Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14591 articles
Browse latest View live

[Cinta & Perhubungan] 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Bergaduh Menerusi Perbualan Mesej

$
0
0

Kemain lagi, zaman sekarang ni dah maju sangat. Kalau boleh, semuanya nak rakam dan viralkan kepada khalayak. Yang malu siapa? Hmm

Jadi, ada baiknya anda lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara kerana orang sekeliling sentiasa memerhatikan anda. Berbalik kepada isu merakam itu tadi, penulis yakin, ramai di antara kita yang sering bergaduh menegakkan pendapat masing-masing melalui text ketika bertelingkah dengan pasangan, betul tak?

Gif -giphy
Gif -giphy

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya lebih banyak keburukkan yang akan anda dapat jika bergaduh melalui khidmat pesanan ringkas seperti SMS dan Whatsapp. Siapa yang suka bergaduh? Jika anda bergaduh secara bersemuka, sekurang-kurangnya anda boleh melihat reaksi wajah si lawan.

Gif -xclusivetouch.co.uk
Gif -xclusivetouch.co.uk

Bergaduh menggunakan SMS atau Whatsapp sememangnya idea yang paling tidak masuk akal. Kalau boleh, elakkan. Anda mungkin akan terlepas cakap perkara yang tidak sepatutnya terhadap pasangan. Jadi, jika api dalam dada tengah marak, jangan teruskan diskusi melalui SMS atau Whatsapp. Apa yang boleh anda lakukan secara langsung adalah menelefon pasangan dan nyatakan bahawa anda dan dirinya akan berbincang kemudian demi mengawal keadaan.

Gif -buzzfeed.com
Gif -buzzfeed.com

Jadi, apa 10 sebab yang anda tidak patut menggunakan khidmat pesanan ringkas sebagai perantaraan ketika bergaduh dengan pasangan?

 

#1 Anda Tidak Tahu Reaksi Pasangan

Gif -hercampus.com
Gif -hercampus.com

Jika menggunakan mesej, anda tidak dapat melihat wajah dan reaksi sebenar pasangan. Apa yang anda tahu, mesej terakhir anda kepada pasangan itu memang anda sengaja tujukan untuk membuat si dia rasa bersalah, walaupun sebenarnya anda tidak memaksudkannya. Anda pasti tidak akan berasa puas dan akan terus-menerus menghantar mesej kepada pasangan.

 

#2 Nada Suara Tidak Dapat Dinilai Melalui Tulisan Mesej

Gif -giphy
Gif -giphy

Meskipun tona suara tidak dapat dimanfaatkan ketika bermesej, anda sebenarnya boleh mewujudkan nada suara melalui penggunaan huruf besar mahupun tanda baca. Namun, kemungkinan untuk si penerima menyalah tafsirkan apa yang anda maksudkan adalah sangat tinggi. Mungkin pasangan akan menganggap yang anda cuba menyindir dirinya pula. Hati-hati.

 

#3 Pertengkaran Anda Mungkin Dirakam

Gif -seventeen.com
Gif -seventeen.com

Ingat, apa yang anda tulis dan hantar itu akan kekal berada di telefon pintar si dia. Ini bermaksud, selepas anda selesai melenting. Si dia akan merenung kembali terhadap semua lemparan kata-kata anda dan mula berasa tersinggung, atau mungkin berang? Yup! Jika dia hendak bertindak gila, dia berupaya untuk membuat cetakan skrin (print screen) terhadap mesej-mesej anda dan sebarkannya kepada umum. Siapa yang malu sekarang? “Kerana mulut, badan yang binasa”.

 

#4 Anda Tidak Akan Perasan Maksud Sebenar Mesej

Gif -gurl.com
Gif -gurl.com

Kala amarah sedang menghantui diri, anda selalunya tidak akan memeriksa dua kali apa yang anda tulis sebelum menghantarnya. Dan mungkin juga, kemudahan “auto-correct” bisa mengubah perkataan anda tanpa sedar. Ia secara tidak langusng akan mengubah maksud kata anda.

 

#5 Anda Tidak Boleh Mengekspres Diri Menggunakan Mesej Pendek

Gif -tumblr
Gif -tumblr

Mesej tidak berupaya memberi ruang kepada anda untuk menyatakan maksud hati sepenuhnya. Jika isu yang ingin dibincangkan serius, ada baiknya anda dan pasangan terus bersemuka dan bukannya berdrama melalui mesej. Paling tidak pun, anda boleh bercakap terus menerusi panggilan jika keberatan untuk berjumpa secara depan-depan. Berbalas mesej tidak akan menyelesaikan masalah.

 

#6 Pergaduhan Akan Berlarutan

Foto -tumblr
Gif -tumblr

Anda mesti perasan, jika anda dan pasangan bertengkar melalui mesej, ianya akan berpanjangan kerana anda sesama sendiri berbalas akan mesej-mesej yang membuatkan satu sama lain panas hati. Oleh itu, anda bakal rasa tidak puas. Apabila anda tidak puas meluahkan perasaan, ketika anda bersemuka dengannya nanti, anda pasti akan teringat akan tragedi lalu dan mula memarahi dia semula. Biasalah, anda mungkin memaafkan, tetapi tidak dapat melupakan.

 

#7 Anda Tidak Tahu Siapa Lagi Yang Membaca Mesej Anda

Gif -xclusivetouch.co.uk
Gif -xclusivetouch.co.uk

Anda tidak pasti samada teman lelaki anda sedang melepak bersama rakan-rakannya atau pun tidak tatkala sedang sakan bertengkar. 

Lebih parah jika teman lelaki anda bersifat terlalu terbuka untuk berkongsi dan memberi izin kepada rakan-rakannya melihat pertengkaran anda berdua. Ha! Bagaimana pula jika sementara teman lelaki anda ke tandas, rakannya yang tolong membalas bagi pihak teman lelaki anda? Habislah.

 

#8 Anda Tidak Tahu Apa Yang Si Dia Sedang Lakukan Ketika Bermesej

Gif -metro.co.uk
Gif -metro.co.uk

Si dia mungkin sedang kabut melakukan perkara lain, atau mungkin sedang fokus memandu ketika anda bertengkar. Jadi, dia tidak meletakkan perhatian yang sepenuhnya terhadap mesej yang anda sampaikan itu. Jadi, tiada makna pun jika anda bercakap apa sekalipun tetapi si dia tidak memahami dengan mendalam apa yang cuba anda sampaikan. Anda mungkin menyesal nanti.

 

#9 Pergaduhan Itu Bakal Berakhir Secara Buta-Buta 

Gof -tumblr
Gif -tumblr

Mudah untuk menyatakan amarah melalui mesej kemudian berasa menyesal. Ketika sedang rancak anda bualkan tentang ketidakpuashatian anda kepada si dia, tiba-tiba dia mematikan telefon. Ah sudah, sekarang anda tidak punya peluang untuk berbaik semula secara teratur. Paling menakutkan jika si dia berubah hati dalam sekelip mata dan sudah tidak punya hati untuk anda. Oh tidak!

 

#10 Tidak Semudah ABC Untuk Memujuk

Gif -adoreme.com
Gif -adoreme.com

Tidak mudah untuk menamatkan pergaduahn mesej kerana anda tidak berpeluang menyatakan maaf secara bersemuka. Tidak dinafikan, anda boleh menghantar mesej “Sorry, I love You”, tetapi ia sebenarnya kedengaran tidak ikhlas. Berbeza jika anda berbaik secara bersemuka, itu lebih jujur.

Selamat Beramal!

SUMBER


Tefal Peraga Barisan Produk Baharu + Menangi Barangan Eksklusif Peralatan Memasak

$
0
0

Sebagai pembuat peralatan memasak dan kelengkapan rumah dari Perancis, Tefal melancarkan rangkaian peralatan memasak Titanium terbarunya yang berupaya menghasilkan mutu masakan terbaik tidak kira dari segi perisa, tekstur mahupun rasanya. 

Rangkaian peralatan memasak yang unggul ini adalah direka dengan gabungan teknologi Thermo-Spot® eksklusif yang diimprovasi dan salutan titanium tak melekat baharu iaitu Titanium Excellence dan Titanium Force, yang sekaligus menjamin ketahanan produk tersebut.

