Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14579 articles
Browse latest View live

DIY: Langkah Jahitan Asas Untuk Membuat Bralette Sendiri

$
0
0

Bra atau coli adalah helaian pakaian dalam wanita untuk memberi sokongan kepada payudara. Ia berupa kain yang mempunyai lengkungan elastik pada bahagian yang digelar cawan atau “cup” malah turut dialas menggunakan span untuk memberikan keselesaan berpanjangan kepada si pemakai.

Gif -pinterest
Foto -elle.com

Zaman pun berubah, pemakaian baju dalam kini telah dipelbagaikan dengan aneka rekaan menonjol yang bisa digayakan selari dengan trend fesyen masa kini. Bralette pula adalah sejenis baju dalam yang nipis tanpa span mahupun sebarang sokongan dawai. Ia lazimnya mempunyai perincian yang lebih artistik serta diperbuat dari material mewah seperti fabrik berenda, satin serta baldu.

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Tampak sangat eksklusif, Bralette berupaya memberikan aura feminin seksi kepada si pemakainya secara tidak langsung. Buat anda yang mempunyai saiz payudara yang kecil, pasti menarik untuk anda menggayakannya. 

Tidak kurangnya, Bralette telah menjadi item fesyen “must-haves” untuk musim ini! Supaya anda sentiasa mengikut perkembangan trend fesyen yang terkini, ayuh Wanista ajarkan kepada anda, bagaimana anda boleh menjahit dan mencipta Bralette sendiri tanpa memerlukan ongkos yang besar.

Barang yang anda perlukan:

16269855957_230fd5b0cf_z

  • Jarum peniti
  • Masin Jahit
  • Gunting Fabrik
  • Kancing Bra
  • Fabrik nipis pilihan anda
  • Benang & Jarum Menjahit (jika anda berupaya menjahit tangan dengan kemas)
  • Getah khas berukuran kecil (mempunyai kelebaran 1/2 – 1 inci) untuk dijadikan tali bralette di bahagian bahu
  • Getah khas berukuran besar (mempunyai kelebaran 2.5 cm – 1 inci) untuk dijadikan tali elastik keliling badan.

Cara:

Foto -apairandasparediy.com
Foto -apairandasparediy.com

#1 Potong kertas pola anda mengikut rajah di atas. (Segi tiga yang mempunyai tirus yang lebih tinggi serta sebelah sisinya lebih melengkung berbanding yang sebelah lagi). Jika saiz payudara anda besar, pastikan anda membuat pola segi tiga yang sedikit lebar.

16447038495_b05abc7702_z

#2 Hamparkan fabrik renda anda di atas permukaan rata, letakkan kertas pola betul-betul di atas penjuru hujung “scallop” kain renda anda (Jika fabrik renda anda mempunyai bentuk atau rambu-ramba di penghujungnya).

#3 Pastikan kedua-dua bentuk kertas pola anda sama supaya anda dapat hasilkan potongan kain yang jelas dan rapi.

#4 Anda memerlukan 4 keping fabrik berenda berbentuk segi tiga yang telah siap dipotong. 

16259630180_e2c27229a2_z

#5 Setelah itu, sambungkan bahagian rata kain menggunakan jarum sebelum dijahit pada bahagian tengahnya.

16447038285_53b5b15013_z (1)

#6 Jahit menggunakan mesin untuk dapatkan hasil jahitan kemas.

#7 Jahit dengan lurus mengikut keliman yang telah ditentukan menggunakan jarum itu tadi.

16261130267_eb11f09dc4_z

16259363798_3e745be46c_z

#8 Setelah siap, ukur getah dikeliling bahagian rangka badan anda supaya ianya bisa melekap pada tubuh dengan selesa. Jangan terlalu ketat, dan jangan pula terlalu longgar dari saiz rangka badan anda.

#9 Setelah mendapat ukuran yang tepat, anda boleh potong getah tersebut dan jahit kancing bra pada kedua-dua belah penghujungnya.

16260783819_2a1320f01a_z

#10 Setelah selesai, anda boleh mula menggunting sisa fabrik renda anda untuk dijadikan kain yang menutup separuh bahagian perut, dijahit ke atas tali getah yang mengelilingi badan.

16447037535_578dc1995a_z

#11 Pastikan panjang helaian kain yang akan dijahit ke atas getah itu sama lebar dengan ukuran Bralette yang telah anda jahit di awal tadi. 

#12 Jika anda menggunakan kain renda yang mempunyai “scallop”, perincian tersebut harus menghadap ke bawah *rujuk pada gambar.

16260783819_2a1320f01a_z

#13 Pastikan getah diletakkan di tengah-tengah kain supaya anda boleh kelimkan separuh bahagian fabrik di belakang getah tersebut untuk hasil jahitan kemas dan sempurna.

16261129407_06351d1c6c_z

#14 Anda boleh mula menjahit keseluruhan helaian Bralette mengikut ketentuan yang telah dirangka menggunakan jarum peniti.

16261130267_eb11f09dc4_z

#15 Setelah siap, sambungkan pula getah yang lebih nipis untuk dijadikan tali bahu.

16446338622_a963ce7836_z

#16 Gayakan Bralette dengan T-shirt tanpa lengan, kot, jaket mahupun blaus polos yang jarang.

#17 Namun, jika anda seorang yang bertudung, jangan khuatir kerana anda masih boleh memakai Bralette ketika tidur. Yup! Meskipun anda berada di rumah.

Tak salah memakai pakaian dalam yang cantik walaupun untuk dilihat sendiri kan? :)

TONTON VIDEO CARA MEMBUAT BRALETTE

16269328297_7690fb43b6_b

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Selamat menjahit semuanya!

 

SUMBER


Facebook ‘Potong Riben’ Pejabat Cawangannya Di Malaysia Hari Ini?

$
0
0

Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Dan Neary semalam mengumumkan pembukaan pejabat cawangan Facebook di Malaysia.

Neary, melalui akaun Facebooknya memberitahu, langkah itu diambil atas dasar hasrat mahu melihat perkongsian informasi dan jalinan hubungan antara pengguna akan lebih meluas.

Kenyataan tersebut menerima reaksi meluas media antarabangsa termasuk portal terkenal Mashable yang turut mendedahkan beberapa foto sekitar pejabat tersebut.

#fb4my

A photo posted by @eo_apac on

#fb4my

A photo posted by @eo_apac on

Ini tentunya sesuatu yang positif memandangkan pengguna Facebook di negara ini mencecah 18 juta, yang bukan sahaja menggunakannya untuk bersosial, tetapi juga memulakan perniagaan.

Turut mendapat perhatian Neary adalah bagaimana butik atas talian, Zawara memasuki bidang perniagaan e-commerce butik wanita Muslimah.

Kegigihan mereka memulakan jenama itu menggunakan platform Facebook adalah sesuatu yang membanggakan.

Facebook, kata Neary, akan terus menjalinkan kerjasama seumpama itu dan akan terus memastikan penggunaannya dapat dimaksimumkan.

Foto -Facebook/Dan Neary
Foto -Facebook/Dan Neary
Media tempatan menerima email jemputan daripada Facebook untuk hadir ke satu majlis eksklusif yang dianjurkan oleh syarikat tersebut pagi ini. Biarpun tiada maklumat terperinci berkenaan acara tersebut, dijangkakan acara eksklusif itu adalah berkaitan dengan pendedahan pejabat Facebook di Malaysia.

Sama ada pengasas Facebook iaitu Marc Zuckerberg akan hadir atau tidak ke majlis tersebut masih belum diketahui.

11 Gambar Perkahwinan Bertema Harry Potter. Cukup Indah!

$
0
0

Rasanya semua orang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan dengan tema kegemaran. Mungkin tradisional melayu, tema filem Bollywood, Hawaii, perkahwinan dalam taman, tema filem seperti Twilight ataupun apa sahaja yang diidamkan.

