Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14609 articles
Browse latest View live

‘Best Dressed’ Cannes Jadi Milik Janhvi Kapoor. Lihat Busana Pilihannya Yang Memukau

$
0
0

Daripada rekaan Anamika Khanna dan Tarun Tahiliani ke YSL, aktres itu mempamerkan gabungan pereka India dan antarabangsa di festival filem.

Janhvi Kapoor membuat penampilan sulungnya di Festival Filem Cannes tahun ini, dan pilihan busananya telah memberi kesan yang menarik. Daripada sari kontemporari oleh Anamika Khanna kepada gaun klasik oleh Yves Saint Laurent, dia mempamerkan rangkaian siluet yang elegan.

Janhvi Kapoor betul-betul memukau semua orang. Tiada satu pun penampilannya yang kelam, kesemua busana mega dan cantik sempurna.

Jom kita tengok satu persatu.

Tarun Tahiliani

Pada hari pertama, anak kepada mendiang Sri Devi ini muncul dengan skirt dan korset yang dibuat khas oleh Tarun Tahiliani, yang dihasilkan daripada tisu sebenar yang ditenun di Benaras. Kain merah jambu berwarna-warni dililitkan di sekeliling dengan langsir seperti dupatta, menyerupai sari kontemporari. Penggayanya Rhea Kapoor menyempurnakan penampilan dengan rantai mutiara.

Anamika Khanna

Untuk tayangan perdana filemnya Homebound, Janhvi tiba dengan memakai gaun rekaan khas Anamika Khanna. Gaun itu menampilkan bahagian atas bersulam emas dengan skirt hijau pudina. Bahagian belakang dibiarkan terdedah dengan rantai khas terhasil daripada gabungan permata tradisional India yang dicampur dengan ciptaan jed dan jadao. Dia memadankan penampilannya dengan aksesori jhumka aksen hijau pudina dan gelang.

YSL dan Anamika Khanna

Penampilan ini merupakan penghormatan penggaya Rhea Kapoor kepada YSL, yang menampilkan koleksi Rive Gauche – khususnya topi piring dari YSL 1987, dan jaket baldu dari 1989. Melengkapkan penampilan dengan padanan skirt sifon sutera diaphanous ilham era puitis Yves antara tahun 1987 dan 1991, yang dibuat oleh Anamika Khanna.

Di Petsa

Menampilkan gaya ‘wet sari’, Janhvi membawa nostalgia Bollywood ke Perancis. Penampilan basah signature pereka fesyen itu digabungkan dengan imaginasi kontemporari sari. Menambah kesan dramatik, padanan choker Chopard yang dibuat dengan permata ungu dan loket zamrud besar bersama anting-anting zamrud.

Perfection.!

The post ‘Best Dressed’ Cannes Jadi Milik Janhvi Kapoor. Lihat Busana Pilihannya Yang Memukau appeared first on Miss Murai.


Step-by-Step Guna ‘Gua Sha’ Dengan Betul Untuk Muka Runcing

$
0
0

Teknik urutan wajah menggunakan batu jed, atau dipanggil Gua Sha semakin mendapat tempat di kalangan wanita.

Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed. Kesan urutan ini menjanjikan muka runcing di samping kelancaran peredaran darah.

Teknik urutan ini memang mempunyai banyak faedah, seperti meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan sakit leher. Tetapi kerana melibatkan gosokan kulit dengan batu, ia boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila anda menekan kulit dengan mengurut mungkin caranya salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.

Foto – Brightside

Pakar menekankan bahawa anda tidak boleh simply mengurut di seluruh wajah tanpa arah, anda memerlukan beberapa metodologi. Untuk membantu anda melalui rutin Gua Sha, berikut langkah-langkah menggunakan alat ini dengan betul, untuk hasil yang maksimum dan luar biasa.

Nota : Sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha.

1. Mulakan mengurut di kawasan tengah dahi, press secara lembut untuk memberi tekanan. Anda lakukan secara circular motion (membulat) hingga ke garis rambut.

Foto – coveteur.com

2. Kemudian urut di kawasan sekitar mata. Tarik ke atas hingga ke garisan rambut.

Foto – coveteur.com

3. Selepas itu, urut di bahagian wajah anda, bermula di tulang pipi, tengah dan dagu. Lakukan secara tarik ke atas hingga sampai ke telinga.

Foto – coveteur.com

4. Untuk dagu, berikan sedikit tekanan mengurut dan tarik ke atas (upwards motion).

Foto – Arkib Wanista

5. Untuk mengurut di bahagian leher. anda tarik ke atas secara perlahan. Boleh lakukan sebanyak 5 kali untuk setiap urutan.

Foto – Arkib Wanista

Tutorial Rutin Gua Sha

Semoga teknik ini dapat membantu anda mendapatkan wajah runcing idaman. Tapi jangan mengurut terlalu kuat yang hanya akan membinasakan kulit.

RUJUKAN : 123

The post Step-by-Step Guna ‘Gua Sha’ Dengan Betul Untuk Muka Runcing appeared first on Miss Murai.

Apa Itu ‘High-Functioning Depression’, Individu Kemurungan Tetapi Masih…

$
0
0

Tahukah orang yang mengalami high-functioning depression mungkin tidak kelihatan tertekan di luar, tetapi keadaan itu boleh menyebabkan kekacauan dalam dirinya.

Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Tetapi tidak pada individu dengan high-functioning depression. Individu ini mengalami simptom kemurungan tetapi masih mampu menjalani kehidupan harian dengan ‘nampak normal’ seperti bekerja, belajar, bersosial dan tersenyum.

Tanda-tanda jenis kemurungan ini;

  • Sentiasa letih secara emosi walaupun cukup tidur.
  • Rasa kosong atau tiada semangat tapi tetap lakukan tanggungjawab.
  • Overthinking dan self-criticism yang berterusan.
  • Sukar rasa gembira walaupun dalam situasi menyeronokkan.
  • Terlalu fokus kepada kerja/study sebagai cara lari dari emosi sebenar.
  • Senang marah atau sensitif tapi dipendam.
  • Merasa tiada siapa faham tapi tetap senyum depan orang.

Bila berterusan, ia boleh mendatangkan bahaya. Orang sekeliling tak nampak mereka ‘sakit’, jadi mereka tidak dapat sokongan yang sepatutnya. Simptom ini berlarutan bertahun dan berisiko menjadi Major Depressive Disorder. Di mana, mereka sendiri mungkin menafikan perasaan mereka kerana masih boleh ‘berfungsi’.

