Siapa yang tidak mengenali aktres Bollywood sekitar 90-an dan awal 2000, Karisma Kapoor.
Dia merupakan aktres yang cukup disegani dan ikonik, sama ada bakat atau rupa paras, dia miliki keduanya. Terkenal dengan kulit wajah yang sempurna putih pink, bibir merah jambu, kening lebat, bermata biru dan rambut ikal sayang membuatkan kita penonton senang mengingatinya.
Karisma dari awal debut dan sekarang, 2019. Foto – Arkib Wanista
Sejak bertahun-tahun dia menjadi trensetter, apa sahaja sentuhan dari segi kecantikan dan fesyen, pasti menjadi ikutan anak muda di India.
Karisma tahu gaya yang sesuai untuknya, sejak dari awal debut sehingga sekarang. Walaupun semua orang lebih tertumpu kepada adiknya, Kareena, Karisma masih lagi berbisa dalam bab berfesyen. Usia 44 tahun tidak menghalangnya untuk terus vogue bergaya dalam busana tradisional mahupun yang moden.
Foto – IG Karisma Kapoor
Berikut adalah beberapa fesyen Karisma yang menarik selama bertahun-tahun, dan yang hari ini untuk membuktikan dia masih ikon fesyen.
#1 Karisma masukkan elemen moden dan seksi dalam pakaian tradisional India Sari.
Jika anda merupakan Kpopers, pasti mengetahui perihal penyanyi bernama Holland?
Namanya mula panas sejak awal tahun lepas dan sehingga sekarang. Apa sahaja perkembangan baru, pasti mendapat tumpuan peminat muzik Korea.
Tapi siapa dia dan apa yang menarik tentangnya sehingga ramai orang bercakap? Kenali Holland di sini…
Pengenalan Diri
Nama Korea ialah Go Tae-seob tetapi dikenali sebagai Holland secara profesional. Lahir pada 4 Mac 1996 di Korea Selatan. Merupakan penyanyi independent, Holland secara rasmi bernaung di bawah agensi kecil bersama selebriti LGBTQ seperti Hong Suk-chun dan Harisu.
Holland debut pada Januari 2018 dengan lagu berjudul “Neverland” yang berentak R&B. Menariknya, muzik video yang mengetengahkan isu perhubungan sejenis dalam menjalani kehidupan seharian berjaya mengumpul lebih daripada 1 juta tontonan masa 20 jam pertama. Muzik video Neverland mendapat rating 19++ di Korea Selatan berikutan adegan bermesraan antara Holland dan pelakon lelaki.
Bangga Sebagai Gay
Kenapa dia popular dan mendapat sokongan peminat Korea? Holland dikenali sebagai idola pertama yang mengakui dirinya gay secara terbuka. Holland menerangkan bahaya pengaruhnya dalam muzik disebabkan oleh dia sering dibuli ketika bersekolah.
“When I decided to come out in [my] middle school days, I told one of my closest friends about being gay. The next day everyone in school was gossiping about it”
Keluarga Holland terdiri daripada dia, ibu, dan bapa. Dia merupakan nak tunggal. Ibu bapa mengetahui status seksual melalui laporan berita. Holland telah menulis surat kepada keluarganya selepas mereka mengetahui dan menjelaskan semuanya kepada mereka. Siapa sangka keluarga menerima Holland seadanya, tanpa menyedari pahit yang dialami hanya kerana menyukai kaum sejenis.
Dikritik Hebat
Sebagai idol gay pertama di Korea Selatan, Holland tidak dapat lari daripada kritikan, cemuhan, kejian, sepanjang berkecimpung dalam dunia hiburan. Katanya komen negatif dijadikan cabaran yang mematangkan dirinya. Holland bernasib baik kerana dia mempunyai minda yang kuat dan sokongan yang baik dari ahli keluarga dan rakan. Walaupun dia membaca semua komen, dia tidak peduli mengambil pusing akan mesej berbaur jahat.
Muncul dengan lagu baru, Holland mempertaruhkan “Nar-C” yang bercerita tentang dua pasangan kekasih dengan personaliti berbeza tinggal bersama sehingga hubungan menjadi toksik dan memutuskan untuk berpisah.
Pada penulis, jangan kerana seksual seseorang kita pandang serong dan jelik akan individu tersebut. Ingat, siapa kita nak menilai dan menghukumnya. Jadi lebih baik kita enjoy the music!
Jika mereka ke Sephora, Sasa, Guardian, Watson, mahu lama memilik produk kosmetik pilihan di hati.
Dirumuskan dengan menggunakan Teknologi Jepun, PIXY adalah rangkaian kosmetik yang direka untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita Asia. Selaras dengan personaliti teras yang feminin, mudah, bergaya dan moden, PIXY percaya bahawa kecantikan adalah tenaga emosi wanita. Bukan hanya itu, produk PIXY juga diyakini Halal bagi memastikan bahawa ia benar-benar selamat digunakan.
PIXY UV Whitening Base Makeup
Foto – Arkib Wanista
Memudahkan untuk wanita on-the-go, PIXY memperkenalkan pelbagai rangkaian terbaru UV Whitening Base Makeup, yang dinamakan 4 Beauty Benefits. Terdiri daripada tiga jenis solekan asas iaitu UV Whitening Two Way Cake Perfect Last, UV Whitening BB Cream dan UV Whitening Concealing Base, setiap produk diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti Bengkoang, Minyak Squalane dan Minyak Jojoba. Semua produk berfungsi untuk melembapkan, mencerahkan, melindungi dan mencantikkan kulit – menyampaikan empat manfaat kecantikan dalam satu pakej. Produk ini juga dilengkapi dengan rangkaian SPF 30-35 yang membantu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang berbahaya untuk kulit.