Dijulang selaku Pembuat Peralatan Memasak No.1 Dunia, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium adalah barisan produk terbaik yang menjanjikan kecemerlangan dalam aspek keenakan rasa dan ketahanannya. Disebabkan kualiti peralatan memasak tersebut yang bertahan lama serta keupayaannya untuk mengoptimum perisa, tekstur dan rasa hidangan yang disediakan, maka ia mampu menjadikan penggunannya memasak ibarat seorang cef yang mahir.

Untuk memberi prestasi maksimum, Tefal telah mengubahsuai pad Thermo-Spot® dengan penambahbaikan dilakukan terhadap reka bentuknya di mana ia dapat menentukan suhu yang tepat bagi memperoleh hasil dan rasa masakan terbaik. Selaku pakar kepada salutan tak melekat, teknologi Thermo-Spot® Tefal dapat menjamin perisa makanan yang berkekalan, sempurna teksturnya dan tidak akan hangus.

Peralatan Memasak Tefal Titanium Expertise

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium Expertise menggabungkan prestasi tak melekat terbaik dengan kekuatan salutan fusi dasar keras tebal berganda titanium eksklusifnya iaitu Titanium Excellence baharu. Diperkuatkan dengan tujuh lapisan Titanium untuk menghasilkan daya ketahanan ultratinggi, salutan baharu itu menjamin prestasi tak melekat yang cemerlang dan tahan leding. Dengan ‘inserts’ keluli tahan karat yang lasak, rangkaian Tefal Titanium Expertise adalah sesuai digunakan di kesemua hob dan dapur aruhan, sekaligus memudahkan penggemar memasak. Antara peralatan yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Expertise termasuk kuali leper, kuali, periuk, kuali sauté dan periuk stu dengan tudung kacau.

Peralatan Memasak Tefal Titanium Pleasure

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Disalut dengan Titanium Force, rangkaian Tefal Titanium Pleasure menampilkan keistimewaan salutan dalaman tak melekat yang diperkukuhkan dengan enam lapisan dasar keras Titanium. Titanium Force memiliki lapisan holografik 3D yang dalam bersama pengisi metalik yang bertujuan untuk meningkatkan daya ketahanannya. Ketebalan berganda lapisannya adalah bagus untuk prestasi tak melekat. Tampil dengan reka bentuknya yang elegan dan bergaya, salutan luaran enamel bukan sekadar memberi kesan lasak dan tahan lama, malahan selamat digunakan dan senang dicuci. Rangkaian Tefal Titanium Pleasure terdiri daripada kuali leper dan kuali, yang sesuai digunakan pada dapur gas, elektrik dan seramik kecuali aruhan.

Peralatan Memasak Tefal Titanium So Intensive

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Sama seperti siri Tefal Titanium Pleasure, rangkaian peralatan memasak Tefal Titanium So Intensive adalah disalut dengan Titanium Force dan memiliki salutan luaran enamel yang selamat digunakan dan mudah dibasuh. Dengan pemegangnya yang selesa dipegang, siri Tefal Titanium So Intensive merangkumi peralatan seperti kuali, kuali leper, kuali menggoreng telur, kuali membuat penkek, kuali pemanggang, periuk stu dan kuali cetek dengan tudung kaca. Kesemuanya adalah sesuai digunakan di atas dapur gas, elektrik dan seramik kecuali aruhan.

Duta Chef Nathalie Arbefeuille

Sewaktu pelancaran, Tefal Malaysia turut memperkenalkan tukang masak terkemuka dari Perancis, Chef Nathalie Arbefeuille selaku Duta Jenamanya. Cef Nathalie, yang pernah memenangi pelbagai anugerah, tidak asing lagi dalam pentas kulinari negara kerana beliau kini sedang memimpin dua restoran yang terkenal di Kuala Lumpur. 

“Kami amat berbangga untuk dapat bekerjasama dengan Cef Nathalie. Beliau ialah tukang masak yang sentiasa mengutamakan kesempurnaan dalam masakannya dan ini bertepatan dengan fungsi produk-produk Tefal kami,” kata Suwasit.

Jom Menang

Bukan itu sahaja, Wanista bersama Tefal Malaysia dengan ini berbesar hati untuk memberikan beberapa koleksi peralatan memasak eksklusif bernilai sehingga RM1000 kepada semua pembaca.

  • Tefal Cookware Expertise Fry pan 28cm   @ RM269.00
  • Tefal Tefal Cookware Expertise Sauté pan 24cm with Glass Lid @ RM369.00
  • Tefal Tefal Cookware Pleasure Fry pan 24cm @ RM149.00
  • Tefal Cookware So Intensive Wok pan 28cm (BLK) @ RM209.00

Apa yang perlu anda lakukan adalah menjawab beberapa soalan seperti berikut:

  1. Tefal berasal dari negara mana?
  2. Siapakah duta jenama Tefal?
  3. Nyatakan tiga jenis siri seleksi yang ditawarkan dalam rangkaian Tefal Titanium Cookware?

Syarat Penyertaan:-

  1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom *klik pada pautan merah. 
  2. Screenshot sekali Instagram yang anda follow.
  3. Jawapan boleh dihantar ke alamat e-mel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Saya Nak Menang Barangan Tefal’.
  4.  Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, E-mail dan Nombor Telefon Bimbit.
  5. Peraduan ini hanya sah dari 1 – 13 MEI 2016.
  6. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat berdasarkan artikel.
  7. Keputusan hakim adalah muktamad.

Jom Menangi Tiket Kelas Pertama Ke Singapore Grand Prix Formula One Tajaan Kaspersky!

$
0
0

Anda nak jadi antara orang yang paling beruntung kerana dapat menonton pertandingan Grand Prix 2016 di litar Singapura secara dekat? Jom sertai peraduan “Secure Your Ferrari Experience Competition” anjuran Kaspersky! Jangan lepaskan peluang untuk merebit takhta menjadi satu-satunya wakil dari Malaysia yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kaspersky mendapat pas tempat duduk utama (paddock passes)!

Berpandukan syarat penyertaan mudah, anda hanya perlu membeli sebarang produk Kaspersky Anti-Virus 2016 dan Kaspersky Internet Security 2016 bermula hari ini hingga 31 Mei 2016.

Kaspersky Anti-Virus 2016 dan Kaspersky Internet Security 2016 secara spesifiknya dijana khas untuk menepati perlindungan yang diperlukan oleh pengguna ketika menggunakan komputer dan internet. Ia berfungsi melindungi data, identiti, kewangan, privasi malah peranti itu sendiri. Tidak kiralah samada ianya platform Windows, OS mahupun Android.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Hanya akan ada seorang pemenang yang dipilih dari setiap negara yang terlibat. Selain mendapat Pas Kelab Paddock bernilai USD15,000 untuk memberi lebih getaran dan rasa nikmat menonton dan mendengar deruman enjin pada hari perlumbaan, tiket penerbangan dua hala anda juga bakal ditaja sepenuhnya berserta penginapan 3 hari 2 malam bersama dengan seorang lagi pasangan anda. 

Untuk mengapai pengalaman serba mewah ini, pastikan kesemua peranti kesayangan anda mendapat perlindungan optimum dijana oleh Kaspersky Lab yang pernah mendapat pengiktirafan dunia sebagai pelindung yang diyakini. Anda boleh dapatkan Kaspersky Anti-Virus 2016 atau Kaspersky Internet Security 2016 dari semua pengedar sah Kaspersky seluruh Malaysia.

Selain merupakan penaja untama kepada kumpulan Scuderia Ferrari Formula One, Kaspersky Lab turut membangunkan sebuah laman web Kaspersky Motorspot yang mengendalikan tentang laporan serta berita-berita terkini berkenaan kumpulan Scuderia Ferrari iaitu sebuah kejuaraan yang paling mencabar di dunia dengan sokongan Ferrari sendiri.

Foto -Kaspersky
Foto -Kaspersky

Untuk pengetahuan anda lagi, sistem IT Ferrari telah dijana dan dilindungi sepenuhnya oleh solusi Kaspersky Lab Security sejak 2013. Ayuh, lindungi sistem dan kelancaran dunia alam maya anda dengan Kaspersky Anti-Virus 2016 dan Kaspersky Internet Security 2016 sekarang! Kunjungi Digital Mall (Petaling Jaya), Lowyat Plaza (Kuala Lumpur), Harvey Norman (Klang Valley) dan semua gedung, kedai dan para pengedar sah Kaspersky di seluruh Malaysia sekarang!