Seperti juga pasangan ini yang mengambil masa selama setahun untuk merancang perkahwinan idaman bertemakan Harry Potter, filem kegemaran mereka.

Pasangan Cassie, 31, dan Lewis Byrom, 34, melangsungkan pertunangan pada tahun lepas di Diagon Alley, Harry Potter World yang terletak di Orlando, Florida.

Mengambil keputusan untuk memastikan perkahwinan mereka menjadi perkara terbaik untuk diingati, pasangan dari Stockport, England ini memastikan hari bahagia mereka sama ‘ajaib’ seperti yang ditunjukkan dalam filem Harry Potter.

Perkahwinan mereka dilangsungkan di Hotel Mindland yang terletak di Manchester dan mereka telah mencipta Hogwarts mereka sendiri di hotel tersebut, lengkap dengan Great Hall untuk majlis resepsi.

Casie dan pengapitnya membawa gubahan bunga kertas yang diperbuat daripada lebih 20 naskah buku terpakai Harry potter. Malah, kek perkahwinan mereka merupakan perkara paling bermakna buat Cassie kerana ia mempamerkan Lego Lord Voldemort dan Bellatrix Lestrange yang merupakan watak kegemarannya.

Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS

SUMBER

#GiveElsaAGirlfriend : Sekuel Filem Frozen, Watak Elsa Seorang Lesbian?

$
0
0

Terkini, netizen sedang berkempen untuk salah satu watak Disney iaitu Elsa untuk mempunyai teman istimewa dalam sekual filem Frozen.

Cuma yang membezakannya kali ini adalah mereka mahukan Elsa mempunyai teman wanita dan bukannya lelaki. Hashtag #GiveElsaAGirlfriend yang bermula pada awal Mei kini menjadi trending di Amerika Syarikat.

Mereka yang menyokong idea ini berkata sudah masanya Disney mencipta watak lesbian.

Namun ada yang mengkritik kempen ini, dan berkata mereka tidak mahu Disney untuk bercampur tangan dalam agenda gerakan sosial sebegini.

Menurut laporan Fox News, Disney sebelum ini pernah menampilkan watak lesbian dalam siri televisyen ‘Once Upon A Time’ di saluran ABC. Setakat ini, pihak Disney belum mengumumkan bila filem sekuel Frozen akan ditayangkan. 

SUMBER

Pelakon Watak Hantu Filem The Ring Kini Seorang Wanita Cantik (3 Gambar)

$
0
0

Anda masih ingat akan filem seram The Ring yang pernah menghantui suatu masa dahulu? Semestinya, penonton pasti tidak dapat melupakan watak hantu Samara. Lebih-lebih lagi babak Samara keluar dari kaca TV. Cukup mencemaskan!

Foto - moviepilot.com
Foto – moviepilot.com

Untuk pengetahuan anda, watak seram itu dilakonkan oleh Daveigh Chase, sewaktu dia berusia 12 tahun. 

Sejak itu Chase banyak muncul dalam filem dan rancangan televisyen, antaranya Big Love, S. Drako dan turut menyumbangkan suara untuk animasi Disney, Lilo and Stitch.

Watak Samara yang digalasnya itu juga membolehkan Chase memenangi anugerah MTV Movie Awards pada tahun 2003.

Namun masa pantas berlalu, siapa sangka gadis itu kini sudah pun berusia 26 tahun pada Julai akan datang. Kini setelah 14 tahun berlalu, ‘hantu’ yang dahulunya menjadi igauan ramai telah bertukar menjadi wanita cantik yang mampu ‘menggoda’ sesiapa sahaja.

Early morning pondering… 🌅☺️💭✨⭐️⭐️⭐️⭐️

A photo posted by Daveigh (@daveighc) on

Back to Los Angeles, annndddd its too hot in my apartment #takeyourclothesoff

A photo posted by Daveigh (@daveighc) on

On Location in Hudson 😍

A photo posted by Daveigh (@daveighc) on

SUMBER

Sertai Guardian People’s Choice Award 2016 Untuk Menang Hadiah Lumayan!

$
0
0

Sebagai salah sebuah farmasi terkemuka disamping merupakan rangkaian perniagaan yang membekalkan variasi produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia, Guardian memperkenalkan sebuah platform yang lebih teguh untuk para pengguna mengundi produk kegemaran mereka.

Tahun ini, Guardian People’s Choice Award 2016  menjalankan proses undian melalui atas talian, ia lebih memudahkan para pengguna untuk mengkaji seribu satu produk yang diedarkan oleh Guardian secara efisyen dan teratur. Untuk menyertai program undian ini, pengguna harus sekurang-kurangnya membuat pembelian berjumlah RM10 dalam resit tunggal.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Tidak kiralah sama ada anda membeli secara atas talian mahupun di mana-mana cawangan Guardian berdekatan, anda layak untuk menyertai Guardian People’s Choice Award dengan melayari www.guardianpca.com.my. Setiap resit tunggal hanya layak membuat satu undian sahaja.

Untuk pengetahuan anda lagi, sistem undian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu berdasarkan jantina, lelaki dan perempuan. Untuk peluang memenangi hadiah menarik, pengundi harus menyelesaikan sekurang-kurangnya satu kategori dan digalakkan untuk menjawab kedua-dua set soalan bagi mendapatkan barisan hadiah istimewa yang menanti!

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Peraduan ini berlangsung dari 28 April hingga 25 May 2016. Kesemua undian hanya boleh dilakukan secara atas talian dan bagi mereka yang mempunyai skor tertinggi yang hampir sama dengan angka yang telah ditetapkan, anda mungkin terpilih sebagai pemenang utama mingguan yang bakal membawa pulang baucar Guardian berjumlah RM1,000 yang akan ditawarkan selama selama 12 bulan berturut-turut serta pelbagai produk berjenama yang dicalonkan bernilai sehingga RM16,500.

Peserta diingatkan supaya menyimpan resit pembelian sebagai bukti rujukan bagi menebus hadiah jika terpilih sebagai pemenang.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Sebanyak 58 kategori yang mengambil bahagian termasuklah hampir 250 produk yang dipertandingkan untuk Guardian People’s Choice Award 2016 ini merangkumi kosmetik, produk penjagaan wajah, kebersihan mulut, kecantikan, kesihatan, rambut, ubat-ubatan dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.guardian.com.my

Facebook: www.facebook.com/GuardianMalaysia

Hadiahkan Orang Tersayang Dengan Set Bedak Kompak Edisi Terhad Dari innisfree

$
0
0

Mengucapkan terima kasih hanya melalui kad dan bunga sahaja tidak mencukupi. Perlu ada sesuatu yang best dan menarik.

Oleh itu, sempena sambutan Ulang Tahun No-Sebum Mineral Powder yang ke-10, innisfree memberikan anda sesuatu yang lebih berharga malah memberi senyuman di bibir.