Produk kosmetik dengan kuasa ketahanan sehingga 12 jam, kulit kelihatan cerah walaupun seharian di luar ini boleh didapati di semua Guardian seluruh Malaysia. Harga bermula RM13.90 sehingga RM19.90 sahaja.
Bila inginkan rekaan yang minimalis, moden dan selesa, terus teringat syarikat runcit dari Jepun, Muji.
Muji membuka Muji Hotel yang pertama di Jepun pada 4 April 2019. Ia merupakan hotel ketiga dari jenama itu, dua lagi terletak di China – Beijing dan Shenzen. Hotel Muji ini memfokuskan pada golongan pertengahan kerana kebanyakan hotel cenderung untuk menjadi hotel lima bintang atau hotel mewah.
Mengekalkan elemen tradisi Jepun. Foto – Muji
Digambarkan sebagai “anti-gorgeous and anti-cheap”, hotel akan menawarkan tetamu penginapan dengan harga paling munasabah. Mengetengahkan gaya minimalis Muji dengan setiap bilik dihiasi produk jenama itu sendiri. Reka bentuk dalaman mempunyai elemen “kayu, batu, bumi” dengan tertumpu kepada bahan kitar semula. Terdapat sejumlah 79 bilik, para tetamu boleh memilih daripada sembilan jenis suite (A-I), yang merangkumi katil berkembar, bilik semi-double, ruangan membaca buku, tab mandi kayu serta pelbagai lagi.
Foto – MujiFoto – MujiFoto – Muji
Terletak di Ginza, hotel ini juga merangkumi kedai Muji utama, restoran dan bar. Harga bilik bermula dari 14,900 yen ($133) semalam.
Foto – MujiFoto – Muji
Anda boleh mula menempah di laman web Muji sekarang [hotel.muji.com].
Masih belum habis lagi kehangatan skandal kamera tersembunyi melibatkan penyanyi, termasuk Seungri, Jung Joon Young, CNBLUE Lee Jonghyun dan beberapa lagi yang lain.
Baru-baru ini, di tengah-tengah laporan menyatakan penyanyi solo Roy Kim adalah salah seorang ahli dalam ruang sembang Jung Joon Young.
Kerana itu, nama Roy Kim mula tular sehingga netizen menyelongkar satu episod MBC Radio Star, di mana Roy Kim menerangkan sebab dia memasuki bidang muzik dan ternyata ia mengejutkan ramai.
Foto – Malay Mail
“Saya adalah presiden kelas ketika belajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Pada masa itu saya juga berada dalam band sekolah, dan sebab mengapa saya menyertainya adalah kerana saya mahu mendekati kaum perempuan.
“Saya belajar di sekolah menengah lelaki, jadi saya tidak mempunyai banyak peluang untuk bertemu dengan perempuan. Bukannya saya mahu mempunyai teman wanita. Saya hanya mahukan perempuan saja, ” dedah Roy Kim.
Tambahan lagi, Roy Kim bertambah teruja ketika membuat persembahan pesta muzik di sebuah universiti perempuan beberapa tahun yang lalu. Roy Kim menjelaskan dia memerlukan tenaga wanita untuk menaikkan semangat dan melalui pesta muzik, dia dapat apa yang di”inginkan”. Siapa sangka jawapan Roy Kim mencetuskan kontroversi di Korea Selatan.
Bersahabat baik sejak di awal debut lagi. Foto – Twitter
Roy Kim yang kini melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat akan pulang ke Korea Selatan untuk membantu siasatan lanjut.
Menyedihkan apabila bapa Roy Kim, profesor Kim Hong Taek dikatakan memohon maaf kepada pelajarnya (yang juga peminat Roy Kim) di Hongik University kerana kontroversi.
Perkara itu didedahkan oleh beberapa netizen dalam satu ruangan sembang, “Sebenarnya, [bapa Roy Kim] meminta maaf kepada para pelajar semasa kuliahnya.
Bapa Roy Kim melarang anaknya berkawan dengan Jung Joon Young. Foto – Twitter
“He said that it’s all his fault. He said that he’s sorry even if the students have no relation to the matter, and he admits that it would be sensible to cancel his lectures, but next year is his retirement so he decided that he would continue his lectures, and he feels apologetic toward his students.”
Untuk pengetahuan anda, bapa Roy Kim sebenarnya tidak menyenangi anak lelakinya berkawan rapat dengan Jung Joon Young. Tapi Roy Kim langsung tidak mengendahkan bapa dan berkawan seperti biasa. Lihat, firasat ibu bapa selalunya benar dan sekarang apa yang terjadi.
Harapan selepas ini Roy Kim dengarlah kata-kata bapanya. Ingat ibu bapa terlebih dahulu makan garam..
Reneuf, produk halal pertama Jacques Cosmetics (Malaysia) San Bhad melancarkan rangkaian komprehensif masker muka halal.
Diperbuat dengan menggabungkan formulasi terbaik dari Swiss serta usaha penyelidikan dan pembangunan oleh Jacques Cosmetics, Reneuf menawarkan rangkaian masker muka yang direka khas untuk pengguna beragama Islam dan penggemar kecantikan di Asia yang sering mencari produk-produk berkualiti tinggi yang bebas daripada bahan-bahan berbahaya.
Foto – Facebook Renuef
Rangkaian masker muka Reneuf terdiri daripada tujuh varian berbeza, masing-masing dirumuskan untuk menangani pelbagai masalah kulit, daripada kulit kering ke berminyak dan berjerawat. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam masker Reneuf adalah skualena, koloid emas dan biji keladi, kesemuanya membantu dalam penghasilan kulit wajah yang lebih lembut dan licin.
Masker Reneuf boleh didapati di Alpro Plus Pharmacy, Isetan, Robinsons, Sasa, Sogo dan farmasi-farmasi terpilih di seluruh negara pada harga RM9.90 sekeping. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Reneuf diwww.reneuf.my, laman Instagram danFacebook.