Masukkan kod lesen produk untuk layak menjawab beberapa soalan kuiz mudah yang terdiri dari 5 soalan aneka pilihan jawapan dan anda bisa melihat markah anda sejurus selepas selesai menjawab. Satu kod lesen produk hanya layak untuk menghantar satu kali penyertaan sahaja.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.kasperskyracingasia.com/terms

Video Wanita Guna ‘Ilmu Sihir’ Undang Kemarahan Orang Ramai

$
0
0

Rakaman video seorang wanita yang mecurigakan sedang menabur sesuatu di hadapan sebuah kedai yang ditutup, telah viral di media sosial. 

Video yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib semalam, mula mendapat perhatian pengguna media sosial.

Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang wanita bertudung dilihat duduk di hadapan kedai berkenaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Wanita tersebut kemudian mengeluarkan sesuatu yang menyerupai pasir hitam dari beg tangannnya, sebelum menabur di hadapan kedai berkenaan.

Tindakan ini jelas dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di hadapan kedai tersebut.  

PAUTAN VIDEO

Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, tetapi ia mengundang kemarahan netizen.

Hal ini kerana,  mereka mempercayai bahawa wanita tersebut sedang menggunakan ilmu hitam terhadap pemilik kedai tersebut.

Mereka turut menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan menyeru agar pihak terbabit tidak melakukan sesuatu atas sebab dengki atau cemburu.

Seorang pengguna, Mar Daus berkata, “Sifat seorang manusia yang mempunyai hasrat dengki apabila melihat orang lain bahagia.”

“Kes dengki, cemburu, dan tidak panjang akal. Banyak orang macam ini. Itulah sebab kita susah nak maju apatah lagi nak bantu pulihkan ekonomi negara.

“Tak payah kata negara, ekonomi keluarga/setempat pun tidak maju lagi,” kata Ver Benn.

Namun, masih belum ada sebarang pengesahan atas insiden ini. 

SUMBER

Kecoh! Disangka Bidadari Tengah Laut, Rupanya…

$
0
0

Seorang nelayan menyangka patung yang dijumpainya terapung di lautan selepas gerhana matahari di Indonesia baru baru ini adalah bidadari.

Pardin, 21, menyelamatkan ‘bidadari’ tersebut dan membawa pulang ke rumah malah ibunya turut menjaganya seperti manusia dengan memakaikan baju dan mengenakan hijab serta didudukan di atas kerusi.

Cerita mengenai penemuan di sebuah perkampungan kecil di pulau Banggai tengah Sulawesi turut ditokok tambah malah ada yang mendakwa bidadari kanak-kanak ditemui terdampar dan menangis.

Memetik Metro.UK, pihak polis menjalankan siasatan selepas mengetahui penemuan tersebut.

“Kami kemudiannya membuat pemeriksaan dan mendapati ia adalah sebenarnya patung seks,” kata Ketua Polis tempatan, Heru Pramukarno.

Heru berkata, polis mengambil patung berkenaan untuk mengelakkan kontroversi yang lebih buruk.

SUMBER

Wanita Saman Starbucks RM19.6 Juta Kerana Letak Banyak Ais

$
0
0

Hanya kerana ais, seorang wanita saman Starbucks?

Seorang wanita mengheret Starbuck ke mahkamah mendakwa syarikat itu meletakkan terlalu banyak ais dalam minumannya.

Stancy Pincus menfailkan tuntutan mahkamah kepada syarikat itu mendakwa pelanggan hanya mendapatkan separuh minuman daripada apa yang dibayar mereka.

Stancy mengetuai tindakan bagi $5juta (RM19.6 juta) terhadap syarikat itu, menurut Courthouse News Service.

Dokumen mahkamah yang difailkan oleh pihak menuntut mengatakan, seorang pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk Venti hanya menerima 14 auns minuman iaitu separuh daripada apa yang diiklankan dan hanya lebih separuh harga yang dibayar.

Tambah dokumen itu lagi, pada dasarnya Starbucks mengiklankan saiz cawan minuman sejuk pada menu dan bukannya jumlah minuman yang akan diterima bagi pembelian minuman sejuk dan ia merupakan proses ke arah penipuan.

Starbucks berkata ais adalah bahagian penting dalam minuman sejuk dan mereka akan membuat semula kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.

“Pelanggan kami memahami dan menjangkakan ais merupakan komponen penting dalam mana-mana minuman berais,” kata syarikat itu memberitahu TMZ.

SUMBER

LipIce Sheer Color, Beri Kelembapan 10 jam + Bibir Mungil & Anjal + Seri Bibir Kusam

$
0
0

Siapa yang tak nak bibir mungil, anjal dan mampu memberikan kelembapan. 

LipIce, jenama pelembap bibir No.1 di Malaysia memperkenalkan LipIce Sheer Color yang dipertingkatkan dengan formula terbaharu. Direka khas untuk memberikan citarasa ajaib pada bibir anda, pelembap bibir Sheer Color mula-mulanya tidak berwarna. Tetapi selepas disapu pada bibir, ia akan bertukar ke warna merah jambu yang unik kepada setiap individu dan memberikan tampilan yang menyerlahkan seri wajah.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Dirumuskan ramuan madu lilin lebah (beeswax) dan Minyak Argan, LipIce Sheer Color memberikan manfaat kelembapan selama 10jam dan membantu menyerikan bibir kusam untuk memberikan anda bibir yang lebih sihat dan berona pink. Kini dengan satu calitan, anda boleh memperolehi bibir yang lebih anjal dan penuh. Selain itu, LipIce juga dirumuskan dengan ekstrak herba Commiphora Mukul untuk membantu melicinkan garis-garis halus dan mengekalkan keanjalan bibir anda.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

LipIce Sheer Color juga mengandungi ramuan pelembap semula jadi Shea Butter, Minyak Biji Macadamia Ternifolia, Minyak Biji Meadowfoam dan Ekstrak Aloe untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan bibir. Tambahan pula ia juga mengandungi Vitamin E yang kaya dengan anti-oksida yang berkesan untuk melindungi bibir daripada persekitaran yang hambar.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

LipIce Sheer Color boleh didapati dalam tiga varian iaitu Strawberry, Shimmer dan Bebas Wangian. Berharga RM15.80 satu, Ia akan berada di semua farmasi dan pasaraya utama bermula Mac 016.

RIMOWA Menyerlah Di Pentas Spring/Summer 2016 Fashion Week Suria KLCC

$
0
0

Selari dengan perubahan zaman yang kian mencabar, sahabat sejati yang akan menemani anda dikala melancong, RIMOWA baru sahaja melancarkan pembukaan butiknya di Suria KLCC. Pelancaran butik itu yang menawarkan pelbagai jenis bagasi mudah diusung pelbagai gaya itu adalah lokasi ketiga yang menempatkan jenama itu di Malaysia.

Foto -Arkib Wanista
Pemandangan dari luar butik RIMOWA, Suria KLCC. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Penataan hiasan dalaman butik RIMOWA, Suria KLCC. Foto -Arkib Wanista

Merangkumi kawasan seluas 1,000 kaki persegi , butik RIMOWA KLCC menjadi ruang pameran dan jualan bagi suatu ciptaan yang dibina menggunakan ketukangan hebat yang diwarisi secara turun-temurun malah menyerlahkan inspirasi yang disunting dari binaan kapal terbang untuk menepati ciri-ciri pengembaraan dunia moden.

Beauty Case dari koleksi SALSA DELUXE oleh RIMOWA. Foto -Arkib Wanista
Beauty Case dari koleksi SALSA DELUXE oleh RIMOWA. Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Gaya yang penuh jiwa pengembaraan. Foto -Arkib Wanista

Bersempena dengan peristiwa yang penuh memorial itu, RIMOWA juga tidak ketinggalan untuk memperagakan koleksi rekaan untuk musim Bunga/Panas 2016 di pentas Spring/Summer 2016 Fashion Week  yang tersergam mewah di tenagh-tengah pusat membeli-belah menara berkembar Kuala Lumpur sambil diiringi alunan muzik merdu orkestra susunan Malaysian Philharmonic Orchestra. 