Didatangkan dalam pelbagai warna pastel dan pembungkusan yang comel, set edisi terhad bedak kompak paling laris dengan reka bentuk menarik adalah cara innisfree untuk menyatakan rasa terima kasih kepada peminat.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Antara reka bentuk dengan mesej pada bedak kompak edisi terhad, adalah seperti:

Thank You – Terima Kasih adalah cara yang paling mudah untuk menunjukkan penghargaan anda. Ia mudah, tepat dan bermakna tidak mengira keadaan. Anda boleh berkata terima kasih untuk memberitahu seseorang yang anda hargai tetapi mengapa tidak menunjukkan mereka dengan sesuatu yang lebih menarik? Yang pasti walau ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan memikirkan anda apabila menggunakan bedak kompak ini.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Good Luck – Gemuruh tidak dapat dielakkan dan kadang-kadang kata-kata sahaja tidak mencukupi. No-Sebum Mineral Powder dengan mesej galakan sekeligus memberikan keyakinan yang mereka perlukan. Dan jika itu tidak mencukupi, bedak kompak ini amat berkesan dalam mengurangkan peluh untuk membantu darah gemuruh mereka.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Best Friend Forever – Ini peringatan comel mungkin kecil tetapi cukup bermakna untuk BFF. Ambil peluang ini untuk menunjukkan penghargaan terhadap persahabatan dan berkongsi rahsia untuk solekan tahan lama.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

You Are The Best – Kata-kata seperti ‘You Are The Best’ adalah cara yang baik untuk menggalakkan dan meningkatkan keyakinan seseorang. Ini juga merupakan pilihan yang hebat untuk sesiapa yang berasa tidak yakin tentang keadaan kulit mereka. No-Sebum Mineral Powder ini boleh menjadi penyelesaian kepada masalah dan jaminan yang mereka perlukan.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Dreams Come True – Mengakui ketabahan dan mencerahkan hari mereka dengan No-Sebum Mineral Powder untuk mengingatkan impian mereka yang pasti akan berlaku. Anda boleh menggalakkan mereka untuk mencuba regimen penjagaan kulit baru untuk pertempuran tekanan mereka. Bedak kompak ini akan mengawal sebum yang berlebihan untuk mengurangkan jerawat dan membersihkan kulit.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Untuk sesiapa yang tidak tahu, bedak kompak ini menjanjikan kebaikan untuk rutin harian anda, ia boleh digunakan untuk touch up solekan, primer untuk kuku dan mata, sebagai dry shampoo dan juga antiperspirant untuk hari yang sibuk. Terbaik untuk semua, ia adalah kertas penyerap minyak yang mampu mengeluarkan sebum berlebihan untuk kulit lebih lembut dan jelas.

Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan bedak kompak edisi terhad ini, pastikan anda ke butik kecantikan innisfree secepat mungkin.

 

Lokasi: Sunway Pyramid G1.70 | Paradigm Mall Lot UG-11 | Pavilion KL Lot 4.02.02

Tonton Family Kitchen With Sherson Musim Baru Untuk Ilham Masakan Seisi Keluarga!

$
0
0

Bersempena dengan sambutan hari ibu, ayuh masakan satu hidangan istimewa buat ibu tersayang. Sesungguhnya, air tangan seorang anak itu amatlah berharga untuk si ibu. 

Asian Food Channel baru sahaja menerbitkan siri memasak yang menggandingkan pasangan ibu dan anak kegemaran ramai, Family Kitchen with Sherson untuk musim ke-2.

Chef selebriti tanah air, Sherson Lian dan ibunya Ann Lian bergabung tenaga menyajikan hidangan masak menarik berasaskan ramuan fusion yang akan ditayangkan setiap hari Khamis, bermula 21 April, tepat jam 9pm hanya di Astro saluran 703.

Foto -grantcorban.com
Foto -grantcorban.com

Dengan dua tema menarik yang akan menceriakan Family Kitchen with Sherson musim ini, “Melaka Specials” dan “Go Green” akan memperlihatkan telatah dan aksi dua beranak ini sama-sama mencipta kembali resepi turun-temurun yang disunting dari masakan rumah popular sekitar Malaysia. Dari hidangan pencuci mulut yang diberi sentuhan istimewa sehinggalah hidangan kegemaran keluarga, semuanya bakal dihimpunkan dalam satu episod yang penuh makna untuk dikongsi bersama.

Ahli keluarga Sherson Lian. Foto -grantcorban.com
Ahli keluarga Sherson Lian. Foto -grantcorban.com

Setiap minggu, Sherson dan ibunya akan menyajikan tiga (3) jenis menu yang pasti enak untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Family Kitchen with Sherson musim pertama pernah diiktiraf antara 5 rancangan terbaik terbitan Asian Food Channel pada tahun lepas. AFC sentiasa komited untuk membawakan hiburan terbaik bagi mereka yang gemar memasak sekaligus bisa merapatkan hubungan kekeluargaan secara tidak langsung.

Foto -grantcorban.com
Foto -grantcorban.com

Jika anda berminat, setiap minggu anda boleh mendapatkan 2 resepi baru yang pernah disediakan dalam siri Family Kitchen with Sherson musim terbaru. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.asianfoodchannel.com/shows/family-kitchen-with-sherson


#EatClean – Meh Cuba Variasi Resepi Salad Buah-Buahan Yang Enak & Berkhasiat

$
0
0

Selalunya mereka bekerja pasti tiada masa untuk makan sarapan pagi yang berkhasiat. Ditambah pula tiada makan untuk memasak dan sebagainya.

Jadi, ini penulis kongsikan resepi hidangan segar dan sihat boleh anda buat apatah lagi sangat mudah. Boleh dijadikan sebagai sarapan ataupun makanan tengahari/malam.

SALAD MANGGA

Foto - Google Image
Foto – Google Image

Bahan-bahan:

  • Sebiji mangga manis, dipotong dadu
  • 10 biji tomato ceri, dipotong dadu
  • Sebiji bawang merah, dicincang
  • Sebiji limau nipis, diambil jusnya / boleh gantikan dengan lemon
  • Sesudu besar daun ketumbar segar, dicincang
  • Sepotong nenas, dipotong dadu
  • Dua sudu besar kacang gajus
  • Sebiji cili padi (ikut cita rasa masing-masing)
  • Garam secukup rasa

Cara sediakannya:

  • Tuang jus limau nipis dalam mangkuk.
  • Campur semua bahan dan tomato yang dipotong dadu, kemudian gaulkan sebati.
  • Tambah garam secukup rasa, daun ketumbar cincang, kacang gajus dan cili padi.

SALAD NENAS & TIMUN

Foto -www.momontimeout.com
Foto -www.momontimeout.com

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas, dipotong kiub
  • 1 biji timun English, dipotong kiub
  • 2 biji lemon, ambil jus sahaja
  • ⅓ cawan daun ketumbar, dicincang kasar
  • Garam dan lada (pilihan)

Arahan

  • Campurkan semua bahan dan gaul perlahan, jus lemon ditambah.
  • Perasakan dengan garam dan lada.
  • Hidangkan serta-merta atau sejukkan.

SALAD ANEKA BUAH-BUAHAN LEMAK BERKRIM

Foto - www.lemontreedwelling.com
Foto – www.lemontreedwelling.com

Bahan-bahan:

  • 1 (20 oz.) nenas dipotong kiub
  • 2 c. Anggur hijau
  • 2 c. Strawberi, dibelah empat
  • 1 c. Blueberry
  • Buah Mandarin, ambil setiap satu
  • 1 c. Plain Greek yogurt
  • 2 sudu besar Truvia® Sugar Blend
  • ¼ sudu kecil vanila

Cara membuatnya:

  • Kesemua buah-buahan disatukan dalam mangkuk besar, gaulkan kesemuanya tapi jangan bagi hancur. Hati-Hati!
  • Dalam mangkuk berasingan, gabungkan yogurt, gula (kalau tak ada gula jenis ini, anda boleh guna gula halus yang lain ataupun brown sugar) dan vanilla, gaul rata.
  • Masukkan dressing ke dalam salad buah-buahan. Tadaa siap.