Hanya kerana seseorang kelihatan okay, tak bermaksud dia tidak sedang bertarung dalam diam.

Individu yang mengalami simptom ini harus mendapatkan bantuan profesional daripada ahli terapi atau kaunselor untuk penilaian dan rawatan yang sewajarnya.

The post Apa Itu ‘High-Functioning Depression’, Individu Kemurungan Tetapi Masih… appeared first on Miss Murai.

[Foto] Hanya Untuk Alia Bhatt, Gucci Reka Sari Teristimewa Yang Paling Mega

$
0
0

Walaupun Festival Filem Cannes sudah melabuhkan tirai, busana Alia Bhatt masih menjadi perbualan warga net.

Memuji persalinan Alia Bhatt antara tercantik di festival tersebut, ensemble sari rekaan khas Gucci betul-betul istimewa dan paling mega sekali.

Sebagai duta global untukL’Oréal Paris, Alia memilih untuk menghormati warisan Indiannya dalam ciptaan mempesona yang menggabungkan tradisi dengan fesyen Itali mewah dalam gabungan East-meets-West.

Sari Gucci yang ditempah khas dihiasi dengan sulaman kristal GG Monogoram keseluruhan, mencerminkan kadua-dua ketukangan rumah mewah dan akar umbi Alia yang peribadi.

Rekaan sari menampilkan top tanpa lengan dengan garis leher yang terdedah dan skirt, dihiasi dengan selendang gaya palla yang meniru siluet sari klasik. Penggayaan, yang dilakukan oleh Rhea Kapoor, kekal minimalis, dek Alia yang lengkap dengan aksesori rantai dan gaya rambut kerinting berombak.

Ini bukan kali pertama rumah fesyen mewah seperti Gucci mendapat inspirasi daripada siluet India. Hubert de Givenchy mereka bentuk dua rupa berinspirasikan sari untuk Audrey Hepburn, termasuk satu dalam Breakfast at Tiffany’s. Manakala Christian Dior pula memperkenalkan pakaian gaya lehenga pada tahun 1955.

The post [Foto] Hanya Untuk Alia Bhatt, Gucci Reka Sari Teristimewa Yang Paling Mega appeared first on Miss Murai.

Sumpah Sedap Resepi Daging Bulgogi Korea Ini!

$
0
0

Ada peminat makanan Korea di sini? Mesti ramai punya. Entry kali ini, Wanista nak kongsi satu resepi ringkas tapi melazatkan – Daging Bulgogi. Ada yang pernah makan?

Pada pendapat penulis, sos bulgogi adalah sebab mengapa ramai menyukai hidangan ini. Ia merupakan campuran kicap, gula, buah pir, bawang putih, halia, lada hitam dan minyak bijan. Ini memberikan rasa yang sedikit masin, sedikit manis dan pekat likat.

Biasa makan dekat Dubuyo, apa kata kali ini cuba buat sendiri pula. Ikut resepi di bawah.

Foto – FB Resepi Cook Project

Bahan-Bahan

  • 400-500g daging
  • bawang (dihiris)
  • lobak merah (dihiris)
  • daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu bijan

Bahan Perap

  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 8 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
  • 2 sudu kecil bawang putih cincang
  • 2 sudu kecil halia cincang
  • 1 buah pir yang telah diparut
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
Foto – mykoreankitchen.com

Cara Penyediaan

1. Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.

2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.

3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang.

4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.

5. Atau anda mungkin boleh guna pressure cooker. Caranya, masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.

Makan dengan nasi panas. Selamat Mencuba!

RUJUKAN : 12

The post Sumpah Sedap Resepi Daging Bulgogi Korea Ini! appeared first on Miss Murai.

Buat 6 Perkara Ini Setiap Hari Sabtu, Rumah Pasti Bersih & Kemas

$
0
0
gaya rumah estetik yang cantik dan bersih

Kesibukan kerja dan aktiviti harian kadang-kala membuatkan kita lupa untuk memberi tumpuan pada kebersihan sekeliling rumah. Perkara yang kecil-kecil sering diendahkan dan hakikatnya ia boleh memberi kesan pada kesihatan kita sendiri. Persekitaran rumah sedikit-sebanyak memain peranan dalam menjaga imunisasi badan. Kawasan rumah yang bersih dan kemas, sudah pasti memberi rangsangan yang baik pada kesihatan.

Jadi rutin membersih rumah wajib diterapkan dalam jadual harian. Barulah segala habuk halus dan kotoran yang tersorok boleh dihapuskan. Malah, ia tidak akan mendatangkan serangga kecil atau merbahaya hidup bersama didalam rumah. Hari Sabtu kebiasaanya hari cuti dan berehat dikalangan pekerja korporat. Jadi waktu inilah yang patut diisi dengan mengemas rumah. Tak sempat buat enam perkara dibawah setiap hari? Boleh lakukan seminggu sekali, pada hari Sabtu.

kemas rumah hari sabtu
Foto – The Apartment Therapy
  •   Sapu, vakum atau mop lantai!

Tipulah kalau terlalu rajin hendak sapu atau mop setiap hari. Rutin seminggu sekali sudah memadai bagi menjaga kebersihan lantau rumah. Kalau malas sangat hendak menyapu, beli sahaja vacuum cleaner yang tidak berwayar. Pastikan juga sapu, vakum dan mop lantai secara menyeluruh termasuk sudut yang tersorok. Baru puas hati!

  • Tukar cadar baru

Ya, tukar cadar pada katil tidur kamu sebaiknya seminggu sekali. Ia bagus untuk menjaga kebersihan, meningkatkan kualiti tidur dan melindungi kulit. Ramai yang tak tahu, kotoran cadar mengandungi sel kulit mati, habuk dan kesan peluh.

  •  Wajib cuci bilik mandi dan tandas

Please ~ sekurang-kurang hari Sabtu jadikan amalan untuk cuci tandas dan bilik mandi. Orang dulu-dulu kata, kalau nak tahu orang itu bersih atau tidak. Tengoklah rupa bilik airnya. Jangan lupa juga kebersihan diri datang dari tandas yang bersih, malah penyakit juga dicipta dari tandas yang kotor.

rumah bersih aesthetic
Foto – The Spruce
  • Kawasan asas dapur

Walaupun sibuk ke pejabat dan tidak sempat memasak. Jangan kamu ingat, dapur tidak kotor ya. Kawasan yang jarang disentuh, boleh dinaiki habuk dan kotoran yang boleh menjejaskan peralatan dapur. Pastikan kamu lap dapur, ketuhar gelombang dan kabinet. Bersihkan juga sinki dan semak bahan-bahan yang mungkin sudah expired di dalam peti sejuk.

