
Rupanya ini yang dimaksudkan dengan cocktail watch
Pernah dengar cocktail watch atau jam tangan cocktail? Ianya jam tangan yang bersaiz kecil dan dihiasi dengan batu permata dan talinya pula dari besi keemasan atau perak. Ia sering digantikan dengan barang kemas seperti gelang. Sejarah cocktail watch ini bermula pada sekitar 1800, wanita mula menukarkan jam tangan menjadi barang perhiasan. Jadi sejak itu, keluarlah berbagai rekaan jam tangan yang dihiasi permata, emas dan pelbagai lagi.
Namun, ketika itu cocktail watch hanya dipakai ketika majlis formal supaya mereka tetap tampil glamor. Kini jam tangan tersebut boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja. Bahkan cocktail watch menjadi satu barang berharga dan lambang status. Era fesyen terkini pula, cocktail watch dipadankan dengan gaya bracelet stack.

Sejujurnya cocktail watch begitu cantik dan amat sesuai untuk wanita yang ingin menyerlahkan sisi anggun dan feminin dalam seutas jam tangan. Bagi yang ingin mendapatkan jam tangan cocktail begini, Miss Murai ada sediakan pilihan dari harga kurang daripada RM300;
- Q&Q Japan by Citizen Ladies Stainless Steel Quartz Watch F01A [RM130.95]

- Omax Japan Movt Women’s Wristwatch Gold Watch OAB154G-BK [RM138.75]

- Giordano All Stainless Steel Bracelet Watch L2066SS [RM168]

- Milliot & Co Kayla Stainless Steel Analog Watch [RM219]

- Marco Mavilla Women’s Bazel Stone Leather Watch [RM244]

- Titan Karishma 2702WM02 Pink Dial Stainless Steel Strap Quartz [RM299]

Semua cantik-cantik bukan? Cocktail watch boleh dipakai dengan apa jua outfit atau majlis. Sebaik pilih ukuran saiz yang tepat dengan ukuran keliling lengan kamu. Malah, jangan lupa semak keserasian warna kulit samada cocok dengan warna emas atau perak.
The post Inspirasi Vintaj & Klasik – Ini Seleksi Cocktail Watch Bawah RM300 appeared first on Miss Murai.