penulis. Kenapa?

Apa tidaknya warna kulit Suga yang agak putih melepak, pucat lesu mencuri tumpuan penulis. Bayangkan hanya mengenakan t-shirt polos krim lengan pendek, berambut blonde, Suga sudah persis ‘hantu’ kerana terlalu putih, langsung tidak nampak melaninnya. Bukan penulis sahaja, rata-rata Army (fandom BTS) berpendapat Suga kelihatan pucat tidak bermaya, bahkan kekurangan vitamin D (cahaya matahari merupakan sumber vitamin D paling banyak).

Kita sedia maklum, fenomena kulit pucat bukanlah perkara biasa dikalangan idol kerana rata-rata mereka idamkan kulit sedemikian supaya kelihatan menarik di kaca skrin. Malah, peminat sendiri memuja warna kulit porselin sebegini kerana pada mereka ia cantik dan sempurna. Yeke?

Lagi satu BTS Suga memang terkenal dengan warna kulit putih melepak bak susu. Menariknya, jika berada dalam cuaca panas, Suga pasti akan mengenakan pakaian yang menutupi sebahagian anggota badan, langsung tidak mendedahkan kulit. Kiranya dia ‘kureng’ berkenan dengan cahaya matahari.

Hurmmm pelik betul taste orang Korea, suka yang putih macam hantu…

The post Putih Melepak Bak Susu, Wajah Terkini BTS Suga Bikin Peminat Terkejut appeared first on Wanista.com.

Walau Sarat Mengandung, Rosalinda Malaysia ‘Anzalna Nasir’ Vogue Bergaya

$
0
0

Mengandung bukan alasan untuk wanita di luar sana terus selekeh ye.

Walaupun memasuki usia kehamilan enam bulan, itu tidak menjadi halangan untuk aktres cantik Anzalna Nasir bergaya seperti biasa. Bahkan kongsinya pada portal berita Mstar, Anzalna mengakui berdepan dengan beberapa tabiat pelik. Hal ini di mana dia kini lebih gemar berhias dan rajin menghadiri program luar walaupun orang kata ketika ini sebaiknya berehat di rumah, tetapi Anzalna cekal bergerak seperti biasa.

“Sebelum hamil saya tak suka pakai bulu mata pulsu, kanta lekap… keluar pun pakai serba ringkas tetapi sekarang makin melebih-lebih pula,” selorohnya.

Tertarik untuk penulis singgah di Instagram miliknya, Anzalna dilihat peka bergaya from head to toe dalam memberi yang terbaik ketika menghadiri sesuatu upacara. Dengan mengenakan mekap penuh – bulu mata palsu, dioles gincu tebal untuk memberi kesan penuh pada bibir, rambut didandan dengan pelbagai stail bak Rosalinda, pemilihan summer dress yang mencuri tumpuan serta menaikkan seri bakal ibu ini. Penampilan bakal ibu ini sentiasa tampak ayu dan anggun.

Jom Wanista kongsikan gaya Anzalna yang boleh bakal ibu di luar sana jadikan inspirasi.

Tak dapat tumit tinggi, Anzalna hanya memakai sandal separa sahaja.

Lagak bak gadis remaja dengan summer dress, jaket denim dan sneakers. Rambut pula didandan ala Ariana Grande.

Rambut distail Beyonce masih tampak sempurna. Tang bibir tebal dah macam kena sengat tebuan.

Serba merah mak ngah dengan dress panjang dipadankan bersama cardigan ala kimono.

Menurut Anzalna, dia sudah mengetahui jantina si bayi dan akan memaklumkan dalam satu majlis doa selamat yang akan diadakan kelak.

Apapun kenapa cantik sangat Anzalna ni? Seriously cannot brain!

The post Walau Sarat Mengandung, Rosalinda Malaysia ‘Anzalna Nasir’ Vogue Bergaya appeared first on Wanista.com.

Tidur Lebih 8 Jam Sehari Bawa Bahana Untuk Kesihatan

$
0
0

Dulu ketika zaman belajar, biasa untuk setiap pelajar mengalami kekurangan waktu tidur kerana kekangan menyiapkan assigment, study group, aktiviti kelab serta pelbagai lagi. Kiranya nak mendapatkan 8 jam sehari memang mustahil. Bila sudah settle kesemua tugasan, hujung minggu mahu ‘topup’ tidur sepuas-puasnya. Tapi tahukah tidak baik jika tidur lebih daripada 8 jam?

Waktu yang paling disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Namun begitu, apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidur terlalu lama dan melebihi waktu yang disyorkan? Menurut portal kesihatan hellodoktor.com, ini yang akan terjadi pada anda.

Giphy

Pening Kepala

Anda pernah mengalami keadaan di mana bila bangun selepas tidur yang lama terasa pening kepala, terasa berdenyut? Keadaan ini disebabkan oleh neurotransmitter di dalam otak termasuklah serotonin yang akan terkesan akibat tidur yang terlalu lama.

Sakit Belakang

Satu lagi bahaya mengundang jika anda tidur lebih daripada 8 jam seharian, sakit belakang. Hal ini berlaku disebabkan baring terlalu lama dan kekurangan aktiviti fizikal. Jika ini terjadi, kurangkan waktu tidur anda kepada jam yang disyorkan dan lebihkan bersenam.

Obesiti

Jangan tak tahu tidur berlebihan berkait rapat dengan obesiti. Bayangkan sahaja keadaan anda tidur, bangun dan makan, langsung tidak melakukan aktiviti senaman seharian. Menguatkan lagi apabila kajian menunjukkan individu yang tidur selama 9 hingga 10 jam sehari akan lebih berisiko sebanyak 21% mengalami obesiti berbanding individu yang tidur selama 7 hingga 8 jam sehari.

Kematian

Satu kajian baru menunjukkan terlalu banyak tidur mungkin meningkatkan risiko penyakit jantung dan kematian awal. Kajian membuktikan bahawa individu yang tidur sekitar 9 ke 10 jam sehari mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi berbanding individu yang tidur pada waktu yang disarankan, iaitu sekitar 8 jam sahaja sehari.

Sebaiknya dapat tidur yang cukup setiap hari.

The post Tidur Lebih 8 Jam Sehari Bawa Bahana Untuk Kesihatan appeared first on Wanista.com.

Viewing all 14479 articles
Browse latest View live