Ramai orang mengalami coulrophobia – ketakutan terhadap badut. Istilah tidak rasmi dalam psikiatri yang diguna pakai untuk menjelaskan fobia terhadap badut. Tapi adakah anda pernah bertanya kenapa ianya berlaku? Secara logiknya, badut hanyalah manusia yang mengenakan pakaian dan bersolek hodoh, namun mereka tetap cenderung memberikan rasa kurang senang dengan kehadirannya.
Giphy
Jangan ketawa bila individu sebegini rasa takut kerana mereka boleh mengalami hal seperti;
Kesukaran bernafas
Denyutan jantung tidak teratur
Mual
Ketakutan memuncak
Panic attack
Untuk itu, pakar psikologi menjelaskan kenapa ramai orang takut dengan badut.
Senyuman Badut Itu Palsu
Ya. Fakta bahawa badut sentiasa tersenyum sememangnya mengarut. Kita sedar secara logik bahawa senyuman merah yang dicat itu palsu, senyuman itu sukar untuk ditafsirkan sama ada ‘individu’ menunjukkan emosi sebenar atau tidak.
Foto – Getty
Dr. Jordan Gaines Lewis bercakap pada Psychology Today, senyuman palsu membuatkan kebanyakan orang berasa tidak selesa. Katanya lagi wajah badut dilukis tersenyum kerana mahu mengajak kita untuk sama-sama ketawa. Sebagai makhluk sosial, kita membaca isyarat emosi antara satu sama lain untuk berinteraksi semasa sendiri, bergaul, menjadi kawan dan sebagainya. Cuba bayangkan bercakap dengan orang biasa yang tidak pernah berhenti tersenyum, mesti terasa janggal dan kurang selesa.
Badut Menyeramkan
Walaupun kita ketahui mereka dibayar untuk melakukan itu semua tetapi kenapa masih lagi ada rasa takut.
Foto – The Monitor
Francis McAndrew dalam jurnalnya New Ideas in Psychology, menyimpulkan bahawa badut benar-benar menyeramkan, dalam erti kata bahawa mereka boleh membuat kita berasa takut dan terancam, sampaikan ada yang melarikan diri apabila melihat badut. Lihat sahaja pada kanak-kanak bila ada badut mendekati mereka walaupun sekadar ingin memberi belon, tetapi si anak kecil terus menangis.
Pengaruh Media
Rasanya di Malaysia, kita masih lagi waras tentang kewujudan badut ini. Tetapi, kini sudah begitu banyak akses terhadap media Barat yang memperlihatkan imej badut yang menyeramkan.
Foto – BBC
Sebagai contoh, watak The Joker dalam filem Batman contohnya adalah salah satu karakter yang agak popular. Ia bukan saja memainkan watak jahat, tetapi juga seorang yang mengalami kekeliruan emosi. Bahkan juga karakter lain seperti Pennywise dalam filem IT, cukup menggerunkan bukan sahaja kanak-kanak kecil tetapi yang sudah meningkat remaja yang tahu membezakan realiti dan fantasi.
Badut Tidak Lucu
Mungkin selama ini ibu bapa atau orang dewasa mempunyai tanggapan yang salah bahawa kanak-kanak menyukai badut kerana aksi mereka yang melucukan berserta solekan mampu membuatkan si kecil ketawa riang.
Foto – www.cnet.com
Dr Penny Curtis, dalam sebuah artikel berkata, “Sebagai orang dewasa, kita sering membuat tanggapan terhadap apa yang terbaik untuk kanak-kanak. Kami mendapati bahawa badut secara universalnya memang tidak disukai oleh kanak-kanak. Malah, bagi mereka badut adalah amat menakutkan.”
Jadi, adakah anda golongan yang takut dengan badut? Penulis sendiri tidak suka dengan badut kerana setiap kali mereka tersenyum, penulis rasa seperti mereka mengejek dan menjengkelkan.
Wanista akhiri artikel dengan trailer Joker yang bakal ditayangkan pada Oktober 2019.
Sama ada anda peminat dengan fesyen atau tidak, anda mungkin tahu nama beberapa jenama fesyen terbesar di luar sana – Prada, Calvin Klein, Marc Jacobs, Christian Louboutin dan lain-lain. Biasanya, mastermind disebalik jenama tersebut adalah camera-shy dan tidak menyenangi perhatian dari media.
Sekiranya anda pernah tertanya-tanya bagaimana wajah-wajah individu hebat yang mencipta rekaan ikonik dan luar biasa ini, Wanista kongsi..
Christian Louboutin
Inilah individu disebalik sepatu tumit tinggi kegilaan ramai wanita, Christian Louboutin. Masih muda dan tegap di usia 56 tahun.
fOTO – Useless Daily
Vera Wang
Kita selalu mendengar nama Vera Wang pada busana pengantin sebilangan selebriti. Beliaulah tulang belakang dalam menghasilkan rekaan yang ironik yang menjadi inspirasi ramai wanita muda. Siapa sangka Vera Wang kini sudah 70 tahun.. Serius beliau nampak muda dan cergas.
Foto – WWD.com
Calvin Klein
Satu lagi nama yang tidak perlu diperkenalkan. Seluar dalam, t-shirt, minyak wangi, aksesori serta pelbagai lagi terhasil darinya sahaja.
Foto – Page Six
Manolo Blahnik
Sama seperti Christian Louboutin, namanya menjadi pilihan kebanyakan wanita untuk seleksi sepatu tumit tinggi. Menaikkan nama beliau apabila sepatunya kerap muncul dalam siri televisyen Sex and the City.
Foto – The Independent
Gianni Versace
Menariknya, pakaian Versace mengambil inspirasi dari budaya kontemporari dan pop, serta banyak melakukan kolaborasi dengan legenda Elton John, Cher, Sting, Tupac dan The Notorious B.I.G. Pada 15 Julai 1997, Versace ditembak dan di bunuh di luar rumahnya pada usia 50 tahun. Selepas kematiannya, kakaknya Donatella mengambil alih perniagaan.