SALAD BUAH BERSAMA QUINOA

Foto - therecipecritic.com
Foto – therecipecritic.com

Bahan-bahan:

  • 1 cawan uncooked quinoa
  • 1 ½ cawan strawberi, dihiris
  • 1 cawan beri hitam 
  • 1 cawan beri biru
  • Sebiji mangga, didadu

Honey Lime Glaze

  • ¼ cawan madu
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar daun selasih dicincang untuk hiasan

Cara membuat:

  • Sediakan quinoa, ikut arahan pada paket pembungkusan. Biarkan ia dalam suhu bilik.
  • Dalam mangkuk besar, campurkan quinoa, semua jenis beri dan mangga.
  • Untuk membuat dressing, dalam mangkuk kecil, madu dan jus lemon disatukan. Kacau sebati dan rasa sedikit.
  • Tabur atas salad anda, hiaskan dengan daun selasih.

APPLE BRIE SALAD

Foto - www.lemontreedwelling.com
Foto – www.lemontreedwelling.com

Bahan-bahan:

  • 1 paket (5-6 oz.) sayur-sayuran campuran
  • 4 oz. keju brie, dipotong kiub kecil
  • Sebiji epal, dipotong kiub
  • ½ c. pecans
  • ½ c. cranberry kering
  • 4 daun bawang, dicincang

Dressing:

  • ⅓ c. minyak zaitun
  • ⅓ c. apple cider vinegar
  • 1 sudu besar apple cider
  • 1 ½ sudu besar madu
  • ¼ sudu kecil lada hitam
  • ¼ sudu kecil halia

Arahan:

  • Sediakan salad dan buah-buahan (kalau boleh biar buat secara layering) di dalam mangkuk salad yang besar.
  • Sediakan dressing dan kacau sebati.
  • Tabur dressing dalam salad, gaul kesemuanya.

HAWAIIAN PASTA SALAD

Foto - www.spendwithpennies.com
Foto – www.spendwithpennies.com

Bahan yang diperlukan:

  • 8 oz bow tie pasta (atau pasta kesukaan anda yang lain, macaroni boleh juga)
  • 1 (14oz) nenas (dalam cocktail, jus diketepikan)
  • 1 lada merah, dipotong dadu
  • 2 cawan sosej, dipotong bulat (rebuskan terlebih dahulu)
  • 1 bawang hijau, dihiris nipis

Dressing:

  • ½ cawan mayonis
  • ¼ cawan krim masam
  • 1 sudu dijon mustard
  • ⅓ cawan jus nenas
  • 1 sudu teh madu
  • ¼ sudu teh serbuk bawang putih
  • Lada hitam secukup rasa

Arahan:

  • Masak pasta mengikut arahan pada paket pembungkusan. Tos dengan air sejuk.
  • Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
  • Tuang dressing secara perlahan-lahan dan gaul lagi. Bagi sekata semuanya.
  • Sejukkan sehingga 2 jam sebelum dihidangkan.

JERUK MANGGA ASAM BOI

Foto - www.azlitamasammanis.com
Foto – www.azlitamasammanis.com

Bahan-bahan:

  • 4 biji mangga muda
  • 20 hingga 25 biji asam boi
  • 10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
  • 2 cawan gula
  • 1 biji limau nipis dihiris

Cara sediakan:

  • Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
  • Masukkan cili padi yang dihiris halus dan kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan asam boi.
  • Tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.
  • Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk. 
  • Kemudian masukkan dalam bekas.
  • Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh dinikmati.

SALAD TEMBIKAI

Foto - www.forkknifeswoon.com
Foto – www.forkknifeswoon.com

Bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan tembikai, dipotong kiub
  • 1 paket strawberi, dibelah empat
  • 1 paket blueberi
  • 1 paket raspberi
  • 1 paket ceri, potong dua
  • 1/2 paket blackberi
  • Perahan jus lemon

Cara membuatnya:

  • Basuh kesemua buah-buahan dengan bersih. Campurkan ke dalam mangkuk adunan yang besar.
  • Atasnya ditabur dengan perahan jus limau, secukup rasa. Gaul.
  • Nak sedap dihidangkan sejuk.

SALAD BUAH COCKTAIL

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Bahan-bahan:

  • 500 g macaroni (jenama San Remo lebih pejal dan lembut)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 botol besar mayonis (penulis gunakan Lady’s Choice sebab rasanya lebih sedap dari jenama yang lain – jangan guna jenama yang lain)
  • Buah-buahan dalam tin (fruit cocktail) – kuantiti ikut suka hati tapi lagi banyak lagi sedap.

Cara menyediakannya:

  • Rebus makaroni hingga lembut dan toskan.
  • Kemudian gaulkan makaroni tersebut bersama mayonis dan buah-buahan dalam tin (tidak perlu ambil airnya).
  • Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul rata.
  • Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh juga dimakan terus, tapi kalau sejuk lagi sedap.
  • Jika anda inginkan tambahkan bahan lain juga tidak menjadi masalah seperti kismis, buah sagu dan sebagainya.

SALAD BUAH PERSIMMON & POMEGRANATE

Foto - www.simplyrecipes.com/
Foto – www.simplyrecipes.com/

Bahan-bahan:

  • 3 biji buah persimmons, dikupas, dipotong 1/4 hingga 1/2 inci, biji dibuang
  • 3/4 cawan biji delima (pomegranate)
  • 1 biji epal Granny Smith atau Fuji, dikupas, dibuang biji, dipotong kiub
  • 7-10 daun pudina segar
  • 2 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu teh madu

Cara:

  • Semua buah-buahan disatukan ke dalam mangkuk besar. Untuk dressing pula, hanya campur keduanya dan gaul rata.
  • Selepas itu, boleh tabur dressing pada salad. Gaul lagi bagi sekata.
  • Lagi sedap makan ketika sejuk.

SUMBER

Info! Kesalahan Mengering Wajah Selepas Mencuci Mungkin Punca Kulit Bermasalah

$
0
0

Seperti yang penulis pernah canangkan sebelum ini di dalam artikel Klik Untuk Baca Artikel: TABIAT PENJAGAAN WAJAH CARA KOREA YANG SEMUA WANITA PATUT AMALKAN, anda seharusnya mencuci wajah sebanyak dua kali dalam satu-satu masa untuk benar-benar mencapai kebersihan optimum. Jika anda mengimpikan kulit mulus berseri, anda harus tahu cara yang terbaik bagaimana untuk melakukan rutin pembersihan wajah dengan sempurna.

Foto -darlingmagazine.org
Foto -darlingmagazine.org

Seperti yang kebanyakkan orang tidak tahu, kesilapan dalam cara mengeringkan wajah selepas mencuci juga sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah kulit yang lebih serius. Pernahkah anda merasakan produk penjagaan wajah anda tidak mampu memberikan kesan terbaik terhadap kulit meskipun ia dibeli dengan harga yang sangat mahal? Ya, itu mungkin kerana anda tidak memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap cara pengeringan kulit wajah selepas mencucinya.

Foto -cosmopolitan.com
Foto -cosmopolitan.com

Tidak dinafikan, ramai di antara kita dengan selamba menggunakan tuala mandi untuk mengelap muka. Mengaku atau tidak, itu adalah kenyataan yang sangat jijik untuk diterima. Tahukah anda bahawa tuala yang anda gunakan untuk mengeringkan badan bisa menyebar kuman dan bakteria ke atas kulit wajah? Yup! Lebih-lebih lagi jika tuala mandi anda itu lembab kerana tidak dikeringkan dengan sempurna.

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Maka, teknik untuk mengelap wajah juga perlu kena pada caranya. Anda tidak boleh sesuka hati mengeringkan kulit wajah dengan cara mengesat atau menggosok tuala secara langsung ke atas wajah kerana ia sebenarnya akan merosakkan tekstur kulit wajah tanpa anda sedari. Namun, cara yang terbaik adalah dengan mengambil sehelai tuala bersih dan hanya perlu menggunakan tekanan ringan untuk menuam seluruh wajah secara lembut sehingga kering.