  • Basuh tong sampah

Eh cukuplah dah buang sampah! Dari pandangan mata kasar kita tidak nampak sebarang bakteria yang sudah hidup membiak di tong sampah. Bahkan, tong sampah yang dilitupi kesan kotoran boleh mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Hari Sabtu sahaja, hari yang perlu basuh tong sampah. Bukan susah pun.

  •  Permukaan yang sering disentuh

Ramai lagi yang tidak sedar bab ini. Permukaan seperti suis lampu, tombol pintu, pemegang laci, alat kawalan jauh, telefon dan meja haris dibersihkan bagi membasmi kuman. Sedar atau tidak, bahagian ini antara berlakunya penyebaran kuman dengan cepat kerana ia menyimpan bakteria, kesan minyak peluh dan kotoran.

Simpan tips ini untuk semakan pada hari Sabtu nanti! Semangat untuk mengemas rumah.

The post Buat 6 Perkara Ini Setiap Hari Sabtu, Rumah Pasti Bersih & Kemas appeared first on Miss Murai.

Tips Pilih Buah Avokado Yang Betul, Barulah Tak Membazir!

$
0
0
menu avocado cantik aesthetic

Sedapnya buah avokado, berkhasiat tetapi harganya amat mahal di Malaysia!

Jika kita melihat menu diet yang sihat, pasti buah berwarna hijau ini menjadi watak utama dalam hidangan. Di Malaysia, buah avokado dijual pada harga yang cukup mahal kerana ia adalah sumber import dari luar negara. Jadi sudah pasti kita mahu melabur wang ringgit dengan bijak supaya tidak membazir dan beroleh buah avokado yang berkualiti.

Sebelum membeli buah akovado, semak dahulu ciri-ciri buah avokado yang enak dan elok dibawah;

  • Permukaan kulit yang kasar dan berbiji – isi lebih enak dan berbau harum.
  • Warna buah yang lebih gelap – isi sudah masak dan lembut.
  • Pastikan masih ada tunggul tangkai – tanda buah masih segar.
buah avokado sudah masak
Foto – Martha Stewart

Kamu boleh mengagak tahap matang isi buah avokado melalui kegelapan warna kulit. Ia berdasarkan tiga tingkat warna iaitu;

  • Avokado hijau terang

Isinya agak keras dan rasa pahit. Boleh dibiarkan selama empat hingga enam hari untuk dibiarkan matang sendiri. Simpan disuhu bilik!

  • Avokado hijau gelap

Kebiasaan yang dijual dipasaraya dan isinya sudah masak. Tetapi rasa isi kurang sedap dan boleh dibiarkan selama satu atau dua hari.

  • Avokado hijau keunguan 

Jika kamu pilih avokado kulit sudah warna hijau gelap-ungu. Sebaiknya boleh makan pada hari yang sama. Isi buah sudah matang dan harum.

cara pilih buah avokado guna warna kulit
Foto – Foodie Crush
  • Tips tekan buah akokado;

Ramai yang tahu, untuk tahu kadar isi buah avokado yang sudah masak ialah dengan menekan perlahan-lahan. Kamu juga boleh menekan bahagian tangkai buah avokado, jika sudah lembut atau empuk ternyata buah sudah boleh dimakan. Namun ingat, jangan menekan kuah buah avokado kerana isi boleh lembab dan meninggalkan kesan gelap.

tangkai buah avokado sudah masak matang
Foto – The Kitchn

Dah tahu, jangan lupa kongsi tips ini untuk teman-teman yang gemarkan buah avokado. Semoga bermanfaat!

The post Tips Pilih Buah Avokado Yang Betul, Barulah Tak Membazir! appeared first on Miss Murai.

Tips Pilih Shade Cushion Supaya Mekap Tak Jadi Kelabu

$
0
0

Siapa yang tidak bad mood bila hasil mekap menggunakan cushion tidak sama seperti warna kulit, sama ada terlalu terang atau terlalu gelap, tapi yang lebih parah bila muka jadi kelabu. Langsung tidak seperti yang diinginkan.

Punyalah anda beli cushion yang paling mahal dari jenama YSL, Nars, Dior, atau Chanel tapi hasil tidak semegah mana. Anda tak suka tengok diri sendiri, orang lain apa lagi.

Supaya anda tak salah pilih ketika beli cushion, ikut panduan di bawah ini.

Kenal pasti undertone kulit

Foto – YesStyle

Warm Undertone

Sekiranya arteri (pembuluh nadi) kelihatan warna hijau, maka anda miliki warm undertone. Yang sesuai untuk anda ialah menggunakan cushion dengan sentuhan warna kuning.

Cool Undertone

Jika urat anda kelihatan biru atau ungu, anda adalah seorang wanita yang miliki cool undertone. Oleh itu, cushion yang sesuai untuk anda yang mempunyai sentuhan merah jambu.

Neutral Undertone

Jika anda cenderung mempunyai campuran biru dan hijau, maka kulit anda tergolong dalam kategori neutral. Cushion yang sesuai dengan anda adalah warna neutral (tidak terlalu kuning dan tidak terlalu merah jambu)

Sesuaikan pada rahang ke leher

Bila keluar, anda boleh menggunakan cara ini untuk menentukan cushion sesuai dengan tona kulit.

Foto – Style Me Daring
  • Aplikasi beberapa shade pada bahagian rahang ke leher.
  • Kerana cushion juga teroksidasi, jangan membuat keputusan terlalu cepat. Anda perlu menunggu seketika hingga formula betul-betul menyatu di kulit.
  • Pastikan anda aplikasi cushion di tempat yang terang atau cahaya mencukupi untuk memudahkan anda pilih warna yang betul.
  • Pilih cushion yang paling dekat dengan warna kulit anda.

Pilih betul-betul supaya mekap nanti tak cakey. Happy shopping dan selamat beramal!

Foto – Makeup

RUJUKAN

The post Tips Pilih Shade Cushion Supaya Mekap Tak Jadi Kelabu appeared first on Miss Murai.


Mak-Mak Patut Cuba Idea Resepi Makanan Bayi Hanis Zalikha, Ringkas Dan Mudah

$
0
0

Dah tak ada idea nak masak apa untuk dijadikan makanan bayi? Jangan risau hari ini penulis akan kongsikan beberapa idea resepi menarik dari Hanis Zalikha, yang menarik dan boleh mak-mak masak untuk si kecil masing-masing.