Foto – The Mirror
Miuccia Prada
Disebalik jenama Prada merupakan wanita cantik. Cucu paling muda Mario Prada, Miuccia Bianchi Prada diberi tanggungjawab mengambil alih perniagaan keluarga pada tahun 1978 dan terusan membina empayar fesyen sehingga ke hari ini.
Foto – Compare First Ladies
Giorgio Armani
Anda mungkin memakai koleksi minyak wanginya. Giorgio Armani tidak memerlukan cebaran pengenalan. Lelaki genius ini dilahirkan di Itali dan kini terkenal dengan seleksi pakaian berpotongan bersih dan kemas, bahkan untuk pakaian harian.
Foto – The Independent
Kenzo Takada
Kenzo Takada, pereka kelahiran Jepun paling disegani, berpindah ke Paris selepas menamatkan pengajian dari Tokyo Bunka Fashion College. Beliau kemudiannya mendirikan sebuah kedai di bandar dan membuat pakaian dari kain yang dibelinya dari pasar lambak. Kejayaan beliau bermula pada tahun 1970 sehingga ke hari ini.
Foto – W Magazine
Donna Karan
Donna Karan seorang pereka fesyen Amerika dan pemilik label pakaian Donna Karan New York dan DKNY. Beliau sering digelar sebagai The Queen Of Seventh Avenue dan sentiasa menegaskan bahawa hanya akan membuat pakaian yang akan dipakai olehnya sahaja.
Foto – Famous Fashion Designers
Coco Chanel
One of the greatest fashion brand! Gabrielle Bonheur “Coco” Chanel (19 Ogos 1883 – 10 Januari 1971) adalah seorang pereka fesyen kelahiran Perancis dan ahli perniagaan wanita. Merupakan pengasas kepada jenama ikonik Chanel. Chanel sendiri mencipta monogram interlocked-CC yang telah digunakan sejak tahun 1920-an.
Foto – The Industry
Cara Gianni Versace mati sangat tragis kerana ditembak.. RIP!
Kali ini, supermodel Kendall Jenner memukau netizen Australia selepas membuat kemunculan di pelancaran kedai konsep Tiffany & Co di Sydney.
Tampil dalam dress berbulu yang berpotongan pendek rona merah jambu dari Ingie Paris @ingieparis, jenama kelahiran Perancis dipadankan barangan kemas Tiffany & Co yang menaikkan seri gadis tinggi lampai ini. Tidak keterlaluan jika penulis katakan penampilan Kendall pada malam itu tampak manis, tidak terlalu over dan sesuai dengan usia mudanya. Orang cakap just nice!
fOTO – Arkib Wanista
Orang Australia makin bertambah sayang pada Kendall bila gadis muda ini memberitahu dia suka berada di sini kerana suasana mengingatkannya dengan hometown.
Fasha Sandha yang dipilih sebagai duta jenama baharu rangkaian InnerShine yang merangkumi InnerShine Pati Prun dan InnerShine Pati Beri.
Fasha Sandha Amalkan…
Berkongsi pandangannya dalam mencapai kecantikan secara semulajadi, Fasha berkata, “Jenama seperti BRAND’S membantu pengguna dengan menyediakan suplemen-suplemen berkhasiat seperti rangkaian InnerShine yang membolehkan kita mendapat kulit cantik secara semulajadi memandangkan kesihatan yang baik datang daripada pengambilan nutrien yang betul. Selain itu, formulasi cecair InnerShine juga membenarkan pati dan khasiat semulajadi mudah diserap oleh tubuh.”
InnerShine Pati Prun berkesan terhadap sistem penghadaman anda, membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan keserian wajah yang dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Gabungan pati buah prun dan Vitamin E meningkatkan keupayaan perlindungan kulit anda daripada radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran, seterusnya memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri. Suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan ini juga kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin – sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh.
Foto – Facebook InnerShine Club
InnerShine Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Sebagai tambahan, pati berkenaan juga mengandungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida – blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda.
Kelemumur, Kulit Kepala Berminyak, Rambut Gugur merupakan masalah rambut paling biasa berlaku di Malaysia, sama ada lelaki atau perempuan. Kita tidak elak daripada merasakan stress bila memikirkan keadaan rambut tidak bermaya.
Keadaan ini mentoring syarikat barangan pengguna global yang terkemuka, P&G, syarikat induk jenama penjagaan rambut dengan jualan paling laris; Pantene, Head & Shoulders, Rejoice dan Herbal Essences; bekerjasama dengan Shopee untuk melancarkan Hari Jenama Super bertemakan “Hentikan Hari Rambut Tidak Bermaya”.
Foto – Arkib Wanista
Mulai 8 hingga 12 April, Hari Jenama Super P&G x Shopee, akan menawarkan potongan sehingga 80% serta melancarkan produk baharu, Rejoice 3-in-1 Perfect dan Head & Shoulders Subzero bagi menangani beberapa masalah rambut yang paling kerap dihadapi oleh rakyat Malaysia. Pembelian pek penjagaan rambut diberikan potongan tambahan 15%, selain tawaran serendah RM1 serta Jualan Mengejutkan setiap hari.
Oleh itu sila rawat rambut anda supaya ia kekal cantik bersinar. Semua produk P&G boleh didapati melalui Kedai Rasmi P&G di Shopee Mall. Produk yang dijual menerusi Shopee Mall diberikan jaminan pemulangan barang dalam masa 15 hari, penghantaran percuma dan jaminan keaslian 100%.
Giphy
Sertai P&G dan Shopee untuk Hentikan Hari Rambut Tidak Bermaya – belilah semua keperluan penjagaan rambut anda hari ini menerusishopee.com.my!
Ada pembaca Wanista di sini yang pernah mengalami Ruam Gegata?
