
Akhirnya Met Gala tiba lagi untuk tahun 2025.
Untuk edisi kali ini, Met telah memilih tema “Superfine: Tailoring Black Style” untuk meraikan Black Dandyism, estetika berpakaian rapi lelaki kulit hitam sejak tiga abad. Buat pertama kalinya, pamera khas didedikasikan untuk fesyen lelaki diadakan di muzium Met.
Buku Monica L. Miller “Slaves to Fashion: Black Dandyism and the Styling of Black Diasporic Identity” (2009) adalah inspirasi utama untuk pameran itu. Monica, seorang profesor pengajian Afrika di Barnard College, NYC, turut terlibat sebagai kurator tetamu untuk pameran ini.
Terpilih untuk berjalan di anak tangga ikonik The Metropolitan Museum of Art (The MET), New York City, Amerika Serikat, merupakan satu pengiktirafan. Kali ini, salah seorang ahli kumpulan Korea, Blackpink Jennie memukau dengan persalinan klasik yang cukup gah dan rapi perinciannya.

Jennie ikut tema.! Jennie menerima tugasan dengan mengubah penampilan tuksedonya yang di imaginasi kain semula menjadi penghormatan yang sempurna kepada lagenda Coco Chanel.
Mengikut huraian Glamour, Coco Chanel adalah salah seorang wanita pertama pada zamannya yang terkenal kerana mengambil lelaki sebagai ilham dalam reka bentuk. Hiasan topi dijadikan skaf lebih ringkas dan minimalis, dan kemudian merevolusi dunia fesyen dengan menolak siluet wanita fit-and-flare yang popular pada masa itu, dengan mengutamakan suit berpotongan rapi sinonim dengan Chanel hari ini.
Duta Chanel, Jennie telah memakai jenama Perancis setiap tahun dia menghadiri malam gala tetapi penampilan Met Gala tahun ini mungkin yang terbaik. Gaun tux itu menampilkan siluet off-the-shoulder, seluar berpotongan dan vale panjang di bawah dihias dengan butiran mutiara dan bunga kamelia, menjadikannya rupa Jennie sempurna dan terletak elok.
@mtvuk After seeing Jennie Kim at the Met Gala, how are we all doing 😳✨🖤🤍 #Jennie #JennieKim #BLACKPINK #MetGala2025 #MetGala #MTVCeleb
Okay Love sangat!
The post Paling Gah Di Met Gala 2025, Blackpink Jennie Pilih Persalinan Dari Chanel appeared first on Miss Murai.