Lagipun tak susah mana pun nak buat menu makanan bayi ini, dengan idea yang dikongsikan ini mak-mak boleh variasikan sendiri bahan-bahan nak guna dan cara membuatnya sendiri di rumah.

Menu Untuk Anak Berusia 6 Bulan Dan Keatas

Foto – Arkib Wanista

#1 Nasi Putih Kisar Lembut

Cara nak masak nasi kisar lembut ini cukup mudah, tanak nasi macam biasa, kemudian bila nasi dah masak terus masukkan dalam mesin pengisar dan kisar nasi hingga menjadi hancur dan lembut macam bubur.

Dah siap kisar, pastikan nasi putihnya sejuk baru boleh suap bagi anak makan.

 

#2 Nasi Kisar Sayur Brokoli

Cara nak masak pes sayur brokoli ini senang, basuh sayur brokoli bersih-bersih dan steamkan sayur tersebut kemudian kisar sayur brokoli hingga hancur menjadi pes. Pes dah siap dan sedia untuk beri si kecil makan.

#3 Nasi Kisar Sayur Bayam

Cara nak masak masak nasi macam biasa kemudian sayur bayar di cuci bersih dan celur sayur, selepas itu masukkan nasi dan sayur bayam ke dalam mesin pengisar dan kisar nasi dan sayur hingga hancur.

#4 Buah Avokado

Ambil buah avokado yang dah ranum, masak dan lembik untuk beri kepada anak makan. Buah yang dah betul-betul ranum tak perlu di steam.

Menu Untuk Anak Berusia 9 Bulan Dan Keatas

Foto – Arkib Wanista

#1 Bubur Nasi Kisar Salmon

Cara nak masak menu yang ini pula, tumis bawang putih, bawang besar dan salmon hingga masak. Kemudian masukkan nasi yang dah masak dalam mesin pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah dan salmon yang di tumis tadi.

Dan akhirnya masukkan lobak merah dan batang celery yang di potong dadu ke dalam mesin dan kisar semua bahan sehingga hancur. Dah siap boleh bagi anak makan!

#2 Nasi Lembik Lobak Merah Bersama Salmon

Cara nak masak menu yang ini pula, steam lobak merah dan salmon kemudian kisar lobak dan salmon yang di steam tadi bersama nasi.

Nasi lembik lobak merah bersama salmon ini, sedia untuk di makan.

#3 Kentang Lenyek

Anak-anak suka makan kentang, nak buat resepi kentang lenyek yang sedap dengan cara ini. Rebus kentang kemudian kentang yang dah direbus tadi dilenyekkan.

Selepas kentang lenyek, masukkan susu dan keju dan lenyekkan kentang sekali lagi. Bahan-bahan dah sebati, boleh bagi anak makan kentang lenyek tersebut.

#4 Baby Pasta Dan Sos Lobak Tomato

Mula-mula cara nak sos baby pasta adalah, tumis bawang holland dan tomato, kemudian rebus lobak merah dan toskan. Masukkan lobak merah, bawang holland dan tomato ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga menjadi sos.

Kemudian rebus baby pasta, selepas baby pasta dah masak masukkan sos lobak tomato ke dalam periuk pasta dan gaul rata. Pasta dah siap masak, tunggu sejuk sedikit barulah bagi anak masak.

Memang banyak menu-menu makanan bayi yang Hanis Zalikha kongsikan di Instagram, dan ini antara menu makanan bayi yang mudah dan ringkas untuk mak-mak cuba di rumah untuk si kecil masing-masing.

Banyak lagi idea menu makanan bayi yang sedap dan menarik, cuma mak-mak kena bijak mencarinya. Selamat mencuba♥

 

The post Mak-Mak Patut Cuba Idea Resepi Makanan Bayi Hanis Zalikha, Ringkas Dan Mudah appeared first on Miss Murai.

Petua Orang Melayu Dulu-Dulu Legakan Senggugut

$
0
0

Senggugut adalah sangat biasa, tetapi kadangkala menjejaskan kehidupan seharian seorang wanita. Ia menyakit dan bagi sesetengah orang boleh melemahkan badan.

Hospital Pantai mendefinisikan senggugut sebagai pendarahan faraj biasa yang berlaku setiap bulan sebagai sebahagian daripada kitaran haid wanita. Istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan haid yang menyakitkan ialah “dismenorea”.

Sebilangan besar wanita mengalami kekejangan pada bahagian bawah abdomen semasa haid. Kesakitan boleh jadi berdenyut, menusuk atau kekejangan, kadang-kadang ringan tetapi berterusan.

Bila kita suarakan sakit ini pada mak-mak, terus mereka syorkan petua dulu-dulu yang masih diikuti sehingga kini.

Tak rumit dan banyak yang memang betul-betul berkesan.

Minum Air Rebusan Halia & Serai

Hiris halia dan serai, rebus dengan air dan sedikit gula melaka.

Minum suam 3–5 hari sebelum haid

Petua ini bantu panaskan rahim dan lancarkan aliran darah.

Amalkan Air Asam Kunyit

Campur perahan asam jawa dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Minum sebelum waktu datang bulan. Kunyit bantu buang angin dan kurangkan radang dalam rahim.

Tuam Perut Dengan Daun Sirih

Ambil daun sirih, layur atas api, kemudian tekap pada bahagian bawah perut. Dikatakan bantu redakan senggugut dan ketegangan otot rahim.

Jaga Pantang Makan

Orang dulu elak minum ais, makan jeruk atau makanan berangin sebelum dan semasa haid. Makanan macam ini dipercayai buat rahim ‘masuk angin’ dan senggugut makin teruk.

Bertungku

Gunakan batu sungai atau besi panas yang dibalut daun pandan dan kain. Bertungku di bahagian bawah perut untuk bantu buang angin dan lancarkan darah beku.

Amalkan Minyak Herba di Perut

Sapu minyak herba buatan kampung (campuran serai, halia, lengkuas) di perut dan pinggang. Urut perlahan setiap kali terasa senggugut datang.

The post Petua Orang Melayu Dulu-Dulu Legakan Senggugut appeared first on Miss Murai.

Ini Cara Angelina Jolie Jaga Penampilan Menawan

$
0
0

Angelina Jolie dianggap sebagai salah seorang wanita paling cantik di dunia, Forbes memilihnya sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi, malah dia juga salah seorang individu berpengaruh di dunia.