Keadaan di mana anda mengalami ruam yang mengakibatkan rasa gatal-gatal, panas, sakit dan membengkak di anggota badan. Keadaan yang membuatkan anda berasa tidak selesa dan mahu menggaru ke seluruh tempat yang terkena.
Bagaimana Ia Terjadi?
Ruam gegata atau nama saintifiknya Urticaria berlaku apabila ada satu bahan kimia dalam badan kita yang disebut histamine telah dibebaskan darah. Histamine menjadikan salur darah kembang dan mengakibatkan tisu di bawah kulit membengkak. Kesannya kulit jadi kemerahan dan gatal-gatal. Ruam gegata paling teruk adakalanya boleh mengakibatkan kelopak mata dan bibir membengkak dikenali sebagai ‘angioedema’ dan surut lebih perlahan dengan mengambil masa lebih kurang tiga hari.
Foto – ProfHariz
Jenis Gegata
Terdapat dua jenis gegata iaitu akut yang menyerang kurang daripada enam minggu dan akan hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa hari saja. Gegata kronik pula boleh berlaku dalam tempoh berpanjangan melebihi enam minggu disebabkan reaksi spontan tanpa pencetus atau disebabkan oleh alahan seperti cuaca dan pencetus lain seperti minyak wangi, makanan, ubat termasuk ubat tradisional.
Ruam Gegata Tak Boleh Kena Air?
Pernah dengar orang kata gegata tak boleh terkena air? Bila ia terjadi keadaan akan bertambah teruk dan melarat?
Alergi air atau aquagenic urticaria adalah keadaan yang jarang berlaku di mana gegata yang menyebabkan ruam selepas kulit bersentuhan dengan air, tanpa mengira suhunya. Ia juga boleh menyebabkan rasa terbakar. Gegata ini dianggap sebagai alahan air. Keadaan ini boleh dicetuskan daripada banyak sumber air, termasuk hujan, salji, peluh dan air mata.
Foto – Health Total
Walaubagaimanapun, penyelidik masih berusaha untuk menentukan punca sebenar alahan air. Bahan yang dibubarkan di dalam air seperti klorin memasuki kulit dan mencetuskan tindak balas imun. Dalam teori ini, gegata tidak disebabkan oleh air, khususnya, tetapi sebaliknya alergen di dalam air. Interaksi antara air dan bahan yang terdapat di dalam atau pada kulit menghasilkan bahan toksik, yang membawa kepada perkembangan gegata.
Kesan daripada keadaan ini, seseorang akan mengalami ruam yang gatal dan menyakitkan. Ruam ini biasanya muncul di leher, lengan, dan dada. Tetapi ia juga boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh.
Cara Rawat
Tidak ada ubat untuk gegata. Walaupun terdapat beberapa petua tradisional tetapi sebaiknya berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberikan suntikan atau ubat Antihistamin. Antihistamin adalah ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat simptom seperti alergi. Doktor mengesyorkan anda mengambil antihistamin preskripsi untuk menenangkan gegata selepas bersentuhan dengan air. Ubat ini haruslah diambil dua atau tiga kali sehari, bukannya hanya bila gegata muncul. Ini kerana ubatan antihistamin memerlukan masa untuk menunjukkan kesan. Keberkesanan ubat antihistamin boleh dilihat apabila gegata mengecil atau hilang dengan lebih cepat. Tetapi sekiranya gegata tidak sembuh, maka doktor akan merujuk anda ke pakar kulit.
Nama produk kecantikan La Mer kini disebut-sebut oleh ramai pencinta kecantikan dan solekan tempatan. Apatah lagi apabila ramai jurusolek terkemuka tempatan juga menggunakan produk La Mer dalam menyiapkan wajah pelanggan mereka. Memang terlalu ramai memuji hasil produk La Mer yang berkesan dan memberi cetusan solekan yang sofistikated.
Kalau ikutkan sekarang La Mer dah jadi fenomena baru di Malaysia tapi yang buat lagi ia menjadi bualan ramai ialah harga yang tak masuk akal mahalnya untuk satu jar krim.
Setiap satu produk La Mer tidak kira samada untuk penjagaan kulit atau mekap ia sekurang-kurangnya bersamaan separuh gaji minima rakyat Malaysia. Nak beli La Mer? Wanista dedahkan harganya..
#1 Creme de La Mer (RM600)
Atau lebih dikenali sebagai La Mer The Cream ini ialah krim pelembab dan ia produk best-seller.
Foto – TheBeauParlour
#2 La Mer The Lifting And Firming Mask (RM940)
Masker muka yang ini hanya dipakai selama 8 minit sebelum dicuci semula. Ia dikatakan khas untuk membuat rawatan menegangkan kulit.
Foto – Makeup for Dolls
#3 La Mer The Regenerating Serum (RM1376)
Antara produk skin-care La Mer yang harganya buat ramai geleng kepala.
Foto – www.imagenesmi.com
#4 La Mer The Lip Balm (RM300)
Kegilaan apakah harga satu jar lip balm bersaiz 9 gram hampir sama dengan belanja dapur?
Foto – Her World
#5La Mer The Luminous Lifting Cushion Foundation SPF 20 + Refill (RM490)
Nasib baik dapat sekali satu refill cushion.
Foto – Pinterest
#6 La Mer The Powder (RM389)
Loose-powder yang sama seperti bedak lain tapi ramai yang claim debu ia lebih halus.
Foto – Female Daily
Akhir kata penulis janganlah jadi biar papa, asal bergaya.
Tolong jangan backup lagi dengan ayat ‘sebagai pasangan kita bantu dan berikan sokongan’.
Pertama sekali anda kena tahu bezakan dengan orang yang suka berangan dan punya cita-cita. Angan-angan ialah perkara yang tidak boleh dizahirkan dengan perancangan dan biasanya tidak punya hasil apa pun berbeza dengan cita-cita yang kita tahu ia adalah misi hidup.
