
Musim cuti sekolah akan bermula lebih kurang seminggu lagi, dan pasti ada ibu bapa yang sudah pun mula merancang percutian keluarga bersama anak-anak. Berbanding memilih percutian di tengah ibu kota yang sibuk, Miss Murai yakin ramai ibu bapa mahu membawa anak-anak jauh sedikit daripada kesibukan kota.
Psst… Cadangan Miss Murai untuk ibu bapa yang membaca entri ini adalah percutian di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.
Pilihan terbaik untuk percutian bersama keluarga, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside bukan sahaja menawarkan penginapan yang sangat selesa, kolam renang dan pemandangan tasik yang mendamaikan, tetapi juga mesra kanak-kanak.
Selain daripada ibu bapa dapat merehatkan diri dan menikmati percutian bersama keluarga, anak-anak juga boleh mengisi masa lapang mereka dengan beberapa aktivit menarik yang sangat mesra kanak-kanak seperti…
1. Kolam Splash & Kolam Tepi Tasik
Kalau kamu nak tahu, Kolam Splash adalah kolam kanak-kanak yang besar dan ianya dipisahkan ke dua bahagian untuk kumpulan umur yang berbeza.
Untuk kanak-kanak berusia bawah 3 tahun, terdapat taman permainan air kecil. Kawasan ini ditutup dari kawasan kolam utama dan perlu pengawasan ibu bapa. Kolam utama pula untuk kanak-kanak berusia atas 3 tahun dan ianya dilengkapi dengan kapal lanun, gelongsor panjang, air pancut dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
- Ahad- Khamis: 9 pagi- 7 malam, tutup 12 tengahari- 1 petang
- Jumaat- Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah: 8 pagi-8 malam, tutup 12 tengahari-1 petang
Selain kolam kanak-kanak, terdapat juga dua jenis kolam lain di sini iaitu kolam atas bumbung yang hanya dibuka kepada orang dewasa (16 tahun ke atas) dan kolam tepi tasik. Bagi ibu bapa yang mahu menghabiskan masa bersantai dan berenang bersama anak, Miss Murai cadangkan kolam tepi tasik. Sambil-sambil itu kamu boleh menikmati pemandangan tasik yang mendamaikan.
Waktu Operasi:
- Setiap hari: 8 pagi- 8 malam
2. Kelab Kanak-Kanak
Seterusnya, Kelab Kanak-Kanak yang menjadi ‘penyelamat’ bagi sesetengah ibu bapa. Untuk pengetahuan kamu, kelab ini hanya menerima kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 13 tahun dengan hanya seorang penjaga sahaja yang dibenarkan masuk.
View this post on Instagram
Apa yang best di sini, kanak-kanak dapat menghabiskan masa mereka dengan pelbagai permainan yang sangat menarik, termasuklah aktiviti mewarna, bermain PS5, jenga, bilik masak-masak hingga ke teka-teki. Pada hujung minggu pula, kanak-kanak boleh menyertai malam wayang (movie night) yang akan berlangsung dari pukul 7.30 malam sehingga 9 malam.
Waktu Operasi:
- Isnin- Khamis: 10 pagi-6 petang
- Jumaat- Ahad, Cuti Sekolah: 9 pagi- 9 malam, Malam Wayang 7.30 malam- 9 malam
3. Bilik Permainan & Arked
Tak perlu mencari aktiviti lain di luar kawasan hotel, Miss Murai tertarik dengan ruang permainan yang disediakan khas untuk seisi keluarga. Sama ada bilik permainan atau bilik arked, kedua-dua ruangan ini menyediakan pelbagai permainan yang menarik untuk ibu bapa bermain dengan anak-anak!
Bilik permainan dilengkapi dengan 12 aktiviti seperti ping pong, saidina, monopoly, jenga, catur, yoga, congkak, anak panah magnetik, foosball, badminton, ular dan tangga serta noodle float.
Manakala bilik arked pula dipenuhi dengan permainan interaktif untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Info penting, pastikan kamu menyediakan duit ringgit untuk pembelian token (1 token = RM1.00).
Waktu Operasi:
- Setiap hari: 9 pagi- 9 malam
4. Fun Car Street
Antara aktivit yang menjadi kemestian untuk anak-anak lakukan jika mengunjungi DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Peringatan daripada Miss Murai untuk ibu bapa, pastikan kamu menyediakan wang ringgit yang mencukupi kerana setiap aktiviti yang disediakan perlu dibayar.
- Kereta LED & ATV Kecil: RM20 setiap perjalanan untuk 15 minit
- ATV Besar: RM30 setiap perjalanan untuk 15 minit
- Basikal Kecil & Besar: RM15 setiap perjalanan untuk 30 minit
- Skuter Elektronik: RM30 setiap perjalanan untuk 30 minit
- Bouncing Castle: RM15 setiap seorang (Kemasukan Tanpa Had)
Waktu Operasi:
- Jumaat: 12 tengahari- 9 malam
- Sabtu-Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum: 10 pagi-9 malam
5. Hujung Minggu Seni
Hanya diadakan sebulan sekali pada hari Sabtu, Hujung Minggu Seni (Seni Weekend) ialah sesi seni kreatif yang dibimbing oleh Artis Residen di Studio Residency.
Jangan risau, setiap bengkel yang diadakan adalah mesra kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh menyertai siri bengkel yang menarik serta berbeza bagi setiap bulan. [LIHAT SIRI BENGKEL]
Tak rugi jika ke DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside kerana terlalu banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk keluarga. Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, layari https://asiapac.hilton.com/en/country/malaysia.
The post DoubleTree by Hilton Putrajaya Pilihan Ibu Bapa, Ini 5 Aktiviti Menarik & Mesra Kanak-Kanak! appeared first on Miss Murai.