Lagi koleksi terkini dari RIMOWA digelar SALSA DELUXE dalam rona kelabu kebiruan. Foto -Arkib Wanista
Lagi koleksi terkini dari RIMOWA yang digelar SALSA DELUXE dalam rona kelabu kebiruan. Foto -Arkib Wanista

Majlis yang menjadi perhatian umum itu berjaya membawa RIMOWA ke satu tahap yang lebih mahsyur, menampilkan rekaan bagasi yang bukan sahaja versatile, malah dilengkapi fungsi mesra pengguna yang pasti melancarkan perjalanan pengembaraan anda.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.rimowa.com atau lawat butik baru RIMOWA Malaysia di alamat:-

Lot 138B, Level 1, Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre. 


Tips Penting! Kawal Stress Untuk Elak Masalah Kulit Wajah

$
0
0

Sesak dalam traffic, lambat bangun pagi, kerja yang berlambak di pejabat – semua itu boleh membuatkan anda stress. Walaupun benda kecil tetapi mampu menyebabkan mood anda terus hilang. 

Sebenarnya banyak cara nak menghilangkan stress, salah satu yang terbaik adalah dengan ketawa. Ketawa mewujudkan suasana yang nyaman dalam perhubungan malah menukar suasana tegang kepada gembira. Suasana panas kepada sejuk. Betul orang kata ketawa mampu perbaiki aliran dan tekanan darah rendah.

Bukan apa, stress ini kalau tak diatasi makin banyak masalah yang berlaku. Paling menyampahkan bila kulit wajah mula timbul benda yang diingini. Anda mesti tak nak bukan?

Ini, Wanista kongsi beberapa masalah pada kulit wajah yang boleh timbul disebabkan stress.

Foto - dailysocialsmedia.com
Foto – dailysocialsmedia.com

Jerawat Mudah Tumbuh – Hormon yang disebabkan stress boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat. Pengeluaran minyak pada kulit sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat hingga kulit mudah diserang bakteria. Mungkin cara ini boleh membantu:

  • Pilih produk yang mengandungi bahan seperti benzoil peroksida bagi membantu membunuh bakteria sebelum menyapu pelembap yang sesuai.
  • Jangan amalkan tabiat memicit jerawat kerana semakin anda memicit, semakin rosak kulit dan meninggalkan kesan hitam.
  • Gunakan ubat jerawat pada bahagian yang bermasalah.
  • Elakkan juga menggosok bahagian bermasalah dengan skrub.
  • Gunakan masker wajah mengikut jenis kulit anda.

Kulit Menjadi Kering – Tekanan fikiran boleh menyebabkan perjalanan darah tidak lancar. Kadangkala ia mengalir terlalu sedikit dan kadangkala terlalu banyak sehinggakan perubahan kulit anda nampak ketara. Kulit kelihatan kering, pucat dan kemerahan. Oleh itu sebaiknya, gunakan produk ‘hypoallergenic’ dan mempunyai kadar pH rendah.

Foto - www.stuff.co.nz
Foto – www.stuff.co.nz

Kulit Menjadi Sensitif Secara Tiba-Tiba – Untuk pengetahuan anda, penurunan sistem imun tubuh menyebabkan lapisan kulit epidermis yang mengandungi pelembap secara semula jadi turut berkurangan. Oleh itu, kulit mudah mengalami masalah seperti alahan, terdedah pada pencemaran selain tidak tahan dengan bahan kimia tertentu dari produk kecantikan khusus untuk kulit sensitif terutama produk yang mengandungi kandungan ‘aloe vera’ mahupun ‘camomile’.

Wajah Semakin Berminyak – Stress menyebabkan pengeluaran hormon testosteron meningkat sekali gus menghasilkan minyak pada kulit secara berlebihan.  Hindari penyegar yang mengandungi alkohol. Rajin-rajinkan diri untuk membersihkan wajah dan selalu sediakan kertas penyerap minyak.

Kulit Kusam – Regenerasi atau penggantian kulit yang tidak sempurna membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Oleh yang demikian, lakukan rawatan wajah yang lebih mendalam bagi menanggalkan kesan sel-sel kulit mati. Antaranya adalah dengan menggunakan pencuci wajah yang mengandungi ‘glycolic’. Selain itu, awasi pemilihan makanan dan minuman, biasakan untuk menggunakan krim malam dan sebaiknya tambahkan suplemen untuk memberi zat pada kulit.

Kedutan Halus Muncul – Hormon kortisol mengurangkan kolagen dan mengikat protein yang diperlukan oleh kulit. Malah ia juga boleh menyebabkan kadar peningkatan paras gula dalam darah sehingga merosakkan kulit kolagen di elastin sekali gus mempercepatkan timbulnya kedutan halus di permukaan kulit. Cara terbaik untuk menghindari masalah ini adalah dengan menggunakan krim wajah yang mengandungi retinol dan antioksidan bagi mempergiatkan lagi pengeluaran kolagen. Jika keadaan ini sangat serius, sebaiknya segera mendapatkan rawatan dari pakar.

SUMBER

Samsung Taja Penerbangan Percuma Ke Bangkok Untuk Lebih ‘Galaxy Life’!

$
0
0

Anda sedang berada dalam mod percutian tengah tahun? Jangan ketinggalan, kerana Samsung GALAXY bakal menaja tiket penerbangan dua hala untuk para penggunanya dengan kerjasama bersama AirAsia ke kota yang pemurah dengan senyuman iaitu Bangkok, Thailand. 

Tepat pada jam 10am, 4 Mei ini, Galaxy Life akan melancarkan aplikasi barunya itu kepada 500 pengguna terawal untuk mendapatkan hak keistimewaan bagi melayakkan diri menebus tiket penerbangan dua hala ke Thailand itu. Yup! Samsung dan AirAsia bakal merealisasikan impian anda untuk menghabiskan percutian pendek di bumi Gajah Putih! Seronoknya!

Anda hanya perlu muat turun aplikasi GALAXY Life dari Samsung Galaxy Apps atau Google Play Store untuk memenangi tajaan tersebut. Sebagai bonus, setiap satu penerbangan pergi-balik akan ditawarkan elaun 20kg berat bagasai secara percuma. Jadi, anda tak perlu risau jika membawa pulang barangan yang dibeli dari Thailand ke Malaysia. Tajaan ini adalah terhad dan hanya menawarkan tarikh pelancongan dari 14 hingga 16 mei 2016 serta 21 hingga 23 Mei 2016.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Sejak diperkenalkan pada 2014, Samsung GALAXY Life giat menghadiahkan pelbagai tawaran hebat serta keistimewaan dari segi makan, membeli-belah, melancong, undangan ke majlis eksklusif untuk para penggunanya. Inisiatif ini dilancarkan khas untuk Samsung Malaysia Electronics berkembang dan demi menyediakan platform unggul dalam menghargai para pelanggan yang dikasihi kerana tidak putus-putus menunjukkan sokongan ke atas jenamanya.

Muat turun boleh dilakukan secara percuma oleh para pengguna telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy Life. Nikmati gandaan hebat yang diselangi dengan rebat serta tawaran menarik dari Samsung hari ini. 

Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk keterangan lanjut, sila layari mygalaxylife.com

20 Fesyenista Ini Buktikan Usia Adalah Sekadar Nombor Semata-Mata!

$
0
0

“Age Is Just A Number” – Ungkapan ini perlu ada dalam kamus minda anda.

Apa tidaknya lihat sahaja fesyenista di bawah ini, mereka semuanya boleh dikatakan sudah lanjut usia tetapi masih mampu berfesyen. Jadi, jika anda rasakan fesyen adalah untuk orang muda, itu sama sekali tidak betul.

Ceritanya, Ari Seth Cohen, seorang jurugambar telah melawat ke negara-negara seperti Afrika Selatan, Sweden, Itali dan Australia, untuk membuktikan bahawa gaya dan fesyen tiada kaitan dengan usia malah sesiapa sahaja boleh bergaya.