Foto -banggood.com
Foto -banggood.com

Bukan itu sahaja, jika anda mengelap muka secara kasar, anda sebenarnya telah menarik lebihan lembapan baik dari kulit. Untuk hasil yang terbaik pula, anda disarankan untuk menukar tuala khas untuk muka setiap hari. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya anda boleh gunakan tisu muka supaya tiada kuman mahupun sisa udara kotor melekat pada tuala muka yang disidai merata tempat.

SUMBER

Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak, Lokasi Belum Berjaya Dikesan

$
0
0

Sebuah helikopter yang dipercayai membawa beberapa orang kenamaan (VIP), termasuk seorang timbalan menteri, dari Betong ke Kuching dilaporkan hilang sejak petang tadi.

Menurut laporan yang belum disahkan, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah menaiki pesawat tersebut. Noriah mewakili kerusi parlimen Sungai Besar.

Penerbangan RP-C 6828 juga dilaporkan membawa Datuk Sundaran Annamalai, ketua setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dan ahli parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Pengawal peribadi timbalan menteri Ahmad Sobri Harun turut berada di atas pesawat itu yang dipandu kapten Rudolf Rex Ragas.

Dalam sidang media lewat malam ini, polis Sarawak bagaimanapun enggan mengesahkan nama-nama tersebut. Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman juga berkata lokasi helikopter setakat ini belum berjaya dikesan.

Perdana menteri berkata operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan. “Marilah berdoa agar mereka selamat,” kata Datuk Seri Najib Razak di Twitter.

Ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman sebelumnya berkata helikopter itu berlepas pukul 4.12 petang dan dijadual tiba sekitar 5 petang.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 yang membawa orang kenamaan itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.

Foto -Astro Awani
Foto -Astro Awani

Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai polis telah ditubuhkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui Twitter malam tadi.

Melalui media sosial sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata pasukan tentera udara dan darat turut dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Sebanyak 30 anggota pasukan bomba dan penyelamat Sarawak digerakkan ke Sebuyau, sekitar 200km dari Kuching malam ini, sebagai pasukan awal pencarian, lapor Bernama. 

SUMBER

Bank Tersilap, Gadis Malaysia Dapat RM13.8 Juta ‘PERCUMA’ Di Australia

$
0
0

Seorang gadis Malaysia, yang mengambil wang sehingga A$4.6 juta (RM13.8 juta) akibat kesilapan sebuah bank di sini, tidak melakukan kesalahan, kata majistret.

Christine Jiaxin Lee, 21, dibawa ke mahkamah hari ini selepas ditahan di lapangan terbang di sini pada jam 8.25 malam (6.25pm Kuala Lumpur) ketika ingin berlepas pulang ke Malaysia semalam.

Pelajar kejuruteraan kimia itu membelanjakan kira-kira A$1 juta (RM3 juta) daripada wang A$4,653,333.02 (RM13,962,898.83) yang dikreditkan ke akaunnya di Westpac Bank.

Akaun itu dibuka sebulan sebelum hari jadinya yang ke-18 pada Ogos 2012, lapor portal Sydney Morning Herald.

Wang itu dibelanjakan untuk membeli beg, barangan mewah dan juga dipindahkan antara Julai 2014 hingga April tahun lalu, kata peguamnya.

Polis mendakwanya atas kesalahan secara tidak jujur mendapat faedah kewangan walau mengetahui wang itu dimasukkan akibat kesilapan.

Namun, majistret Lisa Stapleton membenarkan Lee diikat jamin, dengan berkata Westpac Bank tidak sengaja memberinya kemudahan kredit tanpa had, jadi wanita itu menggunakannya.

“Ia bukanlah wang hasil jenayah. Wang seperti itu kita semua impikan,” kata majistret.

Di mahkamah Waverley, peguamnya Fiona McCarron berhujah polis sukar membuktikan perbelanjaannya itu melanggar undang-undang.

Majistret juga bersetuju dengan hujah ini. “Dia tidak ambil wang itu daripada mereka [bank]. Mereka yang beri wang itu kepadanya,” kata Stapleton lagi.

Sewaktu jenayah itu didakwa berlaku, Lee tinggal di Australia selama setahun.

Wanita itu terus berada di negara ini, mengambil jurusan pengajian tersebut dan mempunyai kekasih, Vincent King, dari Rhodes sejak 18 bulan lepas.

Namun pegawai pendakwa Marc Turner membantah ikat jamin tersebut, lapor Sydney Morning Herald lagi.

Sarjan polis itu menyatakan Lee merancang meninggalkan negara tersebut apabila memohon pasport Malaysia baru-baru ini selepas waran tangkap dikeluarkan dua bulan lalu.

Walaupun siasatan dimulakan sejak 2012, waran tangkap dikeluarkan oleh polis awal Mac lalu. Turner juga mendedahkan wanita muda itu tidak menjawab telefon dan emel daripada bank dan polis.

Namun peguam pula berhujan pasport Lee telah hilang dan gadis itu ingin ke Malaysia untuk melawat orang tuanya.

Walaupun membenarkan ikat jamin, majistret meletakkan syarat ketat terhadap pergerakannya.

Beliau mesti melapor diri kepada polis dua kali sehari dan menyerahkan pasport Malaysia kepada pihak berkuasa.

Syarat lain, menurut portal tersebut, termasuklah terus tinggal dengan teman lelakinya di Rhodes.

SUMBER

[ Edisi Pelik ] Wanita Beri Susu Badan Pada Rusa, Anggap Anak Sendiri

$
0
0

Hah! Biar Betul? Wanita beri susu badan pada rusa? Macam mana tu? Pelbagai persoalan bermain di minda bila terbaca kisah ini.

Tapi, untuk pengetahuan anda, kejadian seumpama ini mungkin pelik bagi sesetengah orang namun ia merupakan satu fenomena biasa bagi komuniti asli Bishnoi yang tinggal di Utara India dan telah mengamalkannya sejak 500 tahun lalu.

Foto - www.dailymail.co.uk
Foto – www.dailymail.co.uk

Seorang wanita di Rajasthan, India yang bersimpati dengan nasib seekor anak rusa terbiar bertindak memberikan susu badannya sendiri kepada haiwan berkenaan dan menjaganya seperti anak kandung sendiri.

“Anak-anak rusa ini sebahagian daripada hidup saya dan mereka seperti anak-anak saya sendiri. Saya memberinya makan dan memastikan ia diberi penjagaan rapi serta perhatian seperti ahli keluarga yang lain,” kata Mangi Devi Bishnoi, 45, seorang suri rumah.

Foto - www.dailymail.co.uk
Foto – www.dailymail.co.uk

Masyarakat Bishnoi yang terdiri daripada kira-kira 2,000 buah rumah, telah mengikuti ajaran Hindu Guru Sri Jambeshwar Bhagwan sejak abad ke-15 dan memegang kepercayaan terhadap 29 peraturan yang digariskan dalam ajaran tersebut.

Salah satu daripada peraturan tersebut adalah bertanggungjawab menjaga haiwan dan tumbuhan daripada iklim panas dan kegiatan pemburuan haram. Walau bagaimanapun, komuniti ini juga merupakan pemuja alam semulajadi dan percaya bahawa rusa adalah haiwan suci yang harus dilindungi. Kebiasaannya penempatan bagi komuniti ini adalah di kawasan berhampiran dengan hutan dan terpencil, malah mereka juga membesar bersama-sama pelbagai jenis haiwan dan tidak takut akan apa-apa makhluk sekalipun.

SUMBER

Perbaiki Kerosakan Segera & Menyuburkan Rambut Secara Progresif Dengan Dove Nutritive Solutions

$
0
0

Setiap wanita impikan rambut yang mudah dijaga, lembut malah kelihatan sihat. Oleh itu, Dove memahami bahawa masa kini amat memerlukan kaedah penjagaan rambut terbaik bagi menangani masalah berkaitan rambut.