Seorang ibu kepada anak-anaknya, aktres dan selebriti. Mempunyai wajah keinginan dunia dengan bibir tebal mungil di samping rambut ikaL mayangnya, beliau sentiasa menjadi perhatian umum.

Di usia makin meningkat, aktres tersohor ini masih berbisa, segak dan anggun. Apa rahsia kejelitaannya?

Kulit Kena Lembap Sentiasa

Foto – Arkib Wanista

Jelitawan ini tidak percayakan penggunaan produk yang banyak untuk memanjakan diri. Tapi hanya menggunakan produk yang betul-betul sesuai saja. Beliau mengelak menggunakan mana-mana sabun keras pada kulitnya. Beliau juga percaya dalam melembapkan badan dengan kerap.

Rambut Daya Penarik

Angelina Jolie tidak mempercayai penggunaan produk yang banyak dalam penjagaan rambut, hanya syampu, perapi dan juga spa rambut sekali-sekala.

Natural Beauty

Foto -Arkib Wanista

Aangat mengekalkan kecantikan asli, hanya mengenakan solekan apabila berada depan kamera sahaja. Angelina memilih untuk tidak menggunakan sebarang solekan dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri semula jadi adalah penting padanya.

Kekal Fit

Untuk kekal fit, Angelina Jolie mengamalkan yoga. Setiap hari pada waktu pagi sebelum sarapan, akan melakukan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum bersedia dengan jadual hariannya. Selain itu, beliau juga menghadiri kelas kickboxing, untuk pertahanan diri.

Sentiasa Hidrasi

Angelina Jolie mengatakan bahawa air adalah khasiat utama untuk badan manusia. Sekurang-kurangnya 3 liter air perlu diminum pada setiap hari untuk membersihkan badan sepenuhnya.

Foto – Arkib Wanista

Rejim minum air yang banyak membantu beliau mengekalkan tahap tenaga yang tinggi pada setiap masa untuk membantu beliau menghadapi kerjanya dengan cekap dan berkebolehan.

Diet Harian

Angelina Jolie amalkan diet pemakanan carbohydrate free protein. Salad, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging adalah satu kemestian. Makanan segera langsung tidak diambilnya.

Mekap Untuk Naik Seri

Angelina Jolie percaya warna bibir dan mata perlu kontra. Rahsia utama adalah untuk tidak menggunakan mana-mana warna bibir yang terlalu gelap. Beliau meminati solekan jenis light lip color dan smoky eyes.

Foto – Elle

Selamat Beramal!

The post Ini Cara Angelina Jolie Jaga Penampilan Menawan appeared first on Miss Murai.

Tudung Bawal Sulam Kembali Trendy, 5 Pilihan Jenama Bawah RM100!

$
0
0
tudung bawal sulam neelofa

Masih ingat lagi tudung bawal sulam yang popular sekitar tahun 90-an sehingga 2000?

Fesyen tudung bawal dengan sulaman halus pada hujung tudung telah kembali mewarnai fesyen para hijabis. Rata-ratanya yang memakai tudung bawal sulam mengembalikan keayuan seorang gadis Melayu. Gaya tudung begini juga simbolik dengan penampilan anggun dan manis.

Walaupun tudung bawal boleh didapati dengan harga murah, namun untuk tudung bawal versi sulam ia dijual pada harga yang tinggi. Ini kerana bergantung pada rekaan corak dan kehalusan sulaman pada fabrik tudung. Malah tidak semua jenis fabrik tudung sesuai dijahit sulam kerana sesetengahnya bila dibasuh, sulaman boleh rosak dan terkoyak.

Miss Murai paparkan lima pilihan tudung bawal sulam pada harga bawah RM100 untuk dijadikan idea dan pilihan gaya tudung akan datang;

  • UMMA Sulam Wau Cemara Japanese Voile Square [RM99]

Sulaman bentuk wau pada tudung bawal rekaan UMMA ini mempamerkan kesetiaan kepada adat dan warisan. Mempunyai pilihan dari 18 warna dan ia dari fabrik japanese voile yang sangat selesa dipakai lama dan mudah dibentuk.

UMMA Sulam Wau Cemara Japanese Voile Square
Foto – arkib Miss Murai
  • naelofar Kasturi Sulam Square [RM98.91]

Tudung bawal rekaan milik jenama naelofar menggunakan dari fabrik pearl chiffon yang ringan dan sejuk. Menariknya sulaman pada dua bahagian dan dua bahagian lagi dibiar kosong. Ini bagi mencipta dua gaya yang berbeza pada satu helaian tudung bawal. Terdapat 14 pilihan warna bertemakan neutral dan pastel.

naelofar Kasturi Sulam Square
Foto – arkib Miss Murai
  • Ariani Square Allana Voile Plain Embroidery [RM87]

Cukup klasik rekaan sulaman tudung bawal Ariani. Apa yang lagi Miss Murai suka tompokan sulaman riben yang tidak ‘kedekut’. Warna benang sulaman pula dibiarkan kontras dari warna tudung. Masih ada 11 rona pilihan untuk kamu yang jatuh cinta dengan tudung ini.

Ariani Square Allana Voile Plain Embroidery
Foto – arkib Miss Murai
  • Maejestica Le Grande Bawal Sulam Premium Cotton Voile Bidang 50 [RM59]

Rekaan sulam dari jenama Maejestica ini dikenakan pada fabrik tudung bawal paling berkualiti. Ia tahan lasak, mudah dibentuk dan tidak jarang. Koleksi ini juga mengayakan warna-warna neutral dan pastel lembut.

Maejestica Le Grande Bawal Sulam Premium Cotton Voile Bidang 50
Foto – arkib Miss Murai
  • Fitiya Scarves Bawal Sulam Dewi [RM49]

Fabrik polycotton dari Fitiya Scarves ini senang digosok, dibentuk dan mudah digayakan. Sulaman rekaaan ‘Biku’ pada tudung dari jahitan tangan. Bagi kamu yang suka gaya tudung ringkas dan warna yang sesuai dijadikan tudung harian. Pilih tudung bawal koleksi Sulam Dewi

Fitiya Scarves Bawal Sulam Dewi
Foto – arkib Miss Murai

Semua cantik dan buat jadi rambang mata pula! Miss Murai yakin pilihan yang diatas amat berbaloi dan mempunyai kualiti yang setanding dengan harga. Bahkan rekaan corak sulam, variasi warna dan saiz tudung juga memberi banyak pilihan. Selamat membeli-belah!

The post Tudung Bawal Sulam Kembali Trendy, 5 Pilihan Jenama Bawah RM100! appeared first on Miss Murai.