Kebanyakan mereka ini sudah berusia 60 tahun ke atas tetapi mereka masih vogue dan smart, kan.

fesyen1

fesyen3

fesyen4

fesyen5

fesyen6

fesyen8

feyen8

neneak

nenek2

nenek3

nenekr3

stylish-seniors-advanced-style-older-and-wiser-ari-seth-cohen-10-5721fcd7876a7__700

fesyen10

 fesyen45

stylish-seniors-advanced-style-older-and-wiser-ari-seth-cohen-68-572206b6d496c__700

SUMBER

Hidangan Seisi Keluarga: Aneka Resepi Sardin Yang Pasti Buat Anda Terliur!

$
0
0

Orang kata Sardin ni ibarat makanan yang paling munasabah untuk dinikmati ketika sedang ‘sesak’. Ya lah, murah kan? Siapa yang bujang-bujang tu mesti bersusun tin sardin dalam kabinet dapur. 

Penulis pun masa tengah belajar dulu, agak-agak malas nak makan di luar, masak sambal sardin pun dah cukup mewah dan mengenyangkan. Senang kata, Sardin ni adalah makanan yang paling versatile, masak cara apa pun mesti sedap rasanya.

Foto -pasartap.com
Foto -pasartap.com

Jadi, bagi anda yang dah buntu tak tahu nak masak apa menggunakan Sardin bersos tomato, ini Wanista himpunkan aneka resepi masakan Sardin. Penulis jamin, sebaik habis membaca resepi ini, anda mesti bergegas ke kedai mencari Sardin sejurus balik kerja nanti.

 

#1 Sardin Kasturi

Foto hiasan -resepmasakannusantaraenak.blogspot.com
Foto hiasan -resepmasakannusantaraenak.blogspot.com

Bahan: 

  • 1 Tin Sardin
  • 1-2 Biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
  • Cili Api (secukup rasa)
  • 8-10 Biji Limau Kasturi 
  • Kicap lemak manis

Arahan:

  1. Goreng bawang dan cili sehingga naik bau.
  2. Tuangkan sardin berserta sos tomatonya sekali.
  3. Perahkan limau untuk dapatkan jus asamnya.
  4. Jika anda suka, anda boleh hancurkan sedikit isi ikan sardin.
  5. Taburkan garam sesedap rasa. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
  6. Jika anda mahukan lebih sensasi rasa masam, boleh campurkan beberapa potong tomato.

Nota: Limau kasturi digunakan untuk mengurangkan hanyir ikan sardin tersebut. Jika dapat menikmati masakan sardin asas ini dengan telur dadar memang menjilat jari habis!

 

#2 Sambal Sardin

Foto hiasan -tiffinbiru.com
Foto hiasan -tiffinbiru.com

Bahan:

  • 1 tin ikan sardin
  • Pes cili (cili kering yang telah siap dikisar)
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris bulat-bulat)
  • Air asam jawa
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk )
  • 3 biji kentang (dihiris tebal dan digoreng)
  • 1 biji lada besar
  • Kicap lemak manis
  • Garam & gula secukup rasa

Arahan:

  1. Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing sebelum memasukan pes cili sehingga masak dan naik bau.
  2. Masukkan pula air asam jawa. Biarkan ia sebati seketika.
  3. Tuang sardin sekali dengan sosnya. Curahkan sedikit kicap lemak manis.
  4. Kemudian, masukkan bawang besar dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul sebati.

 

#3 Sardin Masak Lemak Cili Api

Foto hiasan -azianhasan.com
Foto hiasan -azianhasan.com

Bahan:

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 10 biji buah belimbing besi
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 cm kunyit (ditumbuk)

Arahan:

  1.  Masukan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
  2. Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
  3. Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
  4. Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

 

#4 Sardin Goreng Halia

Foto hiasan -aziejaya.blogspot.com
Foto hiasan -aziejaya.blogspot.com

Bahan:

  • 1 tin sardin bersaiz besar (asingkan sos)
  • 4 batang cili masak (dibelah dua secara memanjang tanpa perlu membuang bijinya)
  • 1 inci halia (dihiris halus-halus)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menggoreng
  • Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Arahan:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin sehingga garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup. Setelah selesai, alihkan ikan tadi.
  2. Dengan menggunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan, tumiskan bahan hirisan sehingga wangi. 
  3. Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa sesedap rasa. Masak sehingga sebati.
  4. kacau perlahan supaya sardin tidak hancur. Masukkan secubit garam dan ajinomoto untuk perasa.

 

#5 Baked Sardin

Foto hiasan -pinterest
Foto hiasan -pinterest

Bahan:

  • 1-2 tin sardin bersaiz besar
  • santan pekat
  • Serai
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Kunyit & daun kunyit (jika ada)
  • Sedikit halia
  • Sedikit jus limau kasturi
  • Jintan manis dan ketumbar (jika ada)
  • Garam & gula secukup rasa

Arahan:

  1. Susun sardin di dalam loyang kaserol, curahkan kesemua bahan yang dikisar bersama (pastikan bahan tidak terlalu berair).
  2. Bakar sehingga masak.
  3. Hidangkan!

 

#6 Roti Gulung Sardin

Foto hiasan-fizalgk.blogspot.com
Foto hiasan -fizalgk.blogspot.com

Bahan:

  • 1-2 tin sardin bersaiz besar
  • Bawang Putih
  • Cili Merah
  • Cili Api
  • Bawang Besar
  • Minyak menggoreng
  • Roti
  • Serbuk ‘bread crumbs’
  • Telur

Arahan:

  1. Tumis bawang dan cili sehingga naik bau.
  2. Masukkan sardin serta sosnya. Goreng sehingga masak. Boleh perahkan sedikit jus limau jika mahu rasa masam.
  3. Gaul dan hancurkan isi ikan sardin supaya mudah untuk digulung rotinya kemudian.
  4. Pukul telur dan taburkan sedikit garam.
  5. Sediakan bread crumbs dalam bekas lain untuk mencelup roti.
  6. Angkat campuran sardin yang telah masak.
  7. Potong kerak roti dan nipiskan roti menggunakan kayu penguli doh.
  8. Letakkan inti di bahagian tengah roti, gulungkan dengan rapi. (Jangan letak terlalu banyak takut gulungan terbuka semasa mengoreng.
  9. Celupkan gulungan roti di di dalam telur dan serta-merta salut ia dengan bread crumbs
  10. Panaskan minyak untuk teknik gorengan minyak penuh.
  11. Masukkan gulungan dan goreng sehingga garing di kedua-dua bahagian gulung.
  12. Makan ketika panas dengan sos atau begitu sahaja.

Nota: Inti sardin goreng tersebut boleh juga dijadikan inti sandwich. Hanya perlu sapu mayonis dan butter ke atas permukaan roti serta dihias dengan timun sebelum diapit dengan kepingan roti lain.

 

#7 Telur Bungkus Sardin

jajazack.blogspot.com
Foto hiasan -jajazack.blogspot.com

Bahan: 

  • 4 biji telur
  • 1 tin sardin bersaiz kecil (dihancurkan)
  • 1 paket mix vege
  • Sedikit cili api (dipotong halus)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)

Arahan:

  1. Goreng telur dadar sepertio biasa
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar
  3. Masukkan sardin yang telah dihancurkan bersama sosnya sekali. Biarkan ia masak seketika.
  4. Masukkan pula sayur campuran jagung, lobak merah dan kacang pis berserta tomato.
  5. Letakkan campuran gorengan sardin di atas telur dadar sebelum membungkusnya.

 

#8 Maggi Asam Laksa Sardin

Foto hiasan -hanamemories.blogspot.my
Foto hiasan -hanamemories.blogspot.my

Bahan:

  • 2 paket Maggi perisa Asam Laksa
  • 1 tin sardin (dihancurkan dan dibuang kuahnya)
  • Daun pasli (dicincang)
  • Bawang merah
  • Timun
  • Cili padi
  • Nenas
  • Telur Rebus

Arahan:

  1. Masak Maggi seperti biasa, masukkan perencah dan sardin yang telah dihancurkan.
  2. Hias hidangan dengan cili padi, bawang merah, daun pasli, timun, nenas dan telur rebus.