Bagi memenuhi keperluan ini, seluruh rangkaian produk penjagaan rambut Dove telah dinaik taraf kepada Dove Nutritive Solutions bertujuan memberikan kaedah penjagaan rambut terbaik kepada wanita dengan formulasi yang dipertingkat untuk memperbaiki rambut rosak segera dan menyuburkannya secara progresif.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

“Sebagai pakar memperbaiki rambut rosak, Dove komited ke arah mencipta rumusan penjagaan rambut yang mampu meresap hingga ke akar. Rumusan ini berupaya memperbaiki segera kerosakan di samping memberikan penjagaan berterusan untuk hasil yang kekal lama. Keratin Repair Actives yang telah dipatenkan boleh didapati dalam rangkaian produk kami yang terkenal, Intense Repair, kini diperluaskan kepada produk penjagaan Hair Fall Rescue dan Nourishing Oil Care bagi memberi kesuburan secara berterusan dan menguatkan rambut dari dalam.

“Di samping itu, rumusan ini mengandungi teknologi Microsheet untuk memberi kelembutan segera dan memulihkan permukaan rambut, menjadikan rambut lebih terurus, lembut dan kelihatan sihat pada cucian pertama,” kata Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Vincent Chong.

Tambah Vincent, “Tanda kerosakan yang jelas kelihatan akibat panas, bahan kimia, cuaca yang kurang baik, dan geseran dapat diatasi dengan formulasi yang dipertingkatkan ini. Pada masa yang sama, formula ini bertindak untuk meresap jauh ke dalam gentian rambut untuk memulih dan menyuburkannya. Teknologi Dove yang telah dipatenkan ini segera menangani tanda-tanda kerosakan sambil terus menyuburkan rambut dari dalam, bertujuan menjadikan rambut kelihatan bertambah cantik, hari demi hari.”

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

KEMPEN PLAY. DOVE. REPEAT.

Dove sememangnya tahu bahawa wanita suka menggayakan rambut mereka sama ada dengan menggunakan pelurus rambut, penggulung, pengering, pewarna, atau pengerinting rambut, tetapi mereka juga sering bimbang tentang kerosakan yang dialami. Dengan evolusi teknologi Dove yang terkini, Dove menggalakkan wanita untuk berulang kali menggayakan rambut mereka kerana Dove berupaya menangani sebarang kerosakan.

Sempena Kempen PLAY. DOVE. REPEAT., Dove melancarkan Dove Salon yang memberikan kebebasan kepada wanita untuk meneroka dan mencuba gaya rambut yang berbeza tanpa perlu risau tentang kerosakan. Terletak di Monsoon-id, Tropicana City Mall, Dove Salon menjadi platform untuk wanita mencuba dan mengalami sendiri kehebatan rangkaian produk Dove Nutritive Solutions.

Para pengguna boleh mencuba pelbagai gaya rambut terkini di www.dovehair.com.my serta memilih gaya rambut pilihan mereka dan datang ke Dove Salon untuk membuat ‘makeover’ mengikut gaya rambut pilihan mereka dengan pembelian produk Dove bernilai RM45 di salun berkenaan. Pengguna juga berpeluang untuk memilih sama ada mahu mewarnakan, mengerinting atau meluruskan rambut mereka. Semasa menjalani ‘makeover’, wanita yang menyertai Kempen PLAY.DOVE.REPEAT. juga dapat merasai manfaat rangkaian produk terbaharu Dove Nutritive Range melalui cucian dan rawatan rambut yang dilakukan.

Dove Salon dibuka kepada pengguna bermula pada 29 April 2016 hingga 29 Mei 2016 (sebulan).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk-produk Dove dan Dove Salon, sila layari www.dovehair.com.my.

Kulit Tegang Serta-Merta Dengan Rawatan Benang Emas Esteegold Di KO Skin Specialist!

$
0
0

Kini anda bisa mendapatkan khidmat rundingan Gold Thread™ Lift USA dengan mudah kerana Esteegold International dan KO Skin Specialist baru menguntai kerjasama erat untuk memudahkan orang ramai mendapat akses terhadap kebaikan servis rawatan istimewa berkenaan.

Esteegold adalah sebuah jenama dari Amerika Syarikat yang menawarkan rawatan pemulihan kecantikan yang memanfaatkan kebaikan kepingan emas, berupaya meningkatkan keremajaan kulit di samping membekalkan ketegangan optimum ke atas kulit menerusi teknik rawatan pemulihan yang bertepatan. Bukan itu sahaja, rawatan ini istimewa kerana turut bisa merawat masalah parut secara efektif.

Amber Chia sebagai duta pertama jenama Esteegold Gold Thread™ Lift USA. Foto -Arkib Wanista
Amber Chia dilantik sebagai duta pertama jenama Esteegold Gold Thread™ Lift USA. Foto -Arkib Wanista

Teknologi yang dijana menggunakan bahan galian mewah ini pastinya diinspirasi dari amalan pada zaman purba Mesir di mana kepingan kecil filamen emas ditemui tertanam dalam mayat mumia. Oleh kerana emas dipercayai bisa mengekalkan struktur kecantikan dan pengekalan jasad mumia, suatu kajian terperinci telah dilakukan oleh pakar dalam memajukan teknologi implan emas.

Pembedahan khas yang dilakukan oleh Esteegold dijamin selamat, malah ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan pembedahan kosmetik cara lama.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, Esteegold menggunakan emas 24karat Gold Thread (sejenis serat/benang emas) yang akan ditanam dalam permukaan kulit dalam pola tertentu berfungsi untuk merangsang kolagen serta elastin kulit.

Tambahan, ia turut melancarkan pengaliran darah ke serata tisu wajah, meningkatkan bekalan oksigen dan nutrisi ke bahagian yang dirawat. Hasilnya, kulit menjadi tegang sempurna dan tiada lagi masalah kulit mengendur dan berkedut.

Amber & Gold. Foto -Arkib Wanista
Amber & Gold. Foto -Arkib Wanista

Melihatkan Dr. Ko yang sering menjadi perbualan masyarakat hari ini kerana menawarkan rawatan laser berkesan dengan pengalaman lebih 20 tahun membantu para pesakit kulit, Esteegold mengambil langkah utama untuk menempatkan servisnya di sekitar cawangan klinik pakar kulit Dr. Ko seluruh Malaysia.

Pembedahan yang menjanjikan kesan serta-merta itu tidak akan memakan masa dan hanya dilakukan oleh para profesional terlatih selain pemantauan akan dilakukan untuk mengekal kualiti servis disamping sesi rundingan bersemuka turut ditawarkan bagi mereka yang berminat. 

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.esteegold.com


Ayda Jebat Duta Gintell Funtastic Sofa!

$
0
0

Tahniah buat pelakon dan penyanyi genit, Ayda Jebat diatas perlantikan sebagai Duta Gintell Funtastic Sofa yang baharu.

Difahamkan, pemilihan Ayda Jebat sebagau duta produk dilihat sebagai langkah strategik GINTELL untuk mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda menjelaskan yang moto GINTELL “Health Love Life” serasi dengan dirinya yang memang mengutamakan kesihatan, ikatan kasih sayang keluarga dan diri sendirinya.

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Ayda Jebat dilihat dapat membantu untuk memperkenalkan rangkaian GINTELL De’Vano S yang lebih bercitarasa muda. Ayda Jebat menjelaskan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang tidak menentu dan ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan. Bagaimanapun, kini dengan adanya sofa urutan GINTELL De’Vano S di rumah, Ayda Jebat dapat menghilangkan tekanan dan kepenatan akibat kerja pada bila bila masa. Penampilan juga adalah penting bagi Ayda dan dia yakin ciri yang terdapat pada GINTELL De’Vano S menyempurnakan bentuk tubuhnya agar terus tampil anggun.