Cara Baru Guna Tuala Mandi Nak Bergambar Seksi

$
0
0

Siapa tak suka bila ada rakan-rakan yang memuji gambar anda seksi, walaupun sekadar mengenakan pakaian biasa.

Tapi susah nak mendapatkan gambar yang seksi, kena betul caranya kalau tidak silap hari bulan jadi ‘bahan’ oleh follower. Tak ke malu.

Guna sahaja tuala mandi. Ya tuala mandi telah menjadi subjek fesyen selama bertahun-tahun lamanya, malah jurugambar terkenal Mario Testino menjadikan ianya subjek untuk untuk photoshooting.

Foto – Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, kebelakangan ini ia menjadi trend kalangan social influencer, blogger dan sebagainya di Instagram. Even Rihanna juga praktikkan cara ini.

Foto – Arkib Wanista

Bagaimana Caranya?

Selepas sahaja mandi, bungkus tuala di kepala dan klik, klik – dengan wajah yang semulajadi segar tanpa sebarang mekap, nescaya anda kelihatan seksi. Kalau inginkan kelainan, mungkin boleh tambah sepasang anting-anting untuk memberi warna.

Foto – Arkib Wanista

Make sure tuala yang digunakan bersih dan bukannya dah berlapuk dan kotor. Nanti tak pasal-pasal breakout naik ke muka.

Foto – Arkib Wanista

Tak kan anda tak nak cuba?

The post Cara Baru Guna Tuala Mandi Nak Bergambar Seksi appeared first on Miss Murai.

Idea Gaun Pengantin Untuk Wanita Moden, Boleh Ambil Inspirasi Model Korea Ini

$
0
0

Nama pempengaruh dan juga model Korea ini sudah tidak asing lagi bagi sebilangan peminat K-pop. Irene Kim dikenali kerana berkawan rapat dengan Amber Liu f(x), BLackpink Jennie, Jessica Jung dan BTS J-Hope.

Model yang mempunyai identiti berambut warna-warni itu debut pentas peragaan pada tahun 2012. Dan kalau nak tahu, rambut warna-warninya cukup terkenal dan menjadi trend hangat pada awal kemunculan.

Pada kemuncak kerjayanya, Irene Kim dilantik sebagai duta jenama Chanel dan global Estée Lauder bersama Kendall Jenner. Irene juga dikenali sebagai hos televisyen yang berkaitan dengan fesyen dan kecantikan termasuk K-Style, Style Live, dan Get It Beauty.

Kini, di usia 37 tahun, Irene Kim menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan bukan selebriti. Mengumumkan berita di laman Instagramya, Irene Kim sangat terharu dengan kehidupan baru.

“I have been treasuring this beautiful chapter of my life with my family & loved ones. While I’ve always loved sharing most of my life and journey with you, this was a piece of my heart I wanted to keep close, until now.

This isn’t just a story about a ring or a question; it’s about a love that has grown through precious little moments that have built the foundation of something so special. I feel so blessed to have met the man I want to spend the rest of my life with.

I can’t wait to share more with you in a way that aligns with my comfort and happiness. Thank you from the bottom of my heart for always supporting me and for celebrating this special era of love with me. Pinch me…I’m getting married!!!🤭🤍”

Tahniah Irene! Tapi bila dilihat setiap pemilihan gaun pengantinnya, semua cantik-cantik dan terletak elok. Kalau kamu mencari idea, boleh jadikan ini sebagai inspirasi.

Gaun ala Ikan Duyung oleh @Miss_Sohee

Rekaan @mrselfportrait , inspirasi Grace, Audrey dan Jackie

Reben penambah seri pada gaun

Vale dan gaun mini untuk bridal shower

Mana kamu paling suka?

The post Idea Gaun Pengantin Untuk Wanita Moden, Boleh Ambil Inspirasi Model Korea Ini appeared first on Miss Murai.

Peminat Matcha Latte Mari Merapat! Idea Resepi Yang Sedap-Sedap Boleh Cuba

$
0
0

Matcha Latte, minuman yang aesthetic.! Warna hijau lumut yang terang, rasa pahit daun teh hijau miliki peminat tersendiri, sekali dah terjebak memang setia.

Setiap hari kamu beli matcha latte dengan harga yang agak mahal, tetapi rasa mengecewakan. Bayangkan berapa dah kamu keluarkan duit untuk sebulan? Bila fikir, terus terdiam… jadi, apa kata belajar buat sendiri, bila-bila masa kamu boleh minum. Dan nak membeli set kelengkapan matcha pun tak mahal kalau kamu pandai cari yang berkualiti dengan harga berpatutan. Resepi? Ada je dekat internet, banyak yang sedap-sedap dan senang pula tu.

Berikut idea resepi matcha boleh kamu cuba. Tak guna banyak barang dan tak rumit pun. Untuk susu, kamu boleh tukar kepada oat, almond, pistachio, pilihan mengikut selera.

Earl Grey Matcha

@brewtifulmatcha

if i’m matcha, oatmilk and earl grey will be my bestest friends 🤭👯‍♀️ #matchatok #earlgrey #matchalover

♬ matcha latte – Danny Headson

Yuzu Matcha

@leila_homecafe

“ Matcha Honey Yuzu “ เมนูสดชื่นมาเสิร์ฟแล้วค่ะ ผงมัทฉะ 4 g น้ำตีกับผงมัทฉะ 40 ml น้ำผึ้ง 10 ml ยูซุ 20 ml โซดา 100 ml @MATCHANOYU #matcha #matchayuzusparkling #matchayuzu #matchanoyu #มัทฉะ #มัทฉะยูซุ

♬ We Cant Be Friends by Ariana Grande – Muslim Sounds | Mastoora

Strawberry Matcha

@christieathome

Strawberry Matcha Latte 📝 Full recipe at www.christieathome.com (link in profile) – just search for the recipe, then click ‘Jump to Recipe’! If you have fresh strawberries, you need to try this refreshing, sweet and easy 5-minute strawberry matcha latte recipe. This chilled beverage is made with minimal and simple ingredients! (Dairy-free adaptable) #drinktok #recipes #drink #drinks #latte #matcha #matchalatte #matchalover #strawberry

♬ original sound – Blade of Eleonora

Sea Salt Vanilla Matcha

@1998.homecafe

🧂☁️🍵 sea salt vanilla cream matcha matcha: — matcha ~2tsp + 100ml of 175F water sea salt cream: — heavy cream ~70ml — sea salt ~1/2 tsp — vanilla syrup ~1tbsp [whisk] #homecafe #seasalt #vanilla #matcharecipes #matchalover

♬ original sound – dylansmovin

Yang mana resepi di atas paling kamu suka? Penulis love strawberry matcha, earl grey dan yuzu, memang sedap dan nikmat rasanya.