 

 #9 Nasi Goreng Sardin

Foto -freedelicacies.blogspot.com
Foto hiasan -freedelicacies.blogspot.com

Bahan:

  1. Kacang panjang (dihiris kasar)
  2. 1 tin sardin bersaiz kecil
  3. Pes cili (cili boh/cili kering yang dikisar)
  4. Garam secukup rasa
  5. Kicap lemak manis
  6. 1 biji telur
  7. 4 cawan nasi
  8. Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  9. Bawang merah (ditumbuk)

Arahan:

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan bawang merah, bawang besar dan pes cili. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sadin yang telah dihancurkan sedikit bersama kacang panjang. Goreng sehingga masak.
  3. Pecahkan telur. Biarkan telur masak seketika (pastikan telur digireng elok takut hanyir nasi goreng anda nanti)
  4. Gaul sardin dengan rapi, masukkan nasi.
  5. Curahkan sedikit kicp lemak manis dan secubit garam untuk penambah perasa.

 

#10 Asam Pedas Sardin

Foto hiasan -tiffinbiru.com
Foto hiasan -tiffinbiru.com

Bahan:

  • Pes Cili 
  • Bawang merah 3-4 ulas (dikisar)
  • 4-5 batang sayur bendi
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Garam dan gula untuk perasa
  • Bunga kantan (dibelah dua)
  • Daun kesum
  • 1 tin sardin bersaiz besar
  • 8-10 butir halba untuk aroma

Arahan:

  1. Tumis pes cili, bawang, halba.
  2. Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, tomato dan bendi.
  3. Biar menggelegak dan bendi 1/2 masak.
  4. Akir sekali masukkan ikan sardin yang telah diasingkan dari sos.
  5. Taburkan secubit garam dan gula untuk perasa.

 

RESEPI BONUS!

Foto hiasan -dapurmalaysia.com
Foto hiasan -dapurmalaysia.com

Ha! Untuk resepi ni penulis sengaja nak kongsikan dengan anda sebab ibu penulis suka sangat masak resepi mudah ni untuk penulis dan keluarga makan semasa sahur. Anda pasti kagum dengan keenakannya!

Bahan:

  • 1 tin sardin bersaiz besar
  • minyak menggoreng
  • Bawang besar

Arahan:

  1. Panaskan minyak untuk teknik menggoreng minyak penuh.
  2. Asingkan sardin dari sosnya.
  3. Apabila minyak telah betul-betul panas, goreng ikan sardin tersebut seperti ikan goreng biasa sehingga garing.
  4. Toskan. Tabur bawang besar yang telah dimayang dan digorengkan terlebih dahulu sebelum menggoreng ikan tadi.
  5. Siap! Tekstur ikan yang rangup diluar dan lembut di dalam tu pasti buat anda cair! Yummm!

 

Mesti ada di antara anda yang tak pernah terfikir bahawa sardin boleh digoreng begitu sahaja kan? Cubalah, dah rasa nanti, mesti anda nak buat lagi. Jangan lupa singgah kedai beli sardin dalam tin sebentar lagi! Selamat mencuba!

SUMBER

Singapura Tahan Lapan Warga Bangladesh Rancang Serangan Keganasan

$
0
0

Pemerintah Singapura pada Selasa mengumumkan penahanan lapan lelaki warga Bangladesh yang didakwa merancang serangan keganasan, termasuk pembunuhan di tanah air mereka sendiri bagi menubuhkan sebuah ‘Negara Islam’.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Singapura, kesemua suspek pada mulanya merancang untuk ke Syria bagi menyertai militan Daish sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalaman Negeri pada April.

Antara yang turut dirampas adalah manual membuat bom serta senarai pegawai-pegawai kerajaan dan tentera yang menjadi sasaran.

Dalam masa yang sama itu, ketika tangkapan, beberapa senjata ditemui termasuh bahan berkaitan Daish dan Al-Qaeda.

“Mereka adalah anggota sebuah kumpulan sulit ditubuhkan Rahman Mizanur pada Mac lalu di Singapura yang digelar ‘Islamic State in Bangladesh‘ (ISB),” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Mizanur, 31, salah seorang suspek merupakan pemegang pas pekerja mahir manakala tujuh yang lain hanya pemegang permit kerja sahaja.

Kesemua mereka bekerja dalam industri pembinaan dan marin.

Kementerian itu berkata, dua lagi anggota ISB berada di Bangladesh, hasil maklumat suspek yang ditahan di Singapura.

Kumpulan itu dikatakan telah merancang untuk melatih lebih ramai pekerja Bangladesh di Singapura dan mengumpul wang untuk membeli senjata bagi melancarkan serangan di tanah air mereka.

Bagaimanapun, wang itu telah disita.

Kumpulan pimpinan Mizanur itu juga memberitahu pihak berkuasa Singapura bahawa mereka bersedia melancarkan serangan mana-mana sahaja di dunia jika diarahkan berbuat demikian oleh Daish.

Namun, tidak ada tanda-tanda tertentu bahawa Singapura telah dipilih sebagai sasaran, kata kementerian itu.

Januari lalu, Singapura menangkap 27 lelaki warga Bangladesh kerana didakwa merancang melakukan serangan keganasan di Bangladesh.

Mereka yang ditangkap telah pun dihantar pulang ke negara asal.

SUMBER

AADC2 Raih RM1 Juta Selepas 4 Hari Ditayangkan!

$
0
0

Filem Indonesia edaran Primeworks, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) berjaya meraih kutipan lebih RM1 Juta selepas empat hari tayangan di Malaysia dan Brunei.

Terdahulu, filem yang dibintangi Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra itu mencatat kutipan melebihi RM300,000 pada hari pertama tayangannya.

Pengurus Pemasaran Filem Primeworks Distribution, Rabiatul Addawiah Samueil berkata, walaupun berjaya mencapai sasaran, pihaknya menjangkakan kutipan yang lebih tinggi pada masa-masa mendatang.

“Kami mensasarkan sebanyak 500,000 penonton sehari. Pun begitu, kami bangga kutipan diterima dan yakin jumlah itu akan terus meningkat,” katanya.

Berikutan pencapaian memberangsangkan AADC2, Rabiatul berkata, pihak pawagam akan menambah 10 panggung di seluruh negara.

“Sejak hari pertama tayangan, filem itu disaksikan lebih 80,000 penonton tempatan dan Brunei,” katanya.

Filem arahan Riri Riza itu sememangnya menjadi karya dinantikan peminat setianya selepas 14 tahun Ada Apa Dengan Cinta arahan Rudy Soedjarwo menemui penonton di panggung.

Filem terbitan tahun 2002 itu mengisahkan keteguhan cinta antara dua watak, Rangga dan Cinta, sejak di bangku sekolah. Dalam filem susulan ini, selepas sembilan tahun terpisah dan memutuskan hubungan cinta yang sekian lama terjalin, Rangga kembali ke Indonesia bagi menambat semula hati Cinta yang sudah disunting oleh lelaki lain.

Sebanyak 90 panggung di seluruh negara dibuka untuk tayangan filem yang turut dibintangi Titi Kamal, Ladya Cherill, Sissy Priscillia, Adinia Wirasti, Dennis Adhiswara dan Mang Diman itu. Filem yang memulakan tayangan secara serentak di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

SUMBER

[ 5 Gambar ] Gaun Bercahaya Claire Danes Buat Hadirin Di Met Gala 2016 ‘Sesak Nafas’

$
0
0

Bagai bintang yang terang bercahaya menerangi hening malam, pelakon jelita pujaan ramai Claire Danes berjalan di atas karpet merah Met Gala 2016 sambil menyarungkan rekaan pereka versatile Zac Posen yang berani menyisipkan konsep futurustik pada helaian gaun kembang mirip kepunyaan legenda dongeng Cinderella.

Gaun itu direka istimewa dengan penuh ketelitian, menggunakan janaan dari 30 pek bateri untuk mengeluarkan cahaya pada bahagian skirt kembangnya serta di setiap penjuru bahagian dada.

Starry night! #Zacposen #metgala #glamour @metmuseum @voguemagazine @instagram

A video posted by @zacposen on

Pek bateri mini itu dijahit dengan rapi pada kelim bahagian dalam fabrik jenis organza yang digunakan bagi menghasilkan rekaan gaun bercahaya tersebut. Walau bagaimanapun, dek kerana majlis Met Gala tersebut diadakan di kawasan yang terang dengan cahaya lampu sedia ada, gaun Cinderella futuristik yang dipakai Claire itu tidak mampu menonjol seperti yang diharapkan.