Orang lelaki kita akan pandang sebagai pemimpin bukan sahaja dalam masyarakat tapi juga dalam keluarga itu sendiri. Dalam agama juga telah dipertanggungjawab oleh lelaki untuk menyediakan kelengkapan untuk isteri dan anak-anak. Namun dalam pada itu, zaman kini terdapat ramai lelaki yang lebih terarah kepada mengejar angan-angan sehingga mengabaikan tuntutan agama dan keluarga.
Penyakit lelaki yang suka berangan ini perlahan-lahan boleh menghancurkan institusi kekeluargaan. Percayalah kerana ia…
Dari sikap tidak matang
Sikap matang bukan datang dari usia tapi buah fikiran yang tahu tentang beza tanggungjawab, keperluan dan amanah. Ia seiring dengan gaya percakapan dan perkongsian yang dibuat di media sosial. Kalau ia hanya berkaitan dengan kekayaan, angan-angan pakai BMW tapi tiada cerita usaha baik diam sahaja. Penulis jadi alergi dengan lelaki yang suka bercakap hebat seolah-oleh miliki lima buah syarikat tapi sebenarnya masih suka pinjam duit mak. Kalau umur sudah 20 tahun keatas tapi masih meminjam duit keluarga kamu rasa?
Foto – Getty Images
Mementingkan diri sendiri
Tidak peduli apa nak jadi dalam peti ais kosong atau berisi yang penting ‘angan-angannya’ tercapai. Banyak kali penulis nampak masalah ini dengan manusia yang suka melabur pada bisnes ‘skim cepat kaya’. Orang yang suka berangan tidak suka usaha. Mereka mahukan pulangan yang cepat dan terus menguntungkan dengan sanggup melakukan apa sahaja. Percaya atau tidak ada wanita berkahwin kerana suami mahu menggunakan isteri semata-mata.
Foto – CollegeTimes
Tiada kesedaran
Dari pengalaman penulis sendiri mempunyai seorang rakan lelaki yang hampir 10 tahun bergelumang hidup berhutang, bisnes gagal dan keluarga pecah-belah kerana angan-angan. Sampai sekarang dia masih belum sedar tentang kesan yang ditimpa. Dalam dunia imaginasinya itu konon risiko yang diterima dalam mengejar perniagaan. Sepatutnya ambil jalan realiti cubalah bekerja tetap dan bantu keluarga tapi masih lagi mahu meminjam untuk cepat kaya.
Foto – Gambling Addiction Help
Wahai wanita jangan terjerat dengan lelaki sebegini kerana setelah berkahwin kamu bakal membela ‘biawak hidup’.
Kita biasa makan donut yang bentuknya bulat dan berlubang ditengah. Keenakan donut dapat dirasa dari kelembutan doh. Ia antara pencuci mulut paling popular di serata dunia. Pergilah kemana sahaja pasti akan ada kedai yang menjual donut. Kini donut mempunyai pelbagai variasi dan rasa, jika dahulu hanya doh dan disalut gula tabur.
Sebenarnya donut pun ada mengikut kategori bagi setiap negara. Lain negara, lain rupa donut yang mereka sediakan. Wanista kumpulkan donut-donut mengikut negara serata dunia.
#1 Bomboloni – Itali
Orang itali menambah lagi selera dengan mengisikan krim pastri didalam donut mereka. Menjadikan bomboloni donut yang mempunyai pelbagai rasa inti pilihan.
Foto – Italian Food Forever
#2An-doughnut – Jepun
Donut asal Jepun berintikan kacang merah dan disalut dengan gula tabur.
Foto – コトバンク
#3Churros – Mexico
Churros bukan Churros tapi ialah donut yang berbentuk panjang rupanya dan boleh dicicah dengan sirap coklat.
Foto – Real Simple
#4Donat kentang – Indonesia
Daripada menggunakan tepung, orang Indonesia memilih kentang untuk menyediakan donut.
Foto – unileverfoodsolutions
#5Sopaipilla – Sepanyol
Bentuknya sangat berbeza dari donut tradisional yang kita kenal. Namun resepi doh tetap sama dan ia dimakan bersama madu.
Foto – ChefDeHome.com
Bila travel nanti cuba cari kedai donut manalah tahu jumpa donut-donut unik diatas.
Mesti ramai yang anggap memakai seluar dalam jenis thong atau g-string hanya untuk kelihatan seksi semata-mata. Anda silap! Rekaan seluar dalam yang nipis dan kecil ini bukan untuk merangsang seksual sahaja tapi untuk membantu berfesyen dan sebenarnya memberi keselesaan berganda daripada seluar dalam biasa.
Antara sebab lain untuk anda memakai g-string dan thong ialah..
Garisan seluar dalam
Kalau anda gemar memakai skirt atau skinny jeans baik dipadankan bersama seluar dalam ini. Cara ini untuk mengelakkan daripada ternampak garisan seluar dalam. Tidakkah itu sesuatu yang memalukan. Sama juga ketika memakai pakaian dari fabrik satin yang lebih telus pastikan anda pakai g-string.
Foto – New York Magazine
Elak ruam
Sesuai dipakai ketika cuaca panas atau khas untuk anda yang lebih berpeluh dikawasan punggung. Fabrik lembut dan nipis dari seluar dalam ini tidak meninggalkan kegatalan. Malah thong dan g-string tidak mempunyai getah ketat yang boleh beri kesan kemerahan.
Foto – en.mogaznews.com
Sangat selesa
Seolah-olah tidak memakai apa-apa! Bagi anda yang mahukan freedom dari memakai seluar dalam normal cubalah berjinak-jinak guna thong atau g-string. Mungkin kali pertama berasa janggal tapi lama-kelamaaan anda akan rasa kelainan.