Sebagai duta, Ayda Jebat akan muncul di rangkaian pemasaran dan promosi produk terbaru GINTELL iaitu GINTELL De’ Vano S FUNtastic Sofa. Penampilan pertamanya sebagai duta produk adalah pada 30 April 2016 di Aeon Mall Shah Alam , pukul 2 petang.

Pada hari tersebut, Ayda dijadualkan untuk membuat persembahan nyanyian dan juga mempromosikan GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa. Pembeli yang hadir pada hari tersebut akan mendapat kombo pakej De’Vano S dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3, 988. Selain itu, kombo pakej bagi kerusi urut GINTELL De’Wise Care dan De’Vano S FUNtastic sofa hanya RM10, 988 yang sesuai untuk dihadiahkan kepada ibubapa, satu lagi untuk diri sendiri.

Inilah dia GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, sofa urutan bergaya moden, kontemporari, ergonomik , diperkemas dengan fabric ultra-trendy berwarna ceria, ringan dan mudah diangkat ke mana sahaja. Foto - Arkib Wanista
Inilah dia GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa, sofa urutan bergaya moden, kontemporari, ergonomik , diperkemas dengan fabric ultra-trendy berwarna ceria, ringan dan mudah diangkat ke mana sahaja. Foto – Arkib Wanista

Info GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan bergaya moden, kontemporari, ergonomik , diperkemas dengan fabric ultra-trendy berwarna ceria, ringan dan mudah diangkat ke mana sahaja. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat.

GINTELL De’ Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang mengurut dari leher, pinggul dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan metabolism yang penting untuk mengurangkan sakit badan. Ciri beg tekanan udara S-Flex pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun. Saiz sofa yang kecil memudahkan anda untuk meletakkan ia di rumah, di tempat kerja atau di tempat kesukaan anda. Sofa ini mempunyai 4 system kawalan yang mudah dan mesra pengguna.

Kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara sekarang untuk menikmati tawaran yang hebat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-6332 atau layari Facebook GINTELL MALAYSIA dan GINTELL WeChat atau laman web rasmi GINTELL di www.gintell.com.

Minimalis Namun Mewah, Koleksi Tas Tangan Matilda Dari OROTON Cipta Keunggulan

$
0
0

Untuk musim ini, jenama beg tangan mewah Oroton memperkenalkan tas tangan jerut yang memiliki reka bentuk ‘bucket’ digelar Matilda.

Matilda adalah beg jenis jerut, diperbuat dari kulit anak lembu yang lembut, malah pilihan warna yang ditawarkan untuk koleksi ini disunting dari rona kegemaran era 70an iaitu terdiri dari warna coklat perang, merah hati serta hitam.

Foto -Arkib Wanista
Oroton Matilda dalam rona hitam. Foto -Arkib Wanista

Bentuknya minimalis di samping ruang simpanan utamanya yang besar bisa menempatkan bermacam keperluan harian seorang wanita. Tali panjang mudah laras melengkapi fungsi Matilda boleh diselempang ke badan untuk gaya yang lebih edgy.

Foto -Arkib Wanista
Oroton Matilda dalam merah hati. Foto -Arkib Wanista

Sesuai untuk pemakaian harian, koleksi Matilda dari Oroton ini pasti menyerikan penampilan anda setiap masa di samping bisa menjadi teman setia yang dibawa kemana-mana.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.oroton.com

Tips! Resepi Teh Detox Untuk Badan & Wajah Sihat

$
0
0

Detox adalah cara terbaik untuk membersihkan sistem sepenuhnya. Walaubagaimanapun, menghapuskan toksin dari badan tidak pernah mudah, siapa sangka rutin minuman ini benar-benar boleh menjadikan kita cantik bukan sahaja dari dalam tetapi di luar juga. Kulit yang bersih, tanpa ada sebarang tanda jerawat adalah impian setiap gadis. Semua ini boleh dicapai jika anda menyahtoksik badan anda.

Jadi, jika anda ingin mempunyai kulit berseri dan badan sihat, ini ada beberapa resepi teh detox. Jadikan amalan minuman ini sebagai rutin pada waktu pagi.

Minuman detox ini amat baik untuk :

  • Untuk mengurangkan hitam di lingkaran bawah mata
  • Untuk mendapatkan kulit yang lebih jelas
  • Untuk meningkatkan tenaga anda
  • Untuk mengawal berat badan
  • Untuk melambatkan proses penuaan
  • Mendapatkan kulit wajah yang lebih bercahaya

Teh detox mudah dengan lemon

Foto - theindianspot.com
Foto – theindianspot.com

Anda hanya perlukan 1/2 biji lemon, 1 cubit cayenne, air panas ataupun teh hijau 1 cawan.

Resepi : Ambil segelas besar air suam, perah lemon ke dalamnya dan tambahkan cayenne. Apabila anda mengambil minuman detoks ini dengan kerap, badan anda akan membersihkan sistem sepenuhnya.

Pembersihan dengan teh detox bersama kunyit

Foto - theindianspot.com
Foto – theindianspot.com

Sangat mudah, anda perlukan 1/4 sudu teh serbuk kunyit, secubit lada hitam, 1/4 sudu teh serbuk halia, 1 sudu madu mentah, 2 cawan air dan 1/4 cawan susu kelapa (ini adalah pilihan)

Resepi : Isikan cawan separuh penuh dengan air mendidih. Tambahkan kunyit, halia, tutup selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Jangan biarkan campuran sehingga mendidih. Selepas itu, tuangkan ke dalam cawan atau mug. Campurkan lada hitam, madu dan kelapa. teh anda kini sedia untuk minum.

Teh halia dan lemon

Foto - theindianspot.com
Foto – theindianspot.com

Jus lemon adalah bahan yang sangat baik untuk membersihkan sistem dalaman tubuh badan, halia pula mempunyai manfaat anti radang. Malah, ianya membantu untuk menjaga kulit dan bebas jerawat. Baik untuk kembung perut, membantu untuk mabuk perjalanan dan juga membantu dalam berpeluh secara sihat cara lain untuk detoksifikasi.

Hanya sediakan air mendidih atau teh hijau organik dalam 1 cawan sahaja, 1/2 biji jus lemon, 1 inci halia dan 1/2 sudu madu.

Resepi : Sediakan secawan teh hijau dengan halia, biarkan seketika selama 5 hingga 10 minit. Selepas itu, campurkan jus lemon dan madu. Amalkan minuman ini pada waktu pagi untuk mendapatkan manfaat terbaik daripadanya.

SUMBER

Petua Kecantikan! Pudarkan Pigmentasi Kulit Guna 13 Barang Dapur Ini

$
0
0

Pigemntasi atau “age spots” adalah tompok-tompok gelap yang timbul di sekitar kawasan kulit wajah oleh kerana faktor penuaan.

Tetapi jika diikutkan, kulit yang terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga bisa menjadi punca kemunculan jeragat ini. Ramai yang berkata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, namun begitu anda tidak perlu khuatir kerana masig belum terlambat untuk melakukan langkah-langkah pemulihan.

Foto -adamhymans.com
Kulit wajah yang mempunyai masalah pigmentasi. Foto -adamhymans.com

Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat 100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan. Nak tahu caranya? Yuk! Wanista boleh ajarkan.

Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan variasi krim dan serum pemudar jeragat, tetapi lihat sahajalah pada harganya yang mahal bukan kepalang. Jadi, kita guna sahaja 13 ramuan yang boleh didapati dari dapur rumah anda ini.

#1 Jus Lemon

Lemon memainkan peranan penting sebagai ramuan penting yang sering dimanfaatkan untuk rawatan kecantikan, termasuklah pemulihan tompok hitam.