33C25F2A00000578-0-image-a-133_1462241004199

 

Pereka Zac terlebih dahulu berkesempatan memuat naik foto hitam putih gaun yang direkanya itu ke akaun Instagram peribadinya dengan niat sengaja mahu mewujudkan keterujaan dalam kalangan netizen.

2

Claire menuruni tangga dengan penuh perasaan bagaikan seorang puteri yang baru menjelma dari langit sambil disambut oleh suaminya, Hugh Dancy dan pereka Zac Posen.

Gaun dalam rona biru lembut itu mempunyai potongan leher berbentuk hati melihatkan sedikit lurah yang tidak keterlaluan serta bahagian skirt yang meleret di lantai.

33C2E91200000578-3570477-Sparkle_and_shine_Claire_Danes_had_a_Cinderella_moment_in_a_fibe-m-167_1462269163847

Gaya rambut kuning perang milik Claire yang dipadankan dengan gaun berkenaan adalah ikatan sanggul biasa sambil rambut hadapannya disisir rapi menjadi kembung sedikit, manakala bibirnya diserikan dengan gincu berwarna merah terang untuk membangkitkan keserian pada wajah polosnya.

Ternyata, gaun itu bukan sahaja berjaya menangkap perhatian lensa kamera, malah seluruh warga dunia yang menonton acara bergemerlapan itu di kaca televisyen serta para pengikut tegar media sosial.

1
Claire berdampingan dengan suaminya, Hugh Dancy (kiri) dan pereka gaun bercahaya khas buat penggayaan fesyen dirinya kala menghadiri Met Gala 2016, Zac Posen (kanan).

Majlis berprestij Met Gala tahun ini telah diacarakan oleh selebriti hangat Taylor Swift, Idris Elba, Editor American Vogue, Anna Wintour dan Ketua Pegawai Rekaan Apple, Jonathan Ive.

SUMBER


Tips Cantik! Susu Segar Mampu Rawat Kecantikan Kulit Wajah

$
0
0

Siapa sini yang menggemari mandian susu? Jika begitu, anda mempunyai persamaan dengan Cleopatra, Elizabeth 1 (England) dan Elisabeth (Bavaria). Tahukah anda selain bergelar pemerintah wanita teragung, mereka juga menggemari mandian susu kerana kepelbagaian kandungan yang mencantikkan kulit.

Foto - thefineartdiner.blogspot.com
Foto – thefineartdiner.blogspot.com

Bukan itu sahaja, Charlize Theron sebagai Queen Ravenna yang berendam di dalam tab susu dalam filem ‘Snow White and the Huntsman’ menjadi inspirasi kecantikan untuk setiap wanita.

Susu, semua ketahui betapa pentingnya susu bagi tulang dan kesihatan. Mengandungi kalsium, vitamin, protein, serta berfungsi mencegah osteoporosis, tidak hairanlah jika susu sudah jadi sebahagian dari pola makan dan gaya hidup seharian. Selain pelbagai manfaatnya bagi kesihatan tubuh, manfaat susu untuk kecantikan juga bukanlah suatu perkara yang baru.

Sejak zaman Mesir kuno, susu sudah digunakan untuk merawat kesihatan dan kecantikan kulit. Menariknya, susu boleh dipakai untuk membersihkan, mengeskfoliasi, dan melembutkan kulit.

Foto - www.benefitsofkefir.com
Foto – www.benefitsofkefir.com

Dermatologist New York City, Lance Brown, berkongsi tips menggunakan susu sebagai eksfoliator.

Caranya, basahkan tuala kecil dengan susu sejuk, kemudian tepek tuala ke permukaan wajah dan biarkan selama 10 minit. Kandungan lactic acid yang berfungsi sebagai exfoliant dapat mengurangkan kemerahan dan menghilangkan noda hitam di wajah, sementara natural lipid dapat melembapkan kulit wajah.

Di samping melicinkan kulit yang kering dan pecah-pecah, lactic acid pada susu juga sangat baik dalam melawan jerawat. Hanya campurkan susu dengan sedikit tepung hingga menjadi pes, lalu oleskan ke wajah, biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya.

Foto - www.differencebetween.com
Foto – www.differencebetween.com

Disebabkan pelbagai jenis susu ada di pasaran, seperti susu pasteur, susu UHT, dan susu tepung, tentu kita menginginkan jenis susu paling segar yang mempunyai nutrisi paling lengkap untuk tubuh dan kulit. Susu pasteur dianggap paling baik berbanding jenis susu lain kerana melalui proses pemanasan untuk memusnahkan mikroorganisma tanpa merosakkan kandungan nutrisinya.

SUMBER

Gemar Berkulit Perang? Benefit Hoola Kini Disertai 3 Item Solekan Baharu!

$
0
0

Alat soleknya yang classy tidak dinafikan mampu memberi sentuhan magis paling sempurna ke atas wajah seseorang wanita. Benefit San Franciso adalah satu-satunya jenama yang mengeluarkan Bronzer jenis ‘matte’ tanpa campuran kilauan yang bisa memberi gaya solekan natural menjadikan wajah si pemakai tampak tirus kala sapuan bronzer dilakukan pada bahagian bawah tulang pipi berdekatan dengan rahang.

Bronzer Hoola original dari benefit: RM130. Foto -Arkib Wanista
Bronzer Hoola original dalam formula serbuk dari Benefit: RM130. Foto -Arkib Wanista

Percaya atau tidak, Hoola yang pernah diiktiraf kerana kesempurnaan tekstur Bronzernya itu telah menjadi igauan anak gadis serta para wanita yang sentiasa mendambakan solekan hebat sejak 15 tahun lalu. Malah, ia masih tidak berubah dan dikekalkan sehingga kini.

HOOLA kini bukan sahaja boleh digunakan ke atas wajah, bahkan ke atas kulit tubuh juga! Apa yang mengujakan, ia telah disertai 3 ahli keluarganya yang baharu termasuk HOOLA Zero Tanlines, HOOLA Bronzing & Conturing Brush dan Dew The Hoola! 

Foto -Arkib Wanista
Baru! HOOLA Zero Tanlines *hanya untuk disapu pada tubuh: RM140. Foto -Arkib Wanista

Untuk yang gemarkan tona kulit perang seperti kebanyakkan orang barat, anda kini tidak perlu bersusah payah berbaring di tengah panas terik demi mendapatkan tona kulit lebih gelap. Anda patut tahu, bahawasanya, cahaya matahari boleh mendatangkan risiko kanser kulit dan pelbagai lagi kesan sampingan terhadap tubuh.

Sebagai jalan solusi terbaik dan selamat, anda boleh sapukan HOOLA Zero Tanlines ciptaan Benefit yang bisa memberikan anda tona kulit lebih gelap dan boleh tahan selama 15 jam, walaupun anda berendam di dalam air. Warna tersebut hanya akan luntur sekiranya disental dengan sabun. Harga yang ditawarkan adalah RM140 untuk tiub bersaiz 147ml. Lebih memudahkan, ia turut hadir bersama span yang dilekap pada penutup tiub. Yup, tidak perlu merembeskan peluh berjemur lagi!

Foto -Arkib Wanista
Baru! Dew The Hoola: RM130. Foto -Arkib Wanista

Kebanyakkan MUA bersependapat, alat solek yang berasaskan formula serbuk tidak dapat bertahan lama pada kulit sepanjang hari. Oleh itu, Benefit dengan jayanya mencipta suatu inovasi baru bagi menghasilkan Bronzer Hoola kegemaran ramai dalam bentuk cecair. Ternayata, cecair akan melekat lebih lama pada permukaan kulit sekaligus buat anda tampak segar dan cantik sepanjang masa!

Lebih ringan, mudah meresap dan disebati ke atas permukaan kulit, Dew The Hoola ditawarkan pada harga RM130 seunit, memberikan efek natural pada gaya solekan harian anda.