Foto – Lyst
Namun hati-hati, fabrik nipis thong dan g-string mudah rosak jadi pastikan anda memakai ia bukan ketika melakukan aktiviti lasak atau bersukan.
Lain kali kalau ternampak orang beli g-string atau thong jangan fikir yang bukan-bukan.
Siapa diantara pembaca Wanista ada pengalaman kerja dengan bos perempuan? Cuba angkat tangan.
Penulis percaya rata-rata dari kita mesti pernah merasa bekerja dibawah seorang pimpinan wanita tak kiralah samada dalam jawatan supervisor, pengurus, pengarah atau ketua jabatan sekalipun. Dari pengalaman yang dihimpunkan ramai yang setuju bekerja dengan seorang wanita bukanlah mudah dan banyak kisah negatif yang kita dengar bila bekerja dengan bos perempuan.
Jadi kenapa agaknya bekerja dengan bos perempuan lebih menyusahkan?
Suka mengarah
Secara zahir dan batin sikap suka mengarah memang ada dalam diri seorang wanita. Mereka lebih senang mengarah orang berbanding kaum lelaki. Sebab itulah bos lelaki biasa dipandang seorang yang chill dan bos perempuan sering dituduh bossy.
Foto – Daily Express
Rasa tercabar
Ini khas untuk kaum lelaki yang bekerja dibawah ketua wanita. Biasalah lelaki mudah rasa tercabar dengan sosok wanita yang lebih tinggi daripada mereka. Namun apa yang Wanista hendak tegaskan tak semua lelaki begitu. Kalau kita ada rasa hormat pada setiap orang pasti perkara ini tidak berlaku.
Foto – Youngisthan. In
Emosional
Sikap emosional biasa kita kaitan dengan bos wanita yang sudah berusia. Sebenarnya perkara ini kita tidak boleh menafikan lagi kerana ya wanita memang terjerat dengan emosi. Kecuali jika wanita itu bijak mengasingkan dunia peribadi dan kerjaya pasti bekerja bawahan menjadi senang. Betul tak?
Foto – Campaign
Tiada beza pun bos lelaki dan wanita kalau dipandang dalam konteks pimpinan. Ada juga bos lelaki yang suka beremosi, suka mengarah membuat tugasan remeh dan cerewet. Lihatlah bos anda sebagai seorang individu bukannya menghukum mereka kerana jantina. Lelaki ke perempuan ke sama sahaja! Bos tetap bos.
Biarpun hampir 12 tahun dunia kehilangan Puteri Diana tapi sehingga kini namanya tidak pernah putus disebut-sebut orang. Ada sahaja perkara tentang hal diraja pasti akan dikaitkan dengan Puteri Diana, sememangnya beliau tiada gantinya.
Bukan sahaja memiliki kecantikan malah sifat peribadi Puteri Diana menjadi kaguman rakyat. Dalam pada lirikan mata yang manja, Puteri Diana memikat hati rakyat dengan gaya fesyen, kerja amal kebajikan dan senang kata Puteri Diana antara puteri impian.
Foto – Hello Magazine
Selama hayatnya Puteri Diana mempunyai cara tersendiri untuk membuat rakyat England dan masyarakat seluruh dunia jatuh hati padanya. Wanista dedahkan pada pembaca…
Rupanya Puteri Diana akan menjadi sedikit ‘nakal’ apabila memakai pakaian formal (gaun) atau tiara. Ini adalah salah satu cara untuk tidak kelihatan terlalu serius. Puteri Diana mahu orang sekeliling terutamanya rakyat berasa dekat dengannya walaupun beliau sedang menjalankan tugas diraja.
Foto – Good Housekeeping
Keletah yang biasa dibawa oleh beliau untuk tampak menyenangkan dengan aksi spontan rolling eyes atau sengih. Teknik untuk memberi satu isyarat kepada rakyat yang beliau juga seperti orang biasa ketika berhadapan kamera.
Foto – reddit.com
Sebab itulah Puteri Diana digelar ‘Puteri Rakyat’.
Meghan Markle juga menggunakan teknik ini sebagaimana untuk menyesuaikan diri dalam keluarga diraja.
Sekarang ini siapa sahaja yang tidak mengenali BlackPink. Dekat corong radio, televisyen, laman media sosial terlalu banyak lagu dan video mereka dimainkan. Sehingga kanak-kanak yang baru 4 tahun mengetahui lagu dan gerak tari “Ddu-Du Ddu-Du”, hebat bukan pengaruh empat gadis muda ini.
Foto – Hypebae
Selain berbekalkan muzik yang sedap didengar, choreography mantap, rupa paras comel dan cantik belaka, ahli terdiri daripada Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo juga tidak kurang hebatnya dalam berfesyen. Bahkan fesyen mereka sentiasa dilihat on-point sesuai dengan gaya anak muda masa kini. Antara mereka berempat, Jennie dilihat ahli paling stailista dan fashion-forward dan layak digelar ikon fesyen untuk generasi muda masa kini. Mungkin itulah sebabnya dia disunting jenama ikonik Chanel sebagai wajah baru seiring Kristen Stewart, Pharrell Williams, Keira Knightley, Lily-Rose Depp dan beberapa nama besar lain.
Foto – Pinterest
Pada usia hanya 23 tahun, Jennie yang merupakan duta Chanel Korea bukan sahaja menempah muka di tempat duduk depan setiap pertunjukan fesyen Chanel, malah membintangi beberapa komersial seperti kosmetik, haruman dan penjagaan wajah, Bahkan baru-baru ini, membuat persembahan after-party bersama Pharrell Williams, upacara yang hanya dihadiri dengan jemputan ekskusif sahaja.
Foto – Instagram
“Chanel fokus kepada kemodenan. Generasi millennial dan bergaya adalah pelanggan sasaran kami, sebagai tambahan kepada pengguna sedia ada. Oleh itu kami sangat berminat dengan bintang K-Pop yang bergaya malah mencipta gaya tersendiri. Kesetiaan Jennie serta gayanya sangat sesuai dengan imej Chanel,” jelas jurucakap Chanel Korea.