Ia mengandungi anti-oksidan, anda hanya perlu sapu jus lemon 2 kali sehari selama 15 minit ke atas kawasan kulit yang bermasalah. 

Jika anda mempunyai kulit sensitif, campurkan jus lemon bersama air mawar. Dalam masa 2 bulan, anda akan lihat hasil keberkesanannya. Tetapi, jangan dedahkan diri di bawah matahari selepas menyapu jus lemon berkenaan.

#2 Kunyit

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Kunyit adalah ramuan yang paling magis. Selain menghilangkan parut, ia boleh bantu sekatakan tona kulit serta memudarkan pigmentasi.

Sediakan 2 sudu air beras, 2 sudu tepung dan 1 camca teh serbuk kunyit. Campurkan kesemua bahan, dengan menggunakan jari oleskan pes tersebut ke atas kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 20 minit sebelum dibilas.

 

#3 Hydrogen Peroxide

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Hydrogen Peroxide adalah agen peluntur semula jadi yang pasti berkesan untuk memulihkan tompok hitam. Campur cecair hydrogen peroxide bersama susu dan sapukan ia ke atas wajah yang bermasalah menggunakan kapas muka. Biarkan ia selama 15 minit sebelum membilas.

Sebelum menggunakan petua ini, anda boleh cuba dahulu keatas kulit anda, mana tahu jika kulit anda sensitif terhadap hydrogen peroxide.

#4 Daun Parsley

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Untuk tona kulit yang tidak sekata serta mempunyai tompok hitam, daun parsley amat berkesan untuk memudar dan mencerahkan.

Sediakan 1 cawan daun parsley yang telah dicincang, 1/2 canca teh serbuk penaik, 1 sudu yogurt. Campurkan kesemua bahan ini dan sapukan sebagai mask untuk muka, leher dan dada selama 15 minit, kemudian bilas. Ulang 2 kali seminggu.

#5 Buttermilk

Foto -theelliotthomestead.com
Foto -theelliotthomestead.com

Buttermilk mengandungi asid laktik yang baik untuk kulit. Ia bisa mengelupas kulit secara semula jadi dengan menghapuskan parut serta tompok hitam.

Sapukan terus cecair susu Buttermilk ke atas permukaan kulit yang bermasalah, biarkan ia selama beberapa minit sebelum membilas.

Jika kulit anda berminyak mahupun berjerawat, boleh tambah sedikit jus lemon untuk kurangkan kelembapannya. Jika tiada Buttermilk di rumah, yogurt boleh menjadi pengganti yang sempurna untuk petua ini.

#6 Aloe Vera / Daun Lidah Buaya

Ramai yang berpuas hati dengan sifat yang dimiliki Aloe Vera. Ia boleh melembab, dan dalam masa yang sama berkesan menangani masalah pigmentasi.

Bukan itu sahaja, Aloe Vera sebenarnya boleh merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Hanya perlu sapukan gel Aloe Vera atau jusnya pada permukaan yang bermasalah dan biarkan ia selama 30 minit. Amalkan petua ini 2 kali sehari dan lihatlah betapa segar dan berserinya kulit wajah anda selepas sebulan!

#7 Cuka Epal

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Untuk petua yang menggunakan cuka epal ini, secara ringkas anda bleh meminum satu gelas campuran air dengan beberapa titik cuka epal yang dikacau bersama atau terus sahaja menyapu cuka epal tersebut pada permukaan wajah yang bertompok hitam.

Untuk elak rasa cuka epal yang kuat, anda boleh campurkan ia bersama 2-3 sudu jus oren dengan separuh sudu cuka epal. 

Namun, jika anda mempunyai masalah kulit kering, anda boleh campurkan cuka epal tersebut bersama sedikit minyak zaitun.

#8 Minyak Kastor

Minyak kastor boleh memulihkan serta mencerahkan kulit wajah. Gosok sedikit minyak kastor pada tompok hitam sekali di waktu pagi dan sekali di  waktu malam. 

Anda boleh mula melihat kesannya dalam tempoh sebulan.

#9 Betik

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Buah tropikal ini memiliki banyak kebaikkan untuk kulit manusia kerana ia mengandungi beberapa enzim baik serta asid alpha hydroxy yang berkesan menghapus pigmentasi, parut malah jerawat. 

Cari betik hijau dan sapukan ia pada tompok hitam di wajah, biarkan ia selama 15 sebelum membilas bersih.

#10 Kayu Cendana

Agen anti-penuaan ini bertindak sebagai antiseptik yang boleh mengurangkan pigmentasi serius. Hanya perlu gosokkan beberapa titik minyak pati kayu cendana yang dicampurkan bersama satu sudu minyak zaitun atau minyak badam setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia mengering dikulit sepanjang malam.

#11 Lobak Kuda

Foto -helloglow.co
Foto -helloglow.co

Herba yang sering digembar-gemburkan ini kaya dengan khasiat vitamin C yang akan melambatkan proses melanin dan glukosinolat. Ia akan meningkatkan peredaran serta perkumuhan toksik dari badan. 

Apa yang anda perlu lakukan, sapu pes lobak kuda pada kulit dan biarkan ia selama 15 minit, bilas. Lakukan petua ini beberapa kali dalam seminggu. Ia pasti berkesan.

Jika masalah tompok hitam anda lebih kritikal, parut lobak kuda sepanjang 4-5 inci dan campurkan ia bersama setengah cawan cuka epal. Lalu, pindahkan ia dalam balang kaca. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia diperam selama dua minggu.

Setelah itu, sapukan ia pada tompok hitam 3 kali sehari selama 1 bulan. Anda boleh simpan campuran di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

#12 Bawang

Ramai yang tidak tahan dengan aroma bawang sebenarnya kan? Bawang mengandungi sulfur, antiseptik dan vitamin C yang berupaya mencerahkan kulit secara semula jadi. 

Anda tidak perlu memoting bawag tersebut, belah sahaja bawang kepada dua bahagian dan gosokkannya ke atas permukaan tompok hitam, secara perlahan ia bisa memudarkan secara berperingkat.

#13 Kacang Kuda

Kacang Kuda adalah ramuan terbaik untuk mencerahkan kulit. Hancurkan 1 cawan kacang kuda yang telah direbus empuk dengan 1/3 cawan air dan sapukan pes tersebut pada kawasan tompok hitam di wajah anda.

Bilas dengan air suam dan amalkan petua ini setiap hari. Jika anda mempunyai sos tahini di rumah, anda boleh juga mencampurkan 1/4 cawan tahini bersama pes kacang kuda tersebut bersama dan sapukan pada wajah seperti biasa.

Selamat mencuba!

SUMBER

Neelofa Bintang Paling Popular, Bawa Pulang Volkswagen Passat

$
0
0

Usahawan tudung, pelakon dan pengacara Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2015 dan pulang bersama Volkswagen Passat.

Mendapat undian sebanyak 212,829, Nor Neelofa Mohd Noor turut memenangi kategori pengacara paling popular.

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian kali ke-29 malam tadi yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dikemudi oleh AG, Haiza, Mira Filzah dan Zizan Razak.

Berikut senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Artis Baharu Wanita Popular: Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi

Penyanyi Wanita Popular: Adira

Penyanyi Lelaki Popular: Aizat

Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria)

Artis Versatil Popular: Ifa Raziah

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings

Artis Komedi Popular: Abam

Pengacara TV Popular: Neelofa

Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong

Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahamad

Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff

Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahamad

Artis YouTube Popular: Siti Nordiana

Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana

Artis Trending Popular: Ayda Jebat

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Fauziah Ahmad Daud

Artis Ikon Respek: Datuk Aznil Nawawi

Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan

SUMBER

Viewing all 14579 articles
Browse latest View live