Foto -Arkib Wanista
Baru! Hoola Bronzing & Conturing Brush: RM110. Foto -Arkib Wanista

Kini, anda tidak perlu pening untuk mencari berus yang mempunyai konsistensi bulu yang lembut dan mudah diguna untuk meratakan produk secara sekata ke atas kulit. Bagi melengkapkan seisi rangkaian menarik ini, Benefit Hoola turut melancarkan berus khas bagi teknik solekan Bronzing dan Conturing yang dilengkapi bebulu tebal berbentuk kubah.

Tangkai pemegangnya yang berupa kayu buluh itu pula diserikan dengan rona emas mewah, malah ianya berukuran panjang untuk keselesaan genggaman yang lebih stabil. Sungguh mengasyikkan, ia pasti bisa menjadi koleksi istimewa bagi para pengumpul berus solekan. Harga yang ditawarkan adalah RM110 seunit.

Ikon wanita siri rangkaian HOOLA oleh Benefit. Foto -Arkib Wanista
Ikon wanita untuk siri rangkaian HOOLA oleh Benefit. Foto -Arkib Wanista

“Don’t Let Anyone With Bad Brows Tell You Sh*t About Life” -Benefit San Franciso

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.benefitcosmetics.com. Anda boleh mula dapatkan siri rangkaian HOOLA baharu di semua butik Benefit dan Sephora berdekatan seluruh Malaysia. #fakation

 

Kopi Pelangi Menceriakan Hari Anda. Jom DIY!

$
0
0

Rasanya tahun 2016 memang tema warna-warni agaknya. Sebelum ini ada cheese warna-warniserbuk kilauan pipi highlighter rona pelangi, kiranya semua benda nak warna-warni. Wahhh meriah sangat tau. Ini kopi pelangi, pulak.

Kopi pelangi? Macam mana pulak tu? Segala yang mengenai warna memang sangat comel. Teknik untuk menghasilkan kopi ini dipanggil sebagai ‘free pour latte art’.

Sebenarnya teknik yang menggunakan pewarna ini adalah untuk melatih barista untuk mendapatkan bentuk yang cantik semasa menuang kopi.

Idea ini dicetuskan oleh Mason Salisbury yang mendapat idea untuk mencipta kopi pelangi. Mereka melatih dengan menggunakan samballatte. Memang memerlukan kepakaran dan kesabaran untuk mereka bentuk yang terhasil di atas latte dan ekspresso tersebut. Anda boleh lihat sendiri hasil seni kreatifnya di Instagram.

Comel sangat okay!

SUMBER

Samsung Peka Terhadap Permintaan Pengguna, Galaxy S7 Kini Di Malaysia!

$
0
0

Buat anda yang ternanti-nanti keluaran telefon pintar terbaharu dari Samsung berikutan kejayaan pelacaran Samsung Galaxy S7 Edge dua bulan sudah, Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan kemasukkan rasmi siri telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge serta S7 untuk memenuhi permintaan pasaran Malaysia! 

Sejak pengenalan globalnya, banyak mulut yang memberi komen positif menganggap telefon pintar keluaran terbaru Samsung itu adalah sebuah peranti yang sempurna, melihat dari segi kombinasi prestasi serta kualiti yang dimilikinya.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Sejak dari azali kewujudan jenama hebat itu, Samsung mempunyai matlamat untuk memberikan nilai dan nikmat terbaik kepada para pelanggan dan penggunanya. Sejak pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge pada pertengahan Mac lalu, ramai yang tertanya-tanya akan kewujudan adik-beradik kepada telefon pintar siri berkenaan.

“Oleh itu, kini kami bawakan Samsung Galaxy S7 ke alam nyata,” jelas Lee Jui Siang, Naib Presiden Mudah Alih dan Unit Perniagaan IT, Samsung Malaysia Electronics.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Selain daripada paparan jelas Quad HD Super AMOLED yang berukuran 5.1 inci, Samsung Galaxy S7 turut dilengkapi ciri-ciri dan fungsi yang sama seperti dimiliki abangnya. Apa yang membezakannya adalah cuma saiz paparan yang sedikit kecil tetapi masih lagi mampu menyalurkan keterujaan yang sama, umpama melihat kejelasan paparan menerusi gelas 3 dimensi serta perincian peranti berbadan logam.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Samsung Galaxy S7 telah pun berada di pasaran Malaysia sejak 29 April lalu dan anda boleh mula dapatkannya melalui butik pengedar Samsung Experience serta kedai Maxis yang terpilih. Harga yang ditawarkan bermula pada RM2,699 seunit termasuk cukai GST. Ia terdapat dalam warna pilihan Hitam Onyx, Emas Platinum dan Perak Platinum.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Ciri Dan Perbezaan Antara Samsung Galaxy S7 Serta Galaxy S7 Edge

 

Galaxy S7

Galaxy S7 edge

OS

Android 6.0 (Marshmallow)

Rangkaian

LTE Cat.9 (450/50Mbps)

Dimensi

142.4 x 69.6 x 7.9mm, 152g

150.9 x 72.6 x 7.7mm, 157g

AP

Octa core (2.3GHz Quad + 1.6GHz Quad), 64 bit, 14 nm process

Memori

4GB RAM (LPDDR4), 32GB (UFS 2.0) + microSD (up to 200GB)

Paparan

5.1” Quad HD Super AMOLED

2560 X 1440 (577ppi)

Always-On Display

5.5” Quad HD Super AMOLED

­2560 X 1440 (534ppi)

Dual edge Screen

Always-On Display

Kamera

Rear: Dual Pixel 12MP (F1.7), Smart OIS

Front: 5MP (F1.7)

Bateri

3,000mAh

3,600mAh

Fast Charging both on wired and wireless

Wireless Charging compatible with WPC and PMA

Payment

NFC, MST

Sambungan

WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), MU-MIMO
Bluetooth® v 4.2 LE, ANT+, USB 2.0, NFC, Location

Sensor

Accelerometer, Proximity, RGB Light, Geo-magnetic, Gyro,

Fingerprint, Barometer, Hall, HRM

Kod IP 

IP 68

Audio

MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, WMA, AMR,
AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA

Video

MP4, M4V, 3GP, 3G2, WMV, ASF, AVI, FLV, MKV, WEBM

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.samsung.com/my/s7

[ Review ] Ais Krim Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) Resepi Tradisional, Rasa Premium

$
0
0

Bagi kebanyakan orang, menikmati seulas durian bagaikan rasa syurga yang boleh membangkitkan deria. Di sebalik duri yang tajam itu terserah kemanisan bak kastard berkrim yang menakjubkan, jadi tidak hairanlah buah ini diberi gelaran ‘Raja Buah’.

Kini semua boleh menikmati rasa syurga dengan Ais krim Mao Shan Wang (Raja Musang) baru hasil keluaran King’s Potong Gold. Diperbuat dengan 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, ais krim batang ini sama enaknya dengan yang asli.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Walaupun terdapat pelbagai pilihan gred dan jenis durian di pasaran, ramai penggemar durian akan mengangguk kepala sebagai tanda setuju bahawa durian Mao Shan Wang (Raja Musang) sememangnya berada di senarai teratas. Rasanya yang pahit manis berserta dengan isinya yang lembut keemasan bak baldu adalah apa yang membuat durian gred ini antara yang tertinggi, jika bukan yang terbaik, di pasaran.

Untuk memastikan bahawa Ais Krim Mao Shan Wang (Raja Musang) keluaran baru King’s Gold Potong sentiasa diperbuat daripada 100% puri Mao Shan Wang (Raja Musang) dari Malaysia serta bebas daripada sebarang perasa tiruan, ahli panel perisa kami menggunakan kaedah sensorial rasa untuk membandingkan spesies campuran normal durian dan spesies Mao Shan Wang (Raja Musang) dengan jelas.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Kaedah ini memastikan ketekalan profil setiap kelompok durian yang diterima daripada pembekal sentiasa memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Pasukan kawalan kualiti juga melawat pembekal di lokasi setiap tahun bagi memastikan pematuhan kepada keselamatan makanan dan juga kualiti produk yang dibekalkan.

Edisi terhad Ais Krim King’s Potong Gold Durian Mao Shan Wang (Raja Musang) boleh didapati mulai April 2016 di pasar raya terkemuka, pasar raya besar dan kedai serbaneka terpilih pada harga RM3.80 sebatang (60ml) atau RM21.90 bagi sekotak enam batang.

Viewing all 14591 articles
Browse latest View live