Agaknya kenapa Chanel ‘berkenan’ sangat dengan Jennie?
Tahukah, Chanel Korea berkata pakaian yang dipakai Jennie ketika acara fesyen adalah tajaan, sementara kebanyakan penampilan hariannya adalah dari koleksinya sendiri.
Bila klasik dijadikan trendy
Chanel terkenal dengan jaket tweed. Bila Jennie mengubah jaket panjang putih Chanel menjadi gaun pendek dan dipadankan dengan tali pinggang, para pengkritik dan penggemar fesyen memuji gayanya yang disifatkan bijak dan sempurna, sekaligus membuka mata ramai bagaimana item klasik boleh menjadi trend.
Foto – Teen Vogue
Suai padan
Jennie tidak gusar untuk menyuai padan setiap item Chanel dalam fesyen hariannya. Contoh paling cantik, di mana Jennie memakai blaus putih dari Chanel dengan skinny jeans, memadankan dengan tas tangan Chanel Gabrielle Bucket ketika di lapangan terbang, membuatkan penampilannya paling menonjol.
Foto – Pinterest
Di masa yang lain, Jennie memadankan tweed top bersama high-waisted pants yang berpotongan longgar dan besar.
Foto – Twitter
Cinta pada Chanel penuhi ruang Instagram
Jennie tidak malu untuk menyatakan cintanya pada Chanel di Instagram. Setiap kali memuat naik gambar, pasti ada salah satu item dari Chanel – dompet, tas tangan, minyak wangi, kosmetik, Jennie tanpa segan silu menunjukkan minatnya pada rumah fesyen kelahiran Perancis kepada pengikut.
Foto – Instagram
Dengan lebih 14.6 juta pengikut, Jennie memberi impak yang besar pada demografi muda yang Chanel ingin capai, sekaligus meningkatkan kesedaran jenama dan mendorong jualan.
Foto – Instagram
Mungkinkah kerana G-Dragon ‘hilang’ dari radar
Itu sebenarnya antara faktor utama Chanel Korea memancing Jennie. Dalam satu temu bual, ada segelintir netizen menggelarkan Jennie sebagai G-Dragon versi perempuan kerana fesyennya yang sentiasa on-trend. Tapi yang pasti, sebelum Jennie, ada Kwon Ji-yong, atau G-Dragon yang duta besar jenama Chanel dan dikenali sebagai kegemaran Karl Lagerfeld. Individu seperti kanvas putih yang boleh menggayakan jaket tweed wanita, kalung logo Chanel, muka G-Dragon sentiasa memenuhi barisan depan jenama itu, sehinggalah dia memasuki latihan khidmat ketenteraan bulan Februari tahun lepas.
Foto – Korea Bizwire
Pada penulis Jennie mungkin ikon fesyen untuk generasi masa kini tapi G-Dragon forever ikon fesyen disegani.
Kebanyakan orang perlu makan banyak untuk merasa kenyang. Akibatnya mereka makan dari apa yang sepatutnya dan hasilnya, berat badan pun naik. Jadi macam mana kita nak makan sikit tapi rasa kenyang? Adakah dengan cara menahan lapar atau diet?
Nope… Di sini penulis nak kongsikan panduan tentang bagaimana cara yang betul untuk mengurangkan makanan yang dimakan tetapi masih boleh merasa puas dan kenyang. Boleh juga dijadikan tips diet mudah untuk beginners!
Makan perlahan-lahan dan kunyah
Otak kita memerlukan 20 minit untuk menyedari bahawa perut anda dah pun kenyang dan kalau kita dah lapar sangat, mesti gelojoh makan dan adakalanya sampai tak sempat nak kunyah dah telan. Untuk memanjangkan waktu makan anda supaya tak terlebih makan, kunyah perlahan-lahan.
Foto – themarketingblog.co.uk
Aturan makan yang betul
Jika terlewa atau tak makan pada waktu yang betul, anda berisiko untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang seterusnya. Contohnya kalau tak sarapan, anda mungkin akan makan banyak pada waktu tengahari, hal ini tidak elok untuk sistem penghadaman. Adalah lebih baik anda makan dalam tempoh waktu yang pendek iaitu setiap 2 atau 3 jam tapi dalam portion yang kecil.
Guna pinggan kecil
Kita akan cuba untuk ambil pinggan lebih besar untuk masukkan semua makanan yang ada terutamanya bila di kenduri atau jamuan makan. Memang susah nak kawal nafsu makan terutamanya bila nampak orang lain makan sepuas-puasnya. Cuba perlahan-lahan tukar saiz pinggan. Kecil saiz pinggan, kecil jugalah saiz pinggang anda.
Foto – Simplemost
Makan sayur dahulu
Penyanyi Aizat ada berkongsi tips diet untuk dia kekal maintain, sebelum menjamah lauk berat seperti ayam, daging, jamah dulu sayur-sayuran. Kata Aizat, sistem pencernaan tak ‘terkejut’ dan akan memudahkan lagi perut untuk menghadam protein seperti ayam dan daging.
Pilih buah segar
Antara kordial dan jus sebenar, pilihlah jus dari buah-buahan sebenar. Khasiat pun banyak dan kandungan serat juga tinggi. Kalau rasa agak leceh nak kisar buah-buahan buat air, di kedai ada banyak yang jual jus buah segar dengan harga yang murah.
Foto – Reader’s Digest
Makan makanan berserat tinggi
Makan seperti buah jambu batu, sayuran seperti bayam, lobak asparagus, bijirin memang kaya dengan kandungan serat yang tinggi. Makanan yang mempunyai kandungan serat tinggi ini dapat memberikan kita rasa kenyang dengan lebih cepat. Lebihkan sayuran, kurangkan nasi atau karbohidrat.