Selamat mencuba.

The post Peminat Matcha Latte Mari Merapat! Idea Resepi Yang Sedap-Sedap Boleh Cuba appeared first on Miss Murai.


Macam-Macam Boleh Masak Dengan Maggi, Sheila Rusly Tunjuk Cara

$
0
0

Tiba-tiba rasa lapar, tapi dekat dapur hanya ada Maggi.

Tahukah dengan mi segera Maggi, kamu tidak hanya boleh masak mi segera biasa. Tapi kamu boleh pelbagaikan. Contoh murtabak, steamboat, carbonara dan macam-macam lagi yang menyelerakan serta senang.

Selebriti ternama Sheila Rusly ada berkongsi resepi di youtube channel. Asalkan ada Maggi, kamu dah boleh main masak-masak.

Murtabak Maggi Kari Daging

Maggi Ayam Steamboat

Maggi Goreng Kedai Mamak

Maggi Mee Bandung

Maggi Goreng Sambal Hijau

Maggi Goreng Carbonara

Sedapkan semuanya. Sila simpan stok Maggi kalau nak buat resepi Sheila Rusly.

Selamat Beramal!

The post Macam-Macam Boleh Masak Dengan Maggi, Sheila Rusly Tunjuk Cara appeared first on Miss Murai.

Chef Anis Nabilah Ajar Buat Spaghetti Carbonara Stail Asli Itali

$
0
0

Terasa nak makan Spaghetti Carbonara. Tapi susu atau krim pula tak ada. Macam mana ni?

Jangan risau, Wanista ada resepi paling ringkas, enak serta asli dari Itali. Anda hanya perlukan keju, telur dan air pasta (tanpa krim) untuk mendapatkan sos yang sedap, berkrim dan berperisa.

Chef selebriti yang cantik manis Anis Nabilah berkongsi versinya. Confirm terangkat punya.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Spaghetti – 160g
  • Beef Bacon – 80g
  • Kuning Telur – 2 butir
  • Keju  Pecorino romano atau Parmesan – 60g
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Penyediaan

  • Masak spaghetti dalam periuk besar yang sudah diletak garam.
  • Sementara itu, potong beef bacon dalam kepingan kecil/besar (ikut tekak) dan goreng dalam kuali. Tambahkan sedikit minyak zaitun.
  • Pukul kuning telur dengan keju dan dua sudu air panas. Masukkan lada hitam.
  • Apabila spaghetti sudah masak, tos dan masukkan ke dalam kuali beef bacon yang digoreng tadi. Angkat kuali dari api dan masukkan kuning telur yang dipukul. Akhir sekali tambah satu sudu besar air rebusan spaghetti untuk hasil yang berkrim.
  • Kacau sebentar dan hidangkan. Tabur keju dan lada hitam.
  • Sedia untuk dimakan panas-panas.

Tips Dari Chef

Carbonara yang sempurna serta asli Itali adalah berkrim, tanpa gumpalan telur di mana kuningnya tidak terlalu mentah dan terlalu cair. Untuk mengawal pembekuan dan suhu yang betul, keluarkan kuali dari api dan tuangkan campuran kuning telur.

Selamat Mencuba!

The post Chef Anis Nabilah Ajar Buat Spaghetti Carbonara Stail Asli Itali appeared first on Miss Murai.

“Mudah & Jimat Masa”- Ibu Bapa Boleh Lipat, Kawal & Laras Joolz Aer2 Dengan 1 Tangan

$
0
0

Miss Murai tahu betapa pentingnya pemilihan stroller bagi golongan ibu bapa, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar sebagai ibu bapa. Ini kerana kebanyakan mereka sering menghadapi masalah untuk mengendalikannya ketika di luar rumah, lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan sesak.

Untuk membeli stroller yang sesuai dan terbaik, ibu bapa perlu membuat research terlebih dahulu. Apa yang kamu perlu cari adalah stroller yang memudahkan ibu bapa, menjimatkan masa dan paling penting selamat untuk si kecil.

Cadangan Miss Murai untuk stroller yang merangkumi kesemua ciri-ciri di atas adalah stroller Joolz Aer2. Nak tahu kenapa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joolz (@myjoolz)

Joolz Aer2 Versi Baharu

Bagi ibu bapa, kebanyakan mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga tangan- satu untuk memegang bayi, satu untuk beg dan satu untuk mengimbangi semuanya. Tetapi dengan Joolz Aer2, ibu bapa hanya memerlukan penggunaan satu tangan sahaja!

Foto – Joolz Aer2

Direka untuk ibu bapa yang aktif dan sibuk, Joolz Aer2 adalah stroller yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan hanya berat 6.5kg dan dimensi lipatan ultra kompak (44.5cm x 53cm x 23.5cm), stroller versi baharu ini membawa fungsi lipatan satu tangan yang pantas dengan penyesuaian leg rest dan recline sepenuhnya menjadikan ia pilihan ideal untuk perjalanan udara dan kehidupan bandar yang sibuk.

Foto – Joolz Aer2

Selamat dan selesa untuk si kecil, stroller ini turut dilengkapi dengan roda depan yang lebih besar dan ruang kaki yang lebih luas serta bakul simpanan yang mampu menampung sehingga 8kg.

Foto – Joolz Aer2

Bukan itu sahaja, stroller ini turut menawarkan sokongan ergonomik iaitu tempat duduk yang luas dan sun hood UPF50 dengan ventilasi. Joolz Aer2 juga hadir dengan aksesori baru seperti basket bag, menjadikannya pilihan terbaik untuk ibu bapa moden.

Foto – Joolz Aer2

Bonus point untuk ibu bapa, fabrik stroller ini pula diperbuat daripada botol PET terpakai untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Setiap stroller Joolz Aer2 didatangkan dengan pembungkusan boleh dikitar semula dan diguna semula, serta waranti boleh pindah milik 10 tahun yang unik.

Bagi setiap pembelian stroller Joolz Aer2, kamu secara tidak langsung akan menyumbang kepada penanaman pokok – 1 stroller 1 pokok- dalam Hutan Kelahiran (Birth Forest) Joolz di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat.

Ibu bapa boleh dapatkan Joolz Aer2 di motherswork dan beberapa pengedar tempatan berhampiran pada harga bermula RM2599.

The post “Mudah & Jimat Masa”- Ibu Bapa Boleh Lipat, Kawal & Laras Joolz Aer2 Dengan 1 Tangan appeared first on Miss Murai.

Masalah Badan Berbau? Cuba Cara Kekal Segar 24 Jam Sehari

$
0
0

Bayangkan anda nak jumpa client untuk meeting penting, tapi bau badan yang kurang enak menyebabkan anda langsung tiada mood, jadi bagaimana nak bantu?

Nah ini mungkin boleh menyenangkan anda.

Deadoran & Pewangi

Badan anda mudah berpeluh? Jadi, jangan lupa untuk memakai deodoran yang cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan pada ketiak anda.

Foto – Wall Street Journal

Selain itu, semburlah minyak wangi di bahagian leher dan belakang cuping telinga. Minyak wangi yang segar dan tahan lama boleh membuatkan anda bersemangat dan yakin.

Mandi Dua Kali Sehari

Ada setengah orang jenis yang mandi sekali sehari sahaja, jangan anaiya badan anda. Untuk pengetahuan anda, mandi sekali sehari sahaja boleh menyebabkan kotoran melekat pada badan dan seterusnya menimbulkan bau badan.

Foto – Healthline

Lebih-lebih lagi apabila sampai ke rumah, anda terus baring di atas katil. Mandilah dua kali sehari dan rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untuk menghilangkan bau badan dan bau kaki.

Jenis Pakaian

Pemilihan jenis pakaian juga memainkan peranan penting sama ada mampu menyerap peluh atau tidak. Tambahan pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ia boleh menyebabkan badan anda mudah berpeluh kerana kepanasan dan lembap.

Foto – Forbes

Pilihan Makanan

Mengambil makanan tidak menentu boleh menerbitkan bau badan. Contohnya, makanan segera, sambal petai, makanan bergoreng dan sebagainya.

Foto – Castle

Sebagai ganti, anda boleh mengambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi zat agar badan anda sentiasa segar.

Nikmati Teh Panas

Minum teh juga memberi kelebihan untuk anda kerana ia dapat mengembalikan kesegaran dan semangat yang telah anda gunakan sepanjang hari.

Foto – Simplemost

Contohnya, teh lemon, pudina, lavender atau chamomille yang mengandungi asid tannin dapat membantu badan anda tetap sejuk dan mengelakkan peluh yang berlebihan.

Selamat Beramal!

The post Masalah Badan Berbau? Cuba Cara Kekal Segar 24 Jam Sehari appeared first on Miss Murai.

Mee Wantan Kicap Viral, Senang Sebenarnya Nak Buat

$
0
0

Terliur tengok mee wantan kicap yang viral di sosial media itu?

Tahu tak sebenarnya tak susah mana pun nak masak mee wantan kicap, bersama wantan goreng dan juga sup ringkas.

Cara masaknya juga sangat mudah dan ringkas, serta bahan-bahan pula tak lah susah nak cari dan tak menggunakan banyak kos pun.

Teringin nak makan mee wantan kicap viral, jom cuba masak di rumah hari ini.

Mee Wantan Kicap

Foto – Arkib Wanista via Facebook Buat Orang Lapo

Bahan-Bahan Mee Wantan Kicap

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Air
  • Air sejuk
  • Sayur sawi 3-4 helai yang dipotong
  • 150 gram mee wantan
  • 1 tangkai cili dihiris

Cara Memasak

  • Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan ke dalam kuali. Kemudian hidupkan api, gaul rata kuah mee wantan dan masak kuah hingga jadi likat dan pekat kemudian tutup api.
  • Masukkan air biasa ke dalam periuk, panaskan air hingga mendidih dan celur sayur sawi dalam 2 minit dan toskan. Rendam sayur sawi dalam 1 minit dalam air sejuk dan toskan.
  • Masukkan air biasa ke dalam periuk kemudian panaskan air hingga mendidih, dan celur mee wantan dalam 3-4 minit dan toskan. Rendam mee wantan dalam 1 minit dalam air sejuk dan toskan mee.
  • Kemudian masukkan mee wantan ke dalam kuali berisi kuah kicap yang di masak tadi, gaul rata mee wantan dan hidangkan di pinggan.
  • Susun sayur sawi di atas mee wantan dan taburkan hirisan cili di atas mee sebagai penyeri.

Wantan Goreng

Foto – Arkib Wanista via Facebook Buat Orang Lapo

Bahan-Bahan Wantan Goreng

  • 100 gram ayam yang dicincang lumat
  • 2 tangkai daun bawang di hiris
  • 1 sudu besar bawang besar yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar lobak merah yang dipotong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Kulit wantan (berapa keping nak guna ikut kuantiti inti bahan yang disediakan)

Cara memasak

  • Masukkan ayam yang telah dicincang lumat ke dalam mangkuk besar, masukkan juga hirisan daun bawang, bawang besar, lobak merah, sos tiram, lada sulah dan tepung gandum.
  • Gaul rata bahan-bahan sehingga sebati, kemudian ambil kulit wantan dan isikan bahan yang digaul sebagai inti.
  • Bentukkan wantan (macam dalam video), setelah siap membuat wantan bolehlah menggoreng wantan.
  • Wantan yang siap di goreng, boleh di susun dalam pinggan mee wantan kicap tadi.

Sup Ringkas

Foto – Arkib Wanista via Facebook Buat Orang Lapo

Bahan-Bahan Sup Ringkas

  • 3-4 biji bebola ikan dan ayam
  • 3-4 ketul wantan
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 sudu kecil lada sulah
  • Garam
  • 1 sudu kecil bawang goreng
  • 1 sudu kecil daun sup
  • 1 sudu kecil daun bawang

Cara memasak

  • Isi air dalam periuk dan kemudian masukkan aneka bebola ikan, ayam, wantan, kiub pati ayam, lada sulah dan garam sedikit.
  • Gaul bahan-bahan dalam sup hingga rata dan masak, kemudian masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng ke dalam sup.
  • Sup ringkas siap dan sedia untuk di hidangkan bersama mee wantan kicap tadi.

Senang bukan cara masaknya? Tak susah mana pun, yang paling penting dapat makan dengan puas dan sedap itu menjadi keutamaan.

Selamat mencuba♥

The post Mee Wantan Kicap Viral, Senang Sebenarnya Nak Buat appeared first on Miss Murai.

Viewing all 14609 articles
Browse latest View live